Menu Utama

Rahsia Dana Anwar – Yahudi


AIDC – Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) wajar diberi perhatian serius. RPK kata Anwar Ibrahim memerlukan sekurang-kurangnya RM600 juta untuk merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7 dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan Anwar perlu melupakan sahaja cita-cita yang amat mendalam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia”, kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, Malaysia-Today.

Ada beberapa maklumat tersembunyi yang cuba disampaikan oleh pengendali Free Anwar Campaign (FAC) itu antaranya sikap Anwar yang obses dengan duit.

RPK menggambarkan Anwar adalah pengemis duit, meminta-minta duit pihak lain, tetapi kedekut untuk membelanjakan duit sendiri, malah Anwar didakwa menyembunyikan berbilion-bilion asetnya di luar negara.

 

John Soh Chee Weng

Ini dirakamkan oleh RPK dalam perbualan Anwar dengan taikon Datuk John Soh Chee Wen.

 

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta (yang telah dilaburkan) dari poket awak sendiri!”.

John Soh menurut PKR bukan sekadar penaja kewangan Anwar dan PKR, malah dia juga dianggap sebagai pakar strategi hala tuju parti itu.

Soal wang RM300 juta yang disebut oleh John Soh di atas adalah segala perbelanjaan yang telah dilaburkannya kepada Anwar dan PKR sejak dari tahun 1998.

Persoalannya, kenapa Anwar minta duit dari John Soh dan dari mana pula taikun itu dapat duit sebanyak itu untuk dilaburkan kepada Anwar dan PKR ?

Apakah John Soh juga sekadar ‘proksi’ pihak lain ?

“Soh Chee Wen bukan pakai duit sendiri. Dia agen ‘Italian MAFIA’ (international group). Kena ada return juga. Bukan boleh suka hati nak tabur duit. Kalau sangkut, nyawa John Soh pun sangkut atas pokok kelapa. Anwar cuci tangan”, kata blogger GA dalam menjawab persoalan tersebut.

Ezam – Duit Bukan Penghalang
“Duit bukan perhitungan bagi Anwar..Sebab dia sudah ada segala-galanya..Segala keputusan..pergerakannya, sama ada di sini atau di negara lain..Amerika Syarikat..ianya bukan berasaskan persoalan duit, tetapi berasaskan persoalan politik.

“Orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara..rumah yang bernilai 7 juta ringgit..apakah duit menjadi persoalannya..tidak!

“Itu rumah yang kita tahu..kita tidak tahu lagi berapa banyak lagi rumah-rumahnya di tempat-tempat lain..Duit tidak pernah menjadi faktor Anwar..sebab dia ada segala-galanya..lebih daripada cukup.. pergerakannya atas agenda politik dan saya yakin ianya atas kepentingan agenda politik Zionis”, kata Senator Ezam Mohd Nor yang satu ketika dahulu merupakan salah seorang inner circe Anwar.

Ezam yang pernah jadi ‘orang dapur’ rumah Anwar cuba memberitahu sesuatu yang tidak difahami oleh orang awam.

Seterusnya di: http://www.anwaraidc.com/?p=22258

 






4 Komen to Rahsia Dana Anwar – Yahudi

  1. hukum tembak jer pengkhianat bangsa & agama macam ni. SEMUA SETUJU?

  2. Jeffry says:

    KEHKEHKEH TEMBAK JEK X MEMADAI BROO. SORANG2 JOTOS KEPALE DIA SAMPAI BENGKAK DULU BARU BEST. BARU TERASE NIKMAT DIA KEHKEHKEH

  3. ery eryy says:

    yang sebenarnya umno la agen yahudi di malaysia nie…dengan APCO sebagai penasihat negara yang terang-terang APCO diterajui oleh puak2 zionis…

  4. ery eryy says:

    di malaysia telah lama bertapak agen-agen yahudi contohnya clud med n club freemason…tengok saja cara kerajaan malaysia yang diperintah oleh umno bn yang penuh dengan rasuah dan ketirisan duit berbillion-billion..pemerintahan di malaysia telah lama dikuasai oleh yahudi dengan melantik pemimpin-pemimpin yang tidak islamik.!!

Leave a Reply