Menu Utama

Harakah Secara Terbuka Beri Tamparan Hebat Kepada Azizan Razak..!

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menerima tamparan hebat dari editor lidah rasmi PAS, Harakahdaily, apabila portal itu menyiarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan KUIN menggantung 5 orang pelajarnya tahun lalu.

Selalunya, kisah-kisah yang memaparkan kesalahan, kesilapan dan keburukan PAS tidak akan sesekali disiarkan oleh sidang editor portal milik parti itu.

Sangat berlainan kali ini, berita tersebut disiarkan oleh editornya dan dipercayai bahawa penyiaran berita tersebut mempunyai agenda tersirat, “ada udang di sebalik batu”.

Azizan yang merupakan Pengerusi Kolej Universiti Insaniah (KUIN), sebuah IPTS milik penuh Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah menggantung 5 orang mahasiswanya kerana berdemo menentang pengurusan IPT tersebut.

Selain itu, dikhabarkan juga bahawa KUIN kini di dalam keadaan “tenat” ekoran dilanda krisis kewangan yang parah!

Sumber mendedahkan bahawa maklumat dalaman KUIN tersebut dibocorkan oleh orang PAS sendiri kepada media dan beberapa pemimpin UMNO bertujuan untuk memberi tekanan kepada MB yang mempunyai masalah jantung itu.

Khabarnya, yuran pengajian dinaikkan dari RM60 kepada RM200 sejam kredit bermula Julai ini.

KUIN juga memotong gaji kakitangannya untuk KWSP dan SOCSO, tapi bila diperiksa, tiada satu sen pun caruman dibuat oleh KUIN ke dalam akaun mereka.

Begitu juga dengan pemotongan terus dari bank bagi pinjaman sewa beli rumah, kenderaan dan sebagainya oleh kakitangan KUIN di mana pihak bank tidak menerima bayaran mengikut masa dan ada dikalangan mereka yang menerima surat amaran dari pihak bank.

Menurut risikan maklumat yang dibuat di dalam PAS Kedah, kedudukan Azizan Razak kini bagaikan “telur dihujung tanduk”.

Maklumat memberitahu bahawa gerakan-gerakan untuk menjatuhkan Azizan Razak yang dulunya dibuat secara diam-diam, semakin berani dibuat secara terbuka seolah-olah mencabar kewibawaan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Menurut sumber lagi, segala maklumat dalaman termasuk fail-fail sulit MB turut “dilarikan” oleh “orang dalam” bagi didedahkan kepada musuh-musuh politik Azizan Razak.

Nampaknya, jika Azizan tidak bertindak tegas dari sekarang, bukan saja jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu akan “hilang”, malah berkemungkinan besar jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah juga akan “terbang”!

Persoalannya, siapakah pemimpin PAS Kedah yang layak menggantikan Azizan Razak sebagai MB?

Mahfuz Omar? Phahrolrazi Zawawi? Taulan Rasul? Amiruddin? Nasir Mustafa? Dr. Ismail Salleh? Sanusi Mohd Nor? Atau Datuk Ahmad Bashah?

Layakkah Mahfuz Omar yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang hanya akan ditertawakan oleh rakyat? Layakkah Phahrolrazi sedangkan dia terbukti “gunting dalam lipatan” di dalam PAS Kedah?

Taulan Rasul yang semakin dibenci ahli PAS di Pendang boleh ganti Azizan? Dan Nasir Mustafa yang “bertapa” dirumahnya “menggoyang telur” sambil makan gaji buta sebagai ADUN?

Dr. Ismail pula “sekutu” Phahrolrazi yang tidak lagi diyakini orang PAS sendiri. Sanusi Mohd Nor pula terlalu “mentah” untuk menggantikan “mentor”nya.

Saya fikir, jika keadaan PAS Kedah yang huru-hara begini, penuh dengan pepecahan, “cas keting”, gila kuasa, gila glamour dan “syok sendiri”, rasanya UMNO/BN akan mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU13 ini.

Dikala UMNO sedang merayakan ulangtahunnya yang ke-66 di Stadium Bukit Jalil menandakan kekuatan UMNO yang semakin disokong rakyat negara ini, PAS Kedah pula sedang kritikal bergaduh dilanda ribut!

Jika perkara ini berterusan lagi (meskipun dalam diam dan dirahsiakan), tidak hairanlah UMNO Kedah yang diketuai oleh Datuk Bashah akan mengambil alih jawatan MB dari PAS dan Azizan Razak.






29 Komen to Harakah Secara Terbuka Beri Tamparan Hebat Kepada Azizan Razak..!

  1. StinGray says:

    Harakah lidah rasmi setan ni dah jatuh ke tangan bapak setan si Aljuburi…tapi puak PAS ni tolol2 belaka….bagus la..lantak korang….senang byk keje BN….

    • sungai_siput says:

      bukti golongan pro anwar telah menguasai PAS

      menurut risikan , ramai ahli PAS akan berpaling tadah dan memberi undi pada UMNO/BN

      ramai ahli PAS telah mempertikai kan fungsi sebenar muzakarah PAS dalam sesuatu issue yg konon nya mencari kata sepakat, tetapi hanya sekadar wayang kulit saje.

      ini lah bahana bila rumah Allah hendak di runtuh kan bagi di ganti kan dgn shoping complex

      • najib butuh says:

        tak payah nak ambil tahu hal parti orang lain ….

        jaga UMNO dan BN tu,…. dah nak lingkup

        • jebat says:

          bila pulak anwar aljuburi and the gang tak pernah ambil tahu pasal UMNO..

          • StinGray says:

            Dah jaga dah..kat stadium bkt jalil jea 120,000.00 org jaga, tu belum kat tempat2 lain…

            hang rasa tergugat ke??..semacam jea…

        • siamang gagap says:

          Emo semacam je brooooo. Selama ini suka sangat campur hal rumah tangga orang dan sekarang rumah sendiri bukan saja berlubang tapi tunggu masa nak runtuh saja.

    • raplahjingaa says:

      UMNO telah menyepak anwar keluar…kerana kejahatannya, sekarang PAS dengan level mentality yang amat rendah telah di kuasai anwar….amat penting untuk anwar menguasai PAS untuk utilise tenaga buruh murah yang banyak dalam PAS

      • sungai_siput says:

        tak murah gak bro rap

        kalau iye murah, dah selesai masalah sampah kat selangor tu…

        aku ada jugak cakap kat bebudak unit amal PAS kat tempat aku nih,

        aku suruh dia orang tolong kutip sampah bertimbun kat selangor nun..hehe

        barulah kena dgn nama amal tu….

      • najib butuh says:

        kenapa nak bising anwar kuasai PAS…

        rosmah kuasai UMNO macam mana???

        • siamang gagap says:

          Kenapa, takut ka. Takan ngan perempuan pun kecut telor. Nasib baik shamsidar cuma jaga asmin dan anuwar, kalau dia jaga tua kutuk lahanat nik aziz kan elok jugak

        • sungai_siput says:

          mestilah kena ambik tau

          anwar menyokong segala bentuk tindakan untuk menjaga keselamatan negara israel

          PAS seingat aku dulu berseteru tak kena gaya dgn israel

          la ni boleh bagi geng nuar kuasai PAS, itu yg pakcik heran tuuu???

  2. Cfu says:

    Nampaknya Azizan akan menerima nasib seperti Hassan Ali. PEMANDU sebenarnya memandu Azizan terus terjunam.

  3. berahim anwa says:

    …..”Persoalannya, siapakah pemimpin PAS Kedah yang layak menggantikan Azizan Razak sebagai MB?

    Mahfuz Omar? Phahrolrazi Zawawi? Taulan Rasul? Amiruddin? Nasir Mustafa? Dr. Ismail Salleh? Sanusi Mohd Nor? Atau Datuk Ahmad Bashah? ”

    Ha ha ha … semuanya belum cukup merit…. Kedah bakal hancur dan tertinggal jauh kebelakang kalau Rakyat Kedah sekali lagi”semberono” menyokong pas.

    • raplahjingaa says:

      Kedah aku tak kisah sangat…walaupun UMNO kedah pun mangkuk ayon kurang sikit jer drp PAS….trend masa kini menunjukan kita akan lihat BN kembali berkuasa…malah Kuala Kedah, kawasan hardcore PAS pun dah beralih arah ke BN

      Bila duduk bawah PAS barulah rakyaat Kedah tahu….PAS tak berupaya untuk memacu kemajuan Kedah.

      • sungai_siput says:

        betul bro

        semua orang kedah setuju

        depa dulu marah dgn geng KJ je sbb setting calon2 dia sendiri, tu yg rakyat peruyup kasi lungkup tu

        laa ni, da ok dah, insyaAllah BN menang kedah dgn negeri PR yg lain

  4. Anak Lenggong says:

    Yang bakal jadi MB Kedah kalau tak Moon..C5 ataupun si Bujuk kut…nanti boleh la salah saorang daripada mereka bertiga ni jual negeri kedah tu..

  5. raplahjingaa says:

    Aku boring tengok gravatar cartoon ni semua. sesiapa nak buat gravatar sendiri pergi http://www.gravatar.com

  6. raja kongkiak says:

    Pagi nih sempat singgah di gerai tok ali simpang kola aloq setaq..hahahah..lebai lebai LiPas pakat dok belek utusan malaysia..khusyuk amat!.. Pakat dok geleng kepala dan dok gebang sesama depa dan ayat yang paling aku tabik” Pii dahhhh mengundi tahun nih. Pakatan kita sahih hangit kena tinggai” kita senyum saja laa lepas tuh kita belanja depa minum kopi jantan..haha bukan apa YB depa tak nampak batang hidung pagi nih..

  7. bujuk says:

    Aku yakin Ust.Azizan masih kukuh d kedah. Takat isu pelajar KUIN d bebaskan tu, takda masalah rasanya. Sebab isu yg. menarik siswa/siswi hari ni adalah PTPTN dan pelajaran percuma d U.
    Mykmu tak perlu jadi batuapi la… rakyat kedah sokong Ust.Azizan InsyaAllah.

    • StinGray says:

      oooo…hang takpe pulak jadi batuapi kat sini…hang ni bujuk kalau menulis selalu lupa diri…bila hang baca balik sebijik mcm mengata diri hang sendiri…bila dah malu spin kanan kiri….bila lah hang ni nak sedar diri….

    • raplahjingaa says:

      Tak payah jadi batu api bujuk…rakyaat Kedah nampak nyata dah kembali pada BN, credit kita bagi kat Najib dan 2/3 orang lagi pemimpin UMNO kedah.

      Harap-harap ketua-ketua UMNO tak kira cawangan ke bahagian kerja kuat sikit…terjemahkan transformasi negara kepada seluruh rakyaat Kedah !

      Hebahkan seantero pelusuk, Pakatan haram di haramkan memerintah negara, kemusnahan yang bakal di bawa adalah amat besar….jangan nanti anak cucu kita merempat di negara sendiri, jangan nanti agama Islam anak cucu kita di perlekehkan

      So kita sama-sama mendoakan kebaikan untuk UMNO dan supaya Allah swt membuka hati cai-cai DAP/PKR/PAS dalam menerima kebenaran, dan meninggalkan kekufuran.

  8. bluekang says:

    nak kena baca ..Aauzubillah “Bujuk” nir rajim..ke sebelum kita baca comment dia?..

Leave a Reply

Threesome