|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: HackerXP | Diterbitkan pada: 19 April 2012| Kategori: HackerXP,KOLUMNIS,Utama | 40 Comments »

22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat

Malang betul sesiapa yang masih menyokong Pas tika ini, si balaci bawahan sibuk ke hulu ke hilir mendakwa diri bangga bersama parti yang kononnya mahu memperjuangkan Islam dan hukum hakam, alih-alih segalanya hanya sembang mengalahkan penjual ubat di jalanan.

22 tahun Pemimpin Pas menjual ayat Al-Quran dan hadis peri pentingnya hukum hudud dilaksanakan di Kelantan tapi satu mesyuarat khas untuk jawatankuasa teknikal pun tak mampu dan tak pernah dibuat dek kerana sibuknya pemimpin Pas dengan urusan politiking duniawi mencari salah silap parti lawan.

Inilah realiti wajah parti Pas yang sebenar. Serban yang besar atas kepala, jubah lebar membalut badan dan ayat suci Al-Quran yang kumat kamit di baca di atas pentas politik hanya sekadar umpan saja demi memenuhi tuntutan mengejar kuasa untuk kepentingan diri dan puak.

Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh
KOTA BHARU 18 April – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.

“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.

“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini – Utusan Malaysia, 19 April 2012.

Bab sembang secara teori separa masak, hipotesis mencecah awan dan gebang kosong bolehlah serah pada Pas, sebabnya dalam bidang bercakap, berjanji dan berceramah ikut suka mulut dah terbiasa dan sinonim dengan pengalaman gebang merata kampung selama 61 tahun Pas hidup atas muka bumi ini.

Tapi kalau sentuh bab perlaksanaan, teknikal dan praktikal bersandarkan realiti semasa, harus mati hidup semula pun tak termampu untuk Pas tunaikan & realisasikannya secantik teori dan hipotesis yang digembar gemburkan.

Hatta untuk dimasukkan declaration rasmi bahawa hukum hudud akan menjadi dasar bersama pakatan pembangkang  pun Pas tak mampu lakukan apatah lagi untuk dipraktikkan seperti janji-janji manis yang ditabur sewaktu berceramah dihadapan pengundi dan masyarakat Melayu Islam.

Dulu Hadi Awang dengan janji retoriknya yang gah mahu melaksanakan hudud di Terengganu sebaik ayam jantan belum habis berkokok, hakikatnya ayam jantan sampai dah serak anak tengkuk pun hanya draf saja mampu dibuat sekadar melepas batuk di tangga.

Bila ditanya bila nak dilaksanakan mulalah konar baring yang hudud itu cuma 0.0001% sahaja dalam Islam. Padahal yang 0.0001% itulah yang di gebang keliling kampung selama ini hingga dijatuhkan hukum terhadap orang UMNO sebagai kufur dan anti Islam.

22 tahun mengusung hukum hudud hingga satu peringkat pemimpin negara di tuduh unIslamic, anti Islam dan anti hukum Allah, hari ini dengan takdir Allh s.w.t ditunjukkan kepada khalayak sekalian alam betapa munafik dan celakanya perangai pemimpin Pas yang hanya pandai sembang dan menghukum sana sini. Mudah untuk bercakap, senang untuk menghukum.

Hakikatnya Pas sendiri dah terjebak dengan mainan politik sendiri yang gemar menjaja agama untuk kepentingan politik natijahnya bila tiba desakan untuk perlaksanaan semuanya barai dan gagal. Yang termampu Pas lakukan untuk melepaskan diri hanyalah dengan menuding jari – satu jari tunjuk pada UMNO baki empat jari hala pada batang tubuh Pas sendiri.

Ada 40 Comments setakat ini.

  • baba
    April 19th, 2012 at 3:38 PM

    road show utk laksanakan hudud pun pas tak pernah buat….memalukan saja.

  • Delta Source
    April 19th, 2012 at 3:59 PM

    bujuk kata mekanisme perlaksanaan hudud sudah ada, walhal mesyuarat teknikal pun belum pernah diadakan.

  • mustaqim
    April 19th, 2012 at 4:07 PM

    lar…mekanisme pelaksanaan hudud bukan susah pun….copy and paste dari internet je….japgi bujuk akan lakukan demi islam….alhamdulillah

  • Moooohyideen
    April 19th, 2012 at 4:26 PM

    Laa….bodo bebeno article .

    Kjaan Kelantan dah Pas bill hudud, awaiting consent from Federal Government. Why Federal Government Tak approve??????

    i. Lihat Tun M terang tentang hudud
    ii. Najib kata Hukum Allah tak berpaksi pada realiti

    Sila ggogle, aku tak kata, pemimpin sekularumno sendiri yg cakap.

    Ada org umno berani komen???

    Ni semua maklumat berdasarkan media umno memeng temberang!!

  • Delta Source
    April 19th, 2012 at 4:32 PM

    Nak laksanakan tapi aspek teknikal pun belum difinalised kan… lagi mau sembang…

    p/s: No hudud without PKR & DAP consent – Husam Musa

  • Delta Source
    April 19th, 2012 at 4:32 PM

    kejap tu berapa lama?

  • Fazli Yusof
    April 19th, 2012 at 4:57 PM

    Laaaa….moooo…kalau temberang…pi la report….sembang je lebey….kasi saman laaa….kah…kah…kah….

  • Fazli Yusof
    April 19th, 2012 at 4:58 PM

    Tunggu DAP kasi green light….kekekekeke

  • Fazli Yusof
    April 19th, 2012 at 4:58 PM

    Mereka memang tak tahu malu pun…..pernah ke depa malu….kekekekeke

  • raja kongkiak
    April 19th, 2012 at 5:31 PM

    Nak buat hudud mcm mana .Pas mana ada calon nak jadi PM nak jadi tukang lekat kertas kempen ada laaaa. Yang lain hampehhhh saja. yang nak jadik PM adalah tukang pam lobang jamban, tukang cuci longkang cinadoll dan tukang raba montot bini olang hahahaa…Mampuih depa tak buat hukum tuhhh . Pas hanya main ayat hukum untuk main-main saja. Mat sabun pun dah kata tak dak dalam dairi PR nak buat hukum hudud…..yg dok kena kencing haaaa tuhhh bengong-bengon yang dok kat bawah dan tak penghenak tengok boss-boss depa cuma boleh tengok dalam poster saja..haha

  • Fazli Yusof
    April 19th, 2012 at 5:47 PM

    Aku rasa kan konkiak….Pas sinonim ngan jaga parking dan kawal lalu lintas…..rendah betul moral depa….kah…kah…kah….

  • ustazmaco
    April 19th, 2012 at 6:28 PM

    Hukum hudud ni entah darimana datang asal usul masih kabur kalau nak di katakan hukum hudud ni pernah di laksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w ..belum pun ade nas dan hadis yg menunjukkan Rasulullah pernah memotong tangan manusia kerna mencuri atau merejam manusia dengan batu di khalayak ramai hingga mati..kerna Rasulullah itu sifat pemurah dan maha mengasihani…Wassalam

  • StinGray
    April 19th, 2012 at 7:16 PM

    government DAP ke moooo…yg bersetuju utk tidak bersetujuk tu ke???…

    kesian aku tengok puak hangpa ni…dari sehat si karpal tu, sampai dia lumpuh hangpa tak berani….mcm pondan la puak hangpa ni mooo…

  • masuk depanbelakang
    April 19th, 2012 at 7:19 PM

    lepss ni kena tukar nama la jadi pasDAP, pasai nak buat hudud kena mintak izin DAP. Ekekekek

  • raplahjingaa
    April 19th, 2012 at 9:18 PM

    Macam kecewa mooo….main tembak jer..

  • raplahjingaa
    April 19th, 2012 at 9:45 PM

    Bujuk punya makanisma…enekmen jenayah, seksyen 14 jer…its ok to liwat the bini…!! tu yang bujuk agung-agungkan sangat tu.

  • bujuk
    April 19th, 2012 at 10:10 PM

    hang dah semak semua hadis dan sirah rasulullah ke..? jangan sampai hang guna nama Rasulullah untuk berdusta. Jangan bongkak dan takbur hingga Quran(firman Allah) pun hang nak langgar. hebat sangat ke status Ustazmaco?

  • Cfu
    April 19th, 2012 at 10:14 PM

    Moo, jangan la sabitkan dgn DS Najib & Tun Mahathir. Hang jangan lupa sabitkan dengan Karpal Singh. Bukankah Nik Aziz takut Karpal melebihi takut pada Allah swt. Lupakah yang Karpal kata langkah mayat dia dulu untk PAS laksanakan hudud? Jadi memang BENAR PAS TAKUT KARPAL SINGH.Kalau berani laksanakan sekarang.

  • bujuk
    April 19th, 2012 at 10:15 PM

    Ikut korang la… Allah tidak rugi dan tidak untung samada korang ikut perintah atau tidak. yg. untung dan rugi itu adalah kita hambanya. Siapakah yg. layak tentukan undang2 untuk manusia selain penciptanya. Sedarlah hai manusia, kamu boleh tipu dunia tapi bukan pencipta dunia.

  • raplahjingaa
    April 19th, 2012 at 10:39 PM

    Bagus la tu bujuk…sekali sekala hang muhasabah diri hang….moga-moga di beri petunjuk untuk hang meninggalkan pertubuhan pro-syaitan dan kembali ke jalan yang benar..

    mari lah kita bersama-sama doakan semoga bujuk di beri petunjuk…amin.

  • raplahjingaa
    April 19th, 2012 at 10:42 PM

    Betul tu bujuk…macam PAS selalu gunakan Islam untuk berdusta…boleh berkawan dengan syaitan lah…boleh buat doa pecah perut sesama Islam lah..boleh bawa kafir berceramah di dalam surau lah..takbur sungguh puak-puak PAS ni.

  • bujuk
    April 19th, 2012 at 11:00 PM

    Bro.. hang percaya tak tulisan Ustazmaco?
    bab TGNA ni aku cakap korang salah faham. P tanya sendiri apa maksud beliau kata camtu. Sebab media selalu ‘cut & paste’ mana yg. pemimpin umno nak dengar je.

  • jebat
    April 19th, 2012 at 11:31 PM

    ayat penenang jiwa dari bujuk..amalkan bujuk..

  • jebat
    April 19th, 2012 at 11:33 PM

    amin..bujuk makin sedar..

  • ajakq
    April 19th, 2012 at 11:55 PM

    sorry…mmg sistem google mengesan berita/cerita secara automatik, namun ia menyimpulkan berita yg paling byk. sejak dahulu lg pembangkang memang rajin menulis artikel mengenai umno melarang hudud di internet, dan sememangnya lah, artikel pembangkang ini mendominasi kalau kita kira dr segi jumlah…sbb itu google menyimpulkan sebegitu…sbb sistem dia di design untuk menyimpulkan yg paling byk…bukannya yg paling betul atau paling salah.

  • StinGray
    April 20th, 2012 at 2:30 AM

    bujuk…betul tu, pok nik hang bkn pedulik semua tu…yg dia pentingkan politik sesat dia jea…ada ke dia suka2 ampunkan dosa org berzina…dah dpt ilham la..wahyu laa…

    bujuk..hang selalu jumpa dia kan???…hang lempang skali muka dia bujuk..biar dia rasa….

  • StinGray
    April 20th, 2012 at 2:36 AM

    apa maksud pok nik bujuk….maksud nk pi putrajaya yg tak berkesampaian ke???..

    halal dan haram tu jelas..tak payah nak dimaksud-maksudkan…suka benor hang dgn roundabout..

  • StinGray
    April 20th, 2012 at 2:41 AM

    maafkan la bujuk tu…dia budak jaga parking ceramah PAS, mana la dia tau mekanisme2 ni…mungkin dia tersasul…

  • dhghfghgfh
    April 20th, 2012 at 11:16 AM

    yetyety

  • Yop Tulin
    April 20th, 2012 at 11:21 AM

    Aku pun tak percaya tulisan Ustazmaco – ini talibarut mana entah menyelit..Kita cuma persoal cara PAS mempolitikan hudud.Hukum tetap hukum..

  • bajuk
    April 20th, 2012 at 11:33 AM

    hangpa semua ni tak guna pi kutuk bujuk cam tu,memang patut kutuk pun sebab pemikiran dia macam katak kembong bawah tempurung

  • ustazmaco
    April 20th, 2012 at 4:32 PM

    Kau orang ni yg fanatik dgn PAS lagi bagus tinggal kat Afganistan waktu puak2 Taliban ..baru kau orang tau betapa azab sengsara nya di bawah pemerentahan Taliban yg gila nak hukum orang jer !

  • bujuk
    April 20th, 2012 at 6:02 PM

    Kenapa nak samakan Taliban dengan PAS?
    Apakah rakyat K’tan, Kedah dan T’ganu tahun 2000 dulu terseksa menanggung azab sengsara atau hidup seperti biasa?
    20 tahun TGNA perintah K’tan ada siapa2 yg. d zalimi?

  • bujuk
    April 20th, 2012 at 6:03 PM

    TQ yop…

  • raplahjingaa
    April 20th, 2012 at 6:16 PM

    Ada….cai-cai PAS di zalimi mental !!

  • bangKano
    April 20th, 2012 at 10:18 PM

    Pada bujuk terma Mekanisme bermakna Main Konek sebab tu hari hari konek dia naik mencanak bila nengok pompuan seksi…ha…ha… lawak betoi pauk puak keldai nih…!!!

  • StinGray
    April 20th, 2012 at 11:11 PM

    ada….ari2 rakyat kltn minum ayaq karat..

  • mat
    April 21st, 2012 at 6:47 PM

    ada, Pak cik aku penganut agama PAS tak mau dtg umah Atuk Aku pasal Atuk aku tak mau ikut dia sokong PAS.. MAk Cik aku pun diharamkan pi melawat atuk aku masa dia sakit..

  • sekarang melayu tak semua Islam
    April 21st, 2012 at 10:26 PM

    Tak pernah terjadi semasa pemerintahan umno kat selangor dulu. orang kafir bagi ceramah kat masjid, kafir pakai seluar pendek duduk kat dalam surau, kafir suruh azan di perlahankan, kafir persoal tuntutan ajaran Islam dll…..Tak payahlah nak buat hudud dan salahkan umno. PKR perintah nanti, takkan adanya hudud tu. Semua sandiwara korang saja. Islam tulenlah kononnya.

  • bujuk
    April 22nd, 2012 at 12:47 PM

    Itu bukan salah TGNA tapi salah Pakcik ko.. Kalau TGHA dan TGNA boleh jumpa Najib(Presiden UMNO) apa hal Pakcik ko tak boleh jumpa Atok ko? Kalau pakcik ko salah(ada dendam) jangan salahkan orang lain. Allah bagi kita akal dan perasaan, Ilmu kena belajar..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.