Menu Utama

Khalid Ismath: Mahasiswa Undang-Undang Yang Tidak Tahu Undang-Undang

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily semalam menyiarkan laporan yang kononnya membayangkan mahasiswa di seluruh Malaysia mempertahankan “rakan” mereka yang dikehendaki polis, Khalid Ismath, yang menulis “bersetuju jika semua polis dibunuh” di laman Facebooknya.

Kononnya, ia adalah ekspresi kemarahan pelajar tahun dua fakulti undang-undang di UiTM itu setelah ibunya, Faridah Ismath, yang merupakan seorang “warga emas” telah “cedera parah” dan terpaksa dirawat di hospital selama 5 hari kerana “keganasan” pihak berkuasa.

Pertamanya, saya agak sedih dan kecewa melihat sikap Harakah yang seolah-olah membayangkan bahawa tindakan Khalid Ismath itu mendapat sokongan dari “seluruh” mahasiswa di negara ini.

Tahukah Harakah bahawa majoriti dan boleh dikatakan hampir semua mahasiswa dan mahasiswi menyumpah-nyumpah tindakan Khalid Ismath yang mencemar, mengaibkan serta membusukkan nama mereka di khalayak masyarakat Malaysia?

Hampir seluruh mahasiswa dan mahasiswi menganggap Khalid adalah pencetus kekacauan dan memburukkan nama golongan muda di negara ini. Khalid adalah “sampah” bagi mereka.

Jadi, tak perlulah Harakah menyatakan bahawa kumpulan kecil yang menyokong Khalid itu sebagai suara keseluruhan mahasiswa di negara ini kerana ia adalah satu pembohongan. Menurut Islam, berbohong adalah satu dosa. Harakah sanggup tanggung dosa berbohong kepada seluruh pembacanya?

Keduanya, tidak salah melahirkan ekspresi di Facebook atau di khalayak ramai. Namun pastikan ekspresi itu tidak berbentuk ancaman kepada mana-mana pihak, khususnya dengan menggunakan perkataan “bunuh”.

Kalau “bunuh” nyamuk atau serangga perosak, memang dibenarkan. Tapi kalau ekspresi marah meluap-luap dan menyebut “bersetuju jika semua polis dibunuh”, maka penulisnya bakal menghadapi masalah besar!

Rasanya sebagai pelajar undang-undang, Khalid sudah tentu tahu mengenai pantang larang ini. Dari segi perbuatan, tindakan mengancam dengan mengangkat tangan mahu memukul, meskipun belum memukul mangsa, mampu mengheret seseorang itu ke mahkamah dan dipenjarakan.

Dari segi percakapan pula, dengan kata-kata ancaman berbunyi “aku bunuh kami nanti” juga mampu mengheret individu tersebut ke penjara. Dan begitu juga dengan penulisan Khalid, perkataan “bunuh” itu menjadi satu isu besar kepada pihak berkuasa kerana ia melibatkan kehilangan nyawa.

Jadi, apa rasionalnya rakan-rakan Khalid memprotes penahanan budak hingusan yang baru belajar nak tunjuk samseng itu? Kalau bodoh dan kurang pengetahuan undang-undang, sila belajar dahulu dan kemudian baru fikir sokongan kalian semua kepada Khalid Ismath.

Saya perhatikan, dua-tiga “kerat” rakan Khalid cuba menagih simpati untuk Khalid dengan menceritakan bahawa kononnya ibu Khalid seorang “warga emas” yang dicederakan polis pada himpunan Bershit 3.0 sehingga terlantar di hospital selama 5 hari.

Sebenarnya, Faridsah Ismath tidaklah se”warga emas” seperti seorang nenek tua yang tidak bermaya dan bertongkat sebagaimana yang cuba digambarkan. Dari gambarnya, saya anggarkan umur ibu Khalid itu lebih kurang sebaya dengan Zuraida Kamaruddin a.k.a “Mak Lampir.

Tua sangatkah Zuraida? Untuk pengetahuan, saya ada bersua dengan Zuraida bersama beberapa “bodyguard”nya yang tidak berbaju selepas himpunan Bershit reda di Jalan TAR. Dia nampak “steady sahaja” tanpa sebarang kecederaan. Mungkin Faridah ada masalah kesihatan lain untuk dimasukkan ke hospital?

Khalid sayang pada ibunya? Kalau Khalid sayang ibunya, mengapa pula dia biarkan ibunya itu keluar berhimpun di dalam himpunan yang sememangnya berpotensi untuk bertukar menjadi ganas itu? Khalid mahu jadikan ibunya sebagai perisai?

Kalau polis datang menerkam maka Khalid boleh menolak ibunya ke depan untuk mempertahankannya? Sepatutnya Khalid “simpan” saja ibunya itu dirumah jika tak mahu dia tercedera. Betulkah ibunya dicederakan polis? Atau Faridah tercedera dilanggar dan dipijak penyokong Bershit sendiri?

Jangan cuba menyalahkan polis bertindak ganas kerana ramai saksi media yang berada di situ tahu tentang siapa yang mula mencetuskan keganasan. Video pencetus api huru-hara pun sudah ada ditangan pihak berkuasa dan muka Khalid sendiri pun ada dirakamkan sedang menyerang polis!

Sebagai bekas mahasiswa jurusan perundangan di UiTM, saya fikir dia perlu dibuang saja oleh pihak UiTM memandangkan Khalid sudah mencemar nama baik IPTA itu, khususnya maruah “The Hammer Of Justice”, dan dia jelas tidak berminat dengan karier sebagai mahasiswa.

Khalid lebih berminat untuk menjadi seorang demonstran seperti Adam Adli dan menjadi alat percaturan Anwar Ibrahim dalam usahanya menghuru-harakan negara sehingga tujuannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Noktah.






62 Komen to Khalid Ismath: Mahasiswa Undang-Undang Yang Tidak Tahu Undang-Undang

  1. kassim selamat says:

    sokong dibuang dri UiTM,..lagi pun MARA adalah hasil pejuangan UMNO

    • padan muka says:

      kita bako jaaa……. teruk ka mak dia kena blasah.. bca dalam blog sampai 5 hari admit kat hospital… huhu.. tgok ok jeeeeeee

  2. Santrang says:

    Tidak ada istemewanya Khalid Ismath pada kami rakyat terbanyak, Khalid tidak lebih sebagai penghapus hak-hak istemewa melayu melalui sokongannya pada pakatan rakyat ( DAP, PKR dan PAS )kami lebih sayang bangsa kami ( melayu )kalau Khalid dijemput oleh Allah pon kami tak rugi apa-apa pun, dia lebih menimbulkan kebencian melampau kami pada anuar dan sekutunya. Kami harap kerajaan bertindak tegas pada semua mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan bersih 3, Khalid Nordin sebagai menteri terlalu lemah pada tanggung-jawabnya.

  3. Jackal40 says:

    hahahahaha..mamat ni belajar undang-undang mmg fail…NC dah bagi tahu..result dia x seberapa pun…lagi satu…dia dah kantoi pun pasal mak dia cedera parah..kantoi masa serah diri kat balai polis..mak dia segar bugar tap seperti yang ditulis dalam Haramkah yang mmg dia dah nazak nak mampus…

  4. 1111Trg says:

    KACANG LUPAKAN KULIT
    MELEPASKAN ANJING TERSEPIT
    TAK SEDAR DIRI
    SUSU DIBERI TUBA DIBALAS

    Merasakan dirinya sudah terlalu hebat dan tergila-gila akan anwar ibrahim dan azmin ali, khalid bangang ini merelakan dirinya berada dalam api yg panas menyala sekarang. Berani buat beranilah tanggung budak tiga suku oi! Jangan cuba salahkan orang lain pula.

    Pelajar Melayu di mana-mana institusi pelajaran Mara perlu sedar bahawa kehadiran mereka di situ, setiap sen menggunakan dana yg diperuntukkan untuk memajukan orang Melayu. Setiap segi diberikan subsidi untuk membolehkan anak Melayu belajar supaya setanding dgn orang lain di negaranya sendiri.

    Kamu orang semua berada di sana untuk belajar menjadi manusia bukannya menjadi binatang atau penjenayah atau manusia yg tak tahu membalas budi- terutamanya khalid cari penyakit ini.

  5. poji says:

    buang jer dari itm. Cgpa dia pun tak kemana bwh 2.5 . Blk belajar

  6. raplahjingaa says:

    Elok la tu….kalau mak di bersedia nak join rusuhan, nak ganggu ketenteraman awam….bersedialah menghadapi risiko…minta maaf aku tak simpati langsung….sakit cari sendiri !!

    • yon76er says:

      Nie 1 lagi contoh bolih bagi Title Ibu Misthali bila Sambut “Maal Hijrah” nti yek…or Bagi Title yg lebih tepat “Ibu Demosterasi” mas Hari Ibu nti….Mak Cik dok umah kan lebih Baik jaga anak2 or Cucu2…nak menyebok kat jalan raya tu nak watpa??? Lu cari …Lu rasa lah yerrrrr…..

  7. lepas ni mangkuk ni tak payah la harapkan bantuan mara atau PTPTN ye… pegi mintak biasiswa dari anwar… anwar kan banyak duit…
    hehehehe….

    Melayu mudah lupa… macam mangkuk ni la..

    • yon76er says:

      suruh dia jadi Anak Angkat siNuar lagi baik…sebab Madu dia tak lama lagi Pecah Tong Tahi dia…Bolih replace dia kot.!!!!

  8. mRsTURDY says:

    Nampaknya bebudak jahat nie pun ikut keturunan jugak. Mak bapak kencing berdiri, anak-anak kencing berlari..! Sila buang budak nie, bagi dia balik kerja dgn mak bapak dia motong gotah..!

  9. AkuAnakMalaysia says:

    Mykmu.net dah menjadi alat percaturan Najis usahanya menghuru-harakan negara seperti membuat fitnah khususnya Lucah, berbaur perkauman supaya rakyat yang berbilang bangsa benci antara satu sama lain. Noktah.

    • mungkin kau masih tak nampak lebih luas dan tak kenal sape PR tu kot….. ape yang ko ckap mencerminkan PR balik…

    • armandulA says:

      Fitnah apo nyo…..cukup dongan bukti teknologi canggih tu pun ikau tak mau donga…?

      Gilo apo ikau ni…?

      • akmencari kebenaran says:

        bukti teknologi canggih yg direkaa..try tgk papagomo n tgk blik pix kat kosmo…kedudukan polis dan pkck pakai helmet 2 sama tp org yg menendang 2 berlainan

    • raplahjingaa says:

      Mamat tu dah terlepas bas ke apa ? tiba-tiba jer….hehe

    • yon76er says:

      Bro aku pon Anak malaysia tapi ko nie aku rasa lebih kepada Anak Angkat SiNuar tuu. Cek balik sapa yg mencetus bab perkauman diMalaysia ini….Tak PR LAHABAU TU….

    • syaa says:

      yang menghuru harakan negara malaysia ni perhimpunan haram bersih la bodoh..negara elok elok aman dia buat kacau bilau,huru hara,gaduh sana gaduh sini,hasut sana sini,badoh kau ni setan

  10. Jack says:

    Takkan Uitm masih nak simpan penderhaka ini.

    Saya syorkan semua forumer bagi tekanan pada NC Uitm.

    Takkan nak buang org macam ni pun susah sangat. Baik takyah jadi NC Uitm.

    Nc Uitm: Prof Sahul Hamid. 03-5544 2222

  11. AkuAnakMalaysia says:

    Melayu dikenali sebagai bangsa yang bersopan dan saling pemaaf-maafan. Memang tidak dinafikan tiada manusia yang perfect dan tidak membuat kesilapan dalam seumur hidupnya. Tetapi kamu semua ini telah melunturkan sesama diri sendiri dan terhadap bangsa kau sendiri. Bertaubatlah kawan..oooii..

  12. tukul says:

    maha sewel punya budak u

  13. Repomen says:

    mampuslah hang si khalid ismath oi!!!..lps ni! jadi kupang tembaga lah hang org suruh belajaq hang p jadi kurang ajaq!!!…masa dpn hang gelap dah! dan dah tak ada makna dah! bwk2 lah bertaubat!!!…

  14. StinGray says:

    Buang jea budak bengap ni dari UITM dan negara kita…genarasi berok baru mcm ni tak perlu ada kat msia….suruh dia pi sambung belajar undang2 binatang kat hutan Amazon….bodoh punye syiah balaci Aljuburi ni…

  15. mohd says:

    Ketuturunan mamak ini mana tahu erti bahasa.Aku heran macamana dia dapat masuk belajar di Uitm.Setahu aku yang boleh enroll di Uitm adalah golongan bumiputra atau peribumi sahaja.Syaitan haram jadah ini telah mengambil tempat anak Malayu dan peribumi Sabah/Serawak. VC Uitm minta siasat?

  16. tengkudin says:

    buat malu je…dah la sewel..lama lama jadi mahasewel..result pun bukan bagus sangat pun…memonteng pulak tu..

    • raplahjingaa says:

      Tu la pemimpin masa depan pembangkang…low class !! bayangkan depa ni la akan menggantikan kepimpinan pembangkang esok-esok nanti….alahai ! sedih !

      dah macam budak jahat bangladesh kat pelabuhan chitaggong jer aku tengok.

  17. armandulA says:

    Ambo nak beri sikit pendapat berkaitan undang-undang. Perbuatan yang belum berlaku tidak dianggap satu kesalahan. Contoh sorang hendak memukul badan orang lain dengan mengangkat tangannya tapi tak jadi itu belum berlaku kesalahan memukul orang,dan tak boleh didakwa apo laeii dipenjarokan.

    Ambo yakin pendapat ni memang boto ikut peruntukan undang-undang. Kalau salah sila beri komen dengan alasannya….

    • syaa says:

      lari tajuk dol.sekarang citer pasal kaki yang sudah menyepak orang lain dan kena orang itu.bukan pasal belum kena sepak dol…buduh..

      • akmencari kebenaran says:

        tlg tgk balik….kenapa pix sebelah kanan 2 lain??? n kalau xsalah pix kiri 2 org yg pukul xdak janggut…cepat bebenor janggut khalid tumbuh

        • kiss says:

          ko nie pun bebal.. tu la x ambik tau …. lg mau bersuara.. gambar ada janggut tu gambar sebelum bersih.. demo depan upsi masa awal taun.. n len2.. janggut bleh cukur.. muka mana leh cukur.. lol la ko nie…

    • Kitobeli says:

      Jangan nak wat pndai dol, tindakan yng boleh menyebabkan rasa takut dipukul dah dikira assault lam undang2….cuba kalo orang ugut ko dngn acu pistol..x dikira bersalah ke tu walo dia x tembak..cakap jngn ikut sedap,xder lm undang2 la bagai..haktuihhh

  18. Bulan Empat says:

    Bapak budak ni, mak budak ni semua orang PAS. Tak kisah lah mereka nak PAs ke, PIS atau PUS. Itu hak mereka.

    Tapi melawan polis dari menjalankan tugas adalah kerja orang tak berakal. Budak ini bukan samseng, tidak jahat, tidak jugak kuat. Budak ini cuma tak ada kepala hotak.

    Banyak tahun dulu ada seorang banduan yang memberi kenyataan nya mengenai kegiatan gangsterism yang menyebabkan dia ditangkap dan dihukum. Dalam kenyataan nya dia menyatakan gangster juga beretika. Gangster mungkin ganas dalam kegiatan gangsterism nya tetapi bila berhadapan dengan polis, mereka dilarang menganggu jauh sekali memulakan provokasi. Sebolih bolih mereka akan menjauhkan diri dari polis dan melawan hanya untuk mempertahankan diri sebelum dapat cover untuk melarikan diri.

    Ini merupakan prinsip atau etika. Sebab itu kita tidak kategorikan budak yang menendang polis itu jahat, gangster atau kaki pukul. Dia cuma jadi haprak kerana taksub dengan pemimpin haprak yang tak berakal.

    Bila ditangkap, mana pemimpin yang mengapikan mereka dulu ? Semua mereka lari bersembunyi kerana mereka jugak takut dipertanggung jawabkan.

    • akmencari kebenaran says:

      actus non facit reum nisi mens sit rea…kalau xdak intention nk wat mcmana lak?? n btol ka yg pukul 2 khalid?

    • yon76er says:

      So far xda sorang pon Peguam yg kata bagus sgt dr PR Haprak keluar bagi bantuan….Ko rasalah yek atas perbuatan ko sendiri yg ko taksub ikut sgt Hasutan SiNuar&Ambigababi tu yek…

  19. bujuk says:

    Korang semua cerita apa…?
    Khalid ni telah melapor diri d balai polis dan telah d ambil kenyataannya. Polis telah bebaskan beliau atas tuduhan pukul polis, dia kemudian d tangkap semula sebab mengugut polis dalam fb dia. Beliau dikatakan membuat ugutan tersebut sebagai tindakbalas pihak polis memukul ibunya hingga masuk wad selama 5 hari.
    Jelas d sini yg. pukul polis tu bukan khalid… tapi orang lain.
    Tindakan ugut polis memang salah, kerana memberi ancaman adalah salah. Tapi dalam keadaan tertekan seperti khalid, luahan seperti itu adalah tindakbalas normal seorang manusia. Letakkan diri anda d situasi tersebut contohnya ahli keluarga anda d ragut, adakah anda akan ancam peragut tersebut atau berterima kasih pada peragut?
    Adalah mustahil seorang makcik/nenek nak buat huru-hara atau merusuh. Jadi tentu ibunya sekadar menyertai himpunan aman, kenapa ibunya d pukul?

    • yon76er says:

      bujuk2…..napalah dgn ko nie..dia menyerah sbab gbar dah keluar tersebar 1 Malaysia….dah kecut telor mcm “telur bungkus”…nak demo pon napa nak bawa Mak??napa x bawa Tok, Nek dan Awek sekali kan bagus…..lagi sensasi bila dah jadi camnie!!!!…ko tu ari x bawa Tok & Nek ko sekali ker bujuk??????1 lagi masuk Wad 5 ari tuuu Harakah yg siar..ada bolih percaya ker…aku 1 sen pon takkan percaya apa yg Harakah tulis tp bab nak besarkan KOTE/LANCAU ajer yg byk disiarkan ……

      • bujuk says:

        Kalau betul dia kenapa tak d tahan dan dakwa? ada akai ka…
        Sukati dia lah nak bawak siapa pun, yg. korang dengki apasal..

        • raplahjingaa says:

          Dia janji dengan mak dia nak beli kain buat baju kurung kat masjid India…last-last dia heret sekali mak dia sertai rusuhan…apa lagi mendapat laaa !!

    • Bulan Empat says:

      Mak dia sudah buat report ke kerana polis pukul dia ? Kenapa bapak dia atau nenek dia tak tolong buat report , kalau mak dia lepak tak boleh bangun untuk pergi balai.

      Ini semua cerita standard kaki haprak. Cerita ini seiras dengan cerita Anwar kena belasah dek polis masa bersih 2 dulu dengan photo dia lepak nyawa ikan. Tak ada pulak polis kena dakwa sampai hari ini.

      • bujuk says:

        Mak dia kena pukul dengan gengster HALAL, sebab tu tak buat report…

        • StinGray says:

          hang guna video jadi bukti ke bujuk…kan ari tu hang kena tambat dgn bini hang…mana hang nampak…hang caya dgn besi yea….khawarij sungguh…

          • raplahjingaa says:

            hehe….bujuk lalang…sekajap besi boleh jadi saksi…sekejap besi tak boleh jadi saksi..

            lalang oooo lalang

          • bujuk says:

            kenapa macai UMNO bodoh..?
            Allah mintak 4 orang saksi ADIL (tak fasik) untuk tuduhan ZINA (hanya zina). Dalam isu kena pukul, curi, dan lain2 Allah tak mintak 4 orang saksi ADIL. Ko nak nafikan firman Allah…?

    • syit says:

      yang paling kelakar ada blog pembangkang kate acount facebook dia kne hack.. ada orng dengki kat facebook bg kenyataan camtu.. hahahahha.. menegakkan benang yg basah

  20. Anak Lenggong says:

    Dah tau perhimpunan tu diharamkan dibuat didataran Merdeka kenapa degil dan dah menyerang pihak polis..kah kah kah..semua mahasiwa menyokong khalid khinzir..kirim salam je laa..dok mentelah pelajaran lagi baik daripada dok melayan budak sewel yang kuranng ajar sama saperti mak bapaknya jugak..orang pegi melawat tapi buat buka cam taik ..tengok kat sini..

    http://www.rbfonline.net/

    • bujuk says:

      Taktau pulak aku kena senyum dengan orang yg. arahkan samseng pukul kita. Tak perlu selindung d sebalik DBKL dan polis la…

  21. Fa says:

    Dah tau diri tu “warga emas” yg sebuk2 nk join Bersih apa hal? Janji “duduk & bantah” tp tgk la, mcm org xbertamadun! So, sbb korang dh susahkn kerajaan, maka terimalah padahnya. Polis pun manusia biasa, ada tahap kesabaran. Sape yg bleh sabar kalau kne handle org yg menyusahkn hidup diaorg?

    • bujuk says:

      Manusia biasa tak pukul orang tua dan wanita… dalam perang pun Islam ajar tak pukul/serang wanita, orang tua dan kanak2… Inikan pulak himpunan AMAN.

      • StinGray says:

        hang nampak ke dgn mata kepala hang sendiri….hang mana pi ari tu….hang percaya ke dgn video2 ni….temberang la taliban junior ni…

        • bujuk says:

          Dah ada gambar Kak Ijat buat ziarah politik, tak caya lagi… atau korang nak kata gambar kak ijat tu super impose juga.hahaha.. kelakar la.

          • StinGray says:

            hang dah berubah la bujuk…dulu2 hang mana nak percaya dgn gambar2 dan video semua tu…..so,kalau hang free jengok2 la video MatCD tu yea…

      • cermin says:

        AMAN ke perhimpunan tu Bujuk? aku tengok kereta tunggang terbalik.. AMAN ke????? ce cakap dekat aku sikit..AMAN ke TAK AMAN??

  22. shock says:

    Semoga kita semua dapat melihat sesuatu keadilan dalam kes seperti ini…semoga yang dizalimi akan mendapat kebaikan, semoga yang menzalimi akan mendapat hidayah untuk berubah…

  23. Antihipokrit says:

    tua-tua tak pakai akal!anak beranak sama saja.bapa borek anak rintik!

  24. anakmalaysia says:

    armandulA,

    Jangan zahirkan kejahilan/kebodohan anda…kalau nak cakap mengenai undang-undang, sila semak peruntukan seksyen 506 Kanun Keseksaan dulu, baru bagi komen kat public, ok? tolong jangan ikut langkah si khalid ismath budak hingusan tu…agak-agak la guna sikit akal fikiran tu….budak darjah 2 pun boleh google “ugutan jenayah” kat internet…apparaaa….!!

  25. raja kongkiak says:

    Budak baru ubun-ubun nak keras. tahun 2 ingat dah grad..hahaha cis!..hapai buku pun tak habis lagi rupa nyaaaa….dengaq kata ayaq kencing berteraboq atas lantai kena taji hahahhahah

  26. bujuk says:

    Fitnah mykmu
    Lihat berita ini…
    Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

    Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

    “Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

    “Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas,” katanya.

    Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

    ‘Menteri kata bukan saya’

    Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

    “Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

    “Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu,” katanya.

    Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

    “Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

    “Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya,” katanya lagi.

    • cermin says:

      mesti kau ni seangkatan GB (Geng Bengap) dengan Khalid tu kan?
      – keluar cerita maknya kena tembak. sekarang status maknya kena belasah dek Polis.
      – warna kulit Khalid tu memang berbeza. siang nampak sawo matang. malam nampak GELAP. bodoh! tengok keadaan la kau nak nafikan pun.
      – kalau kau ada hotak. kau pelajar. boleh ke kau sertai pejuangan politik ni bengap! sebab tu kau fail. bodoh rupanya..

      entah-entah kau ni bujuk si Khalid tu. pertahankan diri nampak! 🙂

  27. anakmalaysia says:

    Wahai saudaraku,

    Sia-sia saja nak ‘champion’ pasal hak asasi la…hak macam2 la tapi takder sorang pon yg nak champion pasal TANGGUNGJAWAB sebagai warganegara!!
    buang masa je semua ni..Khalid Ismath ni budak ANGKUH SOMBONG hasil dari kebobrokan didikan yg bermula dari rumah…semai kebencian kat orang lain atas dasar kepartian bukan atas dasar tanggungjawab & moral….KESIAN…KESIAN…

Leave a Reply

Threesome