Menu Utama

Emel Pembaca: Kenapa Perlu Membantah Rezeki Peneroka?

Dalam beberapa hari lagi, lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menikmati ganjaran ‘durian runtuh’ yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak baru-baru ini, sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dijangka akan berlangsung pada Jun nanti.

Saya pasti kesemua peneroka berdebar-debar dan tidak sabar menanti habuan lumayan yang akan diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mei kelak.

Kita semua sedia maklum bahawa Felda telah ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Bayangkanlah susah payah hidup para peneroka. Mereka sanggup berkorban dan berpindah ke kawasan terpencil dan hidup dalam serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan air demi mengusahakan tanah Felda untuk menyara keluarga mereka.

Sanggupkah generasi zaman sekarang berbuat demikian? Saya rasa tidak. Kita sudah biasa dengan kesenangan hidup dan tidak sanggup melalui kepayahan hidup. Rasa sangsi beberapa pihak yang menentang ‘durian runtuh’ serta penyenaraian FGVH amat menyedihkan kerana ia seperti memperlekeh pengorbanan dan penat lelah para peneroka selama ini.

Saya bukannya seorang peneroka Felda. Malah, saya juga bukannya anak kepada peneroka. Namun, saya berasa para peneroka memang layak menerima ganjaran yang bakal dinikmati tidak lama lagi kerana tanpa kita sedari, mereka sudah banyak berbakti kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Pengumuman ‘durian runtuh’ ini memang tepat pada waktunya untuk membalas budi para peneroka yang telah berhempas pulas membanting tulang mengusahakan tanah Felda di seluruh negara.

Jika terdapat beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati, saya berharap mereka kikislah perasaan cemburu itu. Jangan nafikan hak orang lain. Jika kita ingin berjaya, marilah kita bekerja keras juga. Insya-Allah, Tuhan akan memudahkan rezeki kita pula.

Azhar Zainal






17 Komen to Emel Pembaca: Kenapa Perlu Membantah Rezeki Peneroka?

  1. syaa says:

    bn wujudkan felda untuk rakyat dpt kerja dan kesejahteraan.tapi pembangkang wujudkan huru hara untuk rakyat mcm huru hara syaitan bersiht.rakyat maukan kesejahteraan bukan huru hara.pembangkang bodoh.

  2. Mooohyideen says:

    Sbb peneroka patutdapat lagi byk…

    • konceng says:

      MOOOO….LU PEGI BALEK CEBOTLAH….
      LU BONTOT BYAK TAHI LOOOO….

    • Fazli Yusof says:

      Tapi mooo….pembangkang buat peneroka lagi tak dapat banyak duit….macam mana mooo….teringat aku satu kes dimana satu peguam dari pembangkang dah cabut lari duit peneroka bilamana kes saman peneroka menang dimahkamah…..macam mana tu mooo…..kah…kah…kah….

  3. Gullit says:

    Untung jadi sebahagian org felda…. Hak felda dipelihara

  4. slg says:

    pembangkang kata tanah peneroka tergadai, padahal tanah peneroka tak terusik pun

  5. tengkudin says:

    jangan lupa biawak PAS si Mazlan Alimin Gay pun dapat jugak nanti..hehehe..

    • Mooohyideen says:

      Apa Azalina bekas menteri dulu pun wanita sejati kah? Hisapmuddin lak??? Ooopsss… Menteri tu..

      • baba says:

        ada tak mereka mcm anwar si peliwat, azmin si penzina dan penderhaka ibu, hadi/nik aziz sipeliwat agama?

      • Fazli Yusof says:

        Alaaa mooo…tetibe teringat Azalina pulak…..apa lagi mooo….gi la masuk meminang…..kah…kah…kah….

      • raplahjingaa says:

        Alaaa moooo…bekas-bekas jangan cakapla moooo…sensitive !! anwar tu dulu bekas UMNO jugak….tapi la ni hangpa angkat dia jadi imam mahadi !! bekas tu mooooo

        • StinGray says:

          Memang sensitive ckp pasal bekas2 ni…bekas ayaq Aljuburi dlm sarung kunyit jantan lain hang pikir tak mooo…

  6. tukul says:

    parti ajaran sesat dan parti seks@pkr..memang molek work togeder

  7. bujuk says:

    Peneroka berhak dapat habuan mereka tapi bukan terpaksa menggadai hak mereka. Aku nak tanya korang, kalau bijak sangat la….
    Berapa saham pada peneroka dan berapa saham yg. d miliki oleh Tan Sri Isa Samad dan pegawai2nya bila FGVH berjaya d apungkan?
    Peneroka berkorban selama puluhan tahun pada felda mungkin dapat 10 lot, tapi Isa Samad aku yakin dapat lebih 1000 lot walaupun baru sertai felda 2-3 tahun. Apakah peneroka mampu beli saham tersebut? mungkin 10-20 peratus saja yg. mampu, yg. lain akan tergadai. Inikah yg. d katakan bijak? contohnya hari ini kita ada hospital dan boleh pergi merawat bila sakit, tapi bila hospital d swastakan(d jual) kita d beri 10 ribu seorang tapi kena bayar kos rawatan jika pergi ke hospital ini. 10 ribu akan lenyap dalam 5 bulan, selepas 5 bulan kalau sakit dah takda duit lagi nak pergi hospital. Inikah yg. korang kata bagus dan bijak?
    Terpulang…

    • raplahjingaa says:

      yang buat fitnah ni…hang ada bukti ke ? bujuk..bujuk, hang dah tak takut dgn hukuman Allah swt ke ?

      Patut la makin hari makin ramai rakyaat yang menolak pakatan haram.

      • bujuk says:

        Ini adalah prosedur biasa… hang p chek tengok sykt.2 baru seperti GLC. Berapa kakitangan dapat dan berapa CEO dapat saham..

  8. Tubir says:

    Membangkang bukan bererti memusuhi kerajaan ,tapi inilah proses kematangan rayaat seperti yg dinyatakan oleh TMy .rayaat kena berani menyuarakan apa yang muskil dihati jangan sekadar ikut saja cakap pemimpinm ,ajib pun cakap era kerajaan semua tahu dan betul sudah berlalu dimana rayaat sekarang ini lebih bermaklumat dan mudah mencapai maklumat .lihatlah apa yang terjadi pada MAS bagai mana pertukaran saham yg merugikan negara telah berlaku dan ahirnya terpaksa dibatalkan .Ini adalah contoh tebaik untuk kerajaan dan peneroka sebab saham mas dan saham FGVH adalah jauh bezanya

Leave a Reply