Menu Utama

Masuk DAP Kerana UMNO Tak Bagi Projek

Dek kerana tak dapat projek melombong pasir, dimarahnya kerajaan BN seterusnya menyebabkan seorang Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar mengambil keputusan untuk declare keluar UMNO dan kemungkinan akan masuk DAP. Point utama, PROJEK.

Manakala info yang digembar gemburkan oleh media pembangkang pula kononnya projek lombong pasir yang dia perolehi dipenuhi dengan tanah liat. Point utama juga melibatkan PROJEK.

Mengikut maklumat Parpukari, samdol yang nak keluar UMNO itu disebabkan ada masalah dengan PROJEKnya dan pernah memperolehi tender melombong pasir dari Nizar semasa Perak dikuasai oleh DAP PAS PKR.

Itu serba ringkas cerita dari Kampar, Perak. Nak tahu detail boleh layari blog Parpukari ataupun Perak Todays.

Satu kebetulan yang menarik, terdapat ura-ura dari sumber dalaman PAS menyebut, dalam pilihanraya umum akan datang Nizar akan lari dari Bukit Gantang dan kini sedang mengintai peluang di Parlimen Kampar.

Dan, jangan lupa kejadian Nizar menipu khalayak pasal ‘keberaniannya’ tempohari juga berlaku di kawasan Kampar. Jika dilihat pada video di bawah ini macam acara nak mengamuk itu dah dalam planning tukang amuk, hmmm…

Sebetulnya, kes mementingkan tembolok sendiri dan terlampau pelahap tender dan projek bukan pertama kali berlaku. Banyak kawasan lain diseluruh negara pun ada ramai orang macam ini.

Kita tak boleh nafikan ada segelintir orang Melayu yang bukan bersemangat UMNO tapi menyertai UMNO semata-mata kerana nak mencari harta kekayaan secara mudah, singkat dan cepat.

Hatta penyokong PAS dan PKR sendiri ada yang sanggup bertukar warna dengan menjadi ahli UMNO semata-mata demi projek dimasa yang sama buat onar untuk kucar kacirkan UMNO dari dalam.

Begitu juga ada segelintir kakitangan awam yang pro pembangkang yang sengaja melewat-lewatkan kerja serta kelulusan sesuatu projek pembangunan ataupun tender demi untuk mencemar nama baik kerajaan BN.

Yang suka claim ribu riban harga sesuatu item melampau harga pasaran pun banyak dibuat oleh penyokong pembangkang yang berkhidmat dengan kerajaan pusat.

Dalam semua kes tersebut, bila lubang sudah pecah atau tembolok sendiri sudah kontang gagal diisi lagi mulalah mengamuk dan meroyan, samaada selepas tamat perkhidmatan declare secara terbuka menyokong pembangkang ataupun declare keluar UMNO untuk menyertai parti lain yang sebenarnya dah lama bertahta di hati.

Yang kemudian busuk nama UMNO, yang kenyang pelahap projek, tender dan mengepau sana sini puak pembangkang, yang untung pembangkang. Ini lumrah alam tapi UMNO dan Kerajaan BN kena berhati-hati dengan spesis parasit sebegini.






92 Komen to Masuk DAP Kerana UMNO Tak Bagi Projek

  1. Brother_Borak says:

    Assalam. Syukur kepada Tuhan. Umno tidak memerlukan seseorang seperti ini. Ini yang dikatakan sebagai ‘Ahli Umno’. Kita tidak mahu orang seperti ini. Kita mahukan Orang Umno bukan ‘Ahli Umno’. Tranformnasi Umno tidak memerlukan orang seperti ini lagi. mereka boleh keluar. Masuk Umno kerana projek tidak ada lagi dalam kamus Umno. Umno Perak telah muasabah diri. Selepas PRU 12, Umno Perak telah banyak belajar. Umno Perak kini mengutamakan rakyat sesuai dengan dasar PM.

    • bujuk says:

      Kalau takda projek… Tim. Presiden UMNO pun lari. Sebut kat sini, menteri mana yg. langsung tak dapat projek.. melalui anak, isteri, saudara2 atau rakan rapat? busuk2 Ketua wanita UMNO family dia dapat projek rm250 juta.. itu yg. kita tahu dan d dedahkan… pemimpin UMNO akan lari dari UMNO bila kepentingan mereka UMNO tak peduli. Inikah pejuang…. ?
      Boleh check.. bekas menteri dapat apa bila hilang jawatan. Bekas menteri Luar, Hamid albar jadi Pengarah SPAD. Isa Samad bekas menteri wilayah jadi pengerusi Felda, Jamaludin Jarjis jadi duta Amerika. Rafidah Aziz jadi lemdaga pengarah AirAsia, TunM pun jadi penasiaht Petronas dan Proton. Ini yg. kita semua tahu… mungkin Shahir Samad, aku tak dengar dapat apa2. Sebab dia mintak letak jawatan.

      • jebat says:

        aku pun terfikir jugak mana azmin dapat duit juta2 beli saham..

        • selamber says:

          aku pun terfikir2..mana anwar dapat dana utk keje2 dia nak jatuhkan kerajaan..fuhhhh!!

          • StinGray says:

            malas aku nk pikir mcm mana dia boleh tibe2 bertenggek atas chinadoll tu…dah nafsu binatang….nak buat mcm mane…

          • raplahjingaa says:

            alaaaa bujuk hang ni tak habis-habis dengki kat orang.

            Hamid albar jadi pengarah SPAD…apa masaalahnya…tak kan nak kasi kat samad janggut kot..agak-agak laaa

            Rafidah aziz jadi pengarah air asia..apa masaalahnya ? tony fernandez yang lantik dia…tony tu bukan orang UMNO pun.

            Jamaluddin Jarjis jadi duta besar…apa masaalahnya…its a norm kat mana-mana pun, bekas menteri jadi duta.

            hang ni sebenarnya mewakili segelintir rakyaat malaysia yang dengki dan busuk hati !

          • bujuk says:

            memang tak salah, tapi korang kecoh pasal Tunku Aziz d tawarkan jawatan kanan d penang institut kenapa pulak?
            Selama hari ni tiada siapa pun pertikaikan mereka, tapi apabila UMNO mula menepuk air d dulang dan meludah kelangit… inilah hasilnya. Lagi 1, macam kes d atas… takdak ptojek blah.

      • mustaqim says:

        kucar kacir org umno dan ahli umno dalam nie dibuat bujuk…..sbbnya mudah…mmg betul apa yg dikata bujuk…bukan rahsia dan bukan pula tahyul….

        mmg majoriti org umno korporat.bizman..projek sana sini…termasuk laa muhyidin mahupun najib…kroni dan sebagainya…itu hakikat dalam umno…tak perlu dinafikan….tu belum bukak pasal pak lah era punya korporat tue abih lotus dijual satu euro…

        hakikat juga ramai org umno akan keluar dari umno jika tiada projek..ini juga hakikat…tak perlu nak dinafikan….

        hakikat yang paling penting baik org umno dan pas sume nya org melayu dan islam…kalau dia penjenayah bukan salah bangsa jauh sekali bukan salah agama kerana itu pilihan dia sendiri..begiu juga kalau dia kaki jubo dan mentendarah duit dan projek bukan salah UMNO kerana itu pilihan dia dan mungkin itu je kepandaian dia pun….

        justeri dari satu sudut adalah penting umno menginjak paradigma dan sisihkan polisi tertentu agar golongan profesional muda kembali pada umno agar kepandaian mereka bukan sahaja menunggu projek tetapi berbakti dapat di zahirkan…

        HAKIKATNYA….umno sudah 66 tahun memerintah malaysia….normallah kalau masalah ini terjadi dalam umno…begitu juga HAKIKAT yang berlaku PAS memerinath kelantan 22 tahun dan kroni, salah guna kuasa, rasuah balak, lari xda projek pun perkara biasa dalam PAS kelantan…..dan HAKIKATNYA DAP baru pegang penang 4 tahun begitu juga PKR pegang Selangor pun dah banyak skandal nya……

        lebih teruk lagi ahli PKR dan DAP di perak tak dapat projek dan pangkat lari keluar parti sehingga PERAK bertukar tangan….belum cerita TKM Penang x dapat projek lari juga…….salah PKR???salah DAP????salah PAS???salah UMNO????

        salah diri sendiri yang menjadi bebanan kepada parti masing2 dan umpama paraasit menguntungkan diri je….parasit ada dimana2 bukan sahaja dalam PAS UMNO PKR dan DAP…bezanya…UMNO berani mengakui, menyisihkan parasit dan adakalanya membenarkan parasit bersuara lantang tanpa dipecat—sheikh fadzir…..keterbukaan dan demokrasi ni hanya ada dalam UMNO era najib….PR haddaa?????

        • bujuk says:

          Rasanya dalam PAS dan PKR terlalu ramai yg. blah dan d pecat sebab salahguna kuasa. Ramai YB2 PKR yg. d pecat sebab ni… dalam PR kredibiliti d utamakan. Kalau dalam BN hanya bekas Menteri/ MP yg. keluar, tapi dalam PR dah berapa ramai YB kena tendang. Dalam PAS rasanya masih baik.. sebab DHA d singkir bukan kerana rasuah tapi kerana engkar arahan ketua dan parti.

  2. randomsee says:

    bagi satu projek kat dia..juta2, diamlah…tapi kenalah mintak kat nizar..heheheheheheheh

  3. alfie60 says:

    Bukan ini tanda yang menunjukkan UMNO parti yang BUKAN corrupt sebab tak sewenang wenangnya memberi kepada sesiapa pun,mahu pun ahli nya sendiri.
    Pembangkang ini pandai spin benda baik UMNO buat. 🙂

    • iPas says:

      Umngok tak korup… cuma merompak dan melanun je….

      kah..kah..kah…

      • Shah says:

        Kalau UMNO bagi duit Rasuah
        Kalau PAS bagil duit Amal Jariah
        Kalau ceramah UMNO, Hujan turun bala
        Kalau ceramah PAS, Hujun turun rahmat
        PAS masuk gereja ikut Nabi,
        UMNO buat kafir
        PAS ada cryno & nepo ikut Nabi
        UMNO buat haram
        PAS rasuah balak bagi bini muda RM3juta zuriat

        • bujuk says:

          Itu bezanya orang buat kerana Allah dengan buat kerana parti dan diri sendiri. Dalam ceramah UMNO kalau hujan, memang pengerusi majlis tak berani sebut.. hujan rahmat, sebab apa aku tak tau. Biasanya juga orang yg. datang akan cari tempat berteduh walaupun hanya renyai-renyai. Berbeza ceramah PAS, biasanya mereka akan tunggu setakat hujan renyai2 ni…

          • selamber says:

            kencing la lu bro..jual la nama Allah tu..mana ada PAS buat ceramah..takde pun tp yg ada kutuk mengutuk, hasut menghasut caci mencaci je

          • brahimLybia says:

            Wahai adi boroi dan pok nik keding, tak habis-habis kau rosakkan iman pengikut-pengikut kau. kau lihat kadam kau yang bernama bujuk ni,begitu takbur dan taksub kepada kamu berdua, sehingga dia lupa akan kebenaran. Wahai kadam bujuk, adakah bersekongkol dengan pejuang LGBT itu kerana Allah swt, adakah menyokong seorang manusia yang buruk akhlaknya juga kerana Allah swt?. wahai kadam bujuk, adakah engkau ingin merasa apa yang aku rasakan.

          • raplahjingaa says:

            Memang beza perbuatan kerana Allah dan tidak…macam perhimpunan anti murtad…mana ada orang PAS yang pergi…sebab depa hidup kerana nik ajis…bukan Allah

            Macam sokongan PAS pada ambiga…itu kerana nik ajis bukan kerana Allah.

            Nizar pegang colok angguk-angguk depan keranda cina mampoih bunuh diri….
            kerana Allah ke ?

            Hang ni bujuk….hang paham tak bab akidah ni ?

          • bujuk says:

            Mungkin ada yg. lakukan kerana TGNA dan bukan krn. Allah, tapi tu 1% je.. yg. lain InsyaAllah lillahitaala. Isu nizar ni aku dah jawab.. yg. salah tetap salah walaupun yg. buat tu TGNA atau TGHA. Tak kira lah sambut Thaipusam ke, sembah tok pekong ke, gantung ancak ke, tarik nombor ke… syirik belaka. Wajib bertaubat atau nerakalah tempat sesuai mereka.

          • selamber says:

            1% je ke..hehe..100% la bujuk

          • Bolt says:

            Memanglah pas tahan hujan renyai2 sbb tak cukup air bersih, aku rasalah…

      • sungai_siput says:

        kejap iPas tukar plek nama c5, kejap moo lah

    • najibutuh says:

      ramli ngah talib dah kaya …. raya …

      tak kan ketua permuda UMNO nak kaya pun tak boleh …?????

  4. noryn says:

    bodo punya lembik…..x dapat projek,negara dia nk juai….

  5. umnototok says:

    Inilah sebahagian puncanya UMNO/BN kalah disetengah DUN/Parlimen.
    Pucuk Pimpinan menyedari hakikat itu,dan itu sebabnya sebahagian calun dalam PRU13 perlu ditentukan oleh pucuk Pimpinan dikalangan mereka yang benar2 bebas dari gejala ‘tak sehat’ itu.

    • bujuk says:

      Ada lagi ke jenis camtu…?
      Tu Jamaludin Jarjis tu… ahli parlimen pun dapat jadi duta bertaraf d Amerika. Dah takda orang lain atau sebab nak elak BELOT? Habis sekarang siapa jaga kawasan dia? Samy vellu dapat jadi duta jugak, baru nak lepas jawatan presiden MIC. Dalam UMNO/BN ni susaah nak cari yg. betul2 berjuang untuk rakyat. Kebanyakannya pentingkan diri…

      • pasdaplaknat says:

        dalam PAS ada ke org berjuang xpenting diri?
        Menantu Pork Nik tu boleh jd org besar ke kalao bukn krn anak MB?
        Azizan ratah balak di Gunung Inas Baling sampai roska teruk ekologi tu krn perjuangan apa?
        Lim Kit Sial angkat anaknya jd Ketua Menteri PP, awat xdk org Cina lain dh ke dlm Pulau tu yg layak sampai kena import Cina Racist Melaka?

        lu suluh diri dulu la bujuk..memalukan je bg hujah..

        • pasdaplaknat says:

          kalau dh BEROK2 besar atas2 dalam PR pun xberjuang utk rakyat, takkan lah Anjing Merah PAS (unit Amal) pulak yg nk berjuang saja?

          stkt jadi anjing atas jalan je mana cukup bro..

          ..air karat di Kelantan 20 tahun..paip air tekanan rendah..xde air.. liputan air bersih di Kelantan di bawah paras kebangsaan.. weii bujuk ngok.. British jajah Malaya dulu pun dia dh settlekan awal2 lagi bab bekalan air.. British tu kafir tau..

          dia tk amik wudhu dai tkde mandi janabah tp dia yg innitiate bekalan air utk tanah jajahannya..lebih bersih dr air di Kelantan..

          so malu lah wei..ckp bab Islam bab perjuangan tp penyeleweng besar dlm negara!

          • StinGray says:

            Ada yg pentingkan diri sampai jadi anak derhaka..

            Ada yg pentingkan diri sampai lari ke kedutaan turki..

            Ada yg pentingkan diri sampai pajak bini…

            Ada yg pentingkan diri sampai print tiket syurga sendiri…

            Ada yg pentingkan diri sampai tersangkut bulu bini kawan sendiri…

          • raplahjingaa says:

            laaa bujuk…kalau UMNO tak berjuang untuk rakyaat…aku rasa hang masih lagi dok pakai cawat, jadi buruh kasar dengan syarikat hindia timur !!

            tapi orang macam hang penuh hasad dengki…hang tuding jari kat UMNO sebab hang tengok orang lain senang…bukan hang.

            hang ni bujuk sat jadi lalang…sat jadi buih !

          • StinGray says:

            aku rasa cawat pun bujuk ni tak pakai….sebab dia ni jadi buruh kasar kasta paling bawah…sama level dgn berok..

          • bujuk says:

            Berjuang untuk rakyat ke kalau semua projek mereka ada saham dan ambik persen? projek 100 juta jadi 300juta semata2 nak untung sendiri. Apa jadi kes kapal selam yg. tak boleh menyelam dulu? pelbagai alasan d beri konon spek berbeza hingga tak boleh menyelam. Sekarang dah sangkut d mahkamah prancis. Kebenaran akan timbul juga..
            Takda maknanya aku nak dengki…

          • selamber says:

            ko tanya la bos ko si Nuar tu bujuk..kenapa dia peroleh dana dari NGO yahudi..ko tak pertikaikan ke kenapa?..

          • Bolt says:

            bujuk tak kesah ke? 18,000 melayu PP dah berhijrah ke negeri2 lain kerana dipijak oleh DAP PP..Bujuk tak kesah kah melayu PP tak mampu beli rumah yang didirikan oleh DAP? Mana ada rumah kos rendah..hah bujuk?
            Tahu ke bujuk jika rumah berharga RM500,000 ke atas didirikan memberi peluang atau kelayakan orang negara luar dapat memilikinya? Siapakah agaknya orang-orang luar itu wahai si bujuk? Kalau tidak orang-orang cina singapura nanti yang memenuhi PP.

            Wahai bujuk bangunlah dari tidur..jangan kau bermimpi, jauh panggang dari api mereka akan membela melayu kalau tidak melayu sendiri.

          • Bolt says:

            Maaf bujuk, bukan aku nak menghina sesiapa tetapi aku tak mahu melayu jadi kayu. Politik simpan dalam poket masing2.
            Memang dasar kerajaan sekarang…ketepi yang dolu2…untuk membela nasib orang-orang Melayu dengan secara drastik. Jangan alpa. Rebut peluang yang ada. Jangan terlalu taksub berpolitik sehingga mengeluarkan air liur basi.

          • bujuk says:

            Aku sokong perjuangan melayu yg. bersih, tak rasuah, tak menindas, tak pentingkan diri. Aku tanya korang d KL ada lagi ke rumah 45 ribu? semua juta2 walaupun pinggir KL. Apa bezanya KL dengan PP?
            Isu dana ni hanya sembang besar Pemimpin UMNO, takda bukti pun. Apakah Najib tak dapat sumbangan dari sapa2? habis dengan sumbangan tersebut bebas kah Najib buat keputusan?
            Kayu kah melayu kalau Islam d angkat dan d sanjung?tapi melayu akan layu kalau Islam d letak d tapak kaki.

      • mustaqim says:

        mmg dah takder org lain sbbnya kalau ko perati kan menteri2 ni dia pandai lobi…

        macam aku n ko juga….dalam opos kita ada kawan2 yg pandai lobi…org tu yang naik pangkat walaupun kita lebih baik dari dia….

        ini perkara normal bro…aku dah perasan lama dah contoh pahamin rejab dai pengerusi AA sbb apa????haniff omar jadi pengerusi maxis sbb apa????tun jadi penasihat proton n petronas sbb apa????jj jadi duta sbb apa????samy ellu jadi menteri khas ke india sbb apa?????

        sbb diorang pandai lobi and pasang kaki….plus…diorang ada goodwill and dihormati kawan2 disana(hormat in terms of duit bukan perjuangan)…….so no issue la bro….takkan PAS kalau masa perintah mesia(insyaALLAH jika diizinkan ALLAH) nak lantik budak hingusan jadi duta…mesti kena lnatik gak orang UMNO sbb ada isu kredabiliti, trustworthy, dependable di mata antarabangsa..

        • bujuk says:

          Tuan boleh sebut apa saja… tapi aku yakin rakyat tak bodoh untuk percaya apa saja yg. d sogok. Mungkin TunM dan beberapa pegawai kanan ada kredibiliti mereka, tapi kalau JJ dan S.Veelu tu.. ramai lagi orang lebih hebat.

  6. Bolt says:

    Ramai lagi yang boleh diharap, buang sampah-sampah sarap dan biar tinggal yang unggul sahaja.

    Dapat juta-juta pengikut2 cuma dapat secawan kopi…

    Selamat jalan!!

  7. iPas says:

    tong taik dah nak pecah… lari je lah bang ooiii…….
    sekarang nin hanya tinggal taik2 cair je ……taik yg keras dah nak lari doh….

    kah..kah..kah…

    • Jack says:

      iPas cakap macam tu mesti mak dia yang ajar kan…..

      • zassss says:

        bukan mak dia saja yang ajar cakap macam tu. Bapak dia, Nicky Ajis, ABI Peliwat pun ajar. Ramai dia berguru sampai berjaya menguasai kemahiran bercakap macam tu.

    • jagat says:

      iPas, yg keluar tu sebenar taik la yg mmbusukkan umno slama ni, skrg tggl yg baik2 shj sbb semua taik dah join PR.. yg baik2 dlm pas pun skrg dah join BN… aku sronok tengok TPM smlm turun kat mjlis kenduri anak Utz Nsharudin… he he..

    • aziz pukimak says:

      laaa.. pakar taik rupanya. geng anuwar la tu..
      bereh guuuu!!

  8. OrangPekan says:

    Lebih baik dia keluar sebelum ditendang keluar.. Lepas tu ikut iPAS yang hampas, mentaliti lipas.he…he…

  9. baba says:

    eloklah kamjat mcm ni keluar umno….dalam setiap doa ku selepas solat aku minta kpd Allah swt menghapuskan atau menjauhkan umno dari pemimpin2 munafik, jahat,rasuah dan sombong dan meminta doa kpd Allah biarkan pemimpin umno terdiri dari mukmin yang baik.Amin.

  10. P164 says:

    Kalau masuk pas kn semua dosa boleh terhapus… Heheheheheee

    Senang je nk tebus dosa, masuk pas…

  11. Butah Gorillah says:

    Bagus lah dia keluar . Apa masalahnya ?. Rugi ker UMNO bila Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar Keluar ???. Tak rugi apa pun . Lagi ramai orang macam ni keluar lagi bagus . Lepas tu pakat reramai masuk DAP .
    Sikit masa lagi kita dengar pulak dia Keluar DAP sebab kononnya tak demokratik. Demokratik dan bagus tak bagusnya Parti ditentukan oleh ukuran “tembolok” dan nafsu mereka .
    Bak kata pepatah melayu “masuk tak menambah ..keluar tak mengurang “

  12. pasdaplaknat says:

    Alhamdulillah..
    elok sangatlah ‘sampah’ dibuang dari UMNO.
    Orang macam ini macam ‘biawak hidup’ yang jadi masalah buat orang lain.

    UMNO elok sgtlah review semula sistem dalaman supaya ‘penapis’ berfungsi dengan berkesan untuk tapis keluar orang-orang bermasalah yang mcm inilah yang kan rosakkan parti.

    Kerana beberapa kerat org seperti ini, masyarakat melabel UMNO sbg parti korup dan parti projek.

    Semoga dibersihkan UMNO Insya Allah.amin

  13. Yussaini Mat Ariffin says:

    M48 ke malaun nih? ptui..tak guna punya PTD..dah makan gaji kerajaan nak pulak permit pasir…tu dah kira menyeleweng tuh…. kena ambik tindakan nih…mana PTD lain nih…sampuk lah

    • Yussaini Mat Ariffin says:

      Sebenarnya ramai Pegawai Kerajaan macam ni….makan gaji dengan Pemerintah…tapi sokong pihak lawan…..PEMBELOT

    • amir fadli says:

      yussaini, saya ialah amir yg dimarah2 dimaki hamun oleh samhuri tu. saya yg proses permohonan dia, maka butir2 peribadi dia ada di tangan saya.untuk pengetahuan semua, samhuri ni hanya tamat sekolah tingkatan 5 iaitu SPM sahaja. tak tahula dari mana datangnya idea untuk kate di tu gred 48…

  14. kajol says:

    yusaini.. gaji umno yg bayar ke..ketingalan bas hang ni..

    • Yussaini Mat Ariffin says:

      ha ah skrg naik tren

    • bujang tak senang says:

      xlah..gaji penjawat awam sume PR bayar..ketua umum kan dulu Menteri Kewangan

    • Som says:

      Kerajaan umno lah yang bayar , kalau tidak siapa lagi? Salah ke umno tukang bayar? Mana boleh PR yang bayar! Itu pun masih ada lagi mengata kerajaan bagi duit “haram”….hehe macam-macam ada…

  15. bujuk says:

    Dari apa yg. aku faham…
    Orang UMNO keluar parti sebab tak dapat projek, manakala orang luar masuk UMNO sebab d janjikan projek. Apakah UMNO ni parti RASUAH? Dimana bila takda rasuah, orang lari… bila bagi rasuah orang mari?

    • selamber says:

      UMNO parti politik bukan parti rasuah..sama gak ngan PAS pun lg teruk nama je parti Islam tp amalan songsang & rasuah tatap ada jugak..lg dahsyaaaattt..

    • brahimLybia says:

      Wahai kadam bujuk, terlalu besar fitnah yang kau lemparkan kepada lawan kamu. Adakah fitnah ini juga kerana Allah swt. Celaka kau adi boroi, berapa ramai lagi manusia kau nak heret ke neraka jahanam. Aku tunggu kau adi boroi, kau tipu aku dengan darah.

      • pasdaplaknat says:

        kerana dua ekor beruk besar dlm PAS itulah punca macai2 PAS jadi mcm bujuk..
        org2 yg jahil tapi konon nk cari agama..jumpa dua ekor berok penipu..terus jadi bongkak ujub memfitnah org mcm Bujuk tu..

        elok ko kasihan kan diri ko dulu bujuk dr sibuk memfitnah UMNO parti rasuah. Kalau UMNO parti rasuah Allah tkkn berkati negara kita ni mewah dan kenyang sampai boleh ada masa untuk posting kat sini tau dk..

        kt negara bulur sempat ke nk layan facebook?blog?

        • StinGray says:

          wah2 bujuk…sedapnye hang fitnah org….hang percaya sungguh ke dgn tiket syurga si bangka pok nik tu…emmmmm

        • bujuk says:

          UMNO d berkati ke..?
          Hang pandang kehidupan pemimpin UMNO elok2… itu contoh pemimpin yg. Allah berkati atau laknati? Apa sifat2 pemimpin UMNO yg. sama dengan Rasulullah dan sahabat sebagai petunjuk dberkati?

          • selamber says:

            kalau menyokong LGBT baru dikategorikan sebagai diBERKATI kot ye bujuk..hehe

          • bujuk says:

            Jagan pusing la bro… kenapa k’jaan tak sekat kedatangan Irshad Manji kalau betul haramkan LGBT? Kenapa dia boleh datang dan berucap d m’sia?

          • Som says:

            Irshad Manji lebih kurang salman rushdie.Mu kena tahu mereka bebas menulis dan berceramah macam pas juga. Nak sekat macam mana.Cuma yang boleh kita sekat orang ramai dari mendengar ceramah mereka atau membaca buku mereka. Tapi kau manusia degil mau membaca dan ikut sekali ideologi mereka.

            Ideologi songsang.

    • raplahjingaa says:

      tu la hang tak paham bujuk oiii !! pemahaman hang patut macam ni…orang keluar UMNO sebab tak dapat projek…orang masuk UMNO sebab tak percayakan pakatan haram…tu baru betul !!

      • bujuk says:

        TunM kata UMNO parti busuk hingga ke usus…. bukan aku kata. TunM nak bertanding jadi perwakilan pun tak lepas sebab rasuah. Itu cerita bekas PM.. kalau orang biasa apatah lagi.

  16. Bujang Senang says:

    Bagus dia sedar yang parti UMNO yang tidak tolong melayu..tolong kroninya aje..walaupun sudah 27 tahun berkhidmat dalam UMNO, tapi walaupun lambat sedarkan diri tapi asalkan SELAMAT…Malaysia Selamat dari UMNO

    • StinGray says:

      Dah tolong 27 tahun pun nak menyalak lagi…..tak pernah dgr pun jasa mangkuk sotong ni??…27 tahun berkhidmat untuk penuhkan temolok sendiri kot??….elok la berambus….seluar dalam yg dia pakai tu pun hasil pertolongan UMNO, toksah nak gebang semacam le…..aje yang gampang kome ni yop….

  17. Bujang Senang says:

    UMNO= Untuk Melayu No Otak…Jadi Saudara Samhuri ini tiba tiba sedar dia sudah ada otak apabila dia umum keluar UMNO.

    • StinGray says:

      “Samhuri ini tiba tiba sedar”….kelakar la ayat2 sengal hang ni…tiba tiba…hehehehe….Aljuburi tu pun tiba tiba sedar ada otak ke??…lawak bodohnya….

  18. Bujang Senang says:

    Lawak bodoh seperti stingray…hahaha…

  19. Alyabu says:

    Semua orang tahu kegiatan rasuah diPejabat Tanah diseluruh negara malangnya tiada siapa yang berani membongkarkannya..sehinggalah Samhuri Naib Ketua UMNO Bahagian Kampar buat gila diPejabat Tanah..buat gila dan mengamuk kerana dirinya tertekan dipermainkan oleh kakitangan dipejabat tanah..sejumlah 212,000 penonton telah menyaksikan adigan ini di U-Tube sehingga 21/5..Samhuri umpama lilin membakar diri..diharap ramai lagi pemimpin2 UMNO yang buat gila dan mengamuk macam ini..supaya UMNO cepat jadfi bahan sejarah..

  20. bujuk says:

    Kenapa amaran seperti ini sering d keluarkan…
    “MELAKA 21 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj parti jika tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja boleh menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) malah tidak mustahil kehilangan kuasa di beberapa negeri dan kerajaan Persekutuan.

  21. Ikhlas Menjawab says:

    Bujuk,

    X payah ko sibuk lah amaran DS Zahid tu! Itu peringatan… Tgk2 lah puak PR, ramai jugak yg nak sabotaj tu sbb x dpt jadi calon!

    • bujuk says:

      Amaran tu dah terbukti… antara yg.sabotaj UMNO zaman PakLah ialah TunM, tapi sekarang dia kempen jagan sabotaj pulak. TunM sabotaj Paklah sampai keluar parti dan cakap bukan2, tapi itulah sebenarnya budaya UMNO, bila tak dapat yg. d hajati parti d khianati.

  22. bujuk says:

    IPOH 22 Mei – Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, Zamhuri Md. Zin menjelaskan beliau tidak pernah berniat meninggalkan UMNO kerana parti itu telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

    Menurut beliau, kenyataannya mahu keluar daripada UMNO seperti yang disiarkan menerusi klip video di laman YouTube Jumaat lalu dibuat dalam keadaan tertekan.

    Sambil melahirkan kekesalan ekoran kenyataannya itu, Zamhuri berkata, beliau ketika itu juga berasa dipermainkan pegawai dan pentadbiran di Pejabat Tanah dan Galian Kinta di Batu Gajah sehingga membuat kenyataan melulu.

    “Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO. Saya telah berjuang dengan parti ini selama 27 tahun, jadi tidak mungkin saya akan memburukkan kerajaan.

    “Saya juga tidak sanggup meninggalkan parti yang mempertahankan bangsa dan agama, apa yang berlaku cuma saya merasakan tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Hahaha… menjelaskan ahli UMNO bergantung hidup pada projek. Boleh ubah2 pendirian pulak… cuba check tengok apa suapan yg. dia dah dapat. So… ahli umno kalau miskin/merempat ugut je keluar parti.

Leave a Reply