Menu Utama

Bila Mahfuz Omar Bicara Soal Akademi Undang-Undang…

Beberapa pemimpin PAS semalam mengutuk cadangan kerajaan yang bercadang untuk menghidupkan kembali “Malaysian Academy of Law Bill” atau Akademi Undang-Undang yang pernah cuba ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai pertubuhan alternatif menggantikan Majlis Peguam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz baru-baru ini menyuarakan cadangan itu ekoran pendirian Majlis Peguam kini yang lebih mirip kepada parti politik berbanding sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh politik.

Antara yang mengecam cadangan ini ialah dua “pakar think tank” PAS, Dzulkefly Ahmad dan Mahfuz Omar. Sebagaimana maklum, kedua-dua “pakar” ini begitu hebat mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh dan menggelihatikan rakyat dengan kebebalan mereka.

Dzulkefly menyifatkan penubuhan akademi undang-undang itu sebagai tindakan yang tidak demokrasi, manakala Mahfuz Omar yang lebih dikenali sebagai “Mr. Bean” itu pula berpendapat bahawa cadangan tersebut disebabkan Majlis Peguam tidak memihak kepada kerajaan BN.

Persoalannya, benarkah penubuhan akademi itu melambangkan satu tindakan yang tidak demokrasi?

Sebenarnya, sebagai bekas pelajar jurusan undang-undang, saya berpendapat penubuhan akademi itu sebagai satu usaha yang menyemarakkan semangat demokrasi dan bukannya mematikan amalam demokrasi di kalangan para peguam.

Sekiranya hanya ada satu sahaja pertubuhan yang mewakili suara para peguam di negara ini, maka para peguam tidak punya pilihan lain selain dari menyertai Majlis Peguam. Dan apakah tindakan memonopoli keahlian pengamal profesional tanpa pilihan alternatif itu dianggap sebagai demokrasi?

Sebenarnya, sebelum para mahasiswa jurusan undang-undang menamatkan pengajian lagi, mereka sudah merungut tentang Majlis Peguam, termasuk saya. Bagi kami, sekiranya tidak mendaftar di dalam Majlis Peguam, maka berkemungkinan besar kami agak payah untuk mendapat tempat di dalam bidang perundangan di negara ini.

Apakah itu satu bentuk amalan demokrasi apabila terpaksa menyertai satu pertubuhan dalam keadaan terpaksa?

Justeru, ramai dikalangan kami yang terpaksa mendaftar diri dan sama sekali tidak aktif di dalam pertubuhan itu. Keahliannya hanya sekadar ada sahaja. Malah saya sendiri enggan tunduk mendaftar di bawah Majlis Peguam selepas Allayarham Raja Aziz Addruse tidak menjadi Presidennya.

Mengapa? Ini adalah kerana saya melihat Zainur Zakaria yang ketika itu mengambil alih kerusi Presiden Majlis Peguam sebagai “bayangan Anwar” yang cuba menerapkan unsur politik berpihak dan tidak lagi  berperanan sebagai sebuah pertubuhan yang bebas dan neutral.

Jadi, dengan cadangan menubuhkan Akademi Undang-Undang, saya kira ia adalah satu langkah positif dan bakal menjadi saingan alternatif sihat untuk “mengajar” Majlis Peguam tentang erti sebuah pertubuhan undang-undang yang perlu mengekalkan identiti tidak berpihak!

Mengenai padangan Mahfuz Omar, apalah sangat yang dia faham mengenai prinsip undang-undang? Apakah tahap Iqnya mampu menangkap apa yang dicadangkan mengenai pertubuhan undang-undang yang berintergriti?

Bukanlah mahu menghina Mahfuz, tapi rasanya dia tidak layak bersuara mengenai Akademi Undang-Undang. SPM pun dia “tak lepas”, tapi berlagak lebih bagaikan dia memiliki LLB. Elok minta dia ambil periksa SPM sekali lagi, manalah tahu kalau nasibnya baik dan lulus kali ini…

Justeru itu, sebagai bekas ahli yang aktif di dalam “The Hammer Of Justice” dahulu, saya menyambut baik cadangan kerajaan yang mahu menghidupkan kembali Akademi Undang-Undang itu. Sama ada ia akan berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kesungguhan para peguam untuk membersihkan identiti mereka yang dibusukkan oleh Majlis Peguam sebelum ini.

Kalau mahu terus dilihat sebagai “peguam-peguam yang busuk”, para peguam boleh kekal bersama Majlis Peguam. Dan jika rasa mahu mengharumkan kembali nama dan peranan seorang peguam yang sebenar, maka sokonglah Akademi Undang-Undang. Itu adalah satu langkah pertama yang positif dan tak rugi mencubanya..



« (Previous News)



23 Komen to Bila Mahfuz Omar Bicara Soal Akademi Undang-Undang…

  1. Fazli Yusof says:

    Kah…kah…kah…..aku kalau nampak si Mahfus ni…..aku teringat Mr Bean….

    • sungai_siput says:

      sekadar hiburan

      Hj Labi:(dengan nada suara yg tinggi) Ini Hj labi lah, Degree in L.E.M.B.U( sepatut nya LLB)

      Hj Bakhil: (dengan suara yg terketar ketar ketakutan) Kkkaauu dah pegi Haji Labi??

      mahuz2..hahaha

  2. ahmad_albab says:

    SRP tu ambik dulu

    hahahahaha

  3. zassss says:

    Think Tank PAS konon…. tapi cakap macam orang baru lepas ting tong. Jangan stim Mr Bean, tak baik.

  4. jagat says:

    mr bean, mr bean….

  5. mdzail says:

    YB Dzulkifli perlu merasional pemikiran beliau yang kini telah JUMUD. kepada YB mAhfus sedar2 lah diri tu…… bukan orang menghina kamu tapi kamu dengan zalimnya menghina diri sendiri, LCE pun tak lulus nak cakap perkara khursus bagi mereka yang berilmu.

    mAHfus MALU LAAAAAaa!

  6. zainol56 says:

    Majlis peguam telah melahirkan ramai peguam peguam ‘busuk’ yg kerjabuat nya membusukkan nama negara dimata dunia. Dengan itu tidak ada professionalism langsung dalam badan itu.Biarlah ada badan lain yang lebih nuetral dan lebih mengendalikan hal ehwal ahli ahli peguam seperti MMA yg ternyata lebih professional. Biar orang seperti Mr Bean yg hanya tahu kutuk & bangkang saja buat kerja tu.

  7. Butah Gorillah says:

    Bar Council dah start demam. gamaknya Bar Council bakal jadi satu pertubuhan tak relevan dalam masa terdekat .

    Fahami angin perubahan. Rakyat pun jemu bila semua perkara nak dipolitikkan. Baru kita tahu bukan semua peguam atau mereka yg berkelulusan Law sekepala dengan Pemimpin Politik dlm Bar Council.

    Cepat Cepat buat Malaysia Academy of Law Bill. Dan kita pakat tengok sapa yg tinggal kat Bar Council..

  8. P164 says:

    Semua orang tahu, majlis peguam bukan lah sebuah badan yang bersih lagi. Seperti yang telah didedahkan dalam soal jawap malam tadi, majlis peguam pn menggunakan pengundi hantu dalam EGm baru2 ini…
    Kita memerlukan sebuah badan yang benar2 bebas untuk memberikan idea dan pandangan dalam soal perundangan di Malaysia.
    Semoga penubuhan Akademi Undang-undang ini akan menjadi kenyataan….

  9. StinGray says:

    Dalam Bar Council pun ada pengundi hantu…lagi mau citer pasal BERSIHKOTOR…pirahhh

    yg sekoq takat SRP tu, memang tak boleh dibendung lawak bangang dia….tapi tu la hakikat pemimpin2 PAS…IQ tak cukup, pasal tu dok bawah kangkang DAP…

  10. Anak Lenggong says:

    Layak ke bekas penjaga setor ni nak bercakap camtu..kalau setakat nak kelentong penyokong PAS saperti Bujuk..C5 dan Moon dan bercakap ditepi longkang tu boleh laa sebab otak mereka dah tepu..ape sahaja kata pemimpin PAS mereka mengangguk je saperti burung belatuk tua..

  11. brahimLybia says:

    Aku yang belajar di Lybia pun kena tipu sampai tidak dapat melihat matahari lagi,ini kan pula sekolah sampai SRP saja. Panasnya aku dkt dalam ni!!! celaka ko adi boroi dan pok nik, ko tipu aku. PAS adalah ISLAM kepala lutut ko. Aku nak menyesal pun dah terlambat. Sial betul korang berdua ini.

    • batu ladung says:

      tu laa..dorang tu hampir2 setaraf dgn dajjal..pandai memperdaya, penuh dengan tipu muslihat…syukur la brahimlybia..ko dh sedar dari fitnah dajjal kecik 2 ekor tu

  12. kojol says:

    penyokong myku pakai hujah hampeh..macam budak tadika tak da ilmiah langsung..

    • ahmad_albab says:

      orang hampeh macam mahfuz layak bagi hujah hampeh aje kalau bagi hujah intelek karang dia tak paham pulak.

    • sungai_siput says:

      jadi mat sabu kata , komunis yg bunuh polis melayu kat bukit kepong tu pejuang negara

      kira hujah yg hebat lah.. taraf wali2 sekolah tinggi ka…..

    • StinGray says:

      kojol…takat SRP jea ke pemimpin yg berilmiah yg puak sesat hangpa ada…

  13. Santrang says:

    Biarkan luncai mahfuz terjun dengan labu-labunya, biarkan…. biarkan.

  14. akmal says:

    orang tak perlu kau punya pandangan duduk diam jaga pas je cukup.

  15. raja kongkiak says:

    Huk alohhhhhhhh dah jadik pakar undang-undang pulokkkkk..hahahaahah Hari tuh pakat bab nuklear, lepas tuhh jadik pakar bahasa..Terraaaaa laaaaaa. Mesti pecacai-pecacai pas lain bersorak sorai sebab kagik sorang Yb depa dah dapat Phd Undang-undang..lamaaa laaa di pu ngaji,laa nih baru boleh bercakap bab undang-undang..haaa..

  16. raja kongkiak says:

    Huk alohhhhhhhh dah jadik pakar undang-undang pulokkkkk..hahahaahah Hari tuh pakat bab nuklear, lepas tuhh jadik pakar bahasa..Terraaaaa laaaaaa. Mesti pecacai-pecacai pas lain bersorak sorai sebab kagik sorang Yb depa dah dapat Phd Undang-undang..lamaaa laaa di pu ngaji,laa nih baru boleh bercakap bab undang-undang..haaa..
    3:09 AM on May 18, 2012

  17. nangkabulat says:

    Majlis Peguam sekarang mengajar rakyat melanggar undang-undang maka elok lah di BUBAR kan saja. Majlis Peguam rela di lacorkan atau di LIWAT oleh orang yang berkepentingan politik malah terkinja-kinja seperti beruk, ilmu sahaja tinggi tapi perangai buruk. Jangan beranggapan Majlis Peguam boleh mengatasi undang atau untouchble, sikap kamu sekarang menampakkan kebodohan kamu sendiri.

  18. raplahjingaa says:

    Laaa…dah tak ada ke orang yang pandai sikit dalam PAS ?…..si mahpus tu boleh jadi think tank PAS ? alahai PAS…tak maju-maju jugak hangpa !!

Leave a Reply

Threesome