Menu Utama

Belum Jejak Kaki Di Kota Bharu, PAS Kelantan Sudah Meminta-Minta Dari PM

Belum pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota Bharu, Kelantan esok, Kerajaan PAS Negeri Kelantan sudah mula menunjukkan sikap buruk dengan meminta-minta beberapa perkara yang tidak mungkin dapat disediakan sendiri oleh mereka.

Exco Kerajaan PAS Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan dengan muka tidak malu telah menyenaraikan sebanyak lima permintaan untuk diajukan kepada Perdana Menteri.

Najib dijadualkan akan berada di Kelantan esok bagi memulakan lawatan rasminya ke negeri itu.

Fadzli tanpa segan silu meminta agar Perdana Menteri menyediakan bajet bagi pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dan Lebuhraya Pantai Timur yang kononnya sengaja dibatalkan sebelum ini ketika era pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dia juga meminta agar Najib menghadiahkan sebuah stadium negeri yang baru, menaik taraf lapangan terbang, membina perlabuhan di Kelantan dan meluluskan tuntutan royalti petroleum untuk negeri Kelantan.

Persoalannya, tak malukah Kerajaan PAS Kelantan meminta-minta sesuatu yang sepatutnya mereka sendiri yang sediakan untuk rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu?

Mengapa perlu mengemis sedangkan PAS sebenarnya mampu untuk menunaikan segala-galanya dalam tempoh pentadbiran mereka selama lebih 20 tahun di negeri Kelantan?

Mengapa tidak minta saja kelima-lima perkara itu dari Mursyidul Am PAS yang sebok berceramah politik di dalam masjid dan memohon doa agar dipecahkan perut Najib?

Kalau diperhatikan permintaan-permintaan yang dibuat oleh Fadzli itu, semuanya adalah berkaitan dengan wang ringgit, pembiayaan dan bajet tambahan.

Kenapa Kelantan tidak membina pelabuhan, stadium dan menaik taraf lapangan terbang sedia ada dengan bajet dari Kerajaan Negeri? Sudahlah hanya membina dua buah masjid sahaja sepanjang 20 tahun, kemana perginya duit rakyat negeri Kelantan dibelanjakan?

Sepatutnya, Kerajaan PAS Kelantan perlu membina pelabuhan, stadium dan menaik taraf lapangan terbang di negeri itu menggunakan bajet kerajaan negeri.

Bila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan miskin, ramai pula yang marah dan menafikan kenyataan itu. Tapi kalau benar Kerajaan PAS Kelantan kaya raya dan berjaya menjana ekonomi negeri, binalah sendiri segala keperluan tersebut. Tak payahlah meminta-minta!

Nak bina lebuhraya di Kelantan? Mahukah Kerajaan PAS Negeri Kelantan bekerjasama dengan memberikan tanah untuk dibina? Mampukah Kerajaan PAS Kelantan membiaya pampasan kepada tanah milik rakyat Kelantan yang terbabit dengan pembinaan lebuhraya?

Nak bina stadium pun Kerajaan PAS Kelantan tak mampu, apatah lagi mahu menyediakan tanah, prasarana dan kemudahan kepada PLUS untuk membina lebuhraya yang berbilion-bilion harganya. Nampak sangat Kerajaan PAS Kelantan memang miskin papa kedana.

Kemudian, Fadzli meminta royalti petroleum pula. Bukankah sudah dijelaskan sebelum ini bahawa lokasi sumber minyak itu berada jauh dari perairan Kelantan dan tidak termasuk di dalam hak persempadanan wilayah negeri itu sebelum ini.

Jadi, mengapa meminta sesuatu yang bukan hak kepada negeri Kelantan? Tak malukah Kerajaan PAS Kelantan meminta sesuatu yang menjadi hak rakyat seluruh Malaysia?

Tapi, PAS memang muka tak malu meminta-minta dari seorang pemimpin yang selama ini ditohmah, difitnah, dikutuk, dihina dan dimaki hamun oleh mereka selama ini.

Puas PAS menzalimi dan memburuk-burukkan Najib dimata rakyat, kini mereka buat muka “sepuluh sen” mengemis simpati darinya. Padahal, mereka sendiri yang bodoh menjana ekonomi negeri. Sebab itulah saya menganggap bahawa Nik Aziz dan kepimpinannya memang muka tak malu!






70 Komen to Belum Jejak Kaki Di Kota Bharu, PAS Kelantan Sudah Meminta-Minta Dari PM

  1. raplahjingaa says:

    Depa dah jenis macam tu….apa nak buat, bab-bab pembangunan apa yang depa tau…lambang pembangunan kelantan seperti kata nik ajis adalah pasaraya TESCO…so pathetic !!

    Kalau bab nak melingkupkan….depa ni la orangnya…hang buat la apa pun…sekejap jer puak ni akan melingkupkannya.

    • pandipory says:

      tu petanda awal BN akan menjajah kelantan semula..

      • joe says:

        Bn dah nazak dah,nampak kering idea,tak tahu nak buat apa sedangkan puak PR banyak idea pembaharuan yang boleh meringankan beban rakyat dengan segera turunkan sikit hargara petrol. Komo tak mahuke?

      • iKnow says:

        Pandipory : rasanya word yg sesuai ialah mentadbir bkn menjajah..

      • sungai_siput says:

        bro pandi

        kadang2 aku pelik kenapa beriya-iya BN nak ambil kelantan

        tapi tak menang2, sbb pemimpin UMNO kelantan sibok begasak sesama sendiri

        sepatut nya BN pedulikan pasal kelantan tu, usik sikit2 aje,

        jadi bila BN da tak peduli dgn kelantan , confirm itu pemimpin UMNO sana akan berbaik2 sesama sendiri nya

        bila dah tak di peduli, mundur, aku yakin dengan sendiri rakyat kelantan tolak PAS di sana

        salah strategi lah gomen ni

        itu hari bersih pun ramai budak2 muda kelate yg di bayar nik aziz datang ke rusuhan BERSIH 3.0 tu,

        kalau nak jelas tgk video masa anwar arah kan azimin suruh paria tu bukak penghadang ,

        tengok budak kelate pakai ketayap, pakai baju kuning telompat lompat jerit takbir

        memalukan, mana ada islam buat macam tu, itu gaya orang kelate kalau nak tahu..

        pedulikan lah kelantan tu, kalau baik pemimpin UMNO sesama dia orang menang lah jwab nya, kalau tak nsib lah badan rakyat kelantan

        negeri melayu jugak, menang BN, melayu jugak naik, menang PAS melayu jugak jadi pemimpin

        jgn jadi macam selangor, perak sekejap udah ler, pejuang komunis zaman moden yg perintah negeri

        • yon76er says:

          Setuju sgt dgn pendapat sdara. Nak bantu pon kita buat alah kadar, tu pon kira dah bagus, jng sampai demo semua x mkn …..Dapat semula pon kan byk nak keluar duit nak bgunkan negeri Kelate tu kan. Dah 20thn ketingglan dgn negeri2 diM’sia. Lagi bagus tumpukan pd Selangor, Kedah dan P.pinang…Ada gak byk faedah kerana dapat menyelamatkan Org2 Melayu yg dah diTindas olih KOMUNIS Moden…

  2. tengkudin says:

    muka tak tau malu memang cam tu..bila dah bagi..gigit balik tangan tuannya…cam anjing la jugak…

    bukan ke nik ajis pernah doakan supaya perut PM kita pecah…awat tak tau malu mintak yang bukan bukan..tak sanggup nak jilat kahak hijau sendiri ke??

  3. joflo says:

    malu…malu… malu org yg dkutuk mcm2, lps tu nk mintak mcm2 pulak….kata semua org buat xbtl,depa yg btl…… btl2 menjatuhkn maruah ISLAM…….

  4. lidi says:

    Bkn rakyat kelantan ni…pentingkan akhirat ker..?kan depa tak kisah..hal dunia ni janji dpt kersorga…buat nak minta kat pm…duit haram tu bodoooo

  5. abe says:

    Kesian penyokong pas kat malaysia ni,kena tipu sokmo hidup-hidup.Maklumlah nak masuk syurga dengan mudah ikut je la fatwa sesat niky ajis tu….Bila dah tak mampu minta juga kat najib.macam kata orang hidung tak mancung pipi tersorong2….

  6. Antihipokrit says:

    maaf ya..
    duit tu terpaksa kerajaan guna untuk perbaiki semula prasarana KL dan kempen pulihkan imej kerajaan dan negara yang tercalar dek angkara manusia yang bijak pandai!MB kamu banyak duit sampai belanja penyokong pergi KL rosakkan harta benda awam..melepaskan anjing tersepit!

  7. delta_source says:

    Bukankah sebelum ini Kelantan mengwar-warkan bahawa mereka akan membina lebuhraya tanpa tol?

    • tengkudin says:

      ye la…apa jadi sekarang..?? projek jambatan dulu pun tak jalan…yang jalan cuma kebas balak dengan tanah orang asli..

    • Hero Tamil says:

      Pembetulan Bro,

      PAS hanya kata nak hapuskan TOL di lebuhraya yang Kerajaan Pusat bina.

      tapi bagi the Proposed Kota Bharu – Kuala Kerai Hiway akan di swastakan dan akan di kenakan Tol.

  8. paklang says:

    Cuba kau orang perhati betul2 : Setaip apa sahaja perbuatan pemimpin pembangkang dan ahli-ahlinya yang dah gila sekarang tidak ada sebarang tujuan untuk kepentingan rakyat, semuanya lebih kepada yang hanya menjuruskan kepada usaha menyakitkan hati dan tujuan2 kepentingan politik sahaja. Kita redha lah kalau Allah dah tetapkan kali ini depa akan tawan Putra Jaya, tetapi kalaulah ini rupanya aku rasa akan jadi bencanalah pada Malaysia kalau dia orang memerintah..aku dah nampak sekoq2 dah macam binatang

  9. tengkudin says:

    masjid pun PAs tak pernah bina kat Kelantan..semua hasil dari Kerajaan Persekutuan yang dikata sekular tu..nik ajis hanya tau goncang 2 butir dia je..

    dulu berlagak kata ularmak mampu tadbir..sekarang kes air sampai ke sudah tak setel lagi..sebab salah tenyeh agreement air dulu..bangang punya nik ajis..makan gaji bute je..

  10. raja kongkiak says:

    Kerajaan peminta sedekah. Meminta sedekah dari zaman kempen di dalam padang pakai tin milo sampailah pas boleh menjadi pentadbir ni negeri yang mereka dapat. Pas memang sinonim dengan gelaran Parti Peminta Sedekah….tok sah dok hairan…

  11. TajulS says:

    Memanglah boleh bagi tapi syaratnya bila kelantan tidak lagi dipimpin oleh pas tetapi BN!

  12. zainol56 says:

    Woi duit kerajaan pusat tu haram! Tapi buat muka tk malu minta pula.Diut balak pergi mana? Masuk poket kot.

  13. wan zack says:

    lebih baik PAS minta bina patung Budha yang lebih besar di tengah-tengah Bandar Kota Bahru sebagai tanda PAS for all, dan akan dapat lebih banyak undi dari kaum Cina loktang.

  14. raplahjingaa says:

    Dalam riuh rendah beruk-beruk terkinja-kinja masa bershit hari tu…Najib sedang sibuk menghulurkan bantuan kepada rakyaat yang mermelukan di Sabah…dari lahad datu ke sandakan…

    Pemimpin pembanggang sibuk minta cai-cai mereka merusuh…terlalu contrast !!

    Rakyaat Kelantan jangan risau…bantuan kerajaan akan sampai juga ke sana, kerana kerajaan Malaysia bukan low level minded macam anwar, nik ajis, aji adi, guan eng dan seangkatan dengan mereka.

    Tugas kerajaan membantu rakyaat….dan kerajaan BARISAN NASIONAL telah melakukannya dengan cemerlang !!

  15. StinGray says:

    mintak la kat pok nik…dia kan banyak duit, selamba jea dia sponsor berok2 perusuh ari tu…..bodoh la PAS ni….

    • raplahjingaa says:

      Oish ! Mana boleh sting….duit yang pok nik bagi untuk merusuh tu….duit jihad, tabung jihad PAS hanya boleh di gunakan untuk menentang orang Islam, lain tujuan hilang berkat nanti.

    • tengkudin says:

      jangan lupa ada orang nak bagi pok nik RM4 Billion dulu oooooooooooo

  16. abbullah says:

    sebanyak RM500 million telah di salorkan untk projek ayer Ktan mana dia dan apa dah jadi?Pas kata salah Kjaan Pusat..aku nak mandi junub pun tak ada ayer…kesian..itu ke negara serambi Mekah dan negeri berkebajikan???

  17. Cfu says:

    Tindakan kerajaan PAS Kelantan meminta royalti minyak dpd Pusat seolah-olah mahu merompak hak negara. Sebab kedudukan sumber minyak adalah jauh daripada pensempadanan negeri Kelantan.

  18. Cfu says:

    Itu la tuduh BN zalim tapi tak malu bila nak minta bantuan. Nabi saw tidak suka umatnya meminta-minta . Usahalah sendiri, lagipun PAS mengatakan haram terima duit yg diberikan oleh BN. Ada sebilangan pengikut PAS mengoyak-goyak duit BR1M RM500 di hadapan majlis penyampaian BR1M kerana dikatakan haram.

  19. Mooohyideen says:

    Dana dari Federal adalah dari rakyat..

    Korang ingat semua yg bayar cukai tu sokong parti BN/UMNO laknatullah ka???

    • Fazli Yusof says:

      Berapa juta dah moo hang bayar tax !!! kah…kah…kah….Errrr….kalau orang tak sokong BN/UMNO….pasaipa boleh dapat undi majority….hang nak nafikan lagi ke…kah…kah…kah…..

    • publicopserver says:

      “Berduit atau tidak berduit, jika diizinkan Allah SWT, pastinya sesebuah parti politik itu akan berjaya dan diangkat Allah SWT sebagai pemerintah di negara ini. Usahalah sehebat manapun, dan jika tidak diizinkan Allah SWT jangan harap hendak menjejakkan kaki di Putrajaya! Itu faktanya.”
      http://www.mykmu.net/?p=19197

      APA2 BENDA SEKALI PUN, JIKA ALLAH SWT TAK IZINKAN, MATI KEMPUNAN LA TAK DAPAT!!

    • zam says:

      Kau fikir org perseorangan byr cukai banyak sgt ke, hasil kutipan kerajaan byk dtg dari kutipan cukai jualan dan korporat la, hasil kutipan kastam. sengal mcm byk sgt byr cukai… btw cerita byk zakat dah byr ke

    • bangKano says:

      Hang tak yah la nok bagi tau kami pun dah lama tau. jadi kita sebage rakyat bertanggung jawab mesti la berhemat pada dana tu jangan dok baziaq kan tak tentu hala. Masa puak puak lembu pandiaq tu berdemo pasai apa depa merosak kan harta awam..? Kan tu merugi kan dana rakyat dari pelbagai etnik,agama & ideologi politik. Kan bodo piang nama nya tu sikap hang pa ni…? Pembaikan harta awam di guna dari sumber mana ada ka duit dari Anwaq,Azmin,Lim Guan Eng malah Pok Nik..? Udah tentu dana rakyat jugak kan….???

  20. C5 says:

    “meminta-minta beberapa perkara”

    biasa lah bila PM datang…

    undi besiok undi PAS…

    apa susah…

  21. bujuk says:

    Bukan masalah malu ke tidak, tapi itu adalah tanggungjawab k’jaan pusat. Adalah HAK seorang anak mintak nafkah dari bapanya walaupun tinggal dengan ibunya yg. dah bercerai dengan bapanya. Sebagai seorang bapa yg. bertanggungjawab perlu bagi nafkah pada anaknya walaupun dah bercerai… tak caya tanya tuan kadi.

    • StinGray says:

      bila nak duit pandai pulak citer pasai tanggungjawab bapa…dan2 ngaku kerajaan pusat mcm bapa…..kalau dah dianggap mcm bapa kenapa memberontak, merusuh mcm berok dgn bantuan kapir laknat pulak tu nak hancurkan bapa…besar betul munafik hang ni bujuk…..

      • bujuk says:

        Demo pun hak rakyat jugak…
        kat rumah kalau anak mintak sesuatu yg. baik, emak tak kasi tentu anak tu nangis, kira berontak la tu. Takkan tak boleh nagis kalau mintak susu tak dapat, bagi air masak memanjang.

        • Fazli Yusof says:

          Hang tau bila demo bertuankan ambiga tu jadi hak rakyat….tu yang berdemontrasi….yang dok kat rumah nak bawak anak bini makan angin lepas tu tak boleh masuk kl pasal puak bershit tu hak siapa lak…..takkan nak ikut kata minority…..bodo

          • bujuk says:

            Aku p PWTC hari tu ok jee… lagi pun kat dataran tu kalau jalan tutup hari sabtu/ minggu biasa je. Tiap2 bulan ada aktiviti, walkaton, jogatahon, basikalton… semua ada. Bersih 1 tahun sekali je.

          • StinGray says:

            beasrnya munafik hang bujuk…hang kata hang tak pi demohomo tu sebab hang outstation….ni hang ckp hang pi PWTC ari tu….lebai taik anjing la hang ni…

          • bujuk says:

            Hang yg. tak baca elok2, aku tulis aku baru balik dari Out station bukan pergi out station. Aku tulis lagi badan tak fit nak p demo.. kan.

        • raplahjingaa says:

          OOO….hang samakan rusuhan dangan cerita anak dan emak….bagoih sungguh !!

          hmmmm…lalang ooo lalang..

        • StinGray says:

          bujuk kalau x bleh jawab jgn merepek, malu kat org lain….hang cuba nak samakan sistem demokrasi dgn sistem kekeluargaan islam ke???…

          hang pilih sapa jd bapak hang dgn cara undian ke???….

          hukum agama bkn ikut logik akal singkat hang jea…sesat kalau bg contoh hukum agama ikut logik akal hang yg lemah tu……..dalam islam taat kpd pemimpin dan taat kpd bapa ada berbezaan, walaupun kedua-dua perlu ditaati….

          • bujuk says:

            Pemimpin agama dalam negara adalah Raja2 dan YDPA bukan PM. Dah perlembagaan kita guna sistem demokrasi yg. mana rakyat berhak pilih pemimpin, apa salah aku taknak pilih Orang UMNO jadi pemimpin aku? aku punya suka lah, dah hak aku. Pada aku pilih pemimpin macam pilih IMAM, kalau ada dua lelaki yg. sorang boleh jadi IMAM, boleh baca tahli, talkin, solat jenazah dan hal-ehwal agama dan keluarga islam manakala sorang lagi kaya dengan harta rakyat, pemurah dengan wang rasuah, peramah hanya bila nak PRU, halal/haram sama je. Hang nak pilih yg. mana?

        • bangKano says:

          Memang betoi demo ada la hak asasi rakyat tapi ada sekatan sekatan tertentu bukan main tibai semacam macam Anwaq tibai pungkok jantan. Negara ni dah war war kan Akta Perhimpunan Awam & Akta Kesalahan Keselamatan jadi hang pa sebage rakyat kena la patuhi….pendemo mesti akuq pada akta tu & polis pun jalan kan tugas ikut spek dalam Akta Polis 1967 dan laksana kan peruntukan akta kata tadi.

          Dalam alquran pun ada kata hak hak manusia hidup di bumi tapi ada had nya sebab tu ALLAH melarang zina,curi,minum arak,amal kan riba dll. Pasai apa ALLAH melarang semua tu…? Cuma orang orang yang bebal saja yang tak mengerti…

          ALLAH jugak tak memaksa umatNYA mematuhui islam tapi di beri ganjaran setimpal di akhirat. Cuma kesalahan zina & mencuri ALLAH mererentah kan hukuman di dunia dengan sebatan sebab akan memusnah kan umat lain.

          Ada ka hang ni paham apa yang aku cakap ni….????

          • bujuk says:

            Aku faham… tapi pemerintah yg. tak faham dan salah guna kuasa. kenapa BN boleh berhimpun ikut suka dia tapi PR tak boleh? Kenapa BN boleh masuk sekolah@U tapi PR tak boleh? kenapa YB PR tak boleh rasmi PIBG tapi penyelaras(bukan ADUN) BN boleh rasmi PIBG? Apakah namanya kalau bukan salah guna kuasa? Dewan orang-ramai boleh d guna BN tapi tak boleh d guna PR?
            Nak aku sebut…banyak lagi. Jelas d sini BN/k’jaan salah guna kuasa sebab tu rakyat tak hormat perintah k’jaan BN.

    • Cfu says:

      Bujuk, kalau bapa bertanggungjawab kepada anak, apa pula tanggungjawab anak kapada bapa. Bolehkah anak memaki hamun bapa sesuka hati setelah menerima nafkah dpd bapanya?

      • matahati says:

        Cfu….komen terbaik dari ladang

      • bujuk says:

        Bapa yg. baik kita puji, tak caya suruh k’jaan pusat bagi royalti minyak kelantan. Tentu k’jaan negeri puji PM. Tapi kalau bapak asik nak rotan anak dan tak bagi belanja walaupun duit banyak tu yg. anak tak suka.

        • Fazli Yusof says:

          Nasib le kalau anak hang tak suka hang…..otak kaulu…kekekekeke

          • bujuk says:

            So… nasib Najib/PM la kalau rakyat tak suka…heheheh..

          • Fazli Yusof says:

            Rakyat mana tak suka bujuk….yang minority ke…yang majority….aku tanya hang ni….kekekekeke

          • raplahjingaa says:

            Dalam ilmu politik demokrasi yang di ajar pada cai-cai pembangkang….demokrasi tu bermakna minority memerintah !! hehe..

          • bujuk says:

            Kalau lebih 200,000 sanggup meredah watercanon dan gas beracun maknanya yg. benci tapi senyap mau 20 juta. So bilang sendiri majoriti/ minoriti… sebab tu timbul isu IC sementara untuk pendatang mengundi. Sebab sekarang rakyat majoriti dah tolak BN.

        • StinGray says:

          kalau anak perangai mcm setan, dlm keretapi dia menibai….bulu bini org tersangkut kat kerongkong, meliwat dan berkawan dgn setan seseorang bapa perlu support ke anak mcm tu…tu bersubahat dgn kemungkaran bujuk…..hang tengok tak citer Anak Ku Sazali…nak jadi mcm tu ke???….cian anak hang dpt bapak mcm hang…

          • bujuk says:

            kesian hang, bila habis idea keluar cerita lucah kan… ingat Allah sama bro..

          • StinGray says:

            aku citer mcm tu pasal tak nk negara ni dipimpin oleh pelaku maksiat….hang nk ke bujuk…

    • publicopserver says:

      APA PULAK TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA BAPA? BOLEH BUAT2 LUPA JASA? BOLEH MENDERHAKA??

      kalu bab macam ni berdalil2 plak suh tanya tok kadi..

      tanya pulak mufti2 & ulama muktabar, apa hukum memberontak terhadap pemerintah, Ulul Amri yg dipilih MAJORITI rakyat????

  22. C5 bahlul says:

    C5 – paling bangang kat mykmu ni.

  23. raja kongkiak says:

    Haaaaaaaaaaa ambik engko C-5!! Aku nak tolong pun tak boleh dah..takat kata tolong jgn jadik terlebih bengap sudah laa

  24. ABANGJACKY says:

    BETUL TU KITA PERNAH DENGAR PUAK TU BACA DOA ,HABIS KELUAR DARI MULUT SIPEMBACA DOA TU,SEMUTAR BUKAN MAIN TINGGI LAGI TAPI MINTA DOA BUTAKAN MATA MEREKA ,HARU BIRUKAN OTAK MEREKA ,JAHANAMKAN MEREKA, PENGIKUT KAFIR HAPUSKAN PUAK MEREKA DARI BUMI INI.BEGITUKAH CARA ORANG YANG HENDAK MENEGAKKAN KEADILAN BERDOA.DAN KALAU KITA TENGOK,SEMUA YANG HADIR MENADAH TANGAN ,MENGAMINKAN DOA TERSEBUT .TAKBIR ALLAH HUAKBAR.PENING KEPALA DIBUATNYA.

  25. pembayar cukai says:

    pas ni standard peminta sedekah saja!

    cakap bergedar2 nak buat stadium sendiri di pasir puteh..

    nak buat lebuhraya tanpa tol…

    nak buat jambatan ke2 sendiri sg kelantan…

    last2 dgn muka tebal 14inci menadah tempurung dgn kerajaan pusat!!

    tu laa…lain kali jgn suka cakap besar.

  26. kulaan says:

    Minta kat Pok Nik. Dia banyak duit bagi orang pegi KL buat demo…

  27. POLITIKPENUHPUTARBELIT says:

    meme kelate miskin…tp stakat PAS pege kelate 20 tawun ni xdop dgr lg ore mati kih lapa…..doh meme tanggungjawab kerajaan pusat sediakan kemudahan utk rakyat…kalu xse caro bakpo buh kelate dale malaysia…?bakpo nok gabung kelate dlm penubuhan malaysia dulu…?sikit kor byk kor……rakyat kelate ado bayar cukai jugok……..demo nok back up beloh mano gak…..loni sumo ore buko mato doh……kalu sungguh bn hebat……x duk lepah bapo butir negeri mudoh2 time pilihanraya lepah…….tgk hok akan dtg pulok lar gano…….kito duk atah muko bumi ni utk agama Allah…..bukey utk suko2 or gilo kuaso…..or utk bahagiakan bini ngan cincin mahal smato2……

  28. Bulan Empat says:

    Semasa kerajaan terlalu ghairah dengan Kelantan sejak zaman pak lah hingga ke 2008 dimana calon MB pun sudah standby, dalam hati aku – bukan mustahil, tapi susah. Susah kerana sikap ketaksuban rakyat Kelantan yang semula jadi.

    Kegagalan menawan tahun 2008 memang jelas disebabkan percakaran sesama sendiri berlaku disana.

    Tapi kali ini bila lihat sambutan meluas sehingga 70ribu orang menyambuut PM bagai lautan manusia, timbul pulak dihati bahawa mungkin ini lah masa nya. Tambah pulak dengan situa yang sedia ada semakin hari semakin hebat merapu nya walau pun tabiat merapu adalah semula jadi Nik Ajis.

    Fatwa menghalalkan rusuhan bagi menumbang kerajaan merupakan perapuan terkini Nik Ajis, walau dalam qur’an mengatakan sebaliknya. Tetapi orang tua ini mentafsirkan sesuatu sejak dari dulu mengikut cita rasa dia guna mengadaptasikan keadaan semasa, bukan mengikut sunnah, bukan mengikut yang termaksub di kitab suci.

  29. tukul says:

    20thn memerintah..kalau 1 hari simpan $1 20 th dh blet pegi hj.

  30. kelantan bukan negara says:

    rata2 yg komen dlm ni x tau apa bidang kuasa antara kerajaan pusat dgn negeri yg termaktub dlm perlembagaan..tulis main taram je..memang nampak cerdik tp..hmm..

Leave a Reply

Threesome