Menu Utama

Irene Fernandez Dan Mentaliti Pendatang

Kita tidak tahu apa motif Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memburuk-burukkan negara sendiri di dalam temubual dengan akhbar Indonesia.  Tajuk temubual tersebut iaitu, “Malaysia Not Safe For Indonesian Migrant Workers’ yang merupakan lanjutan kepada kes tiga rakyat Indonesia yang disyaki penjenayah ditembak mati oleh PDRM pada Mac lalu, sudah cukup untuk menyatakan segala-galanya.

Dakwaan Irene jelas berupa ‘sembrono’ iaitu tanpa berasaskan fakta dan angka, tetapi hanya berasaskan sifat khianat terhadap negara sendiri.   Katanya, wanita asing yang ke Malaysia berisiko menjadi objek eksploitasi, penderaan fizikal dan keganasan seksual oleh majikan yang kemudiannya membayar rasuah kepada polis dan kerajaan agar tidak dikenakan tindakan.  Kerajaan Malaysia pula dikatakannya mengamalkan diskriminasi dengan mengecualikan sektor buruh dan pembantu rumah daripada pengenalan upah gaji minimum.

Pendek kata, Irene cuba sedaya upaya menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dengan rakyat yang kejam, polis yang korup dan kerajaan yang zalim.   Dia kemudiannya menggesa agar pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala membaca kenyataan Irene, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi rakyat Indonesia juga.   Kita hairan melihat betapa Irene langsung tidak punya semangat patriotik terhadap negaranya sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan segala-galanya mengenai negara sendiri. 

Bukan sukar untuk menangkis fitnah Irene, malah Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa sendiri menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak melanggar undang-undang malah langsung tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat Indonesia yang ditembak akibat disyaki penjenayah tersebut.   Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) juga menyangkal dakwaan Irene dengan menyatakan bahawa Malaysia adalah lubuk emas kepada warga Indonesia dan buktinya, pada hari ini, terdapat 200,000 pembantu rumah warga itu di negara ini.   Itu belum lagi dicampur dengan pendatang tanpa izin.   Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa kes penderaan yang melibatkan warga tersebut di negara ini adalah kes terpencil dan sangat kecil.

Kerana itu, saban tahun terdapat beribu-ribu rakyat Indonesia yang sanggup bergadai nyawa hanya untuk datang ke Malaysia.   Jika Malaysia seburuk yang digambarkan Irene, kenapakah Malaysia masih lagi menjadi destinasi utama bagi rakyat Indonesia mencari rezeki?  Apakah rakan-rakan dan sanak-saudara mereka yang pernah ke sini tidak memberi amaran kepada mereka agar tidak ke mari?  Kenapakah warga mereka yang berada di sini, majoritinya enggan pulang kembali ke sana malah bercita-cita untuk mengangkut kesemua sanak saudara mereka ke sini?

Justeru, di manakah rasionalnya dakwaan Irene?

Sukar untuk kita membincangkan motif Irene dalam hal ini, tetapi jika kita tidak tahu siapa dirinya, mungkin kita akan menyangka yang beliau adalah bekas pembantu rumah yang pernah melalui pengalaman didera secara seksual, fizikal serta menjadi mangsa penipuan majikan yang tidak bertanggungjawab.   Hanya itulah saja penjelasan yang logik tentang kenapa beliau menyimpan dendam yang membara sehingga tidak mampu lagi melihat fakta dan angka.

Sama ada ini benar, atau Irene hanyalah salah seorang dari segelintir rakyat Malaysia yang bermentaliti pendatang iaitu yang tidak langsung mempunyai taat setia dan cinta kepada negara ini.   Selalunya yang bermentaliti pendatang ini adalah kaum Cina yang tidak dapat memisahkan diri dari akar umbi negara asal nenek moyang mereka.  Namun, akhir-akhir ini muncul golongan liberal India dan juga Melayu yang juga mempunyai mentaliti yang sama walaupun tidak berakar umbi dari negara asal mana-mana.

Bagi yang bermentaliti pendatang, sudah menjadi pegangan mereka bahawa segala-galanya tentang Malaysia adalah buruk, walaupun pada hakikatnya mereka tergolong dalam golongan yang senang lenang atau mewah.   Mereka sering melaung-laungkan yang diri mereka ditindas walaupun di masa yang sama mendabik dada penuh bongkak kerana menjadi golongan penyumbang terbesar kepada cukai negara.   Bagaimana minda mereka menjustifikasi konsistensi antara orang yang tertindas tetapi kaya dan bongkak, tidaklah dapat dipastikan.

Yang pasti, bagi Irene Fernandez dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya iaitu yang bermentaliti pendatang, Malaysia adalah neraka. 

Malang bagi Malaysia kerana hari ini, manusia seperti Irene mendapat lebih kekuatan untuk terus mengkhianati negara ini akibat terdapatnya sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi dari parti politik pembangkang kita.  Kini, Irene, Anwar Ibrahim, Ambiga, Nurul Izzah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang semuanya berdendang bersama lagu ‘Malaysia Neraka Dunia’.   Malah, mereka juga tidak jemu-jemu berusaha untuk menjadikan Malaysia neraka yang sebenar dengan mengsabotaj ekonomi melalui rusuhan jalanan selain usaha berterusan memburukkan imej dan nama negara di serata dunia seperti yang dilakukan Irene.

Apa yang orang luar tidak tahu ialah Malaysia adalah satu-satunya neraka dunia di mana mereka yang ‘tertindas’ ini boleh bermaharajalela mengutuk dan menghentam kerajaan sesuka hati, menunjuk angkuh serta menghina penduduk asal sambil bersantai minum petang di hotel lima bintang setelah habis membeli belah di Harrods, London atau Emporio Armani, Paris kalau pun tidak di Isetan, KLCC, sebelum pulang berehat di rumah agam mereka masing-masing. 

Mungkin juga mengikut kepercayaan golongan bermentaliti pendatang ini, inilah kehidupan di neraka yang sebenar.  Dan kerana itu mereka berusaha melakukan penipuan, menyebar fitnah, pengkhianatan dan kerosakan di muka bumi semata-mata kerana ingin sangat ke neraka bila mati nanti.

Kenyataan Irene berniat jahat, amat jahil – Anifah Aman

KUALA LUMPUR 9 Mei – Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil, beliau berkata, Irene membuat kenyataan itu dengan motif untuk memperlekeh hubungan dan kerjasama Malaysia dengan negara jiran berkenaan.

“Kenyataan itu amat jahil atau ignorance tentang kerjasama dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan berhubung pengambilan tenaga kerja termasuk pembantu rumah,” katanya pada sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini semalam.

Anifah berkata, kenyataan Irene juga tidak berasas kerana Malaysia sememangnya mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja.

“Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.

“Perkara ini diberi perhatian oleh kedua-dua negara kerana ia menguntungkan (Malaysia dan Indonesia),” katanya. – BERNAMA

 

Beruang Biru






11 Komen to Irene Fernandez Dan Mentaliti Pendatang

  1. penyokongketuanan says:

    Aku berpendapat tarik saja kerakyatan beruk ni. Kenapa nak tikam negara sendiri? Dia sanggup kata eolah rakyat Malaysia semua zalim, polis semua rasuah. Hakikatnya, di Indonlah bapak rasuah. Dari mula masuk lapanganterbang, sampai ke penjara. Kalau ada duit, boleh upah orang pulak masuk penjara bagi pihak kita, dalam penjara pun macam hotel 5 bintang, macam Tommy Suharto.

    Irene tu biar jadi rakyat Indonlah, baru nampak betapa senangnya dia di sini, boleh mengamal bahasa, boleh kutuk kerajaan, dalam pada yang sama tak ada rasa takut kerana dilindungi undang-undang.

    Kalau tak tarik kerakyatan pun dakwalah dia, Akta Hasutan, biar merengkok dalam penjara. Jangan biarkan sesiapa senang-senang tikam kerajaan dan rakyat Malaysia. Paling tidak pun samanlah juta-juta, biar dia jatuh miskin.

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.

  2. jacakl45 says:

    kalau dia masih kat India..entah kasta apa ntah dia ni..lagi lar tertindas walaupun tu tempat tanah dia….biarlah dia balik India..tengok tertindas ke tak….

  3. zainol56 says:

    Parlimen patut gubal akta bagi mengambil tindakan terhadap idividu yg mengkianati negara dgn segaja untk apa apa tujuan sekalipun. Walau apa pun sebagai rakyat malaysia imej negara patut didahulukan dari segala perkara. Kenyataan Irene Kitol ni memang jelas menunjukkan beliau tidak langsung perasaan patriotik terhadap negara. Orang yg begini harus di lucutkan kewarganegaraan nya saja. Kalu simpan pun bak duri dalam daging.

  4. Ikhlas Menjawab says:

    Ini bukan ttg politik lagi. Beliau wajar dikenakan tindakan tegas!

    • pandipory says:

      itu kena tanya sama pak menteri cousin bro i dong.. kapan dia mau bersuara..

      • berahim anwa says:

        Nak tunggu Hisam Keris lagi..???? Mamat tu tak boleh lah…Tak boleh !!!!!…dah lama dah aku dok perati ..Tak boleh ..dia memang tak boleh …

  5. lidi says:

    Mana kdn nak amik tindakan…lembik..byk sgt bg muka..kalo kat siam dah lama kena tembak…benda senang jer…khianat negara…buang ajer apa yg susahnya…kita ada undang2…
    Dpt menteri pondan gini la jdnya

    • berahim anwa says:

      Lidi… aku dah kata dah . Mamat ni memang tak boleh jaga KDN. Rosak negara ni disebabkan oleh karakter beliau yang “lembik / Longlai dan tak seiring dengan Tanggung Jawab yang digalas. Dia kena tegas . Orang di KDN pun serba salah nak buat kerja.Mereka ternanti nanti signal yang Tegas drp Boss mereka yg tak kunjung tiba.Sudahnya semua dah malas…. dan tak kuasa. Dengan harapan Lepas PRU dan BN menang dia ditunjukkan pintu keluar dari KDN.

  6. mawar says:

    Duhai urin pundik, kalau kau tak suka keadaan dalam negara ini, tunggu apa lagi, belahlah balik ke negara asal nenek kau—Sri Langka ??. Bawak semua suku sakat hang termasuk lah juga mentega masam. Di sana kau orang akan daapat hidup senang lenang.

Leave a Reply