Menu Utama

Kahwin Campur: Bahaya Idealogi Anwarisme

Di Indonesia telah lama berlaku perkahwinan campur dalam ertikata si wanita yang beragama Islam dibolehkan bersuamikan seorang lelaki yang beragama Kristian (ataupun sebaliknya), manakala si anak pula boleh memilih-milih apa saja agama yang mereka mahu anuti – sesuai dengan semangat Pancasila dan liberalisme agama yang menjadi tonggak utama kewujudan masyarakat Indonesia.

https://i1.wp.com/www.silverfishbooks.com/buybooks/images/kahwincampurantaramuslimdengannonmuslim.jpg?resize=156%2C239Walaupun kita tidak mengamalkan fahaman sedemikian namun bukan masanya untuk kita bernafas lega kerana pendedahan terbaru Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam menunjukkan ada kemungkinan satu ketika nanti orang Islam di Malaysia juga barangkali akan mengikut jejak langkah liberal seperti Indonesia.

Menurut beliau, tika ini sebuah buku yang membicarakan konsep kahwin campur telahpun diterbitkan oleh Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang ‘kebetulannya’ mempunyai kaitan langsung sebagai penaja kepada sebuah badan pemikir ‘bebas’ iaitu Institud Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, buku tersebut yang dipercayai diedar secara percuma memberi mesej kononnya wanita Islam boleh mengahwini lelaki kafir.

Katanya, buku tersebut yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.

Menurutnya, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam sama ada yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain agama selain Islam sendiri. (Utusan Malaysia / 06 Mei 2012)

Selain buku Kahwin Campur, buku-buku lain yang pernah ditaja penerbitannya oleh KAS ialah Demokrasi Dalam Islam, Islam Tunduk Menyerah, Agama Dan Kebebasan Berfikir, Konsep Dan Kebebasan Beragama serta Islam Pluralisme.

KAS (sebelum ini dikenali sebagai Konrad Adenauer Foundation KAF) juga mempunyai pertalian penting disebalik cubaan penubuhan IFC yang suatu ketika dulu pernah mencetuskan bantahan meluas  umat Islam di seluruh negara termasuklah dari Pas sendiri.

IKD pula sejak penubuhannya terus mengekalkan reputasinya sebagai antara think tank yang memainkan peranan penting menggilap imej Anwar serta menyebarluaskan ideologi Anwarisme khususnya dikalangan generasi muda dan kini dipercayai aktif sebagai penyambung lidah liberalisme agama.

Pendedahan oleh Zulkifli Noordin kalau nak dikira bukanlah yang pertama kerana sebelum ini pun sudah ada pihak lain yang menyebutnya secara umum khususnya dalam isu membabitkan kegiatan memurtadkan orang Islam.

Malah keaktifan KAS di Malaysia juga pernah di ungkit oleh sahabat Anwar sendiri iaitu ustaz Ismail Mina apabila beliau menyatakan kebimbangannya terhadap kaitan rapat IKD dengan KAS terutama sekali dalam isu permurtadan umat Islam melalui penerbitan pelbagai jenis rangkaian buku-buku.

“Jadi pada hemat saya, (ini) bukan pandangan MUAFAKAT, IKD adalah ajen permurtadan dan pengkafiran,” kata Ustaz Ismail Mina dalam pertemuan tertutup bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, IKD atau Institut Kajian Dasar, badan pemikir Anwar menjadi agen merosakkan minda umat Islam apabila menerbitkan buku-buku kontroversi dengan ditaja oleh sebuah Yayasan Kristian Jerman dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang bercanggah dengan aqidah Islam.

“Masalah utama, buku-buku yang Khalid Jaafar terbitkan..yang dibiayai oleh KAF (Konrad Adenauer Foundation), sekarang ni KA..apa itu Datuk Seri ?” Ustaz Ismail bertanya kepada Anwar.

“KAS (Konrad Adenauer Stiftung)..(Datuk Seri) buat-buat tak tahu tu..”,katanya. (AIDC / 25 Ogos 2011)

Tak mustahil penerbitan buku Kahwin Campur merupakan lanjutan kepada usaha-usaha songsang tersebut.

Bayangkan jika idea kahwin campur yang sekarang aktif dipraktikkan di negara jiran menular ke negara ini dan mula diterima ramai, sukar digambarkan rosaknya generasi akan datang dek kerana lahir dari baka perkahwinan yang berbeda agama. Minta dijauhkan.

Nak mengharapkan Pas mengapungkan isu ini untuk di bawa ke pengetahuan umum barang tentu mustahil. Mana tidaknya, kalau dah kalimah Allah s.w.t pun Pas sanggup gadaikan malah isu murtad pun dianggap remeh temeh, tentu sahaja isu kahwin campur bagi mereka hanyalah perkara titik bengik yang tidak merunsingkan akal fikiran.

Jadinya, tinggal lagi kita hanya boleh berharap pada pihak berwajib untuk mengambil langkah tegas disamping itu dimasa yang sama masing-masing kita semua mengembleng tenaga mengwar-warkan kepada khalayak supaya berhati-hati dalam menerima sesatu ideologi yang berpaksikan pemikiran seorang manusia liberal.






5 Komen to Kahwin Campur: Bahaya Idealogi Anwarisme

  1. mRsTURDY says:

    Nak suruh org jd cm dia..Saluran Depan belakang dia campur sekali..!muahaaaaa!!!

  2. bobman says:

    anwar adalah barah perosak agama, bangsa dan negara yang wajib di hapuskan.

  3. alfie60 says:

    jangan lupa si haramjadah si Marina Mahathir juga yang duk sokong NGO yang dapat bantuan pada mereka.

  4. wang ku pun says:

    oarang2 Islam tidak kira idologi mesti bersatu menentang amalan saperti ini. Jangan tunggu lagi walaupun tindakan ini boleh mengurangkan undi dalam PRU13.

  5. dhargombez says:

    di indonesia tidak boleh kawin campur…. ministry of religion tidak membolehkan … tidak sah!!!

    bohong berita ini!!!

Leave a Reply

Threesome