Menu Utama

Sampah: PR Buat Duit Dari Kesusahan Rakyat

SEHINGGA sekarang penulis kurang arif dengan apa masalah kerajaan Selangor batalkan khidmat Alam Flora dalam soal pengurusan sisa buangan rumah ini dan menggantikan dengan kontraktor yang dilantik dan diurus mereka sendiri, kerana terbukti, langkah itu hanya menyusahkan rakyat Selangor.

Sebelum ini tidak ada apa masalah pun, bila Alam Flora ditamatkan dan pengurusan diambil alih, semua masalah pun datang.

Begitu juga dengan masalah air, bila projek loji Langat 2 dihentikan kerajaan Pakatan harami, terbukti krisis air akan melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bila-bila masa dari sekarang, walaupun ‘pakar’ yang dilantik Khalid Gagap kata Selangor tak akan berdepan masalah air sehingga 2019, kalau pun loji itu tidak dibina.

Masalah sampah ini paling mendesak sebab kesan dari tindakan kerajaan Selangor sudah mula kelihatan sekarang.  Masalah air ini kita ketepikan dulu kerana ia akan automatik menjadi buah mulut rakyat tidak lama lagi bila depa buka pili dan air tidak keluar atau keladak saja yang keluar.

Pengumuman Ronnie Liu  yang kerajaan Selangor akan membeli 50 lori sampah dan kemudian menyewakannya kepada kontraktor sampah yang depa lantik (dari kalangan kroni) adalah satu keputusan yang menimbul banyak persoalan mengenai intergriti Pakatan harami menguruskan kerajaan Selangor.

Ia menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak bersedia dengan pelan jangka panjang sebelum menamatkan kontrak Alam Flora.  Penyudahnya yang tanggung susah dan kesulitan ialah rakyat.  Kalau cekap, Pakatan harami patut dah sediakan perkara-perkara yang nak dibuat setelah khidmat Alam Flora ditamatkan, bukan biar sampah tak berkutip berbulan-bulan, salah orang sana sini dan kemudian menghabiskan duit kerajaan negeri untuk memberi lori.

Kalau kerajaan negeri yang beli lori, baik tak perlu serah pada kontraktor untuk jalankan kerja pembersihan, baik serah pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) buat kutipan sampah, macam dulu-dulu, senang.

Adalah sebab kenapa kontraktor dilantik mengambil alih peranan PBT mengutip sampah, selain dari menjimatkan, kerajaan negeri tak payah nak pusing pasal maintenance lori, bayar saja dan kontraktor akan sediakan semua, termasuk urusan kutipan sampah secara berkala.

Kenapa sengaja nak cari susah?  Ini tak lain tak bukan sebab ada peluang nak buat duit.  Dari beli, dari maintenance, semuanya ada peluang untuk penuhkan tabung pilihanraya atau kayakan parti dan diri sendiri sementara boleh.

Kita katakan, memang itu tujuannya, tak nampak yang lain dah.  Logiknya, faktanya semua menjurus kepada itu.  Sistem baik sedia ada dibuang sebab tak mendatangkan keuntungan kepada puak-puak ini, sebab itu depa tukar.

Diakhirnya, rakyat juga yang terpaksa menanggung semua kesusahan akibat dari terikut emosi memilih Pakatan harami ini dulu.  Ini bukan ramalan tapi memang sudah nampak depan mata.  Jauh dari nak bawak segala macam pembaharuan yang dijanjikan dulu (nak menunjukkan konon lebih hebat dari BN), perkara asas yang jadi keperluan rakyat pun, jadi masalah juga.

Tidak hairan kenapa Khalid bersusah payah mengiklankan ‘kejayaan’ kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan harami selama 4 tahun ini. Kejayaan apa kalau janji banyak tak tunai?

Undi sajalah BN sebab dah terbukti kami mampu menguruskan kerajaan dengan baik.  Masalah sana sikit sini sikit memang ada, tapi bukan yang berkenaan keperluan asas rakyat.






20 Komen to Sampah: PR Buat Duit Dari Kesusahan Rakyat

  1. randomsee says:

    pembelian 50 lori kompakter sampah boleh selesai ke masalah?….50 lori cukup untuk berapa kawasan..?

    alamat masalah sampah akan terus menghantui penduduk…

    elok2 ada alam flora diberhentikan …sebab nak bagi kroni merasa projek terpijak…

  2. selamber says:

    hehe..bujuk2..cepat2 nak cover pakatan haram korang tu ye..

  3. PR terdesak….dah takboleh nak jawab siap nak alih2 isue bagai…

    pasal sampah ni dah terang2 menunjukkan ketololan kerajaan pimpinan khalid ni.

    banyak manfaatnya nnti konon… yang dulu xde masalah, yang gatal p tukar tu pasal ape?… bende senang jadi susah…

    tggu la PRU nnti…

  4. sungai_siput says:

    aik isu sampah dah divert jadi issu sharizat???

    baik hang tulis isu azizan dgn pharol razi tengah berantakan kat kedah nun….

    bujuk kaki divert issue….

  5. tengkudin says:

    muka kalid pun cam SAMPAH MASYARAKAT jugak…serabaii je..hehe

  6. bujuk says:

    releks la… kan aku dah jawab isu asal dan mintak kebenaran cerita isu baru yg. takkan adamyan tulis d mykmu. Tapi takkan sampai delete dari forum… sampai pengikut mykmu tak tau apa yg. korang marah sangat kat aku. Divert tu satu hal.. kalau korang tak suka tak perlu jawab.
    Tapi Najib dah jawab.. “semua ahli wanita sila sokong Shahrizat… dalam isu NFC”
    yg. last tu aku tambah untuk panaskan suasana. Sorry ye…

  7. bujuk says:

    Isu wanita tolak Shahrizat ni hanya untuk makluman korang, jangan tak tau wanita sedang berantakan. Dulu aku pernah kata Najib tak berani buang Shahrizat sebab wanita adalah jentera UMNO waktu PRU. Tapi aku salah Najib memang berani… tapi dia kena tanggung la perpecahan dalam wanita.

    • jebat says:

      aku lagi terpegun ustaz2 pakatan haram boleh bg sokongan kpd elizebeth wong yg duk telanjang bulat tu.. idola tu..

  8. tony gunawan says:

    umno macam sampah busuk-busuk belaka!!!

  9. antoo says:

    Salam dan sejahtera,

    Agaknya Malaysia akan lebih baik jika tak ada syak wasangka dan buruk sangka. Setiap perkara baik yang dilakukan oleh pemerintah dan pembangkang, sentiasa dipandang buruk oleh pihak yang lagi satu, walau hakikatnya, perkara itu memberi kebaikan kepada rakyat. Walaubagaimana pun, perbalahan ini menguntungkan rakyat kerana….dapat 500,100,3000,1000,air free,tution free dsb. Tu belum lagi nak masuk PRU13 punya goodies..Terima sajalah apa yang diberi, undi sendiri-sendiri.

  10. Org Pencen says:

    La ni dok tunggu PRU 13 la. Awat Najib tak berani nak bubaq parlimen. Hang cakap la apa pun, tapi jauh dalam benak hati hang, hang tau Najib ni ditolak oleh kebanyakan orang melayu pasai dia suka bermegah-megah dan suka membazir, tidak pandai mengurus ekonomi sampai hutang negara tinggi melampau. Dok suruh org belanja berhemah tapi dia dok balun duit rakyat !!!! Aku rasa kalau UMNO buang team najib dgn hishamuddin sekali, maybe aku akan undi UMNO semula …aah ini tidak mungkin terjadi. Bersedialah UMNO untuk menjadi pembangkang. PR bukan lah bagus tapi itu saja pilihan yg ada untuk menyelamatkan negara dari pengkhianatan UMNO.

Leave a Reply