Menu Utama

Antara Pemimpin PAS Syiah Dan Majlis Fatwa: Siapa Yang Memalukan Umat Islam?

 

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam marah benar pada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyertai himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Mat Sabu berkata, fatwa mengharamkan Bershit 3.0 itu sangat memalukan umat Islam dan dibuat secara tidak adil kerana ia dibuat sebelum siasatan mengenai keganasan yang berlaku di himpunan itu dilakukan.

Dia juga menuduh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai bertindak melebihi dari Allah kerana dikatakan bertindak bermuzakarah tanpa berpandukan kepada siasatan atau saksi.

“Hebat” betul Mat Sabu. Atau lebih tepat lagi, “hebat betul Mat Sabu berkurang ajar dengan DYMM Yang DiPertuan Agong!”.

Tahukah Mat Sabu bahawa DYMM Yang Dipertuan Agong adalah penaung kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan? Mereka dilantik Baginda Tuanku Yang DiPertuan Agong dikatakan berlagak melebihi kuasa Allah?

Jika begitu, bagaimana kedudukan Yang DiPertuan Agong? Apakah Mat Sabu meletakkan kedudukan Baginda Tuanku lebih tinggi dari Allah SWT juga?

Apakah Mat Sabu fikir Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu bermuzakarah dengan berpandukan kepada cerita dari budak-budak tadika yang belum cukup umur baligh?

Apakah Mat Sabu berpendapat bahawa Jawatankuasa tersebut berijtimak berpaksikan kepada kitab injil, taurat atau syiah sepertinya?

Dan apakah Mat Sabu fikir bahawa Jawatankuasa itu tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, jahil, tidak tahu istinbat hukum Al-Quran dan Sunnah, serta bodoh-bodoh belaka seperti dirinya?

Sebenarnya, siapa yang memalukan Islam? Mat Sabu dan konco-konconya, atau para ulama muktabar yang menganggotai Jawatankuasa Majlis Fatwa tersebut?

Sesungguhnya, Mat Sabu dan sekutu-sekutunya itulah yang mencemar, memalukan, menghina dan menjatuhkan imej Islam di mata dunia, khususnya di negara ini.

Islam tidak ajar umatnya merusuh, merancang sesuatu yang membawa kemudaratan kepada umum dan tanahair. Islam tidak menyuruh umatnya bersekutu dengan pihak yang anti-Islam, menyokong agenda memurtadkan umat Islam dan menggalakkan seks songsang!

Islam melarang umatnya untuk memperalatkan agama untuk membakar emosi penganutnya untuk bertindak diluar kawalan dan ganas sehingga menyebabkan kematian!

Islam tidak suruh Mat Sabu mencarut, memaki hamun, menyerang dan memukul saudara seagamanya dan sebaliknya berkasih sayang serta berpeluk-pelukan dengan golongan yang tidak mahu menegakkan syiar Islam di dunia ini.

Rasanya, suami kepada 2 orang Normah ini perlu membeli cermin paling besar di dunia dan cerminkan dirinya sepuas-puasnya.

Jika dibandingkan ketinggian ilmu dan fahaman agama di antara Mat Sabu dan salah seorang ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa, siapa yang lebih hebat agaknya?

Rasanya, ilmu agama budak sekolah menengah lebih bagus berbanding Mat Sabu yang berkiblatkan ajaran syiah ini.

Sebenarnya, kenyataan Mat Sabu yang menghina ulama-ulama Islam itu telah pun diberitahu oleh Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu di mana Baginda SAW bersabda bahawa golongan ulama di akhir zaman akan dihina dan dicerca oleh mereka yang jahil tentang agama.

Rasulullah SAW juga sangat benar dalam sabdanya bahawa di akhir zaman ini, berita yang benar dan haq akan dianggap sebagai fitnah manakala tohmahan serta fitnah pula yang dianggap sebagai sesuatu yang benar untuk dipercayai.

Jelas sekali bahawa Mat Sabu dan kenyataannya itulah yang disabdakan Rasulullah SAW. Pada saya, Mat Sabu wajar dikecam habis-habisan oleh seluruh umat Islam di negara ini sebelum dia mendapat kutukan Allah SWT di padang Mahsyar nanti. Wallahu’alam.






34 Komen to Antara Pemimpin PAS Syiah Dan Majlis Fatwa: Siapa Yang Memalukan Umat Islam?

  1. mdmdmd says:

    Pemimpim yang dipuja haramkah dan ahli POS ni memang bahalul dan samdol. Maklumlah belajar agama kat PASTI POS je. Dan perjuangkan martabatkan islam dengan hanya menilik yang dalam kain je.
    Peringatan kepada saya, Disebabkan terlalu pandai lupa pula pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di hotel. Inilah keperibadian Pemimpin yang tak tahu malu….Maka dapatlah pengikut yang juga x tahu malu.

    • sungai_siput says:

      alahai

      mat sabu ni kan iktiraf komunis yg bunuh polis bukit kepong sebagai pejuang kemerdekaan tanah melayu

      mana dia boleh terima statement fatwa kebangsaan

  2. Talkwithhand says:

    MAt Sabu fikir dia dia dah cukup ilmu didada untuk menidakan kredebeliti DYMM DiPertuan Agong sebagai penaung Majlis Fatwa Negara. Dia ingat dia sorang je ada belajaq bab agama .

    Maka tidak hairan la mungkin mat sabu jugak diantara student yang tak habis belajar mcm anak muridnye si Adam Adli. Sebab tu hanya mampu duduk kerusi pembangkang je. Sampai Agong pun ko nak langgar , rakyat jenis apakah Mat Sabu ni.Hurmmmm entah la mat sabu oi…

  3. tengkudin says:

    ilmu mat sabu hanya pada bini orang je…

  4. baba says:

    inilah islam cara pas, mereka hanya mengikut fatwa keluaran mereka sendiri dan memandang remeh fatwa yg dikeluarkan pihak luar. mereka terlalu taksub dgn fahaman mereka sendiri sehingga membelakangkan agama. inilah puak khawarij.

  5. Adi Kencana says:

    Di Kedah PAS buat keputusan semua fatwanya tak boleh dicabar. Tapi bila dia cabar fatwa org lain, okay belaka…

    NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini…

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  6. umnototok says:

    Parti yang berimamkan ‘imam’ Ajuburi…
    Parti yang yang bernabikan ‘nabi’ ulamak terompah….
    Parti yang bersekongkol dengan musuh2 Islam dan Bangsa Melayu…….
    Parti yang bersahabat dengan ‘pejuang murtad dan LGBT’……
    Parti yang memuja pejuang komunis lebih dari PEJUANG KMERDEKAAN!!!!!
    Parti yang menyanjung pembawa Islam Plurism lebih dari Ijmak Ulamak….
    Parti yang menyanjung pengamal seks bebas!!!!
    APAKAH GULUNGAN SEPERTI INI LAYAK DUDUK DALAM BARISAN PIMPINAN NEGARA MALAYSIA!!!!
    SEDARLAH KAMU HAI ORANG2 MUNAFIK!!!!!
    JANGAN KAU HENDAK MENGKUCAR-KACIRKAN NEGARA MALAYSIA YANG SEDIA AMAN DAN MAKMUR INI…….
    ALLAHUAKBAR!!!!!!

  7. penyokongketuanan says:

    Apa lagi yang boleh diharapkan dari mereka yang menyokong golongan Liberal dan LGBT?

    Berkopiah, tapi suara yang keluar dari mulut serupa dengan isi hati orang kafiirun.

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yan zalim

  8. bujuk says:

    Pada aku selagi Majlis Fatwa tak sebut nama mana2 kumpulan fatwa tu ‘SAH’. Ikut fahaman aku, MF(majlis fatwa) kata himpunan yg. bertujuan menghuru-harakan dan tidak ada kebiakan adalah HARAM. Aku setuju.. tapi jika fatwa ini d kaitkan dengan bersih ianya tidak SAH kerana bersih mempunyai 8 tuntutan yg. memberi kebaikan dan manafaat faat pada negara dan rakyat.Malah himpunan bersih adalah himpunan AMAN dan bukan rusuhan. Himpunan ini d benarkan mengikut undang2 dan perlembagaan. KDN sendiri melalui Hishamudin membenarkan..
    Isu kesalahan beberapa pihak semasa berhimpun adalah perkara lain, kerana tujuan asal adalah baik. Situasi selepas d provokasi adalah tanggungjawab pihak berwajib untuk siasat dan ambil tindakan.

    • sungai_siput says:

      kau fikir fahaman khawarij kau jer ke???

      tu yg anwar penyokong keselamatan negara israel bagi isyarat suruh perusuh merusuh tu apa ke hal nya??

    • penyokongketuanan says:

      Kalau aman dari mula sampai habis, hukumnya harus lah. Bila ada rusuhan, jadi haram lah.

      Air kopi pun, kalau campur arak, hukum tetap haram.

      Hahaha

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • sungai_siput says:

        amin

        betul tu tuan…..

        ” semua amal perbuatan itu bermula dari niat”

        jelas niat sebenar bukan untuk berhimpun tetapi merusuh

        lebih lagi di ketuai oleh agen amerika ambiga penyokong lina joy murtad, musuh nombor 1 kepada umat islam dan agama islam di tanah air tercinta ini

        majoriti orang islam malaysia tak nak ikut ambiga murtad azalina jailani ni

        kepada yg tak tau ikut amabiga hari tu, takpe dosa korang nik aziz dgn hadi tanggung

      • bujuk says:

        Setuju.. tapi yg. HARAM tu hanya yg. buat RUSUHAN, yg. lain HARUS/HALAL. Mungkin jika ikut kata POLIS +- 100 orang dari 250,000 orang dalam himpunan bersih.

      • penyokongketuanan says:

        Bujuk,

        Yang merusuh tu bukan kumpulan lain, dari kumpulan sama juga. Kalau tak berhimpun, tak delah rusuhan. Kalau berhimpun di stadium, kemungkina besar tak de rusuhan. Dah berapa kali orang liwat dah buat rusuhan, dalam video tu bukan saja yang baju kuning, baju merah pun serupa jugak.

        Kalau susu pun, dah dicampur dengan sekelumit tahi orang, hukum buang ajelah, jangan minum juga. Kalau tetap nak minum walaupun tahu ada tahi, aku tak tahu nak cakap apa lah. Kamu pula kata, “eh itu susu lah, tahi sikit aje!”.

        Hahaha

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.

    • raplahjingaa says:

      Fahaman hang ? fahaman apa tu bujuk ?

  9. penyokongketuanan says:

    Orang Felda dapat 15,000 satu keluarga. Kemakmuran dari hasil usaha Kerajaan Umno/Bn. Nanti boleh tanya 8 peneroka yang buat injunksi tu, dia ambil tak?

    Apa pun, kerajaan Umno memang menolong rakyat, sejak dari asal penubuhan pada tahun 1946.

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

    • bujuk says:

      Kenapa dah terdesak sekarang baru dapat macam2… dulu felda tak untung ke?
      Sejak 2008 aku rasa setiap keluarga felda dah dapat lebih 30,000 masuk yg. hang sebut ni. Tak kira FGVH lagi… atau k’jaan nak mintak tandatangan peneroka untuk FGVH, jadi kena bagi gula2 dulu.

      • StinGray says:

        tak baik dengki dgn rezeki org lain…hang mkn rezeki hang dah laa….keje hang pun ok ape….jaga parking masa ceramah DAP…ok la tu bujuk….

        • raplahjingaa says:

          Bagus la tu bujuk…hang patut bersama-sama peneroka bergumbira…ini idak, hang dengki tak ketahuan punca…pasal apa ni bujuk ??

          Hang nak peneroka semua hidup susah, hidup merempat supaya senang cai-cai macam hang pi buat fitnah suruh depa tentang kerajaan yang depa sendiri pilih.

          mula-mula lalang la ni dah jadi jendalu pulak.

    • penyokongketuanan says:

      Dulu saham Felda tak diapungkan. Bila masuk bursa, ada untung, berilah sikit pada peneroka. Kalau bukan musim pilihanraya pun, peneroka dapat habuan juga. Semua dapat (tak kira parti). Ambil aje lah. Lepas tu terima kasihlah pada kerajaan yang beri. Jangan perangai buruk, ludah muka pulak.

      Hahaha

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  10. Anak Lenggong says:

    Mari kita perhatikan kesesatan demi kesesatan yang telah kita kumpul sejak Nik Najis dan PAS ni sejak dulu lagi….!

    ” Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir ” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

    ” Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

    “ Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram. ” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

    ” Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

    “ Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

    ” Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. ” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    ” Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. ” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

    ” Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram ” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    ” Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. ” – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

    ” Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang ” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

    ” Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. ” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

    ” Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

    ” PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

    “ Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

    Terbaru Nik Najis kata wajib menyertai perhimpunan yang diketuai oleh pejuang murtad dan sex sonsang LGBT! pada 24 April yang lalu.

  11. melayu_islam says:

    so ape mslhnye..ko kaji le sendiri knpe TGNA kata UMNo ade ciri kafir…ke ko xtu…Tolak islam giat hiburan maksiat..tu le sbbnye….ke ko x ngaku amno ko tu tolak islam…baik ko tanye PM ko la…hudud ciptaan Ahli feqah,,xberpaksi pd realiti….
    apo nk di kato kaou…

    • StinGray says:

      masuk waktu maghrib pukul 7.20…7.18 hang dok sibuk hantar komen…ingatkan melayu yg paling islam waktu2 mcm ni dh ada kat surau….hang uzur ke????

      • raplahjingaa says:

        alaaa hang sting…dia dok komen dari office imam la tu…sebelah mimbar, melayu islam la katakan..hehe

      • melayu_islam says:

        yg korang ssh knpe..solat tetap solat..x ke kaitan dgn melayu ke..name je islam ke.. igt seme org yg guna islam tu alim ke.. aku xkte aku alim..

        yg alim tu org yg beriman,btaqwa…sb ykin dgn Allah..x buat bende yg bertentangan Allah suh….yg islam tu mcm kite sume…cukup rukun..islam lah..tp xtau la cukup layak msk syurga ke tak dgn amal kite…

        • StinGray says:

          aikk…nama sendiri pun hang hangin…betul hang ckp tu….mcm PAS jugak la… bkn ada kena mengena dgn islam pun…

    • mdmdmd says:

      Kat Kota Baru negeri kuasa penuh PAS pun banyak rumah urut. Kenapa PAS dah ikut UMNO ke…Rumah urut semakin tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri perintahan PAKATAN,,,

      Wahai penyokong taksub PAS dan Pakatan, syurga atau neraka, bukan milik Parti dan tiada siapa ada hak untuk barcakap atau membuat tempahan awal. Syurga dan neraka hak allah swt.

  12. wang ku pun says:

    Kat negera Arab pun ade rumah urut, nite club dan macam macam lagi kan.

    • penyokongketuanan says:

      Eh, Tak ada.

      Yang ada hanya satu kompound untuk rakyat Amerika dan Eropah, macam tanah kedutaan lah, kerajaan Arab tak boleh masuk. Di Arab, kalau warganya atau warga asing kena tangkap tak Solat Jumaat pun dihukum, kemudian diusir keluar.

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.

Leave a Reply