Menu Utama

Sisa Lynas: Lain PM Cakap, Lain Depa Faham

PERKARA penting yang kita perlu tahu tengang kumpulan penyokong Lynas ini dan parti pembangkang yang menjadi dalang disebalik operasinya ialah mereka tidak punya pakar nuklear dan pakar radiasi yang mahu menyokong perjuangan mereka dalam menghalang Lynas dari beroperasi di Malaysia.

Ahli sains nuklear dari PAS sendiri pun, Dr. Che Rosli Che Mat, tidak setuju dengan pendapat partinya sendiri bahawa kilang tersebut merbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Justeru, puak-puak ini berharap kepada kenyataan-kenyataan yang boleh diputar belitkan untuk meneruskan sisa harapan yang masih tinggal, disamping retorik politik yang tidak berkesudahan.  Sedangkan dari fakta sainsnya tiada.

Inilah yang berlaku apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa sisa dari kilang Lynas ini akan dipindahkan ke suatu lokasi untuk mengelakkan kebimbangan masyarakat yang mempengaruhi emosi dan psikologi walaupun pakar agensi pemantauan nuklear mengesahkan kilang itu selamat.

Apa maksudnya itu?

Maksudnya, walaupun sisa dari Lynas itu selamat tapi ia dipindahkan untuk mengelak kesan emosi dan psikologi kepada masyarakat setempat.

Tapi yang diputar belitkan, kenyataan Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa memang sahlah Lynas ini dan sisa yang dihasilkannya merbahaya kepada alam sekitar!!

Ingatlah, pakar-pakar dari dalam dan luar negara telah mengesahkan kilang Lynas selamat.  IAEA sendiri sebagai badan pemantau antarabangsa bagi nuklear ini pun mengesahkan kilang itu selamat.

Jadi, soal sisa dari Lynas ini merbahaya tidak timbul sama sekali.  Bahkan kalau ikut daripada spesifikasi teknikalnya, tapak simpanan sisa Lynas boleh menyimpan sisa tersebut secara kekal walaupun peraturannya, cukup buat sementara.

Sisa Lynas yang dipindahkan itu menurut Perdana Menteri ialah untuk elak kesan emosi dan psikologi kepada masyarakat setempat, itu sahaja.

Isu Lynas ini sedang menuju kegagalan.  Himpunan Hijau 2.0 yang digembar-gemburkan itu hanya mendapat sambutan 3,000 orang, 90% daripadanya orang luar yang berbas-bas dibawak.  Orang Gebeng dan Balok sendiri pun tidak kisah untuk menyertai perhimpunan anti Lynas ini walaupun kalau nak diikutkan, merekalah pihak yang paling terjejas.

3,000 itupun tak tolak lagi budak-budak bawah umur, Special Branch dan orang-orang Lynas sendiri yang diarah memantau keadaan.  Kalau tolak semua yang itu, mau kurang 1,500 sahaja.  Taraf perhimpunan budak sekolah rendahlah, itupun lagi ramai.

Itupun masih ada hati nak anjur perhimpunan 3.0 lagi.  Betul punya gelak.






47 Komen to Sisa Lynas: Lain PM Cakap, Lain Depa Faham

  1. Mooohyideen says:

    Untuk pengetahuan hangpa semua, Australia pun (origin of this company) tak welcome process ini dibuat di australia, sbb too risky. Malaysia jer mau…tambah2 org bodoh lembu macam umno ni…

    • StinGray says:

      yang bodoh tu termasuk Dr. Che Rosli Che Mat tu ke???….hang ni kalau nk spin tak penah tengok kiri kanan la mooo…main sesah jea…

      lagi pun mooo hang bukannya tau pun pasai nuklear dan pakar radiasi ni…hang cuma dgr dari lebai2 kulup PAS sembang kat kedai kopi jea…depa pasai tongkat ali expert la mooo….

      • Cfu says:

        Moo masih lagi di zaman batu, dia mana tau mengenai nuklear.Kadar radiasi handphone 100x ganda lebih tinggi daripada pelepasan radiasi Lynas. Tapi Mooo pakai handphone tak dak masalah pulak.

        • ex-umno says:

          Sekarang dia test mmg laaa OK bengappp…sebab benda tu tak jadi expended radiation, buangannya pun tak ada lagi.
          YANG DIRISAUKAN ADALAH BUANGANNYA YANG MENGANDUNGI HIGH LEVEL OF RADIATION…TU SEBAB NAMANYA PEMBUANGAN, BENGAAPPPPP!!!

          • Fazli Yusof says:

            Dah diakui Ahli Parlimen Hulu Langat kata projek kilang nadir bumi Lynas tu selamat…..maknanya dia cakap keseluruhannya lah….bengap…bengap….bengap…..

          • StinGray says:

            patut la hang ni jd ex-umno…binggai bertingkat rupe nya…

          • Cfu says:

            hang ex-umno lagi bangang, Dr Che Rosli Che Mat tu orang PAS. Dia kata selamat. Takkanlah nak nafi geng hang sendiri.Bodo tetap bodo juga ex-umno ni.

          • Gen2Felda says:

            Sesuatu wajib dibuat supaya debat antara Yb Kuantan, Fuziah dengan Yb Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat mengenai isu Lynas dapat diadakan..

            Ni untuk memastikan su Fuuu zi ahh tidak terus berselindung di sebalik agenda dapigss.

          • StinGray says:

            good idea bro…

      • bangKano says:

        Padan muka hang Moo kena sebijik tepat ke muka tarpal tu. Cakap tak ikut akai cuma ikut kata bebai macam keldai dah mamai jerr..

      • ex-umno says:

        Sorry bro, saya pun jurutera dan kami dah tau cerita bahaya ni dah lama. Dah berbuih kami explain kat kementerian. Kes2 kesan pembuangan sisa ni di Papan Perak sampai sekarang tak selesai lagi…dah dekat 20 tahun. Nak hapuskan pun tak nampak macam mana.
        PR BANTAH SEBAB PR PAHAM…UMNO SOKONG SEBAB DIA TAK PAHAM. BETUL LAA TU.!!!

        • Fazli Yusof says:

          Orang PR lagi tak paham bro….ada ke samakan kilang LYNAS ngan sebuah loji berkuasa nuklear….kah…kah…kah….kalau PR paham….apasal statement ahli parlimen hulu langat tu lain dari statement hang….kesiannnnn

          • ex-umno says:

            Dua2 ada kesan radioactive la bengappp….korang punya KJ pun tak setuju. Dlm bab ni aku sokong KJ sebab dia tak terima bulat2 sesuatu yang menggadaikan keselamatan masyarakat.
            Tgk statement dia kat bawah :-

        • StinGray says:

          jurutera fitnah ke???…siapa hang dibandingkan dgn Dr.Che Rosli Che Mat dan yg lain2 tu…toksah nak perasaan laa…pasai hang jurutera cap ayam la kerajaan tak mau dgr ckp hang…belajar kat IKM pun tak abih nak citer pasai radiasi…pirahhhh

          • bujuk says:

            jurutera cerita dalam buku boleh la. Memang selamat kalau tak bocor… tapi apa jadi pada tragedi nadirbumi d bkt. merah. Itu yg. kena kaji. Apa kesan pada manusia dan alam. P la tanya pada penduduk disana. Nak kah mereka kilang ni d bangunkan d sana?

        • Gen2Felda says:

          kalo ko jurutera ,,,dari lepasan U mana dan tahun berapa.

          p/s: tolong ingat sikit…United Nation nuclear team dah datang check Lynas..dorang kata selamat…adakah pakar UN tu semua bawah level ko?

          • bujuk says:

            bro… dengar kenyataan KJ betul2. jangan jadi kakak tua, apa tuan dia sebut dia ikut tapi tak faham ke satu.

    • jecko says:

      kesian dr.che rosli tu dikata lembu.. kalau dia saintis nuklear tu dikata lembu.. kau ape? har3..

      buat kajian la.. bace.. jgn nak main tulis je.. kan da nmpk kebodohan di situ..

    • budakcuci says:

      aku mencadangkan kerajaan malaysia mewujudkan 1 kilang lynas disetiap daerah di malaysia. 1 daerah 1 tenaga.

  2. Waris Siamang Gagap says:

    Moooo….. it takes a bigger idiot to tell someone stupid. Just remain a mooo-mooo for the rest of your life.

  3. Mooohyideen says:

    Org Jepun lagi pandai drpd org Malaysia, but they have immensely revised their future nuclear project based on the recent mishap in Fukushima.

    • Cfu says:

      Mooo, projek Lynas tak sama dengan Loji Nuklear Fukushima. Tu la tak mau baca bagi faham.

    • raplahjingaa says:

      Dah nak samakan lynas dengan loji janakuasa nuklear pulak dah….

      Penjelasan para-para Dr, Prof dan pakar-pakar nuklear hang tak mau dengar, hang dok pi nga-nga dengar mahpus bersyarah pasal nuklear fussion…hehe

      agak-agak la mooo…tak banyak,sikit cuba guna intelligence hang…tu pun kalau ada.

  4. kulaan says:

    Depa tak nak umat Islam di Malaysia menguasai ilmu pengetahuan. Kalau Lynas tak boleh, nak belajar ilmu nuklear langsung tak boleh.

    Dasar mereka semacam usaha Israel yang membunuh saintis Nuklear Iran. Agaknya bantahan ini nak lindungi keselamatan negara mane ye ?

  5. riggerscrew says:

    apa punya moooo la mangkuk ni…english npk mcm hebat tp bebal…cuba moo ckp camtu kat Dr. Che Rosli Che Mat..ada bran..mooo punya moooo

  6. Mooohyideen says:

    Hangpa ni memang pandai . lagi pandai dari saintis Jepun, saintis Jepun dulu dah beribu kali buat ujian, nuklear plant adalah selamat. Anyway, kalau nak buat sebelah rumah aku, aku tak nak. Tapi kalau nak buat sebelah rumah hang, aku tak kisah.

    • StinGray says:

      laaaa…kat sebelah umah hang ke kilang lynas tu mooo????..mati2 aku ingat hang ni org ‘urban’…hang ni….

      • raplahjingaa says:

        Ia yaaaa ke ? laaa…sebelah rumah hang ka..jungle people laa hang ni, aku pun mati-mati ingat hang orang urban, rumah korner lot.

        tak pe la mooo…apa pun kita orang Malaysia, negara bertuah !

      • Mooohyideen says:

        Maksudnya org umno hanya pikir boleh buat Lynas sebb jauh dari rumah mereka…???

        Mereka tak pikir sengsara rakyat..jaga jantong sendiri..

        • Fazli Yusof says:

          Laaa moo….bateri kereta camry hang pun dari nadir bumi mooo…agak agak lu nak naik kereta tu mooo…agak agak masa start to hidup ke tak….mana tau hang pakai bateri 3A ke….mana la tau….kah…kah…kah…..

    • HeroTamil says:

      Kena sgt dgn nama nko..Moo..

      Dr Che Rosli Che Muda dan segala pakar yang ada …dah maklumkan
      IA NYA BUKAN SEBUAH NUCLEAR PLANT.

      It is a chemical processing company.

      Those pakar yang datang tu pun kerana nkorang duk gebang pasal RADIASI…

      Dan semua pakar dah kata, radiasi nya jauh lebih rendah dari taik bijih timah.

      Tahap kebangangan melampau….
      Dont worry lah…any amount of radiation pun takkan memberi kesan pada otak nko.

      • Mooohyideen says:

        Untuk pengetahuan hang, kereta hybrid adalah green technology dan dapat save environment. Tetapi org tak tahu, dalam menghasilkan battery hybrid ini, ia scara totalnya menyebabkan pencemaran yg teruk dari petrol. so Kilang lynas adalah menghasilkan salah satu komponen battery yg beradio aktif tersebut. Negara2 maju memamng tak mau buat kat negara depa, depa nak pakai kereta green saja. So, as usual dia org akan buat kilang2 yg beradisi ni kat negara third world country.

        Balaci2 umno ni sperti biasa kena jadi Pak Turut. Even stadium kat Trengganu pun dapat ‘green light’.

    • bujuk says:

      Kalau PM kata selamat, apa kata sisa lynas ni buang kat tasik putrajaya depan Istana PM. Kalau selamat la…

  7. NSHINAH says:

    MOO sudah duduk bincang se meja dengan Pakar nuklear Dr Che Rosli dan ketua Lembaga Pelesenan Tenaga dan Atom (Dr Raja Aziz Adnan) untuk dapatkan fakta sebenar?

    Kalau belum, jangan cakap ikut emosi. Rakyat Gebeng, rakyat Malaysia bukan bodoh.

  8. tony gunawan says:

    selepas 10 tahun penduduk yang tinggal 30km dari kilang lynas akan pupus!
    selepas 30 tahun seluruh penduduk pahang pula akan pupus!
    yang tinggal hanya bendera umno yang terus megah berkibar di tiang bendera kilang lynas!
    undilah umno!

  9. UmnoMan says:

    kalau selamat sangat, kenapa kerajaan Australia tak mau terima sisa Lynas balik ke Australia untuk dilupuskan??? Australia kan banyak gurun? letak je kat gurun yang tak de orang, selamat. Kalau letak belakang rumah Menteri2 UMNO ada berani??? Kecut teloq kena radiasi nanti…

  10. azman says:

    Safe nuclear does exist, and China is leading the way with thorium
    http://www.telegraph.co.uk/finance/comment/ambroseevans_pritchard/8393984/Safe-nuclear-does-exist-and-China-is-leading-the-way-with-thorium.html
    Powdered thorium metal is pyrophoric and will often ignite spontaneously in air. Natural thorium decays very slowly compared to many other radioactive materials, and the alpha radiation emitted cannot penetrate human skin meaning owning and handling small amounts of thorium, such as a gas mantle, is considered safe. Exposure to an aerosol of thorium can lead to increased risk of cancers of the lung, pancreas, and blood, as lungs and other internal organs can be penetrated by alpha radiation. Exposure to thorium internally leads to increased risk of liver diseases.

    penat dah bayar bil electric yang mahal dan membebankan. negara harus ada sytem penjana electric base on nuclear thorium
    ni. yes to lynas!!!!

Leave a Reply