Menu Utama

Hanya Bina Satu Masjid Di Kelantan, PAS Berangan Nak Bina Masjid Di Sabah?

Mendengar cadangan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu membina sebuah masjid di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah, membuatkan hati saya sejuk dan menyambut baik cadangan itu.

Berbesar hatilah juga saya apabila PAS cuba membantu masyarakat Islam di kampung tersebut untuk membina rumah Allah di kampung yang agak terpencil tersebut.

Namun entah kenapa, tiba-tiba hati saya tercuit dan gelihati dengan cadangan Tuan Ibrahim itu. Seolah-olah saya mendengar satu lagi perkara yang agak mustahil untuk dilakukan oleh PAS di Sabah.

Maafkan saya. Saya menghormati cadangan PAS itu. Tapi berdasarkan rekod dan pencapaian PAS di Semenanjung Malaysia berkenaan pembinaan masjid menunjukkan bahawa parti itu bukanlah berminat sangat untuk membina rumah Allah.

Pada awal Disember tahun lalu,  Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun mengesahkan bahawa Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja bagi tempoh pentadbiran mereka sejak 1990 sehingga kini.

Bayangkan, selama 22 tahun memerintah Kelantan, PAS hanya mampu membina sebuah masjid sahaja iaitu Masjid China. Selain masjid itu, Abdul Fatah mengaku bahawa semua masjid lain dibina oleh Barisan Nasional.

Selama 22 tahun memerintah Kelantan, PAS hanyalah membaik pulih beberapa buah masjid di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Itu pun hanya sedikit sahaja dan banyak masjid di Kelantan dikatakan berada di dalam keadaan “dhaif” dan menyedihkan…

Persoalannya, sedangkan di Kelantan pun PAS gagal membuktikan bahawa mereka berminat untuk membina masjid, apakah penduduk kampung Batu Luguyan itu boleh mengharapkan sebuah masjid bakal di bina oleh PAS di kawasan mereka?

Sedangkan di Kelantan pun mereka terkapai-kapai tidak mampu membina masjid, apakah mereka fikir penduduk kampung yang agak terpencil di Sabah itu akan percaya kepada janji manis PAS?

Nampaknya PAS sedang cuba “membeli jiwa” dengan menawarkan janji manis mereka kepada para penduduk di negeri di bawah bayu itu.

Lainlah kalau Tuan Ibrahim maksudkan “bercadang membina masjid” itu bermakna dia “bercadang mahu bernikah lagi satu dengan orang kampung Batu Luguyan” itu..!

Sepatutnya PAS tidak perlu menyebok di Sabah untuk membina sebuah masjid. Sewajarnya, PAS perlu berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah untuk berbincang dengannya bagi membina sebuah masjid bagi masyarakat Islam di kampung tersebut. Itu lebih realistik!

Untuk cadangan membina masjid, Tuan Ibrahim yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang perlu bertemu dengan Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat bagi mencadangkan padanya untuk membina lebih banyak masjid di negeri Serambi Mekah itu.

Malulah pada rakyat Kelantan. Negeri yang diperintah oleh Mursyidul Am PAS hanya membina sebuah masjid saja, kan?

Sebab itulah saya katakan tadi, sedangkan negeri yang diperintah PAS sendiri hanya mampu membina sebuah masjid, tapi PAS bercadang pula untuk membina sebuah masjid yang di negeri di bawah pentadbiran BN yang terbukti lebih berkemampuan dan banyak membina rumah Allah?

Seperkara lagi yang saya mahu ingatkan Tuan Ibrahim ialah supaya PAS tidak mempergunakan masjid sebagai tempat mereka berpolitik. Jangan tukar khutbah Jumaat kepada ceramah kempen politik PAS kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak wajar dilakukan.

Di Kedah misalnya, seorang ustaz di Baling sedang disiasat ekoran dakwaan berkhutbah Jumaat dan secara terang-terangan menyelitkan agenda politik PAS di dalam khutbah tersebut. Ustaz yang merupakan seorang guru sekolah itu mungkin berhadapan dengan tindakan disiplin dari Kementerian Pelajaran.

Justeru itu, saya menggesa Tuan Ibrahim supaya berdiri di hadapan cermin dan ukur baju di badan sendiri dahulu sebelum menjanjikan “bulan dan bintang” kepada rakyat, khususnya di Sabah yang jelas menolak PAS.

Rakya Sabah sudah lama memerhatikan kedurjanaan PAS yang memecah belahkan umat Islam di Semenanjung dengan bemodalkan politik agama mereka dan mereka sekali-kali tidak akan membiarkan perkara itu berlaku di negeri mereka. Harap PAS jelas dengan fakta itu.






25 Komen to Hanya Bina Satu Masjid Di Kelantan, PAS Berangan Nak Bina Masjid Di Sabah?

  1. Fazli Yusof says:

    Ehhhh….Orang PAS memang suke masjid….korang je tak tau….selalunya lebih dari 1, kurang dari 4 le yek…kah…kah…kah……

  2. pasdaplaknat says:

    makin banyak mereka yakni pimpinan Toghut PAS bercakap maka makin ternampaklah pembohongan.
    Kalau dulu 50-50 org percaya lagi..skrg buleh ludah aje lah.. HUDUD sana sini di jaja..22 tahun satu hape pun xbuat melainkan skrg jd pencacai kafir DAP dan LGBT!

  3. pasdaplaknat says:

    kalaulah mereka bina..nescaya masjid itu masjid Dhiror lah.. PAS mana bina masjid untuk maslahat awam.. sebaliknya akn jadi markaz mencelarukan umat!

    • syaa says:

      butul la bro.kalau pas bina surau atau masjid bukannya untuk umat beribadah,tapi untuk jadi markas politik pas jer.kat situlah tmpt dia mencaci ,mengumpat,buruk sangka,maki hamun dan buat fitnah.surau dan masjid tempat beribadah buat pahala,bukannya maki hamun,fitnah buat dosa.banyak beza antara masjid dan markas politik pas.

  4. randomsee says:

    memang elok si tuan ibrahim tuan man ni masuk maharaja lawak , ada harapan dapat no satu….

    dia ingat orang tak tahu apa mereka buat di kelantan, balak digondolkan tapi yang terbina adalah patung buddha….

    baik janji kat orang sabah..mereka akan membantu bina kuil dan patung ….

    bina masjid konon……

  5. brahimLybia says:

    sial punye PAS,dari zaman aku,sampai sekarang ko menipu org islam. tak pasal2 aku mengamuk sampai mati.

    • selamber says:

      hehe..aku simpati ngan ko..tp ko ni pun kalau dah tahu PAS tu penipu lepas tu yg ko ni pulak yg asik kene tipu je apahal..dah padam baru la nak sedar diri..hehe..kesian ko ni..hehe

      • brahimLybia says:

        Aku nak masuk syurga, dia bagi aku tiket, tapi celaka punya si boroi adi dan pok nik tiket tu tak valid pun. Ko tipu aku, aku tunggu ko masuk dalam!!.

  6. StinGray says:

    Bujuk kata ….”Ko berjuang kerana Allah ke kerana PAS?
    Kalau kerana Allah yakin lah janji Allah tu benar, kalau kerana PAS ko telah tertipu dengan Syaitan.”
    10:36 PM on May 16, 2012

    Rujuk tajuk : Bubar Sajalah Majlis Fatwa, Bagi Nik Aziz/Anwar Jadi Mufti – 15 may 2012

    ….Maksud si bujuk… janji PAS adalah janji syaitan…..yahoooooooo..la ni hang dah paham yea yang PAS ni menipu jea keje nye….bagus la mcm tu bujuk…

    • bujuk says:

      bujuk says:

      ko meroyan apa kat sini?
      Ko berjuang kerana Allah ke kerana PAS?
      Kalau kerana Allah yakin lah janji Allah tu benar, kalau kerana PAS ko telah tertipu dengan Syaitan.

      10:36 PM on May 16, 2012

    • bujuk says:

      Aku pertahankan hujah aku bukan hujah hang. Aku tak sebut ..”janji PAS adalah janji syaitan”.. tapi sesiapa yg. berjuang kerana PAS memang tak dapat apa2 dari Allah melainkan apa yg. PAS bagi. Tapi jika berjuang kerana Allah bersama-sama PAS, InsyaAllah selamat dunia akhirat.
      bukan setakat PAS, kalau berjuang kerana negara, kerana tokoh2 tertentu, bangsa2 tertentu dan sebagainya tampa niat kerana Allah, sia-sialah segala amalan dan perbuatan, tiada pahala.

      • StinGray says:

        awat kalut sangat hang jawab hujah hang sendiri….hangpa berjuang bersama DAP&PKR boleh selamat ke dunia akhirat…Allah pun tak redha pejuangan PAS yg menjadi khadam DAP kapir laknat tu…hang sedar tak yg PAS ni kuli dlm Pakatan Haram tu…siapa yg buat keputusan dlm Pakatan Haram tu….

      • selamber says:

        hehe..hujah bujuk yg tak memeberi apa2 erti pun..kesian

        • pasdaplaknat says:

          Senget semacam hujah bujuk..hujah dari orang yang roska hatinya kerana terlalu taksub dengan politik PAS.

          Paling teruk dan fitnah pada agama ialah ‘bersama2 PAS’..adakah dgn menafikan hak agama dan perpaudan ummah PAS dikira layak?

          bersungguh2 dgn angkuh dan sombongnya mahu meroboh Madrasah Islam untuk bina shopping itu layak dikatakan berjuang utk agama?

          ko byk menipu dgn retorik PAS bujuk oii..sudah2lah.. baliklah pd jalan yg terang dan soheh, Islam itu indah lagi jelas.. PAS itu buruk dan sesat..

          • brahimLybia says:

            Bujuk, ko pun nak kena azab macam aku juga ke?. Teruk aku kena tembak sebab percaya dgn dua ekor badut ni,ko ingat tak sakit ke kena tembak. celaka punya amanat.

      • jinkun says:

        butoh la bujuk. satu je aku nak tanya hang, kalau berjuang kerana allah bersama pas mempertahankan ambiga yg terang2 hasut org murtad, berjuang merosakkan hartabenda org, berjuang ngan anwar yg sokong israel, berjuang ngan n ajis yg kata demo wajib sama ngan solat haji, berjuang ngan hj hadi yang mengkafirkan org islam tu dapat pahala, selamat dunia akhirat ke bujuk?

  7. KerisJentayu says:

    Pas hanya mampu baiki dan ganti pembesar suara di masjid untuk puak-puak mereka menyalak menyalahkan umno.,,itu jerr yang mereka mampu

  8. djray says:

    BN kalau bina masjid dalam diam je.. x de plak nak war-warkan.. x ikhlas namanyer tu.. tapi yg ikhlasnyer mungkin nak kawen dgn org sabah ler tu..

  9. chephang says:

    StinGray, APA KO BALUN BUJUK SAMPAI RAPAT SANGAT, SAMPAI TAK TERKATA APA2 DAH SI MANGKOK TU.

    • pasdaplaknat says:

      org mcm bujuk tu xkn sedar diri melainkan Allah letak nyawa dkt halqum nant2 baru nk sedar kot mana satu benar mana satu salah.. balun mcm mana pun dok totok PAS situlah..

      • syaa says:

        betul la.sampai mati bnatang bujuk ni camni.puak dia buat kejahatan dan dosa boleh pulak.mati mati dia ptahankan si pesalah.

Leave a Reply

Threesome