Menu Utama

Mahfuz Atau Media – Blog Yang Buruk-Burukkan Imej Polis?

Baru-baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, telah menuduh media dan beberapa laman blog yang dikatakan pro-kerajaan telah menjatuhkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai laporan-laporan yang dikeluarkan berkaitan Bershit 3.0.

Dalam kenyataan, dia yang lebih dikenali sebagai “Mr. Bean” ekoran sering mengeluarkan kenyataan bodoh, mendakwa bahawa laporan media dan blog-blog UMNO itu telah menjadi rujukan utama PDRM untuk menahan seorang pelampau mahasiswa, Khalid Ismath.

Menurutnya, PDRM tidak wajar menggunakan gambar yang diambil dari media dan blog pro-UMNO yang memaparkan Khalid Ismath menendang seorang anggota polis pada himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Sebenarnya, apabila membaca laporan Harakahdaily mengenai kenyataan Mahfuz ini, saya dan seluruh 32 orang staf di pejabat kami ketawa beramai-ramai kerana membayangkan kebodohan Mahfuz ini.

Sangat melucukan apabila PAS mempunyai seorang pemutar alam yang bodoh sepertinya!

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat di negara ini tahu mengenai agenda ketiga-tiga himpunan Bershit dan para penyokongnya yang mahu menjahanamkan imej polis pada setiap kali mereka berhimpun.

Tapi, media dan blog-blog pro-UMNO juga yang dipersalahkan Mahfuz?

Pada himpunan Bershit yang pertama, rakyat Malaysia dihidangkan dengan “propaganda” pihak Pakatan Haram yang menyalahkan pihak PDRM, kononnya bertindak ganas terhadap mereka.

Padahal ketika itu kalau mereka bersurai secara aman dan tidak menyerang pihak polis, sudah tentu mereka tidak akan merasa “penangan” FRU. Beberapa anggota polis cedera diserang peserta Bershit dan polis pula dituduh ganas!

Pada himpunan kedua pula, para perusuh tersebut telah melakukan “operasi terancang” apabila membuat provokasi melampau dengan bertujuan mengundang anggota polis untuk bertindak terhadap mereka.

“Selagi mereka tak datang dan bertindak pada kita, kita tidak berjaya,” kata mereka yang terus membuat provokasi kerana mahu mengumpan polis untuk mengejar mereka.

Hasilnya, pada Bershit 2.0, salah seorang dari pesertanya “mati mengejut” dan tiba-tiba saja kembali “bernyawa” ketika dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa. Siapa yang cuba memburukkan imej polis sebenarnya?

Dan pada Bershit 3.0 kali ini, difahamkan bahawa pihak PDRM telah bersedia lebih awal. Selain bersenjatakan cota, mereka juga bersenjatakan kamera canggih dan perakam video berkualiti. PDRM tidak bodoh seperti Mahfuz..!!!

Hakikatnya, saya percaya bahawa PDRM memiliki lebih banyak gambar dari media dan para pemilik blog yang hadir membuat liputan pada hari himpunan “ganas” itu berlangsung.

Jadi, tidak benar sama sekali PDRM berpandukan kepada gambar dari media dan bloggers untuk menahan mahasiswa pro-syiah yang memukul curi polis berkenaan.

Lagipun, penahanan Khalid Ismath hanyalah sebahagian dari prosedur siasatan dan dia hanyalah merupakan suspek yang dipercayai memukul anggota polis berkenaan. Takkanlah polis nak minta gambar dari media atau penulis blog pula untuk mendakwa Khalid Ismath? Mahfuz tak pakai ilmu logik, kah?

Saya nasihatkan agar PAS kawal “mulut” Mahfuz selepas ini. Apatah lagi menjelang PRU13 ini, PAS patut risau jika Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal mengeluarkan kenyataan yang “memakan diri” PAS.

Biarlah Mahfuz saja yang bodoh dan apakah PAS pun nak dilihat bodoh seperti Mahfuz juga?






9 Komen to Mahfuz Atau Media – Blog Yang Buruk-Burukkan Imej Polis?

  1. sungai_siput says:

    bro duke

    lagi banyak mahfuz ni bercakap lagi bagus sebenarnya, ucapan yg menjurus kepada merosotnya sokongan orang melayu pada PAS

  2. StinGray says:

    Mahfuz ni tak jemu2 nk bg tau rakyat yg dia ni memang layak digelar Mr.bean dan selayaknya lah puak2 PAS ni menjadi keldai DAP sepanjang hayat…

    Kalau dia tak bercakap pun, muka dia dah nampak mcm org bodoh…kalau dia becakap confirm la teramat bodoh…

  3. berahim anwa says:

    Tiap Kali Bila Mahfuz buka mulut .. makin terserlah bodohnya mamat ni… apa Pas dah tak ada Calon lain ke ??

  4. raplahjingaa says:

    Mahpuz…..dengar-dengar orang pokok sena dah nak tendang dia keluar…kita tunggu.

  5. abe says:

    Ikutmu la mahfuz lepas pru 13 ni mampus la kaerier politik mu. Lepas ni boleh melalak kat kedai kopi atau pentas ceramah je sebab nak bunyi kat parlimen tak de harapan dah.Orang pokok sena sedar-sedarlah yang yb korang memang melucukan macam abang dia juga mr bean.

  6. mr bean says:

    Biarlah Mahfuz buat lawak sebab bakat yang dia ada tak dapat nak melayakkan diri ke dalam program Raja Lawak.

  7. omega says:

    Orang pokok sena berbangga ada MP setaraf Mahfuz. Maklumlah hanya Mahfuz saja yang boleh buat mereka terhibur. Saya pasti lepas nie undi untuk mahfuz pada PRU 13 bertambah sekali ganda.

  8. siamang gagap says:

    Mr Bean hanya tahu menyalahkan orang lain. Anak sendiri jadi tak tentu arah salah polis jugak.

  9. Bulan Empat says:

    Jika halal haram dibuat mainan, diolah mengikut cita rasa sendiri bukan dengan merujuk pada kitab suci yang jadi sandaran, maka pertingkaian keatas statusnya mengenai sesuatu isu terus menjadi tafsiran bibir bibir yang berpengikut.

    Mereka sedar, mereka arif apa hukumnya keatas individu atau kumpulan yang berusaha menjatuhkan sesuatu kerajaan cara paksa. Maka cara paksa ini telah difatwakan haram kerana memang itulah yang termaktub dalam kitab suci kitab rujukan seluruh umat Muhamad.

    Fatwa ini bukan fatwa BN sebagai parti pemerintah tetapi fakta yang sedia termaktub dikitab suci kita.

    Kita sedih, pilu dan risau akan masa depan jika individu yang berilmu tinggi itu sentiasa pertikai isu yang mereka sendiri teramat arif semaTA MAta kedudukan politik mereka yang berbeza .

Leave a Reply

Threesome