Menu Utama

Rakyat Malaysia Yang Sebenarnya Dibodohkan Oleh Kumpulan Anti Lynas

POLITIK membodohkan rakyat memang jadi sebahagian strategi pembangkang dan NGO-NGO ‘hantu’ yang dibiayainya, tidak terkecuali NGO yang mendakwa pro alam sekitar dan anti kilang pemprosesan Lynas di Balok, Pahang.

Media rasmi Pakatan harami pembangkang, Malaysiakini semalam tampil dengan tajuk “Lynas Has Fooled Us All” apabila membangkitkan isu sisa buangan kilang tersebut yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif setaraf sisa yang dihasilkan loji-loji janakuasa nuklear.

Masih lagi disebut berulang-ulang bahawa Lynas tersebut menghasilkan sisa radioaktif, walaupun sudah berulang kali disebutkan juga bahawa Lynas bukanlah sebuah loji nuklear.  Ini adalah satu kebodohan yang tidak disokong fakta saintifik dan logik sama sekali.

Bagaimana sebuah kilang kimia biasa boleh menghasilkan sisa radioaktif?

Inilah yang kita sebut selalu sebagai cubaan membodohkan rakyat oleh Pakatan harami pembangkang dan puak-puaknya.  Kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah terdidik dan terdedah dengan pelbagai maklumat ini janganlah ikut jadi bodoh macam Pakatan harami ini hendaknya.

Asas kita dalam soal Lynas ini jelas dan kukuh, selain disokong oleh badan pemantau antarabangsa mengenai hal atom dan nuklear, IAEA, ahli sains nuklear dalam PAS sendiri, YB Dr. Che Rosli Che Mat dah mengesahkan bahawa Lynas bukan kilang nuklear dan tidak menghasilkan radioaktif merbahaya, tapi itu jugalah yang diulang-ulang puak tak cukup panjang akal ni.

Terbaru, bila Perdana Menteri umum yang sisa kilang Lynas akan dihantar jauh dari kawasan penempatan untuk mengelak kesan kepada emosi dan psikologi penduduk, sekali lagi isu ini jadi panas dan sebutir-sebutir cakap Perdana Menteri itu diputar belitkan untuk menyokong dakwaan tidak berasas mereka kononnya kilang Lynas ini mendatangkan bahaya dan ancaman kepada penduduk.

Walhal apa yang disebut Perdana Menteri itu, (menghantar sisa Lynas jauh dari penempatan penduduk) adalah antara 11 cadangan tambahan yang dikemukakan oleh IAEA dalam menyokong pembinaan kilang tersebut di Malaysia, ia bukan perkara baru yang nak dijadikan isu.

Perdana Menteri perlu menyebutkannya kerana ada cadangan supaya sisa tersebut di simpan di tapak penyimpanan Lynas dan dikitar semula sepenuhnya.  Apa benda yang isu sangat sehingga dibelit sehabis mungkin oleh puak anti Lynas ini pun penulis tidak tahu..

Sebenarnya bukan dalam isu Lynas ini sahaja, dalam isu Felda pun perkara yang sama berlaku.  Tak habis-habis dengan modal politik terdesak, tapi lepas tu boleh pulak menuduh UMNO dan ketandusan modal politik.

Siapa yang ketandusan modal sekarang, orang yang pegang pada fakta atau pegang pada putar belit?






24 Komen to Rakyat Malaysia Yang Sebenarnya Dibodohkan Oleh Kumpulan Anti Lynas

  1. najmi says:

    Rakyat malaysia diperbodoh atau memang penulis yg bodoh
    1. Dalam 11 cadangan IAEA langsung tak disebut tentang bagaimana dan dimana sisa dilupuskan,
    2. Rujuk paloran yg di keluarkan oleh lynas. “Radioaktif management waste”. Mengesahkan kehadiran radiaaktif thorium dan uranium.
    3. Kalau kilang kimia biasa tanyalaa pakar kimia. Yg terhegeh hegeh minta pandangan pakar nuklear pasal apa?
    4. Kitar semula sisa lynas masih dalam R&D. China negera pengeluar rare earth pun gagal untuk kitar semula nadir buki mereka.
    5. Laporan yg dikeluarkan oleh lynas mengesahkan selepas 2 tahun beroperasi sisa yg mengandungi radio aktif yg terhasil sebanyak 1.6 juta tan metrik.
    6. Sebelum nak menulis study dan buat research dulu supaya tak nampak bodoh. Perenggan pertama pun dah nampak bodoh

    • Arifjizat says:

      Then why Lynas only?

      Reaktor nuklear penyelidikan di Bangi. Kenapa tiada yang persoalkan ke mana buangan sisanya?

      Setidak tidaknya Lynas is being manned by professional yang mempunyai years of experience. Sedangkan MINT dikendalikan oleh Pegawai Kerajaan dalam badan berkanun.

  2. Cfu says:

    Puak-puak Pakatan Haram ni memang suka belit-belit. Dulu masa Tun Mahathir nak buat Putrajaya pun macam-macam putar belit. Tapi sekarang nak rampas Putrajaya pula. Dasar penyamun muka tak malu. Nanti Projek Lynas pun depa nak rampas juga.

  3. penyokongketuanan says:

    Tak nak komen banyak

    http://www.majalahsains.com/2012/03/isu-lynas-wawancara-bersama-pengerusi-aelb/

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  4. Bulan Empat says:

    Issue Lynas beradiasi ini akan terus dibawak sampai hari dekat nak kiamat . Sama macam isu lembu, yang diambil mereka sebagai hot button modal kempen PRU.

    Bahan dusta ini akan dimodify, di tokok di tambah dan dihias supaya dusta karut marut mereka menjadi satu objek berupa hantu.

    Apa nak kita buat. Itu saja kelebihan mereka. Dah penat cakap pasal, scorpene, pasal minah mongolia, pasal bahan letupan, jadi yang tinggal cuma lembu dan issue bahan buangan saja. Low class. Whatever.

  5. tony gunawan says:

    najib dan umno tunggulah hukuman rakyat!

    • Bulan Empat says:

      Rakyat akan menghukum dengan mengangkat tahap dia lebih tinggi. InsyaAllah sepatah kata TUn Daim BN akan menang lebih besar dan bakal ambil balek negeri yang dipinjam sekejap kepada penjarah bangsa.

      Pembangkang bagai retak menunggu belah. Utk perintah negeri kecik macam kedah pun dia punyai ngiauu – Ya Rabbi.

      Gadoh di Penang pun belum settle.

      Nak mimpi teraju negara ??? Oh NO, NO

  6. HeroTamil says:

    Hikhikhikhik….

    Rerupanya ada RAKYAT AUSTRALIA yang perihatin dgn penduduk Gebeng.

    Mereka rela RAKYAT AUSTRALIA, terdedah kepada radioaktif, deme rela rakyat AUSTRALIA mati…..hikhikhik

    Bayangkan lah sampai sanggup bawa ke mahkamah keran tidak mendedahkan radioaktif kepada penduduk AUstralia…

    Group anti LYNAS duk buat Posting ini…

    http://savemalaysia-stoplynas.blogspot.com/
    ————————————–
    The Anti-Nuclear Alliance of Western Australia (ANAWA) has revealed that Lynas Corporation Ltd was supposed to build its plant in Western Australia and not Malaysia.
    According to ANAWA, Lynas’ 14-year-old blueprint indicated that the Australian mining giant had orginally planned to build its processing plant in Meenar a decade ago. But until today there had been no signs of any development on the intended site.

    “Now it involves Malaysia and our moral responsibility,” he said. “This is a complete change to the original project hence why we are urging the EPA to review Lynas’ approvals.”

    “If they refuse to review the project then we will file a court case against it,” Atkinson promised

    —————————————
    Deme buat POSTING tapi deme tak baca.

    Deme kata AUSTRALIA tolak lesen nak bina kilang kat sana….

    Rerupanya, ada kumpulan marah kerana, dlm blueprint asal 14 tahun dulu,perkembangan LYNAS nak bina kilang kat sana…

    Sepatutnya bina Kilang 10 tahun dulu…tapi tak bina juga….SEBAB tu org di AUSTRALIA marah….hikhikhikhikhik….

    so pikir pikirkan lah….

  7. bujuk says:

    LYNAS ni bukan PR aje yg. tolak… Gerakan dan MCA pun tolak juga, siap warning K’jaan kalau nak menang d kuantan tutup LYNAS. Sebagai jawapan balas PM kata ‘sisa LYNAS akan d hantar ke luar negara’.
    Apa maknanya…? kalau selamat kenapa nak hantar keluar pulak? takkan sebab takut kurang undi hingga tolak kebenaran?

    • pasdaplaknat says:

      bongok..MCA tu ‘tuhan’ PR ke?
      sikit2 nk bench-credit pd Cina Kafir? dh xde org Islam ke yg nk support PR ngok punya isu?

      • bujuk says:

        kenapa pulak MCA jadi tuhan PR sedangkan MCA ikut pendirian PR yg. lebih bijak dari MCA dan UMNO?
        ko sakit ke…?

  8. Alyabu says:

    Radioaktif bukan benda main2..tahap keselamatan dimalaysia sangat diragui keberkesanannya..coloseum yg berusia ribuan tahun masih teguh hingga sekarang tetapi stadium di,kuala terenggganu tak sampai dua tahun dah runtuh…apabila berlaku kebocoran disebabkan tahap keselamatan yg
    Rendah atau kecuaian semua orang kuantan termasuk kerabat diraja pahang akan lari malam..

  9. pasdaplaknat says:

    Isu ini hanya layak dibahaskan oleh org yg ada pendidikan aliran SAINS TULEN/ FIZIK..barulah boleh faham dgn jelas..

    Lynas bukan Loji Nuklear..Lynas kilang pemprosesan mineral Nadir bumi-nk pisahkan/ekstrak unsur nadir bumi ini (dlm periodic table, unsur lengai kumpulan logam LANTANIDA (lanthanides)..(sape2 yg ambil Kimia dulu2 tingkatan 4-5 dlm aliran sblm PPSMI cikgu kimia ajar LANTANIDA),

    Kumpulan logam ini Allah Ta’ala jdkan sbg logam yg sgt penting utk dunia elektronik-dioksidakan atau di-alloy-kan dgn unsur2 lain yg jd sumber penting dlm penghasilan komponen2 elektronik mcm cakera Hard disk HDD, utk gajet2 kegilaan skrg, lighting dan komputer..
    industri berasaskan logam nadir ini permintaan sgt tinggi dgn nilai berbillion RM yg skrg ni dikuasai oleh negara China.

    Sumber asli, yg nk dibawa dari tempat asalnya yg dilombong dari Australia (Mount Weld).

    Masalah yg dibising2kan2 skrg ialah HASIL AKHIR = BAHAN NADIR + BAHAN SAMPINGAN yg diekstrak dr bahan asli bumi di lombong itu.. jenis sebatian KARBONAT (batu batan punya compound)

    Ini kerana (dgn kekuasaan Allah Ta’ala yg Maha Bijaksanan..DIA lah Tuhan yang Maha Mengetahui hikmah setiap unsur kejadian…pasti ada manfaat-mudharat) logam kumpulan Lantanida/ NADIR ini kebiasaannya wujud bersama dengan logam berradioaktif secara semulajadi dlm bentuk mineral karbonat (jenis2 batu batan).

    Jadi yg kita nak ialah unsur Nadir-logam kumpulan lantanida tadi, dan yg kita akan buang selepas proses ialah bahan2 sisa- yg ‘melekat’ dgn nadir tadi…berunsur radioaktif.

    Malangnya kesempatan ini di ambil kecoh oleh PR krn majoriti pencacai politik PR adalah cetek otak.. bahan yg dikatakan radioaktid tadi hanyalah bahan sampingan yg sgt2 kecil.. yg mana hanay didaftarkan utk projek Lynas ini ialah sebatian Gypsum yg ada unsur2 Thorium.

    Thorium unsur radioaktif yg tanpa buka kilang Lynas pun telah ada di mana2 shj di Malaysia termasuk dlm tanah2 merah dan pantai2 di seluruh negara termasuk di Langkawi yg 100-200 kali lebih tinggi dr apa yg akan dihasilkan oleh LYNAS!! unit diukur mSv/tahun.

    Malangnya pencacai PR tidak berani berdebat pasal isu saintifik..iaitu apa itu sebenarnya radioktif?

    Radioktif wujud di persekitan kita sekian masa. TV kt rumah terutama yg CRT (tiub cermin dulu2 sblm LCD LED) juga hasilkan sinaran radioaktif, di hospital2 peralatan perubatan spt X-Ray, Tomograpy, CT SCAN dsbgya.. tp hari2 kita tgk TV xde pulak pencacai PR bising psl radioaktif dan buat kempen “KUTIP MAYAT DIRUMAH AKIBAT TV”?

    Tantalum bahan berharga utk elektronik yg wujud dlm sangga timah (tin slag) yg jd kegilaan org Penang korek sampai runtuh kedai2 dan bangunan..itu juga bahan yg hasilkan cukup tinggi kerana unsur2 Torium dan Uranium juga turut wujud bersama dgn sebatian itu…

    Yg hebat ditipu PR kpd penduduk Gebeng ialah REALITI dan FANTASI!

    Kita semua hidup dgn persekitaran radioaktif di mana2 shj termasuk di rumah spt TV dan batu bata, tanah dan pasir pantai.. tp pd kadar semulajadi yg Allah jadikan kurang dr 1 msV/tahun dan badan kita Insya Allah tidak terkesan dgn kiraan itu. manakala Loji Nuklear bocor Fukusyima ialah 20mSV!

    Kilang Lynas hasilkan sisa sampingan radioaktif bernilai berapa??? hanya 0.002 mSV/y iaitu kira2 400-500 KALI GANDA LEBIH RENDAH dr radioaktif di pantai di Langkawi dan tanah2 di sektitar Perak dan Selangor!!

    itulah penipuan jahat puak PR terhadap pembohongan isu Lynas.

    dan syarat terkini pihak LYNAS sanggup membawa keluar sisa sampingan tadi ke luar negara untuk dilupuskan wpun bacaan radioaktifnya lebih rendah dr persekitaran!!

    PR hanya pandai menyalak FITNAH..tp Allah itu Maha Mengetahui wpun ramai yg ‘termakan’ TIPU BOHONG PR.. pasti akan ada balasan..

    LYNAS ialah salah satu perkembangan industri hebat negara dlm menghasilkan tenaga dan teknologi baru..

    rakyat masih takut dan dimomok dgn cerita2 bohong radioaktif..

    wallahualam..

    Reference :
    (http://science.jrank.org/pages/3826/Lanthanides-Uses-lanthanides.html)

    (http://www.world-nuclear-news.org/rs_fukushima_emissions_down_2007111.html)

    (http://www.majalahsains.com/2012/03/isu-lynas-wawancara-bersama-pengerusi-aelb/)

    (http://mynewshub.my/eng/2012/02/the-truth-about-lynas/)

    “ASAHLAH OTAK ANDA DENGAN ILMU SEBELUM OTAK ANDA DIBODOHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT”

    SAVE MALAYSIA FROM THE BIG LIAR -PAKATAN HARAM!!

    • bujuk says:

      penat la nak baca… tapi boleh ulas sikit tak sebab apa MB pahang marah sangat kat wartawan cina yg. provoke dia kata ‘sisa lynas akan d buang d sg.lembing’…?

  10. pasdaplaknat says:

    Isu ini hanya layak dibahaskan oleh org yg ada pendidikan aliran SAINS TULEN/ FIZIK..barulah boleh faham dgn jelas..

    Lynas bukan Loji Nuklear..Lynas kilang pemprosesan mineral Nadir bumi-nk pisahkan/ekstrak unsur nadir bumi ini (dlm periodic table, unsur lengai kumpulan logam LANTANIDA (lanthanides)..(sape2 yg ambil Kimia dulu2 tingkatan 4-5 dlm aliran sblm PPSMI cikgu kimia ajar LANTANIDA),

    Kumpulan logam ini Allah Ta’ala jdkan sbg logam yg sgt penting utk dunia elektronik-dioksidakan atau di-alloy-kan dgn unsur2 lain yg jd sumber penting dlm penghasilan komponen2 elektronik mcm cakera Hard disk HDD, utk gajet2 kegilaan skrg, lighting dan komputer..
    industri berasaskan logam nadir ini permintaan sgt tinggi dgn nilai berbillion RM yg skrg ni dikuasai oleh negara China.

    Sumber asli, yg nk dibawa dari tempat asalnya yg dilombong dari Australia (Mount Weld).

    Masalah yg dibising2kan2 skrg ialah HASIL AKHIR = BAHAN NADIR + BAHAN SAMPINGAN yg diekstrak dr bahan asli bumi di lombong itu.. jenis sebatian KARBONAT (batu batan punya compound)

    Ini kerana (dgn kekuasaan Allah Ta’ala yg Maha Bijaksanan..DIA lah Tuhan yang Maha Mengetahui hikmah setiap unsur kejadian…pasti ada manfaat-mudharat) logam kumpulan Lantanida/ NADIR ini kebiasaannya wujud bersama dengan logam berradioaktif secara semulajadi dlm bentuk mineral karbonat (jenis2 batu batan).

    Jadi yg kita nak ialah unsur Nadir-logam kumpulan lantanida tadi, dan yg kita akan buang selepas proses ialah bahan2 sisa- yg ‘melekat’ dgn nadir tadi…berunsur radioaktif.

    Malangnya kesempatan ini di ambil kecoh oleh PR krn majoriti pencacai politik PR adalah cetek otak.. bahan yg dikatakan radioaktid tadi hanyalah bahan sampingan yg sgt2 kecil.. yg mana hanay didaftarkan utk projek Lynas ini ialah sebatian Gypsum yg ada unsur2 Thorium.

    Thorium unsur radioaktif yg tanpa buka kilang Lynas pun telah ada di mana2 shj di Malaysia termasuk dlm tanah2 merah dan pantai2 di seluruh negara termasuk di Langkawi yg 100-200 kali lebih tinggi dr apa yg akan dihasilkan oleh LYNAS!! unit diukur mSv/tahun.

    Malangnya pencacai PR tidak berani berdebat pasal isu saintifik..iaitu apa itu sebenarnya radioktif?

    Radioktif wujud di persekitan kita sekian masa. TV kt rumah terutama yg CRT (tiub cermin dulu2 sblm LCD LED) juga hasilkan sinaran radioaktif, di hospital2 peralatan perubatan spt X-Ray, Tomograpy, CT SCAN dsbgya.. tp hari2 kita tgk TV xde pulak pencacai PR bising psl radioaktif dan buat kempen “KUTIP MAYAT DIRUMAH AKIBAT TV”?

    Tantalum bahan berharga utk elektronik yg wujud dlm sangga timah (tin slag) yg jd kegilaan org Penang korek sampai runtuh kedai2 dan bangunan..itu juga bahan yg hasilkan cukup tinggi kerana unsur2 Torium dan Uranium juga turut wujud bersama dgn sebatian itu…

    Yg hebat ditipu PR kpd penduduk Gebeng ialah REALITI dan FANTASI!

    Kita semua hidup dgn persekitaran radioaktif di mana2 shj termasuk di rumah spt TV dan batu bata, tanah dan pasir pantai.. tp pd kadar semulajadi yg Allah jadikan kurang dr 1 msV/tahun dan badan kita Insya Allah tidak terkesan dgn kiraan itu. manakala Loji Nuklear bocor Fukusyima ialah 20mSV!

    Kilang Lynas hasilkan sisa sampingan radioaktif bernilai berapa??? hanya 0.002 mSV/y iaitu kira2 400-500 KALI GANDA LEBIH RENDAH dr radioaktif di pantai di Langkawi dan tanah2 di sektitar Perak dan Selangor!!

    itulah penipuan jahat puak PR terhadap pembohongan isu Lynas.

    dan syarat terkini pihak LYNAS sanggup membawa keluar sisa sampingan tadi ke luar negara untuk dilupuskan wpun bacaan radioaktifnya lebih rendah dr persekitaran!!

    PR hanya pandai menyalak FITNAH..tp Allah itu Maha Mengetahui wpun ramai yg ‘termakan’ TIPU BOHONG PR.. pasti akan ada balasan..

    LYNAS ialah salah satu perkembangan industri hebat negara dlm menghasilkan tenaga dan teknologi baru..

    rakyat masih takut dan dimomok dgn cerita2 bohong radioaktif..

    wallahualam..

    Reference :
    [http://science.jrank.org/pages/3826/Lanthanides-Uses-lanthanides.html]

    [http://www.world-nuclear-news.org/rs_fukushima_emissions_down_2007111.html]

    [http://www.majalahsains.com/2012/03/isu-lynas-wawancara-bersama-pengerusi-aelb/]

    [http://mynewshub.my/eng/2012/02/the-truth-about-lynas/]

    “ASAHLAH OTAK ANDA DENGAN ILMU SEBELUM OTAK ANDA DIBODOHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT”

    SAVE MALAYSIA FROM THE BIG LIAR -PAKATAN HARAM!!

    • bujuk says:

      bro… hasil LYNAS ni siapa yg. dapat M’sia ke Australia?
      Sisa LYNAS ni siapa pulak yg. dapat M’sia ke Australia?
      Bijak ke k’jaan yg. ambik sisa lynas 0.002 mSV/y macam ko tulis tapi hasilnya yg. 100-200mSV/y pada Australia.

  11. HeroTamil says:

    hikhikhikhikhikhik…juak PAS/Pemuja peliwat tak mahu baca link yang aku letak?

    hikhikhikhikhik…..

  12. ABU says:

    Pencacai umno tak berani ka nak komen pasal 1st komen artikel ni by najmi….

    • pasdaplaknat says:

      oopss sori aku terlupa bace posting pencacai bodoh PR ckp pasal Thorium dan Uranium tu… hahaha org bodoh bila cite rkt org bahlul pasal unsur2 kimia..apatah lg bunyi best je radioaktif lah..Thorium lah Uranium lah..

      Ni bongok2 PR..kalau lu org tk suka Thorium dan Uranium…jgn tinggal di atas bumi atau atasa tanah lah yer..

      unsur2 tu mmg wujud semula jadi ldm tanah, batu batan persekitaran kita terutama di negeri2 yg berbatu kapur dan berpasir banyak mcm Selangor, Perak, Pahang dan Langkawi..

      yang penting skrg ialah BACAAN unsur radioaktif itu melelapi atau tidak 1mSv/tahun.. itu syarat antarabangsa bg org AWAM dan lebih sikit utk perkerja industri.

      Untuk pencacai2 bodoh PR..keputusan terakhir utk hilangkan lg kontraversi ialah LYNAS TIDAK AKAN MELUPUSKAN bahan sisa itu di negara ini..sebaliknya akan dibawa ke negara lain utk dijadikan sumber tenaga lain.

      SO..skrg apa hujah?

  13. suka-suka says:

    Syabas Pasdaplaknat, sekarang baru aku tahu puak-puak PR buta sains rupanya

  14. fenomena says:

    isu lynas jd taruhan .. brpch belah hubungan manusia sungguh sia2…. tuhan kurniakan akal fikiran utk menilai diantara kebaikan n kburukan …isu ini jgn dibabitkan dlm poltik ,kosongkan minda demi manusia di bumi Allah ini yg pasti kamu semua yg mnjayakan lynas ini utk kpntingan ssetengah pihak sedangkan bukan semua mnyokong akn di soal oleh Tuhan mu suatu hari nanti!! pecayalah….. ape kata pula dlm islam skiranya sesuatu prkara itu yg dilakukan tidak mnenangkan hati sesetngah manusia ?? adilkah kamu akan keputusan ini ? Hanya Allah yg mngetahui…. rintihan penduduk berdekatan…

  15. jack says:

    Kita mesti hentikan projek ni..sisa dh byk x kn br nk kawal…dh terlambat…fikirlah genarasi akn dtg…klau projek ni disiapkn tentu ada akibat buruknya…

  16. hamba ALLAH says:

    Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Leave a Reply