Menu Utama

Bersih 3.0: Nik Aziz Kata “Wajib”, Tapi Dia Sendiri Tak Datang

Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan hari ini mempersoalkan kenapa Nik Abdul Aziz tidak hadir pada perhimpunan ganas, Bersih 3.0  baru-baru ini di ibu kota selepas dia sendiri mengeluarkan ‘fatwa’ ia wajib dihadiri oleh rakyat negara ini.
Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan kepada peserta dari negeri Kelantan yang pergi  ke perhimpunan ganas, Bersih 3.0  baru-baru ini.
“Kegagalan Menteri Besar Kelantan itu hadir pada perhimpunan tersebut menunjukkan bahawa perbezaan ‘darjat’ di antara rakyat dan pemimpin Pas. Kita hendak tahu berapa banyak dia menyumbang, lagi banyak sumbangan yang diberi lagi banyak pujian. Menteri Besar mesti beri sumbangan yang banyak.
“Seperti sembahyang, ia wajib maka kita orang pertama yang harus lakukan, jadi kalau fatwa wajib ke Bersih 3.0 maka Nik Aziz seharusnya menjadi orang pertama pijak kawad berduri, ini yang kita tidak faham.
“UMNO selalunya kepimpinan melalui tauladan tetapi bagi Pas ada standard berbeza, wajib bagi rakyat, tidak wajib bagi pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Larian Bendera Sempena Sambutan Hari UMNO Ke-66 di Sekolah Kebangsaan Semut Api di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli Pas yang menyertai perhimpunan itu semalam.
Nik Abdul Aziz memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi kepada ahli Pas di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk menyertai demonstrasi haram tersebut.
http://www.sahabat-gunung.com/2012/05/bersih-30-nik-aziz-kata-wajib-tapi-dia.html





5 Komen to Bersih 3.0: Nik Aziz Kata “Wajib”, Tapi Dia Sendiri Tak Datang

  1. penyokongketuanan says:

    Biarlah dia jangan datang. Hj Hadi pun dah semput kat situ. Kalau Nik Aziz kena semput masuk icu, polis juga nanti kena salahkan.

    Nasrudin Tantawi pun tak ngaku orang Pas yang rempuh, Mereka takkan ngaku salah punya. Mereka yang pukul polis, tapi kata polis yang zalim. Cara mereka berfikir lain dari orang normal.

    Hahahah

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  2. abdul aziz musa says:

    Macemana nok gi dia ke doh tuo, dok rok nak jale.

  3. Aboh says:

    BN Bagi duit BR1M pas kata haram, BR1M dapat mempereratkan silaturrahim antara sesama umat, pas menaja ahli ke perhimpunan haram, memecahbelahkan kesatuan umat. Dimana HABLUNMMINALLAH HABLUNMMINANNAS?

  4. orang kampung says:

    mampus lah cepat orang tua tak sedar diri..

  5. badak_air says:

    Pok Nik tak larat pergi Bersih 3.0, tetapi larat duk teman Anwar ke hulu ke hilir ceramah.

Leave a Reply