Menu Utama

Bersih 3.0: Jasa Polis Terlalu Besar Untuk PR Nafikan

SETIAP dari kita ada pengalaman masing-masing dengan polis.  Ada buruk, ada gembira, semuanya bergantung kepada situasi macam mana masing-masing semasa berurusan dengan polis.

Yang kena saman, marah, yang polis tangkap pencuri di rumahnya, gembira dan pelbagai reaksi lain.

Tapi satu yang pasti, siapa pun baik bila ada masalah yang tidak diingini berlaku berkaitan jenayah dan sebagainya, polis juga yang akan dicari mereka.

Penulis ada pengalaman sendiri, terperangkap dalam kekecohan yang ditimbulkan penyokong Kelantan dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia beberapa tahun lepas, sehingga terpaksa diiring pihak polis untuk sampai ke kereta.  Sepanjang masa itu penulis berasa selamat SEBAB polis ada.

Begitulah besarnya peranan polis dalam kehidupan kita sehari harian.  Pembangkang tak pembangkang, yang sokong kerajaan tak sokong kerajaan.

Justeru, bila Anwar Ibrahim dan Pakatan haram pimpinannya sehabis upaya cuba memburukkan polis dalam perhimpunan haram 3.0 yang dicetuskan Sabtu lepas, rakyat kelihatannya tidak langsung terpedaya.

Rakyat dalam erti kata majoriti yang lebih besar, bukan 25,000 orang bodoh (campur budak-budak) yang berhimpun Sabtu lepas menuntut 8 perkara, yang 7 darinya kerajaan dah tunaikan.

25,000 itu golongan pelik, gila dan sakit otak yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Masuklah dalam lambang sosial mana pun, FB ke Twitter ke, Youtube ke, semuanya jelas menyokong kerajaan, Pakatan haram hampir kehabisan modal.  Tipu ini, polis jawab, tipu itu, polis jawab.  Penyudahnya, Anwar arah semua keldai belaannya tuduh perusuh Bersih yang buat kecoh itu adalah polis Cawangan Khas (SB) yang menyamar.

Pakai lilit kuninglah, apalah, itulah.  Begitulah tahap terdesak Anwar selepas melihat reaksi rakyat bukan semakin menyokong, tapi semakin membenci Pakatan haram pimpinannya, termasuklah kaum cina yang dikatakan hampir pasti 100% memberikan sokongan kepada Anwar dalam pilihanraya umum akan datang.

Semuanya setelah orang cina perasan yang mereka diperdaya Anwar dalam  perhimpunan haram Sabtu 28hb, kononnya perhimpunan aman, tidak ada gaduh dan sebagainya.  Alih, puak dia yang terbukti langgar halangan polis seterusnya melanggar perintah Mahkamah Majistret yang menghalang demonstrasi haram dijalankan di Dataran Merdeka

Rempuhan yang akhirnya menyebabkan polis terpaksa bertindak dengan melepaskan gas pemedih mata dan pancuran air gatal ke arah semua perusuh tersebut.  Rempuhan yang menyebabkan polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum (dibenar undang-undang) untuk menyuraikan perusuh yang bertukar jadi penjenayah ganas.

Tambah pulak lagi bila Anwar menghalau Benji Lim yang cuba bertanya soalan tidak popular terhadapnya pada Isnin, perasaan menyampah bertukar menjadi benci.

Terus terang kata, Bersih 3.0 yang sepatutnya menjadi medan Anwar memburukkan kerajaan dan polis, bertukar menjadi medan dia terpaksa mempertahankan diri dari pelbagai tuduhan pula, antaranya sebagai orang yang mengarahkan perusuh merempuh halangan polis.

Penulis setuju dengan banyak pendapat bahawa Bersih 3.0 bertujuan untuk menggulingkan kerajaan tapi jangan salah, bukan kerajaan BN sebaliknya kerajaan negeri masing-masing PAS, DAP dan PKR dalam pilihanraya akan datang.

Rakyat dah lihat sendiri keganasan dan kekurangan akal puak-puak ini dan akan menghumbankan puak-puak ini dalam pilihanraya umum akan datang.  Sementara imej dan kekuasaan polis kekal seperti adanya, malah makin harum pulak lagi.






22 Komen to Bersih 3.0: Jasa Polis Terlalu Besar Untuk PR Nafikan

  1. raplahjingaa says:

    Cuba kita cuba bayangkan satu scenario yang tak mungkin berlaku…

    Andaikata Pakatan haram memerintah….apa akan jadi pada PDRM ??

  2. selendangbiru says:

    Semoga Allah swt sajalah yang membalas jasa anggota2 Polis di Malaysia…dan tidak lupa juga kepada anggota Tentera semua….kerana kalian lah kami dapat menikmati keamanan dgn kemakmuran di bumi Malaysia yang bertuah ini.

  3. umnototok says:

    Bandingkan niat pendemo dengan ikrar anggota Polis;
    Pendemo mati2an mahu tunjuk keangkuhan dan ‘konon’ kekuatan dengan membalun Polis yang sedang menjalankan tugas penuh dedikasi, dengan mengutamakan keselamatan dan keamanan, sedangkan anggota Polis sedang mengawal keadaan tanpa mengira siapa, baik pendemokah atau wartawan yang bertugas juga orang awam samada yang sedang berniaga, lalu-lalang disitu termasuk juga anggota lain2 Bahagian Polis.
    Pendemo hanya terpengaruh dengan arahan ketua mereka, yang jelas tidak pun memikirkan keselamatan dan kebajikan pendemo sendiri….alangkah bodohnya mereka….. dek kerana hendak memperjuangkan dua-tiga ketua yang hanya mementingkan diri mereka sendiri demi kepentingan politik dan individu sanggup pendemo2 khususnya orang Melayu sendiri sanggup mencederakan anggota Polis sebangsa DAN membiarkan diri mereka terancam oleh semburan gas pemedih mata dan semburan air malah sebahagiannya akan ditangkap atas tuduhan bertindak ganas serta melanggar undang2 negara!!!
    Perjuangan yang sia2 dan BODOH!!!!

  4. melayu_islam says:

    x de pape…x siapa nafikan jasa polis jge keamanan….

    yg kite mrh tu..polis yg jd pak turut amno bersih aritu je…sanggup skongkol dgn org zalim tuk khianat ke rakyat…

    ramai lg plis baik…cme yg jahat sggp pukul org biasa…tu tanda bongkak dgn kelebihan pangkat yg ade…jawab la dgn Allah mti esok..

    • syaa says:

      tak payah la nak fitnah polis.bodohhh,wat dosa jer.orang pukul polis takpe pulak?polis pukul orang jahat,ganas mcm syaitan bersih tak boleh.bodoh punya mentaliti.

      • umnototok says:

        Melayu-Islam konon…ko tak reti yang Polis tu memanglah berkhidmat untuk Kerajaan demi menguatkuasakan undang2 bagi menjaga keamanan rakyat jelata semua…dan Kerajaan yang memerintah adalah BN dan UMNO tunjangnya….mengapa pula nak difitnah2 kata atas arahan UMNO…memang itulah hakikat… takkan tak faham bahasa!!!!!

    • StinGray says:

      yg puak hang merusuh mcm berok kena HIV tu tak payah kena jawab dgn Allah….dah le bangang bodoh pulak…pirahhhh melayu konon…islam ape perangai mcm haiwan mabuk brandy….

    • sungai_siput says:

      ada yg nafikan jasa polis Melayu_islam

      mat sabu

      mat sabu kata polis2 yg terbunuh di bukit kepong tu talibarut penjajah

      yg betul2 pejuang tanah air adalah komunis kata mat sabu

    • raplahjingaa says:

      cover malu hang tu jauh sangat perginya…perusuh bukan orang biasa bujuk, perusuh tu anasir subersive pelingkup keamanan…depa tu la nanti nak menjawab depan Allah swt….time tu kaki,tangan dan mulut depa akan jadi saksi…mana depa nak lari lagi.

  5. syaa says:

    tu yang hentam kon tajam dlm keta polis tu orang ke binatang tu.nak membunuh apa?binatang pun lebih baik dari dorang ni.memang dasar pengganas pakatan haram ni.inilah perjuangan agama pas.ganas,sesat larat.ya allah mudah madahan pas,pkr,dap akan ditolak mejoriti rakyat malaysia sebab sudah terang jelas mareka ni pengganas dan cilaka.

  6. halim says:

    awat sikit sgt org komen? kesian pulak aku tengok hangpa ni.. takpalah aku komen sikit…. hangpa ni geng sakit otak ke atau geng sakit poket… melacurkan diri untuk sesuap nasi..

  7. Bulan Empat says:

    Puak puak ini mengusung cerita mengenai polis kita yang trigger happy – menembak ikut suka hati. Mereka terapkan peristiwa seorang remaja yang memandu kereta bapaknya lalu ditembak setelah tidak memperdulikan arahan berhenti, tiga empat tahun lalu.

    Kita tidak mengeyiakan pihak polis diatas tindakan itu, kerana kita tetap berpegang penjenayah hanya perlu mati bila berlakunya berbalas tembak antara kedua belah pihak. Dalam hampir semua insiden tembak menembak polis tetap berjaya menewaskan penjenayah kerana kita akui polis kita memiliki kepakaran menembak tepat.

    Teori ini mereka tanam dalam ingatan mereka yang akhirnya terhasil rasa benci yang teramat terhadap anggota beruniform ini. Walau mereka tetap tidak boleh nafikan separuh hari tanpa polis trafik dikotaraya saperi KL, apa yang akan jadi. Ketiadaan polis dikawasan panas apa pula akan terjadi.

    Yang berkasar, memukul termasok yang mengugut polis hendaklah dihukum. Semasa hukuman mereka perlu difahamkan betapa sukarnya kerjaya polis dan betapa pentingnya juga peranan mereka.

  8. syaa says:

    puak pakatan haram ni tau memang dorang salah.tapi demi perjuangan politik kotor dorang,dorang buat citer tipu dan buat buat tak paham lah.dah dasar perjuangan syaitan laknatullah.jahanam lah pakatan haram.TAKBIRR

  9. Invisiblemen Al Mahdi says:

    BismillahirRahmanirRahim
    [10]
    Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
    [11]
    Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”….. Al-Baqarah

  10. Repomen says:

    ye! le! tu! bile mati,dn rumah kena pecah,kena rogo! tk berkesudahan juga siapa yang akan di cari sehingga tertangkap nye penjenayah jenayah tu! adakah Anwar,Ambiga,Guan Eng,Mat Sabu! yang menyelesaikan kan nye! cuba lah bagi jwapan teringin beno nak dengor!!!…

  11. spana hidup says:

    Kira diaorang yg memukul polis tu nasib baik kerana anggota polis tu pakai otak berfikir w/pun diserang dan diketok dgn kon dll..bagaimana kalau polis yg kena serang yg boleh mengancam nyawa mereka itu melepaskan tembakan..sah 2-3 org akan mati. tapi polis tu bertindak pro w/pun dipukul setengah mati. Dia tidak menggunakan senjata sewenag2nya. Fikir fikir lah.

    • syaa says:

      susahlah…puak pakatan haram ni langsung tak boleh pikir baik dah..yang dorang tau pikir kotor dan politik kotor.otak bebal,bodoh gila lah.

  12. Yasseen says:

    Boleh belahlah penulis yang tak objektif

Leave a Reply