Menu Utama

Mahfuz Bohong, Pakatan Haram Tak Penah Sepakat Siapa Jadi PM

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, mungkin marah dengan kenyataan Presiden DAP, Karpal Singh yang berjuang mahu melihat seorang bukan Melayu Muslim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maklumlah, bukankah Mahfuz mengaku dia mahu menjadi PM sebelum-sebelum ini.

Justeru itu, Mahfuz yang terkenal dengan sikap yang suka mengeluarkan kenyataan tak pakai otak, telah mendakwa bahawa Pakatan Haram sepakat untuk melantik seorang Melayu Muslim sebagai PM sekiranya mereka berkuasa, asalkan bukan pemimpin dari UMNO atau BN.

Mahfuz masih lagi membandingkan peratusan pengundi Melayu yang kononnya menolak UMNO pada PRU ke-12 yang lalu sebagai batu asas untuk mengukur sokongan orang Melayu kepada Najib dan UMNO.

Saya tertanya-tanya, sejak bila Pakatan Haram menetapkan untuk melantik seorang Melayu Muslim sebagai Perdana Menteri?

Sebenarnya, persoalan mengenai siapa yang akan menjadi PM sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya pernah dilontarkan oleh para media sebelum ini kepada para pemimpin pembangkang.

Namun sebagaimana biasa, Anwar mahu menjadi PM bagi pihak PKR, PAS mahu Hadi Awang jadi PM bagi pihak mereka, manakala DAP melalui kenyataan Karpal memperjuang dan mahu melihat seorang yang bukan Melayu Muslim sebagai PM.

Dari kenyataan pihak Pakatan Haram sendiri, mereka enggan menjawab soalan mengenai siapa yang akan dilantik sebagai PM sekiranya mereka berjaya menewaskan BN pada PRU ke-13 ini. Mereka tak mahu beri nama sebab masing-masing mahu pemimpin parti masing-masing jadi PM!

Dan yang paling jelas, PAKATAN HARAM TAK PERNAH BERSETUJU ATAU SEPAKAT UNTUK MELANTIK SAMA ADA SEORANG MELAYU MUSLIM ATAU BUKAN MELAYU MUSLIM SEBAGAI PM JIKA MEREKA BERJAYA MENJAJAH PUTRAJAYA.

Jadi, dari mana faktanya Mahfuz berkata Pakatan Haram sudah sepakat mahu melantik pemimpin Melayu Muslim sebagai PM?

INI MENUNJUKKAN BAHAWA MAHFUZ MENIPU..!!!

Lagipun, siapa Mahfuz untuk berkata demikian? Dia bukan Ketua Pembangkang dan dia bukan Presiden atau Mursyidul Am PAS! Apakah kata-kata dari Naib Presiden dari parti yang “dikeldaikan” DAP selama ini mampu menafikan kenyataan Pengerusi DAP?

Mahfuz nak rasa “tempeleng” dari Gobind Singh, ke?

Pada pandangan saya, Mahfuz terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan PAS yang tersepit dengan kenyataan Karpal itu.

PAS sedar bahawa kenyataan dari Pengerusi DAP itu akan memburukkan lagi ‘sindrom meninggalkan PAS’ yang sedang dihadapi parti itu akibat para pemimpinnya yang dilihat seolah-olah ‘makan nasi kangkang DAP’.

PAS sedar bahawa mereka semakin hilang sokongan dari umat Islam setelah menolak agenda menyatupadukan ummah dan menjadi “pekakas” DAP kafir harbi dan PKR agen Yahudi.

Jadi, mahu atau tidak, PAS terpaksa mengarahkan Naib Presidennya yang paling bodoh untuk mengeluarkan kenyataan bodoh dan berbohong kepada umat Islam untuk meredakan kebencian umat Islam yang semakin ketara terhadap kebaculan PAS.

Mahfuz yang “gila glamour” memang suka dengan idea yang memberikan publisiti murahan kepadanya dan tidak pernah terlintas di akalnya bahawa dia akan ditertawakan oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada Melayu atau bukan Melayu!

Tahniah kepada Mahfuz atas cubaan menipunya yang gagal dan harapan saya agar Mahfuz tidak akan “frust menonggeng” jika dia tidak menjadi Perdana Menteri sampai ke akhir hayatnya. Kalau nak sangat jadi PM, bertandinglah di Israel, mungkin Mahfuz boleh jadi PM atas restu Anwar…






13 Komen to Mahfuz Bohong, Pakatan Haram Tak Penah Sepakat Siapa Jadi PM

  1. Bulan Empat says:

    PEDULIKAN DIA.

    Sekarang kita cakap cerita lain pulak.

    Helo brader semua. Siapa tahu bila RV ? kalau ada info pasal RV bolih share ok ? Berangan pasal RV bolih beri sikit energy tambahan.

    Cerita politic mudah rasa letih.

  2. baba says:

    mampus omar ni ingat rakyat bodoh, yg bodoh hanya yg sokong pakatan saja. akan hancurlah masa depan org melayu kalau pakatan menguasai kerajaan persekutuan. kita sebagai MELAYU, wajib “berjihad” menentang pakatan ini.

  3. selamber says:

    Kepada sekelian umat di bawah ini adalah suatu amanat yang penting untuk kita semua (terutama mykmu) sebagai amanat yg ‘wajib’ kita laksanakan bersama iaitu..AMANAT STRINGRAY :

    “AMANAT STINGRAY ‘ Kita Menentang PAS, bukan Kerana Mereka PAS..Kita menentang PAS bukan kerana Mereka Lebai Kulup Tua Pengangkut Najis…Kita Menentang PAS bukan Kerana Mereka Islam….Kita Menentang PAS Kerana Mereka Berkawan Dengan Syaitan’

    ‘ Ingatlah Bukan Darah Pas Yang Kita Dahaga…Bukan Serban Mereka Yang kita Cemburu.. Kita Berjuang Dengan Tulus, Kita Berjuang Demi Agama, Bangsa Dan Negara. Menentang PAS Sama Dengan Menentang Komunis….Menentang PAS Sama Dengan Menentang LGBT…Menentang PAS Sama Dengan Menentang Perusuh..Menentang PAS sama Dengan Menentang Khawarij…Menentang PAS sama Dengan Menentang Syiah…Ayuh Bangkitlah Kita Semua Menentang PAS Agar Akidah Kita Dipelihara, Agar Islam Kita Dipandang Mulia, Agar Bangsa Kita kembali Gagah dan Perkasa…ALLAHUAKBAR. ‘…..

    ..& kepada saudara BrahimLybia & beberapa rakannya yg lain kami amat bersimpati dgn nasib anda…semoga anda berbahgia lah di tempat anda..& teruslah berjuang…hehe

  4. selamber says:

    Bro stingray..aku pinjam ayat2 power ko untuk tatapan umum…hehe

    “..Kalau pendatang tak daftar >> Pendatang Haram.

    Kalau Kilang tak daftar >> Kilang Haram

    Kalau anak tak daftar >> Anak Haram

    Kalau Syarikat tak daftar >> Syarikat Haram

    KALAU GABUNGAN PAKATAN POLITIK TAK DAFTAR >> PAKATAN HARAM.

    KALAU ITU PUN TAK FAHAM >> HARAM JADAH…..”

  5. selamber says:

    SIARAN ULANGAN…SIARAN ULANGAN..

    ANTARA 10 SEBAB KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK JADI PM..?

    1) KERANA SOKONGAN KPD LGBT
    2) SOKONGAN KESELAMATAN ISRAEL
    3) PEMBOHONG BESAR 16 SEPTEMBER
    4) BUKU JINGGA TIDAK DILAKSANAKAN DI 4 NEGERI
    5) POLITIK POPULIS SEMBERONO YG MERAIH POPULARITI TANPA FIKIR KEMEMPUAN NEGARA
    6) TIADA KABINET BAYANGAN
    7) FAHAMAN PLURALISME (SEMUA AGAMA ADALAH SAMA)
    8) MENDAPAT DANA & BANTUAN PIHAK ASING
    9) KES LIWAT YG BELUM SELESAI DI MAHKAMAH RAYUAN & PERSEKUTUAN
    10) VIDEO SKANDAL SEKS

    Pesanan :
    Kepada pencacai PR : Jangan la tanya kenapa asik ulang2 je..suka hati aku la..hehe..hafal ni penting nih!!..hehe

  6. yon76er says:

    11 perkara diatas telah diHALALkan dan diAMPUNkan olih Pok Nik yg mewakili PAS semalaysia…untuk Manusia Anugerah Tuhan

Leave a Reply

Threesome