Menu Utama

Rafizi, Malaysiakini dan Pembaca Bodoh Perasan Pandai

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi bercakap bohong apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan kewangan kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar Nazarbayev  di Seri Perdana pada 17 June 2011.

Kita tidak perlu kenyataan Perdana Menteri pun untuk mengesan pembohongan Rafizi dan Malaysiakini.com Dengan membaca menggunakan akal dan membuat penafsiran logik sahaja kita sudah dapat menjangkakan ini merupakan satu lagi manipulasi maklumat untuk memburukkan kerajaan bukannya untuk mendedahkan penyelewengan.

Menurut Malaysiakini.com, “PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).”

Kenyataan Malaysiakini bahawa PKR mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan membiayai majlis pertunangan anak Perdana Menteri merupakan andaian berniat jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti jelas.

Apa yang dikemukakan oleh Rafizi bahawa ia hanyalah satu dokumen tempahan bukannya dokumen pembayaran.

Sudah sememangnya pegawai-pegawai peribadi para Menteri membantu boss mereka untuk melakukan tempahan mahu pun menguruskan sesuatu acara walaupun ia bukan acara kerajaan. Apatah lagi jika acara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri maka mahu tidak mahu para pegawai Perdana menteri perlu memabantu dan membantu menjayakan program tersebut. Adalah sangat tidak masuk akal untuk para pegawai Perdana Menteri dan juga pasukan keselamatan untuk mengabaikan perjalanan acara peribadi di kediaman Perdana Menteri.

Ini kerana sungguhpun ia acara peribadi, namun kedudukan Perdana Menteri merupakan Perdana Menteri Malaysia 24 jam sehari, 7 hari seminggu bukannya mengikut jadual waktu pejabat seperti pegawai kerajaan biasa.

Rafizi mengetahui bahawa acara ini dibiayai oleh keluarga Perdana Menteri sendiri. Sebab itu, Rafizi dalam kenyataan kemudiannya menyatakan,

“”Even if he paid for the event from his own pocket (later), it is still a moral issue as he cannot pay for a private function through the PM’s office.”

Jika Malaysiakini dan Rafizi begitu yakin berlaku penyelewengan dalam isu ini mengapa ia perlu menyatakan kemungkinan Perdana Menteri membayar sendiri dan mempertikaikan pula isu moral kerana menggunakan pegawai-pegawai beliau di Pejabat Perdana Menteri.

Berdasarkan kenyataan Rafizi sendiri adalah jelas beliau mengetahui Datuk Seri Mohd Najib menanggung sendiri kos pertunangan anaknya. Namun untuk mensensasikan isu ini, maka Rafizi melontarkan persoalan seolah-olah kerajaan yang membayar kos tersebut.

Malahan, tindakan Malaysiakini yang hanya berani meletakkan tajuk dalam inverted commas, ‘PMO paid for engagement do of Najib’s daughter’, menunjukkan mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan Rafizi dan tidak mahu terbabit menuduh. Namun sebagai media yang bertanggungjawab menjaga kepentingan PKR, mereka harus menggunakan isu ini untuk menjejaskan imej kerajaan dan Perdana Menteri.

Yang melucukannya terdapat hampir 80 pembaca Malaysiakini mengaggap ia merupakan cerita betul dan menuduh Perdana menteri telah melakukan penyelewengan. Mereka ini sungguhpun bijak berbahasa Inggeris sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.

Bagi Malaysiakini sendiri, ia hanya memalukan tradisi kewartawanan bebas yang mereka perjuangkan. Sebenarnya, tiada kebebasan kewartawanan dalam Malaysiakini. Mereka hanya bebas berbohong, memanipulasi berita dan menimbulkan kekeliruan bagi tujuan mewujudkan kebencian pembaca dan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

 

 






49 Komen to Rafizi, Malaysiakini dan Pembaca Bodoh Perasan Pandai

  1. Kekura says:

    Artist kahwin pun berjuta habis, inikan pula anak PM? As long pakai duit dia sendiri apa masalahnya. Keistimewaan PM kenalah ada.

  2. Orang kampung says:

    ” Hello!!! saya anu bin anu setiausaha Sulit Penasihat Ekonomi Selangor,saya nak buat tempahan untuk Majlis perkahwinan Dato Seri Penasihat Ekonomi selangor pada …………nanti tolong sediakan semua bil tu nanti atas nama Penasihat Ekonomi Se;langor di alamat Pejabat Menteri Besar Selangor bla bla bla ye,terima kaseh.

    • Mooohyideen says:

      Tu imaginasi umno…tapi yg atas ni memang majlis dah dijalankan dah….

    • sungai_siput says:

      apakah rafizi memandang rendah akan keupayaan rakyat malaysia berfikir????

      apakah rafizi berfikir hanya dia seorang sahaja yg buleh jadi top gunner dalam academic/berfikir dan rakyat malaysia yg lain tidak???

      jadi rakyat malaysia bodoh pada pandangan rafizi….

      apakah rafizi tak terfikir yg rakyat malaysia mampu berfikir apakah najib sengaja mencari masalah karier politik dengan sengaja menggunakan duit gomen untuk majlis pertunangan anak dia….???

      dalam erti analogy lain, apakah seorang askar sengaja memberi peluru kepada komunis yg ketiadaan peluru bagi membolehkan komunis tersebut melepaskan tembakan kepada askar itu????

      kalau begitu rafizi dah sama level dengan cina DAP, sebab fikir rakyat malaysia terutama orang melayu adalah bodoh dan tersangat bodoh…

      benarkah rakyat malaysia BODOH seperti yg di fikir kan dan di tulis oleh rafizi berkenaan bayaran wang pertunangan anak najib???

      teruskan moo, c4, bujuk support kenyataan rafizi, macam bung nuar support negara israel

  3. tengkudin says:

    hehehee..jangan lupa saman kat ko tu rafizi…jgan konar citer lain..heheh

    • Mooohyideen says:

      Kalau tak betul saman jer… Tapi make sure siasatan yg telus dari MACC dan macam bukan cerita kes Altantuya.. Rekod sana sini dah di deleted…

  4. Bulan Empat says:

    PM is a seasoned minister/politician. PM adalah salah seorang menteri yang berkhidmat begitu lama bersama kabinet dan kerajaan.

    Adalah menjadi satu perkara yang terlalu tidak mensabah bagi beliau, (mengambil kira scenario politik semasa) bagi beliau membuat kesilapan serupa itu.

    Dakwaan serupa ini datang dari makhlok bengap yang enggan pakai kepala hotak untuk bercakap.

  5. Mooohyideen says:

    Apsal tak jawab bila ada allegation???
    MAna MACC??? Kalau thinhs like this ahppned at PR, mengapa cepat sgt MACC dan police bertindak??

    PM is a seasoned Minister according to Bulan empat… macam mana awk kata tak munasabah??? Apa siasatang yg dah di buat??? Apa Menteri2 yg korup macam daim, dan yg byk bail out guna duit kjaan untuk anak2 sperti Tun M tu bukan kah sesaoned Minister??? Ling Liong Sik dalam PKFZ RM12.1 billion, bukan kah beliau seasoned minister???

    • Azman Fi says:

      lembMOOO ….
      Takkan lah Macc dan police nak bertindak pantas keatas cerita bodoh yg hanya boleh dipercayai golongan bodoh yg berlagak pandai.Ini kes apa ? Kalau keterangan pun mungkin,rasanya dan keberangkalian PM DS Najib menyeleweng menggunakan kewangan kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar Nazarbayev di Seri Perdana pada 17 June 2011.Keterangan dan dakwaan pun dah mcm keling mabuk tody,pusing2 dan berbelit. Kau ingat MACC ni nak buat kerja dan percaya dgn budak hingusan Parti Kelas Rendah ini … Isu lemah tiada kredibiliti.

    • Bulan Empat says:

      PM start berpolitik semasa berumur 24 tahun menjadi MB termuda dinegeri kelahiran nya . Dari situ dia terus beliau terus mendaki ikut anak tangga secara perlahan bukan mendadak.

      Dibanding dengan Liong Sik dan Daim, PM berada dikabinet lebih lama dari mereka berdua. PM merasa zaman selesa dan zaman berbahang.

      SEharusnya beliau tidak akan bersikap alpa hingga terbuai dan lupa diri.

    • StinGray says:

      moooo…

      bkn “ahppned” tp happened.

      bkn “thinhs” tp things

      bkn “seseoned” tp seasoned

      bkn “siasatang” tp siasatan

      hang ni kalau tertekan mesti merapu..mcm aljub jugak…

      • anti pkr says:

        ha ha ha… jadi cikgu lah pulak… tapi betul lah tu. moo, bertahap lembu, main cakap je… now what say you moo, you have become a cow or a coward. Either way, you look and sound stupid my friend. What a dumb ass, trying to proove that your ass is working. That being the case, you are “moore” eligible for your “moorone” ass licker Anwar Ibrahim.

        Got it?

    • AJSsabah says:

      Brapa ratus ribu org pekerja yg beranak pinak akan kehilangan sumbar mata pencarian sekiranya kerajaan Tun M tak bail out sykt berkenaan. G soros yg menyerang ekonomi negara pada masa itu. G soros ne kwn siapa bro? Bukan Anwar ka? Keluar la drpd pemikiran taksub bro,supaya fikir dgn waras.

  6. kembangsemangkuk says:

    oiii mooohyideen,

    kalau ikut kepala otak bangsat rafizi ni… sprm tak ada kerja lain dah asyik siasat PM pagi petang siang malam. PM pun tak boleh buat kerja. asal ada tuduhan kena jumpa SPRM. Nak tuduh pun kemukakanlah bukti contohnya cek pembayaran, cek sapa? bodoh

  7. jebat says:

    populariti najb
    ib naik..gembiranya aku..UMNO menang lagi la..

    • Bulan Empat says:

      Kita perlu kemenangan Umno bagi memastikan kemakmuran hidup. Dalam masa sama negara tetap perlukan pembangkang untuk cek and balance.

      Yang pasti, bukan jenis pembangkang yang negara miliki sekarang. Negara perlu pembangkang yang berkredible yang akan mengembeling idea dan tenaga bagi membangun negara bukan sebaliknya.

      Mereka perlu contohi Australia dan US untuk cara mereka bekerja dari kerusi yang bertentangan. Mereka membentang fakta bukan fitnah dan rekaan. Kerana mereka sedar, mereka juga akan menikmati bersama kemakmoran hasil dari kestabilan setelah berpakat .

  8. tony gunawan says:

    kos majlis pertunangan sudah berjumlah RM409,767,tidak tahu apakah perasaan orang-orang miskin di malaysia !tak kisah duit sendirikah atau duti rakyat majlis golongan ala bangsawan !

    • selamber says:

      ..ko yg bodoh..kene tipu dgn penipu je..

    • StinGray says:

      walaupun depa miskin tapi tak bodoh mcm hang tonyXgunaseduitpun. kalau hang jd PM, hang berani ke buat mcm tu?…kalau logik akai pun hang tak bleh nk pikir, lebih baik hang berhenti jea jd org…pi transform jadi dugong…ngok

      • sungai_siput says:

        betul tu stingray

        walaupun depa miskin, depa bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan pada keluarga mereka

        depa berpegang teguh firman Allah, di dunia ada mahkluk yg sangat kaya raya dan ada yg daif sedaif daif nya

        ayat2 yg menunjuk kan ketentuan Allah supaya manusia miskin sentiasa bersyukur dengan apa yg ada, lebih2 dengan kesihatan yg baik

        dan yg kaya jangan lupakan yg miskin dan bersifat bakhil…

        orang miskin memang tak bodoh macam yg tony cakap di malaysia ni…

        terbaik bro stingray, terubat hati orang2 susah dengan lu punya statement

    • anti pkr says:

      Why not? Kalau kau ada duit pun, apa salahnya.. aku pakai BMW, tak semestinya aku tak ingat orang bawah… ada duit dan mampu takkan nak pakai kancil.. Orang bawah kalau tak de kemampuan takkan nak pakai kereta besar?

      Kau tanya Lim Goh Tong dan family dia, kalau dia nak kahwin kan anak, takkan buat kat depan rumah dia walaupun dia orang kaya… bodoh ke apa kau ni?

      Kalau kau jadi PM sekalipun, takkan nak buat majlis kau kahwin kali ke empat kat markas pas?

      bangang punya orang.

      PM ada status, takkan nak buat sembarangan.. artis makgkong hayun pun buat kat hotel.. itu Datuk K kawhin, sampai 590,000 tu, hotel dan makan je… apsal korang tak bising?

      Podah lah pakatan haram… memang sial lah lu orang!

  9. carlosmontoya says:

    DULU MASA KES IJAT AFFAIR NGAN LEMBU PUN PUAK LEMBU UMNO MANA PERCAYA. BILA RAFIZI KELUARKAN MACAM2 EVIDENCE, BARU LA PUAK LEMBU INI SEDAR HAHAHAH. SIAP BEBERAPA KETUA LEMBU SURUH LETAK JAWATAN HAHA.

    BARU SIKIT JER RAFIZI KELUARKAN STATEMENT ANAK NAJIB NI…TAK LAMA LAGI DEMAM LA NAJIB DIBUAT RAFIZI MCM KAK JAT JUGA HAHA.

    • selamber says:

      kalau saman balik si rafizi tu lg la..bukan demem lg dah..bole padam dia..jaga2 korang berhati2 dgn fitnah..bukan sembarangan org tu..PM tau..

  10. tony gunawan says:

    kos majlis pertunangan sudah berjumlah RM409,767! berapakah tahun macai-macai umno bekerja baru boleh mencapai duit yang sebegitu banyak????????

  11. farid babun says:

    dh nk pesoalkn kos la plak anjing2 pmbangkang ni…dia da rezki lbih bio la yg ko jeles sgt knp? lu da wit lu pki kete mewah xde wit lu pki la kete murah2…ukur baju d bdn sndiri la bengapppp

  12. bapak najib says:

    hahaha..

    “Yang melucukannya terdapat hampir 80 pembaca Malaysiakini mengaggap ia merupakan cerita betul dan menuduh Perdana menteri telah melakukan penyelewengan. Mereka ini sungguhpun bijak berbahasa Inggeris sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.” – yg umporno percaya tv3 dgn utusan melayu takpe pulak!!!

  13. randomsee says:

    makin bodoh aku tgk si jambu rafizi ini sejak bergelumang dengan lembu…dalam kes NFC pun dia makin hari makin merapu buat tuduhan…

  14. Shamshir says:

    Memang niat jahat!!! Propa lebih! Saje nak divert perhatian umum pada DS najib pada keburukan. Memang la surat tu ditujukan pada PM office sebab PM duduk situ. Mustahil bayaran dikeluarkan bahagian kewangan PM office bagi tujuan tersebut. Kalau ada bukti bayaran dibuat oleh kewangan PM office BUKTIKAN!!! Setakat dapat copy invoice dari bellboy yg tak puas hati, ada hati nak buat kecoh. Yg bagi idea bangang, yg buat kecoh bangang, yg percaya tanpa selidik lagi bangang!! Kalau si rafizi ni order delivery pizza sampai ke office dia, dia byr salah ke? Pizza dihantar ke pejabat, alamat order pejabat, bil atas alamat pejabat cuma duit je keluar dari poket sendiri… Sama la kes nya…kalau ada akal lu pikir la sendiri!!!

  15. Abang Tuah says:

    Rafizi ni mesti hidup tertekan. Dia nak kena buktikan kepada boss dia yang setiap sen gaji dia ada value kepada Anwar. Penat-penat Anwar mengemis pembiayaan Yahudi, apa Rafizi buat di pejabat???

    Hari-hari dia kena fikir apa strategi supaya gaji dia tak kena potong kerana kurang productivity. Nasib dia ‘baik’, di dalam PKR, kebolehan MENCIPTA PEMBOHONGAN pun dikira productivity.

    Kalau reka cerita bohong pun tak boleh, alamat kena ‘sula’ le….

  16. Ajai says:

    So najib nak guna alamat mana?….pejabat salah …rumah pun salah…..bongok betul si rafizi ni….

  17. oldman50 says:

    Tiada perkara lainkah yang boleh dibangkitkan oleh rafizi selain dari menimbulkan isu yang tidak penting dalam membangunkan negara kita Malaysia ini. Sekiranya isu yang dibangkitkan itu merupakan satu fitnah, bukankah ia sengaja menganyai muslim yang lain. PM bekerja 7 hari seminggu, dan tidak salah sekiranya PM mohon bantuan orang lain menguruskannya. Kalau kita suka menyusahkan orang dengan tuduhan yang tak betul Insyallah satu hari nanti kita akan menghadapi masaalah yang sama. Sentiasa berbaik sangka dengan orang lain

  18. Ikhlas Menjawab says:

    Kalau kakitangan syarikat nak buat family day pun, quotation dan invois ttp dialamatkan dan dihantar ke fax & email syarikat. Walaupun bukan syarikat yg byr! Pekerja2 sendiri yg byr melalui kelab… Faham ke x korang ni??
    Kemudian, klu nak mendakwa, biarlah dtg dtg bukti2 kukuh… bukan dtg dgn bukti suku2… kemudian expect org yg dituduh plak nak menjawab! Ingat PM x ada kerja lain.. SPRM dan Polis kena layan semua tuduhan ntah apa2 yg keluar dr mulut Pakatan Rakyat??
    Mcm ni nak berdebat???
    Dengan individu/organisasi yg suka menyebar fitnah, mengadu domba masyarakat!!
    Lebih byk bawa keburukan dari kebaikan!!
    Lebih baik korang jaga negeri Selangor, Penang dan Kedah… Buat kerja!

  19. m8 says:

    500,000.00 kalau bahagi dengan 20,000(contoh) gaji PM, ambil masa 25bulan/2tahun 1 bulan, PM dah jadi TPM berapa tahun, PM berapa tahun, dia mampu lahhhhh…. lain lah kalau majlis tu 50,000,000.00 baru lah tak berapa logik.

    kena lah tengok siapa yg hadir, YDPA dan org kenamaan, takkan nak bagi makan nasi bungkus kot.

    • selamber says:

      nanti kalau ank bos diorang kawin suruh je tetamu bawak makanan sendiri dari rumah ye..baru la jimat..hehe..picnic

  20. darah daging umno says:

    ingin ku katakan pada mu teman jangan sibuk hal keluarga orang lain kau jaga saja keluarga kau.daging yang ada pada badan anwar pun terhasil dari duit umno dan jalan yang kamu lalu sekolah yang kamu belajar universiti yang kamu masuk semua umno dan bn.apa yang pkr boleh buat jaga selangor pun kelam kabut aku hidup dibawah umno aman sejak parti kau pkr tu ada macam macam hal jadi.

  21. […] SETERUSNYA…http://www.mykmu.net/?p=17367 Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. […]

  22. Mahpus Mampus says:

    ok..ok lepas ni PM kita buat kenduri kawin kat dewan orang ramai tak pun kat rumah2 PPRT kat Lembah Pantai ke, Sentul ke..tapi bila jalan jem orang marah gak..dah kalau semua tak bleh..pastu geng2 pembangkang pun kena buat camtu gak..Tapi kalau dah ada peruntukan untuk itu bagi jawatan PM itu, apa masalahnya? Kalau anak pak Berahim Keliwon tu korang ok je kan..

  23. melayu kata says:

    buat grand salah…
    buat kat car porch nanti org kata kedekut pulak…
    itu lah mentaliti pembangkang..
    tau nak membangkang dan cari kesalahan org je..isisisisisisisisssssss

  24. usus says:

    kalau betul dia pemimpin yang baik… anak dia tunang buat kenduri makan nasik kawah sudah… ni baru tunang. kawen nanti mau sejuta agaknya. ohhh, xpe, nanti ramai orang nak sponsor kan. daging gulai xyah risau dahhh, ada yang nak sponsor dak?

  25. insider says:

    kalau takut akan kebenaran
    usah bicara tentang perjuangan

    debat najib n anwar

    anwar suda on, najib bila lgi..

    ulama Islam n father kristian suda debat

    ahli sunnah wal Jamaah suda debat jgk dgn puak2 syiah… xd alasan utk djadikan debat itu budaya barat.kikiki

    ‘haramjadah’ najib said, not me…

Leave a Reply