Menu Utama

Allah Maha Kaya-Akhirnya Permainan Rafizi Menjerat Lehernya Sendiri

Beberapa bulan lepas kita semua dapat saksikan bagaimana galaknya Rafizi Ramli melakukan pendedahan bersiri berhubung kes NFCorp.

Hasil dari siri demi siri pendedahan yang dilakukannya selama lima bulan yang dicampur aduk antara fakta dan auta,akhirnya membuatkan bos NFCorp dihadapkan ke mahkamah pada 12 Mac 2012. Tidak cukup dengan itu, aset mereka juga dibekukan, perniagaan mereka rosak dan isterinya terpaksa berundur dari jawatan menteri.
Rafizi yang sebelum itu tidak dikenali dan lembik,hinggakan nak bertanding jawatan Ketua AMK pun terpaksa dibatalkan, tiba-tiba kerana NFC dia menjadi ikon baru PKR. Dijulang, dipuja , disanjung, menjadi perhatian media hinggakan media tertunggu-tunggu bila lagi Rafizi hendak adakan PC. Jadual ceramahnya seluruh negara padat. Sampai sekarang pun apabila orang ingat lembu maka orang akan ingat Rafizi. Begitulah hebatnya seorang anak muda yang bernama Rafizi Ramli mencipta nama sekelip mata melalui lembu.
Ramai orang kata Rafizi budak cerdik, budak genius dan sebagainya. Tak mengapalah…jika itu anugerah yang Allah berikan kepadanya kita terima sahajalah. Rafizi semakin teruja dengan sokongan yang diterimanya dan membuatkan beliau ingin bekerja lebih lagi untuk membongkar kes NFCorp.
Dia tak toleh kiri kanan lagi, dia tak peduli lampu isyarat kuning atau merah, dia tak peduli garisan double line, semuanya dia tidak peduli dan terus memecut laju. Syok pandu kereta sport ni , tambahan pula ada tukang sorak atau pun dipanggil tukang perhangat.
Dedah punya dedah, auta punya auta , akhirnya hari ini Rafizi tersepit dengan 1 kebodohan dalam 100 kegalakannya menyerang NFCorp.
Pada 7 Mac 2012, Rafizi bersama ibu ikannya, Zuraidah Kamaruddin mengadakan sidang media mendedahkan kononnya NFCorp menggunakan wang kerajaan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman bank bagi membeli hartanah di Bangsar.
Petikan dari malaysiakini
PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.
Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai itu.
Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.
Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.
Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.
Disinilah terletaknya kebodohan Rafizi….
Dia dapatkan segala dokumen bank mengenai NFCorp melalui kakitangan bank yang ada kabel dengannya. Kemudian dia dedahkan pula dokumen itu kepada wartawan. Itu sudah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Terlebih galak kerana nak jadi hero tak bertempat.
Tindakan Rafizi mempamerkan dokumen bank milik NFCorp dan Salleh kepada media telah mengundang mereka membuat laporan kepada Public Bank dan Bank Negara. Lihat di sini
Itu hak NFCorp dan Datuk Salleh. Setiap rakyat Malaysia ada hak masing-masing termasuk Rafizi. Berapa puluh kali sehari Rafizi nak buat PC untuk serang Shahrizat atau NFC, tiada siapa yang boleh halang. Itu hak dia.

Di Malaysia jika seseorang pembunuh yang berada dalam lokap polis, pun mereka masih ada hak untuk membuat laporan polis jika dia diugut bunuh oleh polis. Jadi kalau Rafizi nak mempertikaikan tindakan Datuk Salleh buat laporan kepada Bank Negara, lupakan sahajalah….Itu hak mereka…..

Kalau Rafizi rasa NFCorp bersalah sepatutnya dia melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan tentang penyelewengan yang dilakukan. Bukannya kau sendiri yang menjadi pegawai penyiasat yang tidak bertauliah pergi cetak penyata bank orang dan edarkan kepada media.

Lebih bodoh lagi kerana dia tidak pandai melindungi pemberi maklumatnya. Setiap penyata yang dicetak di bank ada ID kakitangan yang akses kepada akaun berkenaan. Jika ID dipadamkan sekali pun, pihak pengurusan bank boleh kesan pula bila, dimana dan siapa yang mencetaknya melalui sistem mereka.
Siasatan yang dijalankan Public Bank dan Bank Negara akhirnya dapat mengesan kakitangan bank yang mencetak penyata kewangan NFCorp dan berikan kepada Rafizi untuk didedah serta kepada media. Dan kini kakitangan berkenaan sedang disiasat oleh Bank Negara. Sabit kesalahan beliau bakal berdepan hukuman penjara selama 5 tahun.
Rafizi yang sebelum ini begitu ghairah dan teruja dengan pendedahannya kini sudah mula panas bontot dengan laporan yang dibuat oleh NFCorp. Beberapa hari lepas dia panggil satu sidang media berhubung perkara berkenaan. Dalam sidang media berkenaan dia mengentam BAFIA dan NFCorp cukup-cukup.
Bekas kakitangan Public Bank yang menjadi mangsa kebodohan Rafizi juga turut serta dalam PC berkenaan. Anda perhatikan video dibawah. Perhatikan air mukanya. Dia kelihatan tidak selesa, marah, terpaksa dan merasakan dirinya menjadi alat kepada Rafizi. Kenyataan yang dibacanya juga dalam keadaan terpaksa. Rafizi sendiri turut menyedari ketidakselesaan bekas kakitangan bank tersebut. Sebab itu sekejap-sekejap dia toleh orang itu. Kerana kebodohan Rafizi kini sebuah keluarga hidup dalam tekanan.

Katanya Rafizi seorang akuantan yang berdaftar Institut Akauntan Malaysia, tetapi antara BAFIA dengan AMLA pun tak tahu nak beza….

Sekarang Rafizi melompat-melompat menyalahkan BAFIA apabila akta itu telah menjerat lehernya. Sebelum ini kenapa dia tidak mempertikaikan BAFIA ?
Pak-khatan rakyat ada berpuluh ahli parlimen dalam Dewan Rakyat, kenapa sebelum ini tidak ada seorang pun yang pernah mengusulkan agar BAFIA dipinda ?
Tetapi apabila BAFIA sudah terkena atas batang hidung Rafizi, tiba-tiba baru Rafizi panas bontot menentang BAFIA.
Apa akan jadi kepada negara kita jika tiada BAFIA ? Pelabur asing mana yang hendak percayakan sistem kewangan di Malaysia , jika sesiapa sahaja boleh pergi ke bank periksa dan ambil penyata kewangan seseorang atau syarikat, kemudiannya dedahkan kepada umum ?
Apa perasaan Rafizi kalau hari ini saya gunakan kabel-kabel saya yang ada di bank , ambil segala maklumat kewangan Rafizi, isterinya serta ahli keluarganya dan dedahkan di blog ini ?
Datuk Salleh dan keluarganya telah dilondehkan lebih dari yang sepatutnya oleh kamu. Pelbagai jenis perisa kamu tambah untuk menyedapkan cerita kamu bagi menjatuhkan mereka sekeluarga. Sekarang terimalah giliran kamu. Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar, Allah Maha Adil, Allah Maha Saksama.
Bukan niat saya hendak mempertahankan Datuk Salleh. Yang salah tetap salah. Jika beliau salah biarkan undang-undang yang memutuskannya. Tapi undang-undang juga harus adil kepada beliau. Jika beliau boleh diaib, difitnah, disiasat dan didakwa,kenapa pula Rafizi harus menuntut layanan istimewa bagi dirinya ?
Untuk pengetahuan para pembaca juga, pendedahan Rafizi berkenaan NFCorp membeli hartanah KL Eco City menggunakan kemudahan wang pinjaman kerajaan juga adalah satu pembohongan. Dokumen yang diperolehi Rafizi dari staf bank dan ditunjukkan kepada media adalah dokumen pinjaman untuk pelaburan lain sejak tahun 2005, iaitu sebelum wujudnya lagi NFCorp dan KL Eco City.  Bohong kelas 1, sebab itu Allah bayar tunai….

Semoga bekas kakitangan Public Bank menghadapi dugaan ini dengan tenang. Sebagai pekerja bank kamu telah dilatih dan diajar tentang BAFIA secukupnya. Tanyalah mana-mana pekerja bank, siapa yang tidak takut dengan BAFIA ? Semuanya akan ngeri dengan BAFIA. Oleh kerana kamu sendiri yang pilih jalan tersebut dan sanggup diri menjadi alat politik PKR maka kamu kena tabah menghadapinya dan terimalah padahnya. Harap-harap janganlah terjun bangunan semasa proses siasatan berlangsung….

Kepada Rafizi, untuk menjadi seorang hero terkenal kamu perlu membayar dengan harga yang mahal. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu galak nanti padah yang menjelma.

http://www.rbfonline.net/2012/05/allah-maha-kaya-akhirnya-permainan.html





4 Komen to Allah Maha Kaya-Akhirnya Permainan Rafizi Menjerat Lehernya Sendiri

  1. Adi Kencana says:

    Berani buat, berani tanggung. Kalau sesiapa saja blh bocorkan rahsia akaun, siapa nak percaya sistem perbankan di Malaysia?

    HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  2. siasah says:

    patut benar la pendedahan ni dibuat. AKTA BAFIA ni lah yang membuat pemimpin umno akan lebih korup. Seronok bila akta ni ada..sebabnya akta ni akan melindungi perlakuan yg salah di bank.

    SOALAN MYKMUT : kenapa pula Rafizi harus menuntut layanan istimewa bagi dirinya
    JAWAPAN : bukan layanan istimewa yang dipinta, tapi yang dia nak sebagai orang pemberi maklumat harus di savekan.

    MYKMUT : Apa perasaan Rafizi kalau hari ini saya gunakan kabel-kabel saya yang ada di bank , ambil segala maklumat kewangan Rafizi, isterinya serta ahli keluarganya dan dedahkan di blog ini ?

    JAWAPAN : tak ada masalah. ambil dan dedah jika ada penyelewengan. kalau tak ada penyelewengan, salah guna kuasa buat apa nak dedahkan. buang masa.

    SOALAN MYKMUT : Apa akan jadi kepada negara kita jika tiada BAFIA?
    JAWAPAN : BAFIA perlu ada untuk melindungi akaun dan maklumat pelanggan tapi janganlah sampai pemilik akaun buat salah pun di lindungi. nanti naik lemak penyamun-penyamun buat kerja menyamun. kami cabar MYKMUT kemut mendedahkan maklumat akaun seluruh pemimpin penbangkang seperti Tuan Guru Nik Aziz, Ust Hadi, Ust Azizan, LGE dan seluruh exco-exco pakatan rakyat. sila buat yang macam rafizi buat. jangan repot polis buang masa. dapat maklumat terus ke media. TAK ADA MASALAH.

  3. banker says:

    Bank bkn badan politik. Bank adalah satu institusi kewangan dan adalah perlu pihak bank merahsiakan setiap butir tentang pelanggannya bg melindungi diri dan keluarga. Sekiranya tiada bafia, nyawa pelanggan mungkin terancam. Tolak tepi soal politik. Sekiranya anda seorg jutawan, sudah pasti anda tidak mahu sesiapa tahu ttg jumlah aset yg anda miliki.nie boleh menjurus kepada peras ugut, penculikan dan sebagainya. Bank adalah pemegang amanah. BAFIA diwijudkan bg melindungi bank, pekerja bank dan pelanggan.

  4. halimothman says:

    Tiada lagi rahsia even bank Swiss.. jgn besarkn perkara kecik..yg salah tetap salah
    .nape nk melatah pai letak jawatan jika xbuat salah? Relaks dh ar..

Leave a Reply