Menu Utama

Apakah Nilai Che Tom Dihati Azmin Ali?

Melihat kepada gambar di atas, saya tidak pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu lebih mulia berbanding Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Hari ini bertarikh 13 Mei, menandakan hari untuk meraikan wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia. Hari ini, semua insan tanpa mengira agama, keturunan, bangsa atau budaya sama-sama meraikan ibu masing-masing dengan cara tersendiri.

Di hari ini, boleh dikatakan hampir semua individu mahu membuat ibu-ibu tersenyum dan ketawa riang setelah mengandungkan mereka selama sembilan bulan serta kemudiannya bersabung nyawa melahirkan kita.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’, ayat 23;

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

“Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.

Dan Rasulullah SAW pula meletakkan taraf seorang ibu adalah yang paling sewajarnya diutamakan di dalam kehidupan seorang muslim secara nisbah sebanyak tiga kali lebih dari bapa dan mereka-mereka yang disayangi, termasuk anak isteri.

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa,” – Riwayat At-Tirmizi.

Namun apabila melihat gambar diatas, perasaan kecil saya begitu tersentuh melihat seorang ibu yang cacat kedua belah tangannya sedang disuap rezeki oleh anaknya yang masih kecil.

Kemudian saya terbayang pula wajah Hajah Che Tom pada genap dua minggu lalu merayu anaknya, Azmin Ali agar kembali ke pangkuan keluarga dan meninggalkan Anwar Ibrahim yang dipercayai menjadi punca Azmin meninggalkan ibu tua itu.

Dalam rayuannya itu juga, Che Tom yang lebih mesra dengan panggilan Mak Tom meminta agar Azmin bertaubat kepada Allah SWT atas segala dosa-dosa dan ketelanjuran yang pernah dilakukan.

Persoalannya, biarpun Mak Tom merayu, meminta dan memohon kepada Azmin sehingga terpaksa memanggil media ke rumahnya untuk memastikan mesej itu sampai ke pengetahuan anaknya itu, apakah Azmin akan taat dan menuruti kehendak ibunya itu?

Melihat kepada airmata Mak Tom yang bercucuran, saya membayangkan bahawa sekiranya saya berada di tempat Azmin, betapa berdosanya saya membenarkan airmata ibu yang melahirkan saya itu menitis membasahi pipinya. Saya tak sanggup!

Pada saya, biarlah saya dan seluruh keluarga saya yang lain menitiskan airmata, asalkan jangan ibu saya yang menangis. Biar kami semua adik beradik meratap duka, asalkan ibu kami tersenyum riang dan tenang hatinya.

Berkata “ah” pun Allah tidak benarkan, apatah lagi untuk menumpahkan airmata ibu? Apakah Azmin tidak punya perasaan..?

Sehingga kini, ramai yang bersimpati dengan kedukaan dan airmata Mak Tom yang ditumpahkan Azmin. Begitu ramai yang marah pada Azmin kerana menghancurkan hati ibunya hinggakan ibunya itu tidak mahu lagi Azmin pulang menziarahinya jika ajalnya tiba nanti.

Sudah seminggu ibu Azmin merayu dan dikhabarkan hati Azmin masih lagi dingin membeku. Dia masih lagi belum pulang menemui Mak Tom atau melakukan apa yang dihajati oleh ibu yang melahirkannya itu.

Bila lagi Azmin? Antara Shamsidar, Anwar, Ferrari dan lain-lain kemewahan duniawi, dibandingkan dengan insan yang bernama Che Tom yang melahirkan Azmin dari rahimnya, apakah yang paling berharga di dalam diri Timbalan Presiden PKR itu?

Berapakah nilai kasih sayang Azmin terhadap ibunya? Berapakah nilai keimanan Azmin kepada perintah Allah SWT yang pernah diajar oleh Arwah Hj. Ali kepadanya? Berapa pula nilai jasa, pengorbanan dan keperitan hati ibunya pada Azmin agaknya?






41 Komen to Apakah Nilai Che Tom Dihati Azmin Ali?

  1. mat says:

    SUBHANALLAH.. SEMOGA ASSMIN CEPAT2 BERTAUBAT DAN LEPAS TU BULIH PERGI MAMPUS..

    • Bulan Empat says:

      Suka tak suka kita kena setuju bahawa Azmin perlu bertaubat lepas itu boleh lah dia pergi kemana dia nak pergi.

      Kita tak nampak orang macam dia akan memberi menafaat kepada sesiapa. Kalau keluarga dia sendiri pun dia tak dapat bimbing, bini sendiri pass pada orang, kita tak dapat bayangkan apa jenis manusia serupa ini.

      Puas kita rujuk, kita banding, kita masih tak dapat cari menghuraian yang tepat.

      >>>>> kecuali sama kan Azmin dengan badak sumbu.

      • najibutuh says:

        habis tu keluraga kita tu baik sangat ke???

        kau kena tahu juga …. siapa dibelakang emak azmin …..????

        kenapa nak politikkan isu keluarga orang lain……

  2. Mooohyideen says:

    UMNO kalau tak dapat azmin..mak azmin pun depa ‘main’…

  3. najibutuh says:

    allahai BODOH nya artikel ini …

    apa nak kaitkan azmin dengan mak dia ….

    lantak pi lah …itu hal keluarga orang..

    kenapa kit nak sibuk …..

    dah tak ada modal ke nak menjatuhkan aib orang???

    • yon76er says:

      butuh…kita tulis sebab nak jadikan contoh…supaya org mcm ko@butuh tak buat pada Mak ko nanti….tak jadi mcm siTanggang@azmin tuuu..tapi ko bon kaki butuh so samalah dgn si-azmin

    • mat says:

      kah..kah..kah.. dah la nama butuh.. bodoh pulak tu.. hahahaha.. Sapa yang kait kan Assmin ngan mak dia.. Mak dia sendiri la..hahahaha..

  4. najibutuh says:

    soal keluarga orang pun nak masuk dalam forum macam ni …..

    kalau dah jadi anjing UMNO ni …

    memang macam tu lah …..

    kenapa tak cerita soal rosmah dengan bapa nya ?????

  5. Brother_Borak says:

    Hak suami adalah keatas isteri. Hak ibubapa adalah keatas anak lelaki hingga mereka mati. Ini kata nabi bukan kita cakap. Kita tunggu dan lihat nasib Azmin seterusnya dan mereka2 yg mencontohi Azmin. Setiap yg hidup akan merasa mati. Mati itu datang 3 kali sehari. Sahabat nabi amat susah matinya kerana tidak menjamah lauk yg dibawa oleh maknya. Maknya tersinggung. Kes Azmin ini dah lebih dari tersinggung. Hati maknya sudah hancur. Hanya Allah sahaja yg mengetahui nasibnya nanti.

    • najibutuh says:

      betul kenapa UMNO nak mempolitikkan nya ???

      ini lebih kepada tujuan politik ….

      • yon76er says:

        Yang memberitahu pada semua adalah Mak nya lah butuh…bkn UMNO lah butuh…kepala otak ko sama dgn kepala butuh ko….fahammmmmmm

  6. Jamilisa says:

    Bertuahnya moooo sebab ada ketua bertaraf si tanggang. Jangan kau tumpang kapal asmin wahai sdra moooo.. nanti satu kapal kena sumpah jadi ketam batu. haa..haaa,

  7. Memang tak terdaya Azmin nak jumpa mak dia waktu ni…… dia nak cakap apa?

  8. berahim anwa says:

    mak sendiri tak dipedulikan .ada hati nak jaga satu Malaysia.

    Pi rahhh mabuk..

  9. bujuk says:

    Takda pulak pemimpin PR yg.suruh atau sokong Azmin derhaka. Malah Azizah nasihatkan azmin balik jumpa Mak Tom. Jadi PR tak ajar ajaran salah…
    Yg. Salahnya BATUAPI yg. menghangatkan persaudaraan anak-beranak ni. Jangan kata Mak Tom panggil media untuk luahkan rasa hati beliau pulak…

  10. yon76er says:

    Kak Jijah dok PERLI dia lah bujuk@AHJ…ko nie mana nah faham atau saja2 buat tak faham….ko mcm biasa akan salahkan org lain sprt.UMNO dan akn tetap cover org mcm SiTanggang@Azmin…nothing new from you@AHJ

  11. KerisJentayu says:

    Lembu sharizatpun tak macam AzMIN ..

  12. fj says:

    sekadar kenyataan saudara azmin ali yang dikeluarkan itu tidak cukup… sepatutnya saudara azmin ali berjumpa ibunya terlebih dahulu dan berbincang.. kemudian buat press conference bersama2…tidak kira sesibuk mana pun saudara azmin ali terhadap persiapan pilihan raya, tidak logik difikirkan kalau tidak mampu memberi ruang waktu pada ibu yang melahirkannya… baru orang percaya.. dan malu saya dengar org kata itu hanya masalah keluarga azmin ali sahaje.. apa yang saya lihat itu mencerminkan keperibadian saudara azmin ali itu sendiri sebagai seorang manusia yang dinyatakan oleh org yang paling mengenalinya diseluruh dunia ini iaitu ibunya sendiri.. kalau itu pun teruk, mcm mana la org blh terfikir nak lantik dia jadi pemimpin…

  13. mansu says:

    yang sokong azmin kot kot boleh kongsi bini dia…..? ha….ha….ha/

  14. mansu says:

    Nuar tu kalo taroh kandang lembupun, lembu betina akan lari, takut kena liwat.

Leave a Reply