Menu Utama

Bersih 3.0: Antara Hijacked Dengan Stadium

DARI mula pun, majoriti besar kita mengetahui bahawa perhimpunan ganas Bersih ini adalah agenda politik pembangkang dilihat dari kempen-kempen yang semuanya dijalankan oleh pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang yang biasa disebut Pakatan haram ini.

Malah pada yang hadir pada perhimpunan tersebut, pasti nampak bersepah baju-baju kuning ini dengan logo-logo parti komponen Pakatan haram ini di belakang atau di depan.

Tapi peliknya, ada juga sebilangan dari kita, malah dalam kerajaan sendiri yang percaya Bersih hanyalah sebuah NGO yang bebas politik kepartian dan perhimpunan itu bertukar ganas sebab Pakatan haram sudah hijacked (rampas) perhimpunan tersebut dari penganjurnya, Ambiga dan ‘NGO Bersih’.

Sama ada mereka-mereka ini masuk kategori denial dan ignorance atau memang benar-benar ditipu oleh Ambiga dan sekutunya, penulis tidak tahu dan you know what, tak minat pun nak ambil tahu.

Cuma hairan penulis, kenapa persoalan itu perlu timbul bila mana Bersih memang diketahui agenda Pakatan haram dari mula, penulis pun tak faham.  Lebih-lebih lagi buat penulis tak faham bila ia dibangkitkan oleh majoriti penganut pembangkang, lebih lagi cina DAP ni.

Walhal setahu penulis, baju kuning Bersih yang dipakai masing-masing itupun dikutip di pejabat cawangan DAP di seluruh negara, lepas tu dia pelik kenapa Pakatan haram (dimana DAP adalah komponennya) ‘hijacked’ perhimpunan tersebut.

Mungkin penangan gas pemedih mata itu hari masih melekat di otak, sebab itu banyak yang terlupa tu agaknya.  Penulis pun terkena gas pemedih mata tu juga, taklah bengong macam yang persoal ‘kenapa pembangkang hijacked Bersih?”.

‘Hijacked’ apanya kalau dah memang itu acara mereka.  Ambiga hanya boneka saja, nak nampak yang Bersih itu bebas dari politik kepartian (Ambiga tidak menganggotai mana-mana parti politik), sedangkan rata-rata baju Bersih yang diberikan percuma itu, ada lambang ketiga-tiga atau salah satu parti Pakatan haram dibelakangnya.

Persoalan kedua ialah, kenapa Pakatan haram tidak setuju Bersih diadakan di Stadium?

Pada penulis ini pun soalan-soalan yang menghampiri kategori soalan bodoh juga.

Sebabnya mudah, setiap stadium dalam Malaysia ini, ada kapasiti maksimumnya, direkodkan.  Tidak terkecuali Stadium Merdeka yang ditawarkan kerajaan untuk Pakatan haram mengadakan demonstrasi disitu.

Justeru, kalau diadakan di Stadium Merdeka yang boleh mengisi maksimum 40 ke 50 ribu orang (termasuk atas padang), tak akan ada siapa yang cukup bebal mendakwa 300,000 orang yang datang, kerana secara visualnya pun sudah tidak masuk akal.

Berbeza dengan kalau himpunan ganas ini diadakan di jalanan, dimana orang ramai boleh bergerak ikut suka masing-masing.  Kejap-kejap pergi Jalan Masjid India, kejap-kejap pergi Jalan Tunku Abdul Rahman, barulah nampak ramai, padahal orangnya itu juga.

Malah, kedua jalan tersebut letak sebelah menyebelah, takde 30 meter pun beza di antaranya.  Orang KL tau, orang yang jauh-jauh tu hangguk je la.

Ini penting, sebab strategi Anwar ialah memainkan jumlah kehadiran yang cukup besar untuk menggambarkan yang dia mendapat sokongan, orang putih ada perkataan untuk strategi seumpama ini, psikologi.

Kalau dalam Stadium, tak boleh temberang.  Nak temberang macam mana, kalau kapasiti maksimumnya memang dah ramai itu, ramai itu sajalah.  Sebab itu Anwar guna Ambiga, mati-mati tolak Stadium  Merdeka sebagai tempat berhimpun sebab Anwar taknak malu bila stadium itu digambarkan tidak penuh, atau penuh tapi jumlah maksimum itu jugalah, 40 ke 50 ribu orang.

Sedangkan sasarannya 500 ribu orang.  Pusinglah kamera macam mana pun, close up ke long shot ke.

Anwar berani gebang kata 300,000 orang sebab siapa pulak yang ada masa kira satu-satu kepala yang hadir.  Dahlah tu, kena tolak budak-budak bawah umur dan penyokong UMNO yang sengaja hadir untuk bagi liputan langsung aksi puak-puak bodoh di Dataran – macam penulis.

Gambar Anwar untuk mengatakan 300,000 orang datang semuanya close up, sedangkan kalau diambil dari gambar long shot (yang nampak hujung ke hujung), takdelah ramai mana pun, at least seramai yang ditemberangkan Anwar.

Ini semua strategi yahudi, Anwar dok guna strategi yang NDI dan KAF ajar kepada dia untuk tunjuk seolah perhimpunan ini berjaya dan dia dapat banyak sokongan rakyat.

Hakikatnya, semua tu penyokong Pakatan haram dan penyokong Pakatan haram semata-mata.

Bila penulis kata penyokong Pakatan haram, itu termasuklah yang berdaftar sebagai ahli komponen Barisan Nasional tapi hatinya sudah masuk Pakatan haram, macam Ketua Wanita MCA Melaka itulah.  Anyway, nak daftar masuk Pakatan Rakyat pun tak boleh, bukannya Pakatan Rakyat itu nama rasmi yang dibenar undang-undang pun.






74 Komen to Bersih 3.0: Antara Hijacked Dengan Stadium

  1. bujuk says:

    Hahaha….heheh
    bro.. 50K aje… takpa2 aku caya.
    Tapi nak tanya… kalau 28/4 ituari Bersih buat d Stadium, boleh dapat ka? Ingat bersih 2.0 mintak buat d stadium.. 1001 alasan k’jaan bagi. Kesimpulannya k’jaan tak bagi buat himpunan bersih. Sebab tu menteri cakap lain, DBKL cakap lain, polis cakap lain. Kalau dah Menteri izinkan sepatutnya DBKL kena izinkan tampa syarat. Sama bersih 2.0 bila PM izinkan guna stadium sepetutnya pihak stadium tak boleh tolak permohonan bersih. Sebab tu rakyat rasa d tipu dan marah kerana menteri cakap lain tapi bagi arahan yg. lain pada jentera k’jaan. Atau menteri tak berwibawa, pegawai boleh betah/lawan arahan menteri.

    • StinGray says:

      pirahhhh la bujuk…hang tak layak nak komen apa pun…hang bknnya pi aritu…..kwn2 berok hang terkinje-kinje kat sana, hang cuma berani komen kat sini jea….hang tak malu ke jadi berok dayus bujuk….

      DBKL kena izin tanpa syarat la..guna stadium la…menteri ckp lain la konon…1001 alasan kerajaan bagi lah…hang buat apa ari tu…dok rumah jea… bini suruh lipat kain ke????

      aku rasa berok2 kuning yg pi ari tu pun meluat kalau dia baca komen hang…penakut…

      • bujuk says:

        hang susah hati apasal… atas kepala ada tanduk ka?

        • jebat says:

          atas kepala aku tak tau tp atas dahi ada nande’ aku tau..

        • mak aih… ko ingat bersih tu pertubuhan diraja ke?.. semua nak… mesti la bersyarat.. kalau kau bijak mesti ko boleh pikir kenapa bersyarat…

          bersih 3.0. kenape kalau dah tau ade dalam undang2 pasal kegunaan dataran erdeka, kenapa nak juga langgar undang2…

          lagi satu. dalam ape2 persoalan pun.. persoalan yang paling utama, ape faedah bersih ni?.. ape kebaikan bersih ni pada rakyat?… bukan ke bersih ni cuma bawa kebaikan politik pada sesetengah pihak je? rakyat cuma digunakan…”Sebab tu rakyat rasa d tipu” – ayat kau yang ni macam seolah2 macam semua rakyat malaysia sokong bersih..seolah2 semua tupemintaan rakyat…hahahaha…

          bersih cume waste time.. so nak bgi kegunaan prasarana untuk bende yang takde nilai macam bersih ni, tak berbaloi… macam2 kos sekarang terpakse ditanggung sebab bersih buat kotor…

          termasuk rakyat yang bergelar peniaga juga rugi… sape nak tanggung tu bujuk?
          diorang pun ade hak juga…

          orang bodo je sokong bersih…

          • bujuk says:

            bacalah dulu tuntutan bersih, baru tau untuk kebaikan siapa. tak baca lagi dah nak ulas, sebab tu ulasan ko ke laut..

          • StinGray says:

            elehh bujuk…hang pun tak pi merusuh, tapi ulas mcm barisan hadapan berok merah jea…sebab tu ulasan hang ke longkang…

          • bujuk says:

            Yg. merusuh tu puak2 UMNO/ anjingan UMNO. Rakyat biasa tak merusuh…

          • jebat says:

            bujuk..kekadang kita perlu nilai perilaku masa kejadian demo bukan hasrat..hasrat boleh direka2.. ala mcm ostad badrul yg ‘berhasrat’ menyelesaikan masalah rumah tangga org pada jam 3 pagi..

          • x payah nak bace.. sebab tuntutan tu semua alasan je untuk turun ke jalanan…heret rakyat same…

            tujuan bersih adalah sebaliknya… ade tangan2 ghaib kat belakang…

            untuk sape?… jawapanya untuk kepentingan politik PR je.. gunekan rakyat sebagai alat.. bile dah berjaya.. rakyat entah kemane diorang letak…

            sebenanye otak kau yang dah kelaut bujuk… kire ko kate bersih ni untuk rakyat la ye?… pale hotak kau… dah macam xde care lain… habis orang yang dapat efek negatif dari bersih ni bukan rakyat ke?…

            tuntutan yang tak sepatutnya mengheret rakyat ke jalanan… kau pun tau ape yang jadi mase bersih tu kan?…

            jangan jadi rakyat yang belagak pandai, tapi minded tahap lembu…

          • yang merusuh puak2 UMNO… macam bodoh kenyataan kau… same bongok macam azmin yang kate mak dia sendiri diguna UMNO…

            orang UMNO tak sebodoh tu untuk buang mase turun buat rusuhan, pukul polis..

          • bujuk says:

            EMP kalau setakat nak tuduh/fitnah tu ko punya pasal. Kalau nak buat rusuhan dan jatuhkan k’jaan buat apa buat tuntutan bersih… kami tuntut bersih sebab nak bertanding sebagai anak JANTAN d padang yg. sama rata. Bukan selindung sebalik SPR dan JPN serta pihak berkuasa lain..

          • raplahjingaa says:

            Eleh..nak tanding macam anak jantan konon…bila kalah, menangis merata alam, guling-guling atas jalan….anak jantan amende ??

          • bujuk says:

            Yg. nagis kalah pilihanraya hang tau sapa? tu… bekas MB Perak. 2x dia nangis, sebelum pru sekali sebab kena bagi perlimen grik pada Ketua wanita gerakan.

          • raplahjingaa says:

            Hush ! hang silap kott…rasa-rasa aku kalau kat Perak, yang nangis meraung-raung bukan ka ex MB PAS ke…si nizar colok ?

            Bukan takat dia saja…depa kata cina-cina komunis satu Perak pun nangis sama….

          • bujuk says:

            Bila hang kata rasa-rasa dan depa kata, maknanya hang hanya mereka-reka cerita. Tapi aku tulis apa yg. utusan siar cerita. Kalau aku tipu maknanya utusan yg. tipu aku…

          • raplahjingaa says:

            Mereka cerita ??? hehe….bila kena kat batang hidung hangpa…semua cerita rekaan….tak gitu bujuk ??

            Hang tau…aku pun tau…itu dah cukup, apa yang hang zahirkan adalah tak penting…ia kan bujuk ?

          • bujuk says:

            yep…. kita boleh tipu orang tapi bukan diri sendiri.

        • StinGray says:

          aikk…bukan ke yg bertanduk tu best friend hangpa…x caya pi tanye pok nik kedaung tu….

          bujuk…toksah nak temberang laa….setakat lipat kain kat umah ada hati nk tunjuk hero…tp hero dari belakang jea hang ni…..keje hang tu kipas lipas jea….

          • bujuk says:

            kesian.. takda idea, menceduk je rupanya.

          • StinGray says:

            hang dh mati akal yea bujuk…tu la lain kali jgn lebih sudu dari kuah…

          • bujuk says:

            hahaha.. tak puas lagi aku tak pergi bersih 3.0

          • raplahjingaa says:

            Bukan sudu lagi dah….dah masuk talam..hehe

          • bujuk says:

            Ada2 budak hitam.. meroyan sebab aku tak turun bersih 3.0… hahaha.

          • StinGray says:

            bapok jea perangai mcm hang ni bujuk…menyalak dari belakang jea….

          • bujuk says:

            Bila kalah berhujah kita akan sakat orang dengan penghinaan… itu macai UMNO punya trademark.

          • StinGray says:

            sapa iktiraf hang menang ni….puak2 haram jadah mcm hang ni suka syok sendiri…mcm 250,000 yg hang gebang tu…..besarnya TV hang sampai bleh kira dgn jari….

          • bujuk says:

            hahaha… bila aku kata IQ rendah hang marah, cuba hang baca semula komen hang. Rasanya budak tadika KEMAS pun tak kira 250,000 dengan jari. Orang kira ribuan orang dengan mengira keluasan sesuatu tempat. Kalau dah 1KL penuh manusia berbaju kuning…. lu pikir sendiri la. Kalau setakat 25,000 papagomo tak perlulah keluarkan cctv fitnah Azmin tu. Siap panggil Mak Tom buat ulasan kat tv… hebat. 1 m’sia kenal semua keluarga Azmin, PM punya adik-beradik pun 1 m’sia tak berapa kenal.

          • StinGray says:

            hehehe 1kl penuh dgn berok kuning…tu la lain kali pi la, jgn dok caya citer lebai kulup PAS kat warung kopi…..jd anak jantan berok la bujuk…jgn kira dari rumah jea…

  2. penyokongketuanan says:

    Bukan hijack,

    Dari awal lagi semua tahu yang Bershit memang agenda Pembangkang. Nak hijack apa lagi, memang mereka punya, Ambiga dan Samad cuma figurehead aje.

    Hanya orang bendul aje yang kata Bershit tu ngo. Arahan merusuh dari Orang Liwat, semua main ikut aje.

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  3. Bulan Empat says:

    Kita perlu enforcement yang kuat, handling yang mantap walau mungkin dilihat ‘ganas’.

    Dalam scenerio masakini figure yang perlu menonjol ialah KDN. Kementerian ini perlu dipimpin oleh seorang yang benar benar expose dengan perkembangan semasa dan bermaklumat tentang sejarah lampau negara sendiri dan negara lain yang pernah mengalami suasana yang serupa untuk diteladani.

    Ini memberi kita fahaman yang Hisham keris tidak layak menerajui KND lagi. Kita perlu seorang yang berwibawa saperti Ghazalie Shafie yang telah membuktikan kebolehan nya meneraju lantas membawa negara keluar dari kemelut gelora serupa sekarang ini.

    Tukarkan potpolio Hisham ke kementerian wanita misalnya , adalah dilihat lebih sesuai dengan senyum menawan dia.

  4. sungai_siput says:

    hehe

    apa kata silent reader buat mesyuarat usul kan pada cawangan dan bahagian masing, kita usul kan supaya hiyammudim(Hisyammudin aaw)meletak kan jawatan dia dari KDN….???

    sebenarnya dah banyak cawangan dan bahagian dah nak buat usul ni

    aku cuma tolong sebarkan jer

    usul nya gagal dalam menjalan kan tugas sebagai menteri KDN, kurang tegas sehingga menyeret ibu negara ke dalam keadaan kacau bilau walaupun hanya sebentar

    gagal dlam menyusun strategi pencegahan awal terhadap rusuhan yg sememang nya sudah di jangka kan

    kita tengok si hisyam ni akur tak pada kehendak mejoriti ahli UMNO

  5. zahazi says:

    Setuju..
    Hisham juga patut tanggungjawap. Dalam kes ni terlalu berlembut…
    End up set set Bersih yg tak berapa bersih ni buat kacau. Tu yang adik adik polis kita ikut sama terajang dorang…

  6. Anak Lenggong says:

    Keluar tajuk kejap…sebab ni lagi penting..

    Mari kita perhatikan kesesatan demi kesesatan yang telah kita kumpul sejak Nik Najis dan PAS ni sejak dulu lagi….!

    ” Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir ” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

    ” Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

    “ Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram. ” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

    ” Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

    “ Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

    ” Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. ” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    ” Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. ” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

    ” Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram ” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    ” Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. ” – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

    ” Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang ” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

    ” Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. ” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

    ” Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

    ” PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

    “ Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

    Terbaru Nik Najis kata wajib menyertai perhimpunan yang diketuai oleh pejuang murtad dan sex sonsang LGBT! pada 24 April yang lalu.

    • melayu_islam says:

      tu je…x de ape2 pon…auta je lebih korang nih…tgk sape media tukang sebar pon dah tau..

      • jebat says:

        he..he..hanya harakah je yg sentiasa benar..

      • kalau orang lain siap bgi bukti pun ko tolak… tapi kalau kene kat batang hidung ostat dan pemimpin PR, gune air liur je dah cukup untuk bagi ko pecaya…

        double standard melampau.. macam tu ler…

        • raplahjingaa says:

          Tu bukan double standard namanya….tu bermakna hati mereka telah di hitam kan…kerana terlalu banyak sangat kekufuran yang cai-cai pakatan ni telah lakukan…makanan iman tak ada, hari-hari depa dok telan fitnah…mana hati tak hitam.

  7. raplahjingaa says:

    Nik ajis ? aku dah lama letak kan pemikiran dia setaraf dengan yang banyak bergantung kat pokok di hutan simpan…buat malu orang Islam jer.

  8. sape yang join bersih dapat ape?..

    ape kelebihan rakyat dapat?

    kenapa kene ikut pemimpin yang mengajar rakyat jadi bodoh dan suka langgar undang2?

    mane hak2 orang lain yang mendapat kesan negatif dalam bersih ni? siapa nak bertanggungjawab?

    lepas je bersih ni, isue pilihanraya dah tak jadi isue dah… aku tengok dalam fesbuk ke mane ke, semua monyet2 pro pembangkang duk becerita konon polis jahat… tu ke tujuan sebenar bersih?..

    bersih tak bagi ape2 kebaikan pada rakyat pun…. jangan jadi bodoh.

  9. Bulan Empat says:

    Seorang rakan kita baru beri Parti KongxxK Rambang sebagai gelaran terbaru PKR.

    Kita tiada pilihan kecuali bersetuju sangat sangat atas gelaran baru ini.

    Emak aku pernah ajar aku cara beli ikan dipasar . Kata emak kalau nak beli ikan cek kepala ikan … mata dan insang ikan itu. Kalau mata nampak merah dan insang lebam tidak merah sebagaimana warna asal, tak kira ikan apa, bermakna ikan itu sudah busuk dan jangan beli.

    Makna nya kepada ikan adalah petanda aras terhadap kesegaran isi ikan yang terletak dibadan . Elok kepala eloklah keseluruhan ikan itu sebaliknya kalau busuk kepala busuklah keseluruhan ikan itu. Manusia tak boleh makan ikan busuk. Kalau nak beli jugak , bawak balik buat baja pokok atau beri kucing makan.

    Demikian lah PKR. Dunia tahu orang yanbg jadi kepalanya terlalu terok akhlaknya. Sebab itu teroknya keseluruhan ahli mahli kumpulan itu.

    Baru didedahkan orang kanannya. Dengarnya ramai lagi yang bakal didedah nanti selaras dengan betapa busuknya orang yang menjadi kepala mereka.

  10. zahazi says:

    Itu tak bermakna kita tak boleh pelajari apa yang bagus dgn diorang.
    Kalau bab rasuah, amik duit, boros, claim membuta tuli, perabis duit, guna duit tanpa sebab asas, that point BN gagal. That is the winning point which we have to improve. Rasanya kebanyakkan orang muda tak ambil pusing pasal kes Anwar. They dont really care what happen to him. Apa yang dorang nak tau hanya belanja hari-hari, bulanan dan sbg yang semakin naik. Sedangkan goverment spend duit tanpa kira atau judge the return for that investment. Simple example: Jika exco atau Ketua Pengarah dalam satu Jabatan kerajaan ada kereta rasmi Proton Perdana. Sepatutnya tak perlu untuk kakitangan rendah ada kereta rasmi lebih mahal dari kereta Perdana. Ikut hirarki. Kenapa perlu beli kereta Toyota Fortuner yang harganya cecah Rm175k untuk kakitangan rendah. Doesnt make any sense. Orang muda nak transparency dalam apa yang kerajaan spend. That if the most important now. And we will loss next election if we can not show them this.

  11. kuala says:

    just nk kongsi..try tgok kat website ni.http://www.glaringnotebook.com/.bersih 3.0 sokong republik ker?try tgok kat poster agong..gambar ke-4.any comment?

  12. syaa says:

    bersih ni politik kotor pakatan haram jer.takde pekdah untuk rakyat.kosonggg.

  13. anonymous says:

    Ini ape?photo ini diambir satu hari sebelum 28/04 ke?atau 7am awal pagi?Aku dekat sana pada masa tu, orang semakin banyak mula pada pukul 12pm. Memang boleh buat di stadium, tapi banyak orang takut akibatnya…media akan menunjukkan betapa banyak orang menyokong Bersih.Menjelang 12pm, beratus ribu orang sudah berkumpul di tempat-tempat yang diassignkan sebelum mereka mula bertolak. Bukan hanya orang cina DAP saja yang menyertainya, tapi orang Melayu juga yang menyokong Bersih. Kami menampak dan merasakan sikap satu Malaysia yang sihat dan sebenar tapi bukan yang hanya buah mulut orang lain. Nampak photo UMNO punya perhimpunan baju merah?Itu 100000 orang ke?

Leave a Reply

Threesome