Menu Utama

“Latah Muzakarah” Nik Aziz: Ada Cerita Di Sebaliknya?

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.

Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan “Islam” yang ada pada nama parti itu.

Maksdunya, dalam cadangan Mufti Perak itu, beliau hanya meminta Majlis Fatwa bermuzakarah sesama jawatankuasanya dan tidak ada pun timbul soal PAS diajak bermuzakarah bersama.

Jadi, apahalnya pula Nik Aziz tiba-tiba memberikan kenyataan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO atau mana-mana pihak? Kenapa tiba-tiba keluar nama UMNO? Tan Sri Harussani ada sebut nama UMNO, kah?

Latah Nik Aziz yang tiba-tiba menyebut nama UMNO dan membabitkannya dengan ‘muzakarah’ membuatkan saya tertanya-tanya mengenai respon luar biasanya itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi beberapa sumber yang rapat dengan pemimpin PAS di Kedah.

Menurut sumber yang dikenal pasti pro – Harun Din, kenyataan Nik Aziz itu dikatakan berdasarkan kesedaran Mursyidul Am itu mengenai penurunan drastik sokongan umat Islam kepada PAS sejak bersekutu dengan PKR dan DAP.

Menurutnya, ramai akar umbi khususnya dari golongan anak muda dan penyokong PAS mempersoalkan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP yang dilihat seolah-olah tidak ikhlas dan tidak ada titik persamaan.

Dalam ertikata lain, mereka tidak puas hati melihat dasar-dasar PAS dipijak sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP, malah para penyokongnya pula seolah-olah dipergunakan seperti ‘kuli kang’ dan ada kalanya mereka disuruh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal!

Bila ditanya tentang apa yang dimaksudkan tidak masuk akal itu, sumber itu memberikan contoh “menafikan video-video seks Anwar yang memang benar lelaki itu adalah Anwar”!

Justeru katanya, melihat PAS semakin kurang sokongan umat Islam yang beralih menyokong BN kerana yakin pada kepimpinan Najib, Nik Aziz yang “baru sedar di anak tirikan” PKR dan DAP itu melihat gabungan Pakatan Haram tidak menguntungkan PAS sama sekali.

Justeru itu, katanya berkemungkinan besar ‘latah muzakarah’ Nik Aziz itu dibuat akibat untuk mencuba nasib, manalah tahu jika UMNO sudi berbincang dengan PAS untuk membentuk kerjasama sebagaimana yang dicadangkan pada 4 tahun lalu.

Beberapa sumber lain yang rapat dengan kepimpinan Azizan, Nasharuddin Mat Isa, Nasrudin Hasan dan Harun Taib juga memberikan pandangan yang lebih kurang sama dengan pendapat tersebut.

Salah seorang dari mereka turut menambah bahawa PAS benar-benar marah tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di antara parti Pakatan Haram kerana PKR dan DAP cuba mencuri banyak kerusi-kerusi PAS di beberapa buah negeri, khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mereka melihat, sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, bukan setakat kerusi, malah “meja” di Putrajaya pun mungkin akan PAS perolehi!

Begitu rupanya… Maksudnya Nik Aziz, ada “udang di sebalik batu”..?

Saya sebenarnya tak kisahlah jika benar PAS mahu bekerjasama dengan UMNO/BN. Cuma, jika mahu bekerjasama dengan UMNO/BN, maka kenalah ikut gaya dan corak UMNO/BN. Kalau PAS boleh terima gaya kafir harbi dan agen Yahudi, mengapa tidak boleh terima cara UMNO/BN yang lebih Islamik, kan?

Saya sebenarnya juga tidak kisah untuk PAS bersatu dengan UMNO/BN jika mereka benar-benar ikhlas. Apatah lagi, saya memang mengimpikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. Perpaduan umat Islam di negara ini lebih penting dan itulah yang sangat-sangat ditakuti oleh DAP dan PKR.

Meskipun begitu, jika benar Nik Aziz mahu bersemuka dan bermuzakarah, rasanya tak payah umum secara terbuka. Ajak saja Hadi Awang, Harun Din dan Harun Taib ke rumah Datuk Seri Najib. Tak payah bawa Mat Sabu atau Mahfuz, mereka tak relevan…

Saya percaya, Najib mampu berbuat sesuatu untuk menyatupadukan ummah. Jika beliau boleh menggerakkan transformasi negara, perpaduan umat Islam juga boleh dilihat sebagai program transformasi ummah, bukan?

Justeru, tak payah kecoh-kecoh di media secara terbuka. Buat diam-diam pun tak mengapa. Selepas itu, biar kita sama-sama lihat bagaimana Anwar terkangkang menangis berguling-guling kerana cita-citanya memperkudakan PAS untuk jadi Perdana Menteri gagal ditengah jalan!






43 Komen to “Latah Muzakarah” Nik Aziz: Ada Cerita Di Sebaliknya?

  1. randomsee says:

    Umno patut membiarkan sikambing tua ini meroyan..bukankah dahulu dia menolak mentah2 berbincang dan bersemuka dgn UMNO…hingga sanggup kata DAP lebih islamik dari Umno…

    tak payah lah kita terhegeh2…dgn Pas selagi ada sikambing tua ini diatas dunia ini….bukan lama mana pun….

    bila kambing tua ini dah tiada, barulah islam yang sebenarnya ditegakkan dalam PAS..hari ini Pas hanya berpegang pada islam yang diasaskan oleh kambing tua ini….

    • jinkun says:

      jgn percaya ngan n ajis ni. Dulu masa ngan BN n ajis la kepala yg mahu PAS keluar BN. Sbb tu sampai la ni n ajis xsuka n xkan bersatu ngan UMNO. n ajis ni memang lidah biawak suka bohong rakyat. gi mampus la tua kutuk xsedar diri…

  2. StinGray says:

    Aku lebih percaya kata2 burung kakaktua, daripada kata2 yg keluar dari mulut celupar si tua bangka musibat samdol PAS ni…

    Lebih baik ikut nasihat Tan Sri Harussani, bahawa muzakarah dgn PAS tidak perlu, kerana PAS telah tergelincir di bawah Nik Aziz.

    Hang muzakarah la dgn awek hang si ambiga tu wahai pok nik….selagi hang ada kuasa mustahil PAS & UMNO boleh bersatu kerana islam…hang ni pembohong jea pok nik…

    kita bungkuskan dia dulu masa PRU13 ni, lepas tu baru citer pasal muzakarah diantara UMNO dan PAS…

  3. Cfu says:

    Macamana ni, dulu kata lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan UMNO. Sebenarnya dari dulu lagi UMNO buka pintu kepada Nik Aziz tapi dia sombong dan ego.

    • pandipory says:

      ya dong..khabarnya orang kampong sudah tidak sabar lagi membenamkan pas hidup2 dalam pru13 nanti.. makanya wali selipar alias nik aziz sudah pusing kepalanya.. ramai orang bilang nik aziz ini kuat berdusta, sikap egois kelantan diterapkan dalam pas, maka begini lah kesudahannya..

  4. zumazore says:

    dulu masa dia konon kuat, haram kerjasama ngan UMNO, tp sekarang bila dah lembik nak ngendeng ngan UMNO la pulak… tah lah apa nak jadi ngan PAS ni..
    PAS PIS PUS… hancussss!

  5. brahimLybia says:

    oooo..ko hendak bermuzakarah dengan UMNO ye..ko ingat aku kat dalam ni tak tahu. celaka ko pok nik,dulu ko dengan si boroi adi tu kata darah orang UMNO halal untuk ditumpahkan, last2 darah aku yang tumpah, duduk dengan cacing kat bawah ni. Celaka korang berdua.

    Kepada manusia di atas sana , jangan percaya dengan cakap si lahabau badut dua ekor tu. Nyawa aku dia gadai, duit collection untuk famili aku pun dia tibai. celako ko pok nik.

    Menyesal aku tak menyesal dahulu. Sekarang dah terlambat. Celaka ko boroi, sial punya amanat.

  6. kojol says:

    APA LA..HUJAH HAMPEH PENYOKONG MYKMUNI..TIDAK BERPAKSI PADA REALITY KATA NAJIB..

  7. penyokongketuanan says:

    kalau betullah niatnya ikhlas, tak ada salahnya menjelmakan mimpi ngeri Dap, Mca dan Gerakan dengan penyatuan Melayu Islam di Malaysia.

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  8. Brother_Borak says:

    Haa@! Jaga2. Ini pun kerana politik juga ni. Maklumlah kalau agama dilacurkan untuk kepentingan politik mesti muzakarah ini pun kerana kepentingan politik. Dia kena ikhlas. Macam penulis tulis tak payah heboh2 jumpa terus dalam senyap. Kalau riuh sekampung dah macam tak ikhlas.

    • sungai_siput says:

      bagi aku nik aziz tak ikhlas

      sbb nya dia keluarkan kenyataan dalam harakah

      kenapa tidak nik aziz, harun din, hadi berbincang dgn najib sahaja????

      telepon saje najib, senang punya cerita

      nik aziz dah mula sedar risik2 dimana orang melayu islam luar dari kelantan tak kan bagi undi pada PAS dgn PKR

      orang kelantan lain, kebanyakan dah di doktrin dari kecik undi PAS, adalah undi kepada islam kununnya, berdosa dan kafir kalau pilih lain dari isle

      jika benar ikhlas niat nik aziz mempertahan kan bangsa dan agama..

      kenapa di pecat hassan ali yg mempertahan akidah umat islam yg di dakwah supaya meninggal kan islam????

      nik aziz ni tak sudah2 bersandiwara nya

      • pandipory says:

        kata2 sdr tepat sekali, jangan sekali kali percaya dengan mulut busuk nik aziz.. selagi dia memegang jawatan dalam kerajaan dan parti..wajib bagi orang umno memeranginya.. kambing jantan tua tu wajib dikorbankan dalam pru13 nanti..

  9. truthseeker says:

    Bagi aku ni perangkap nik aziz utk PRU13. Kalau umno buat tak tahu pasal ni, nik aziz akan kata lihat Umno benci pada perpaduan. Kalau umno join muzakarah, nik aziz akan buat syarat kena ikut PAS, umno tolak, nik aziz kata umno tolak sebab PAS nakkan Islam, Umno tak nak. Sekali lagi isu kafir mengkafir akan di mainkan. Nik Aziz is political animal. He will do anything to survive.

  10. pandipory says:

    boleh saja dong cuma biarkan kambing tua bernama nik aziz mampos dulu kan lebih mudah muzakarah nya..

  11. raja kongkiak says:

    PULOK DOH….sat mau muzakarah sat tak mau muzakarah dengan UMNO. Sat kata tobat dan tak akan bermuzakarah dengan UMNO nih nak pulak.. Kacauu laaaaaaa. Takkaaan laa baru tengok umat UMNO 120,000 orang lebih berkampung di satdium bukit jalil tak sampai 5 jam macam puak Bersih buat di KL Pas dah gelabah dahhhh…… Kita bukan nak cakap bab muzakarah tapi bab kelaku pemimpin Pas yang sat “kelam sat cerah”.. Apa punya drama depa nak buat lagi… rakyat dah naik meluat dengan pesen kajang pak malau nih

  12. spana hidup says:

    Nak muzakarah apa ka tunggu keputusan pru13 dulu..ini leh jadi perangkap..mula2 tunjuk baik nk muzakarah..kemdian wat syarat dan jika umno terima maka parti2 lain dlm bn mungkin akan tinggalkan umno..lepas tu Pas akan keluar dari perikatan dgn umno dan tinggal lah umno sendiri tanpa mca, mic dn lain2 rakan yg tinggalkan umno kerna pas. ini hanya teori saja tapi tk mustahil. Umno must be on the upper hand. Nk kerjasama boleh tp kena ikut syarat umno..yg terdesak bukan umno tp pas..pas mesti sedia bekerjasama dgn semua parti dlm BN. Kl pas setuju maka lingkup lah aljuburi dan rakan2nya yg lain…masa tu kita pakat2 gelak kuat2..

  13. paklang says:

    Dengan Nik Aziz ni tak payah dok muzakarah… dalam dunia ni dia saja yang betoi… setakat ni semua tegur dia mesti dia serang balik…

    Jadi adalah lebih baik kita tunggu je fatwa2 yang akan dikeluarkan manusia yang meletak diri bertaraf nabi ni..

    Kalau bermuzakarah pun.. lepas 7 langkah dia keluar dari tempat muzakarah tu .. akan ada lah muntah busuk yang keluar dari mulut longkang dia ….. kaki putaq.

  14. KerisJentayu says:

    Itu taktik PAS dekat pilihan raya,kalau benar pas mahu muzakarah bukan sekarang,sekarang dah dekat PRU,bila dekat PRU sudah tentu ada sesuatu yangpemimpin pas sendiri tahu..

  15. […] kerana cita-citanya memperkudakan PAS untuk jadi Perdana Menteri gagal ditengah jalan!.. sumber disini Tweet POSTED IN » Blog, Media, […]

  16. Mohd Taib Kamin says:

    Kepala Nik Aziz penuh dengan ilusi dan fantasi. Dia tertipu dengan ilusi dan fantasinya sendiri. Seorang ulamak tidak akan bercakap yang bukan2 apalagi jika ia boleh menjejaskan aqidah umah atau pentaksubnya sendiri. Sekejap halal sekejap haram, sekejap nak sekejap tak mahu mengikut tuntutan nafsu duniawi yang gila.

    Bukan sekali dua isu ‘muzakarah’ dibangkitkan dan setiap kali gagal atau sengaja mahukannya gagal, UMNO lah yang akan menjadi kambing hitam. Cuma kali ini isu ini ditimbulkan oleh Nik Aziz yang diketahwi sebagai penentang tegar dalam isu muzakarah dengan UMNO. PAS tidak pernah serious dan tidak pernah ikhlas. Isu muzakarah itu ditimbulkan oleh Nik Aziz mungkin disebabkan PRU13 semakin hampir dan untuk mengelirukan ahli dan penyokong PAS sendiri. Disamping itu ada beberapa faktor yang memungkinkan Nik Aziz secara tergesa2 menimbulkan isu ini kembali. Antaranya:
    1) PAS sedar sokongan orang Melayu keatas mereka semakin merosot. Malah ada ahli2 yang keluar parti dan menyertai UMNO setalah menyedari PAS telah jauh menyimpang dari perjuangan asal sehingga sanggup mengadai perinsip parti semata2 untuk memenuhi kehendak DAP yang sememangnya anti Islam.
    2) PAS merasakan PKR akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU13 kelak. Kekalahan PKR akan menyulitkan PAS itu sendiri kerana PAS juga amat bergantung kepada ‘kekuatan’ PKR. Pergeseran antara PAS dan PKR terutamanya di Terengganu sudah tidak boleh disembunyikan lagi.
    3) DAP yang menjadikan PAS kuda tunggangan mereka semakin tidak popular. Isu Tunku Aziz yang keluar dari DAP juga memainkan peranan apalgi pendedahan Tunku Aziz sendiri yang menggambarkan DAP tidak sebaik mana dan cubaan merasuah Tunku Aziz dengan jawatan dan RM50,000 oleh Lim Guan Eng yang telah diangkat sebagai Khalifah oleh PAS dan Nik Aziz sendiri.
    4) Perhimpunan aman UMNO yang diadakan dibukit Jalil baru2 ini juga membuktikan kekuhuhan UMNO dibawah pimpinan DS Najib. Kehadiran lebih dari 100,000 ahli UMNO adalah menifestasi dari keadaan UMNO itu sendiri. Ini pun sudah cukup meremangkan bulu roma Nik Aziz dan PAS.
    Jadi apa lagi yang boleh PAS lakukan selain dari mengheret UMNO yang akan tetap menjadi musuh nombor wahid dengan menimbulkan isu ‘muzakarah’ dengan harapan UMNO menolak mentah2 supaya UMNO dilihat sebagai anti perpaduan dan sebagainya.
    Kesimpulannya pelawaan PAS untuk bermuzakarah adalah tidak ikhlas jauh sekali kerana Allah. Oleh itu UMNO tidak perlu terlalu teruja untuk melayan kerenah PAS. Lebih baik masa yang ada digunakan semaksima mungkin untuk memperkukuhkan UMNO dan BN didalam menghadapi PRU13.

  17. pasdaplaknat says:

    Mintak tolong sangatlah pada pimpinan UMNO jangan dibodohkan oleh PAS Laknatullah ini untuk event Munafik ‘Muzakarah’ PALSU ini.

    PAS sedang buat culaan dan didapati populariti mereka jatuh teruk Insya Allah, jadi jalan pintas yg penuh dengan tipu helah pada masa ini untuk mengkaburkan org Islam ialah dengan ‘Muzakarah’.

    Ini adalah taktik untuk hadapi PRU13. Setelah penat lelah dicurahkan oleh kepimpinan DS Najib untuk kembalikan sokongan rakyat, dengan semudah ini PAS cuba mengambil kesempatan

    UMNO harus ingat bagaimana angkuhnya PAS dengan lagak sombong tidak langsung mahu menerima kesepakatan UMNO-PAS bilamana situasi GENTING di PERAK dahalu.

    Waktu itulah wajibnya PAS cari UMNO dan UMNO sedia terima demi untuk menyelamatkan ‘huru hara’ pada umat Islam sehingga berlaku macam2 kedangkalan termasuk menghina Islam, Melayu dan Raja. Kenapa masa ini PAS tiba2 yang terkenal dengan BODOH SOMBONGnya terhegeh2 untuk Muzakarah??

    ini ‘Muzakarah’ cucu cicit Abdullah bin Ubai untuk memperdaya umat Islam..seperti mana Perang Ahzab puak Munafiqun sperti PAS ini berkerjasama dengan Kafir Quraish dlm diam untuk kalahkan umat Islam.

    JANGAN SAMA SEKALI BERMUZAKARAH DENGAN PAS PADA KETIKA INI MELAINKAN MEREKA AKAN MUATKAN TIPU HELAH YANG JAHAT UNTUK ROSAKKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM!!

    HATI2LAH DENGAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR DAN PORK NIK NAJIS INI YANG AKAN GUNAKAN SEGALA MACAM SALURAN HALUS UNTUK TUMBANGKAN UMNO DAN ORANG MELAYU!!

    • KerisJentayu says:

      elok juga umnopun main wayang dengan pas-secara pribadi saya tak bersetuju muzakarah dengan pas kerana banyak sangat kluk klek mereka-menuduh umno tolak islam pun satu hal—

  18. Bong says:

    Wayang aja tu, setiap kali apa yg pas kata king jubur ada d belakangnya,,,ingat belakang ingat king jubur, nampak jamban ingat azmin, nampak bilik hotel 121 ingat mat sabun, namapak pudu raya, ingat hantu raya, nampak pat g buddha ingat naik ajis,

  19. raplahjingaa says:

    Aku tak rasa ianya akan berlaku…walaupun atas kehendak PAS…ini adalah kerana dah banyak budi yang anwar taburkan pada PAS, terutamanya dari segi kewangan…dan DAP tak kan benarkan ianya berlaku, kita tahu mastermind dalam pakatan haram adalah DAP.

  20. kassim says:

    Orang Islam adalah orang yang berbudi tinggi, mengambil kebaikan membuang keburukan, mengambil sunnah-sunnah Nabi SAW untuk jadi ikutan. Apabila ada org Islam lain yg ingin berdamai kita sepatutnya menghulurkan tangan kerana menjaga silaturahim adalah kewajipan kita. Mungkin dulu PAS terlupa bahwa UMNO adalah juga org-org Melayu yg seIslam dgnnya. Memang UMNO sering mengingatkan mereka agar jangan diperaltakan oleh DAP mahupun PKR. Ternyata usaha itu berkesan dan ayuh bangsaku kita buang yg keroh ambil yg jernih, kita perbetulkan barisan kita yg bengkok. Demi Ugama, Bangsa dan Negara sama-sama kita UMNO dan PAS berganding bahu dalam menjayakan wawasan negara iaitu menjadikan Malaysia negara Islam yg tercinta menjadi negara yg maju dan berjaya serta rakyatnya yg berpendapatan tinggi. Pedulikan mereka PKR yg tak sudah-sudah mencari jalan serta sanggup menakbur fitnah merata-rata demi kepentingan mereka, sebab itu bukan amalan Islam malah ajaran sesat yg bertopengkan yahudi. Ayuh bangsaku sama-sama kita bersatu agar bertambah teguh negara kita maka bertambah banyak pembangunan dapat dicapai..Insya-Allah..

    • pasdaplaknat says:

      Itu hakikat yang terbaik bagi orang2 mahu bermuhasabh dan dan berubah.

      Masalahnya PAS bukan begitu. PAS boleh diibaratkan tipu helah puak Munafik di zaman Nabi yang kita tidak boleh percaya apa jua janji dan kata2 mereka.

      Ini bukan soal menolak perdamaian. Dalam persaudaraan Islam, Allah itu matlamatnya. Tapi kalau Putrajaya jd matlamat, ‘muzakarah’ sbg helah, itu sama lah dengan sahabat syaitan yang berusaha untuk menyesatkan kita umat manusia dari jalan kebaikan.

      Melainkan PAS itu mufarakah dari sekutu2 jahatnya DAP dan PKR, tunjukkan sikap tawadhu’ pada Muslim lain, barulah boleh bermuzakarah untuk maslahat umat dan agama.

      Wallahualam

      • StinGray says:

        setuju bro…bukan menolak kedamaian, tapi menolak strategi politik pok nik…”matlamat menghalalkan cara” demi ke putrajaya….

        Mcm mana nak percaya, dia masih duduk dibawah naungan DAP yg terang2 menolak Islam…..malah A kata DAP, A lah kata PAS….tapi nak bermuzakarah dgn UMNO pada topik peradaban Islam….?????

        • Invisiblemen Al Mahdi says:

          Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda; “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu tersebut si penipu dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan penipu. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, “Orang kerdil, hina dan tidak mengerti bagaimana mengurus orang banyak.” (HR. Ibnu Majah

  21. rajakongkiai says:

    SEPATUTNYA PAS pi buat MuZAKARah dengan Nuar dulu.Tanya bab-bab yang berkenaan Zakar ahnuar tuh yang kadang-kadang tak boleh nak kawal.Pi laa bawak berbincang dengan dia sebab dia tuh Bakal PM kepada Pas. UMNO dan ada jalan sendiri. yang jalan masih kelam tuhh PAS.

  22. rajakongkiak says:

    SEPATUTNYA PAS pi buat MuZAKARah dengan Nuar dulu.Tanya bab-bab yang berkenaan Zakar ahnuar tuh yang kadang-kadang tak boleh nak kawal.Pi laa bawak berbincang dengan dia sebab dia tuh Bakal PM kepada Pas. UMNO dan ada jalan sendiri. yang jalan masih kelam tuhh PAS.

  23. orang kampung says:

    alahaiii pok nik tekong pemecahbelah umah…umno sudi bermuzakarah dgn dengan syarat PAS dibubarkan dulu….amacam bole?…

  24. Antihipokrit says:

    elok sebelum muzakarah dengan UMNO pas kena muzakarah dulu sesama ahli2 partinya.jangan pakai satu kepala saja.hujung2 tiada kesudahan.

  25. pandipory says:

    orang pas sendiri pon susah nak percaya dengan cakap2 nik aziz, inikan pulak orang umno.. sape yang tak kenal dengan nik aziz, dia ler bapak pemecah belah umat islam dan bangsa melayu semalaysia..

  26. Yussaini Mat Ariffin says:

    Saya rasa ini mungkin adalah muslihat atau perangkap PR dengan menggunakan PAS… eloklah PM fikirkan sedalam dalamnya… kalau nak muzakaran pun lepas PRU nanti ya…

  27. pasdaplaknat says:

    Orang beriman Solat Hajat mohon Allah datangkan kebaikan dan penyatuan Ummah seperi yang Yadim buat di masjid Negara semalam, zikir munajat, tazkirah Qiammullail, menjernihkan hati2 kita yg berkarat dengan Mazmumah, itulah sebaik2 amalan dari Nabi…

    Tapi..puak PAS yg diketuai oleh si bebal, buat Solat Hajat mintak PM pecah perut, doa kemusnahan sesama umat, tanamkan mazmumah berlipat ganda, gunakan agama sbg instrumen memuaskan NAFSU ammarah penganut2 PAS. Itulah sempit dn sesatnya org2 PAS sekian lsma

  28. pasdaplaknat says:

    Bacalah statement si tua bebal tu Pork Nik, dia yg tetiba ckb bab ‘muzakarah’, lepas dia pulak buat ‘hukum’ dgn kata UMNO baru dpt hidayah untuk muzakarah, dgn nada angkuh sombong, muka tkmalu. tidak nmpkmlngsung sikap tawadhuk dn ikhlas untuk menyelesaikan masalah umt spt perpaduan, mslh murtad, zina, gay lesbian, masalah2 remaja Melayu… itu yg plg baik. tp apakn daya Allah hijabkn hati pemimpin2 PAS spt terhijabnya golongam munafik pd keindahan Islam.

Leave a Reply

Threesome