Menu Utama

Lebih Setahun OMEGA Menghilang, Tapi Pakatan Haram Masih Percaya Anwar

Sedar atau tidak, sudah lebih setahun misteri jam tangan OMEGA masih belum dapat diselesaikan oleh mana-mana pihak, sama ada pihak berkuasa atau pihak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar dituduh oleh kumpulan Datuk T, di mana suami Wan Azizah itu dikatakan telah melanggan seorang pelacur yang hanya dikenali sebagai “China Doll” oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dari dakwaan itu, Datuk Syazryl Eskay, pemilik rakaman video yang memaparkan lelaki mirip Anwar 99% itu menyatakan bahawa bapa Nurul Izzah itu telah tertinggal jam tangan mewah miliknya yang berjenama OMEGA.

Dan sejak itulah OMEGA terus menjadi misteri…

Anwar pertama kalinya menjawab isu jam tangan OMEGA pada satu sidang akhbar sehari selepas Datuk T mendedahkan video yang menjadi tumpuan dari seluruh negara dunia itu.

Kata Anwar, dia memang memiliki seutas jam tangan OMEGA dan jam tersebut berada di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, di rumah mereka.

Pada 5 April, Wan Azizah membuat kenyataan akhbar dengan ditemani oleh Nurul Izzah, Karpal Singh dan beberapa pemimpin PKR lain dirumahnya dan menafikan bahawa lelaki 99% Anwar itu bukanlah Anwar Ibrahim, suaminya.

Wan Azizah juga mengaku ada menyimpan jam tangan OMEGA milik Anwar. Namun meskipun diminta oleh para wartawan untuk meyakinkan kenyataannya itu, Wan Azizah tergagap-gagap untuk menjawab permintaan itu.

Nurul Izzah kemudiaannya cuba menyelamatkan keadaan dan kedua beranak itu mempersoalkan permintaan para wartawan serta menegaskan bahawa pihak media bukanlah polis atau pendakwaraya.

“Kenapa harus saya tunjukkan (jam tangan itu) ? Awak (wartawan) bukan pendakwa… Apa yang kamu (wartawan) nak?,” balas Wan Azizah.

“Adakah awak (wartawan) pendakwa?,” tanya Nurul Izzah  dengan nada emosi yang kurang senang, senada dengan ibunya.

Selang beberapa hari kemudian, Anwar pula memarahi wartawan apabila disoal mengenai jam tangan OMEGA di mana beberapa wartawan terpaksa menahan rasa apabila dimaki hamun oleh Ketua Pembangkang itu meskipun mereka cuba mencari kebenaran.

Jam tangan OMEGA yang kononnya berada ditangan Anwar dan Wan Azizah menjadi topik panas perbualan seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu. Mereka berkata, “Ingat OMEGA, ingat Anwar..!”, namun masih tiada jawapan mengenai jam tangan misteri itu.

Persoalan tersebut terus bermain difikiran rakyat sehingga kini, manakala Anwar dan isterinya masih gagal menbuktikan kata-kata mereka yang sebelum ini menegaskan bahawa jam tangan itu berada di dalam simpanan mereka.

Persoalannya, susah sangatkah mahu menunjukkan seutas jam tangan kepada media atau rakyat? Sedangkan tindakan itu akan membersihkan namanya dari menjadi sebutan sebagai “pelanggan China Doll” di dalam video tersebut.

Sudah lebih setahun Anwar dan Wan Azizah membiarkan persepsi dan kata-kata tanpa bukti mereka itu untuk terus menjadi misteri di kalangan rakyat. Dan sampai bilakah pasangan itu mahu menyembunyikan kebenaran?

Pada saya, Anwar dan Wan Azizah tidak akan sekali-kali dapat membuktikan kebenaran kata-kata mereka dan sangat mustahil untuk mereka menunjukkan jam tangan OMEGA milik Anwar yang dikatakan tersimpan di rumah mereka.

Kerana setahu saya, jam tangan milik Anwar yang dikatakan tertinggal itu telah diserahkan Eskay kepada pihak berkuasa…

Sebenarnya, Anwar dan Wan Azizah menyedari tentang pembohongan mereka yang jelas “kantoi” secara terang-terangan ini. Namun yang peliknya, para penyokong mereka, PAS dan DAP seolah-olah tidak sedar tentang pembohongan itu dan terus “sekatil” bersama Anwar.

Malah, mereka secara kolektifnya bersetuju untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya.

Dan saya hanya ada satu soalan untuk rakyat Malaysia, wajarkah Anwar dipilih untuk menjadi Perdana Menteri kerana OMEGA itu? Usah jawab pada saya. Jawablah pada diri anda sendiri…






5 Komen to Lebih Setahun OMEGA Menghilang, Tapi Pakatan Haram Masih Percaya Anwar

  1. tauke ikan says:

    jam omega tu anwar dah jual kat pajak gantung la..

  2. mat says:

    Omegayyyy…

  3. […] Sedar atau tidak, sudah lebih setahun misteri jam tangan OMEGA masih belum dapat diselesaikan oleh mana-mana pihak, sama ada pihak berkuasa atau pihak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri. Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar dituduh oleh kumpulan Datuk T, di mana suami Wan Azizah itu dikatakan telah melanggan seorang pelacur yang hanya dikenali sebagai “China […] Read More […]

  4. pasdaplaknat says:

    Bg org yg berakal, kes bohong Anwar pasal jam Omega ini pun sudah cukup untuk buktikan Anwar itu memang PENGOTOR!!

    KOTOR dari hujung rambut sampai hujung kaki!

    Sudah cukup otak yang waras mengarahkan si pencacai2 ini stop sokong Anwar.

    Tp puak2 ni tetap buat hati.. semuanya konspirasi UMNO.. Insya Allah cukup yakin Anwar mmg dlm video tu!

  5. raja kongkiak says:

    Mana ada pengikut Nuar yang cerdik? Kalau cerdik sohih tak kena “kencing” siang malam dengan Nuar.Husihhh tak geli kaaaa kalau bersama dengan “jantan yang main lobang taik jantan”.? Aiyaaaaa maaaaaaa. Sebengong-bengong

Leave a Reply