Menu Utama

Muzakarah PAS UMNO Batal Dek Kerana Nik Aziz – Part 1

Memang sahihlah Presiden PAS, Hadi Awang dah tak relevan untuk menentukan halatuju PAS nak ke kiri atau ke kanan mahupun undur ke belakang ataupun maju ke depan. Kurang 48 jam Murshitdul Am PAS, Nik Aziz membuka mulut meletakkan syarat perundingan terus Hadi Awang goyang tarik handbrake.

Tujuan utama Hadi Awang mahu menyelamatkan air muka PAS dari terus menjadi keldai tunggangan pakatan pembangkang disamping untuk menggertak DAP dan PKR terus terkubur tanpa batu nisan – Hadi malu sendiri hilang sudah kredibilitinya sebagai seorang pemimpin utama PAS.

Hasrat sampingan mahu menjaga kelangsungan hidup PAS melalui kerjasama politik dengan UMNO kembali menjadi macam orang berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap dek kerana syarat-syarat Nik Aziz.

Apa syarat Nik Aziz? 1. UMNO kena terima Islam dan tukar dasar kebangsaan. 2. Terima DAP dan PKR.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Nik Aziz kita tahulah sejak dulu hingga kini buka saja mulut kalau tak pusing cerita memang tak sah. Bercakap berbelit mengalahkan ular dan cukup pantang kalau perjalanan PAS tidak mengikut kepala dia.

Cara Nik Aziz bercerita pasal syarat tu macamlah DAP dah tukar dasar sosialisnya kepada Islam sebaik saja mengikat perjanjian dengan PAS dalam PR.

Sejak dulu hingga kini pula PKR kekal dengan dasar sosialis liberal, tapi tak pernah pula menjadi persoalan besar untuk PAS bersekedudukan dengan mereka.

Lagi satu yang beriya-iya mengajak UMNO bermuzakarah ialah Hadi Awang yakni Presiden PAS yang secara umumnya adalah kepala PAS walau hakikatnya dari segi hierarki sebenar kepimpinan PAS berkedudukan nombor 2 selepas Nik Aziz.

Kalau nak cerita pasal syarat sepatutnya UMNO yang meletakkan syaratnya sebab tukang meminang datangnya dari PAS sementara UMNO pula memiliki majoriti kerusi parlimen yang berlipat kali ganda berbanding PAS. Itu logik kita yang waras.

Tapi logik Nik Aziz lain, disebabkan dia berasa dirinya dan PAS lebih Islamik dan dekat dengan syurga maka memandai pula dia yang hendak mengawal titik temu di antara dua puak berlainan walhal sejak dulu hingga kini PAS bersama dengan DAP mahupun PKR tidak pernahpun keluar isu syarat itu ini.

Yang kerap terjadinya PAS yang mengekor dari belakang terpaksa melutut pada DAP dan PKR yang menuntut PAS setia dan taat buta tuli pada syarat mereka yakni patuh pada Buku Jinggay seolah-olah Buku Jinggay itu prioritinya lebih mulia berbanding Al-Quran.

Semasa PAS memeterai perjanjian luar tabie dengan DAP yang jelas mendukung dasar sekularisme pernah ke ia diambil kira sebagai prioriti sebelum mewujudkan pakatan? Tak pernah.

Begitu juga kerjasama PAS dengan PKR, bukannya atas dasar Islam melainkan titik temunya hanyalah atas dasar kebencian terhadap UMNO & BN.

Suatu ketika dulu PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang semangat nasionalismenya ketara sama dengan UMNO.

Pernahkah ia menjadi masalah untuk PAS bergabung tenaga dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU)? Tak pernah kerana masing-masing ketika itu titik temunya berkongsi musuh bersama yakni UMNO & BN.

Tatkala PAS bekerjasama dengan Parti Negara pada awal kemerdekaan negara hingga menguasai Terengganu dulu pernah dasar Islam dijadikan syarat untuk menumbang Kerajaan Perikatan (BN) Terengganu? Tentu saja tidak kerana perkongsian kuasa sementara selama dua tahun itu bersandarkan niat untuk menumbangkan musuh bersama – Perikatan.

Jadi kenapa bila tiapkali PAS menimbulkan isu muzakarah dan bila disambut dengan mesra oleh UMNO, tiba-tiba saja masuk Nik Aziz  niat asal muzakarah terus saja berubah-ubah dan bersyarat-syarat?

bersambung jam 11.oo pagi nanti






27 Komen to Muzakarah PAS UMNO Batal Dek Kerana Nik Aziz – Part 1

  1. selamber says:

    Adusss…ajis ajis..apa la nak jadi dgn ko ni..kene kencing je la ko sampai padam sudahnya..dah tua pun bodoh..hehe

  2. tony gunawan says:

    kalau umno melaksanakan hukum hudud di seluruh negara ,pas akan menyertai bn! senang saja!

    • selamber says:

      huyoo..mcm ko pulak yg jd presiden pas ye..ko ni kan XGuna

    • pandipory says:

      orang dah bosan dgn hudud pas..lu cakap bikin orang muntah lor..

    • StinGray says:

      kesian kat hang tonyXguna….kelam kabut hang nak cover si tua kutuk tu…..aku paham perasaan hang…..tertekan sungguh la ni….

    • jinkun says:

      SYARAT UMNO LAK KALAU PAS NAK DEMO(mu)ZAKAR AH, 1. N.AJIS KENA LETAK JAWATAN MURSHIT DOL AMPAS DAN MENTERI BESAR. 2. N.AJIS KENA BAGI ANUWAR BALAS PUNGKOK 3. AMBABIGA KENA MAKAN AISKRIM N.AJIS

    • Bujang Senang says:

      Yaker UMNO nak melaksanakan huhud?? Mimpi saja kawan..pemimpin yang paling takut huhud itu mahatir Dan kroni kroninya..takut kena pancung tangan Kerana merompak kekayaan negara. Banyak pemimpin UMNO yang lain juga ketakutan jadi giliran seterusnya.

      • StinGray says:

        BS…hang citer sikit pasal hudud …hang mesti expert pasal hudud ni kan….boleh kan???…aku tunggu ni….

      • Fazli Yusof says:

        Errr…BS….asal hudud je kene potong tangan je ke….hehehehe…tertekan sungguh lah hang ni….errr…main bini orang nak kene rejam sampai mati tak…..

      • bujang tak senang says:

        pas boleh ke nak laksana hudud dalam PR?

    • ku2 says:

      ko selalu sebut2 hudut..apa yang ko tau pasal hudut..potong konik anuar tu dulu kalau pas leh laksanakan hudut…

  3. Santrang says:

    Jangan mimpi UMNO nak muzakarah dengan pas selagi nik aziz jadi presiden pas, hj hadi hanya bayangan presiden saja, lain-lain pemimpin pas hanya pemegang tombak saja,skrip dan arahan semuanya pada nik aziz, kita tengok nanti wayang keluaran pas akan dapat sambutan penonton atau tidak.

  4. StinGray says:

    Tahniah LGE kerana berjaya membalacikan si tua kutuk terkutuk Pok Nik…

    Pork Nik…najib pesan kat aku tadi, suruh bg tau hang yang umno setuju dgn syarat hang, tapi hang kena jadi tok mudin khatankan LGE gan Karpal Singh serentak…..suruh depa mengucap sekali….hang berani ke Pok Nik bapak setan oiii…

  5. matp says:

    Salam semua, wahai saudara ku jangan d semakkan kepala dengan lontaran idea nik aziz nak bermuzakarah. kejap nak, kejap x nak, kejap nak tapi bersyarat memang sah itula Parti Ajaran Sesat. Menjelangnya PR maka isu -isu akan timbul muzakarah, kafir, hudud. Moga Allah mengeluarkan merekamereka ni semua rakyat Malaysia keluar dari kongkongan hidup akal fikiran jiwa & perasaan. Amin…..

  6. akmal says:

    berniat baik dgn tujuan yg jahat tu lah dia penganut pas.mula2 kata nak muzakarah tapi tak cakap ada syarat kemudian dia keluarkan syarat.bila umno tak nak muzakarah sebab bersyarat dia kata umno yg tak nak muzakarah.akhirnya umno yg salah sebab tak nak muzakarah. seseorang yg melakukan kebaikan belum tentu bertujuan baik.sebab dlm kebaikan itu terselit keburukan .berbuat baik tapi riak,bercakap perkara yg baik tapi meninggi diri.merendah kan diri dgn tujuan menunjuk nunjuk.aku lah yg paling islam,akulah paling bersih,aku lah yang paling taat,aku lah yang paling memperjuangkan islam .tapi lihat lah kejadian dan peri laku yg sebenar nya. bila dia berceramah penuh dgn cacian dan makian diselang seli dgn ucapan takbir dari pengikut nya ,bila dia bercakap hanya dia yg benar dan yg sebenar benar nya tida yg lain kecuali dia.itu lah pas.

  7. akmal says:

    ketahuilah wahai manusia sesungguhnya syaitan dan iblis itu berselindung disebalik kebaikan untuk menyesatkan kamu .

    • Bujang Senang says:

      Yang maksud syaitan Dan iblis itu di kalangan pemimpin UMNO ker… Correct..correct..correct!!!

      • StinGray says:

        Tok Guru bebal siapa yg kemarok sgt nak berkawan dgn syaitan??……

      • batang naik says:

        Correct correct correct…eh silap….Liwat Liwat Liwat, Jubor Jubor Jubor, Bershit Bershit Bershit…. “Liwat Jubor yg BERShit”
        pastuh tanya sama UMNO.. “MAUZAKARKAH? “,
        UMNO jawab “kami bukan LGBT” kami straight…

  8. […] Memang sahihlah Presiden PAS, Hadi Awang dah tak relevan untuk menentukan halatuju PAS nak ke kiri atau ke kanan mahupun undur ke belakang ataupun maju ke depan. Kurang 48 jam Murshitdul Am PAS, Nik Aziz membuka mulut meletakkan syarat perundingan terus Hadi Awang goyang tarik handbrake. Tujuan utama Hadi Awang mahu menyelamatkan air muka PAS […] Read More […]

  9. tengkudin says:

    PAS mana suka baik baik…yang dia tau nak menikam belakang orang je..pasai tu la Allah tak pernah makbul doa dan solat hajat depa ni…hati busuk

  10. umnototok says:

    Aku sangat geli hati bila tenguk syaiton dan iblis susah hati bila ada manusia tak jadi jahat macam mereka…..
    Aku berlindung dengan Allah dari syaiton yang kena rejam!!!!

  11. batang naik says:

    Selagi orang pas dok ikut wali selipa nih….selagi itu lah mereka akan berpolitik dlm kesesatan. 22 tahun…lama dah tuh, ularMAK kampung ler katakan, maner reti global global nih…kuman seberang laut dia nampak, Dajjal duduk sebelah boleh dia cium…outdated dah Nick Ajis nih. Sampai masa ustz Harun Din ambik alih plak…org tau nih takdak ‘umphh’ dah.
    Umat islam akan saksikan Nick Ajis terpelecok terompah sikit hari lagi…

  12. Anak Lenggong says:

    Bangang punya orang tua…kalau nak bersatu dengan puak PR (PAS,DAP & PKR) tak payah buat pilihanraya laa sebab didalam satu kumpulan..

    Cakap Pak Lobai PAS mana boleh pakai..adeke dia yang ajak bila orang yang diajak tu bersetuju tampa syarat serta dengan ikhlas..tetiba dia pulak buat syarat seolah-olah orang yang diajak tu buat cadangan..kah kah kah..pa hal moon..C5 dan bujuk..banyak pakar laa lu olang punya ketua..itu pun korang dok mengangguk supe burung belatuk tua..

Leave a Reply