Menu Utama

Pakatan Haram Berani Letak Lim Kit Siang Jadi Calon Parlimen PAGOH?

Meneliti gaya dan corak politik Pakatan Haram, boleh dikatakan bahawa mereka kini sedang menyusun strategi untuk menyerang negeri-negeri di bahagian selatan tanahair yang berada di bawah pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri BN.

Malah, mereka mendabik dada mengakui di media-media rasmi mereka mengenai fokus yang lebih diberikan bagi merampas negeri-negeri BN di bahagian Selatan pada PRU ke-13 yang akan datang.

Antara negeri-negeri yang menjadi sasaran mereka ialah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Dalam ertikata lain, mereka mahu menawan kubu-kubu kuat BN tersebut.

Antara yang telah di bawa ke selatan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang selama ini diberikan kerusi selesa di Kubang Kerian. Mazlan Aliman baru-baru ini pula yakin bahawa PAS mampu menawan 17 kerusi di Johor.

Malah, AJK PAS Pusat, Zulkefli Mohamad Omar memberi amaran bahawa akan berlaku ‘tsunami politik’ di negeri-negeri Selatan. Dan dia memujuk orang Melayu di selatan dengan mengatakan bahawa ‘tidak logik DAP akan perintah negara sekiranya Pakatan Haram menang PRU’.

Nampaknya, Pakatan Haram sedang menuju jalan buntu. Apa mereka fikir BN di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan itu “tunggul kayu” atau “batang pisang” yang kaku dan beku? Tak tahu melawan atau mempertahankan negeri-negeri mereka apabila diserang agen Yahudi dan kafir harbi?

Seranglah kalau berani dan kita sama-sama lihat hasilnya pada PRU ke -13 nanti. Saya cabar Pakatan Haram untuk letakkan ‘hardcore-hardcore’ mereka di negeri-negeri Selatan.

Pertamanya, letakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Pagoh. Kita lihat bagaimana dia mahu ‘berkungfu’ dengan Timbalan Perdana Menteri. Dipersilakan pula Karpal Singh bertanding di Melaka. Kalau boleh di DUN Bukit Katil atau mana-mana Parlimen di Melaka yang dia suka.

Kemudian tolong calonkan Hadi Awang di DUN Bagan Pinang atau mana-mana Parlimen yang dia suka di Negeri Sembilan. Setakat hantar Salahuddin Ayub, ia dilihat tindakan ‘membunuh’ Naib Presiden PAS itu.

Kalau Mazlan Aliman mahu rasakan ‘kemenangan lebih besar’, cuba calonkan pula Nik Aziz Nik Mat lawan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman di DUN Serom. Kalau Nik Aziz menang, lantik dia jadi MB Johor pulak. Macamana? Berani?

Anwar pula letakkan di Bagan Pinang. Suruh dia lawan di DUN milik bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Alah! Takkanlah dengan Tan Sri Isa Samad pun Anwar takut nak lawan? Bukankah slogan Anwar ‘lawan tetap lawan’? Berani ke?

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak serang negeri-negeri selatan, letaklah kepala-kepala Pakatan Haram di sana dan kita tengok siapa yang menang, siapa pula yang hilang wang deposit!

Saya tertanya-tanya. Sedangkan negeri-negeri di utara pun Pakatan Haram belum tentu dapat pertahankan, apatah lagi negeri-negeri di selatan. Di Kedah misalnya huru-hara. Bukan kerana UMNO buat kacau, tapi PAS sendiri yang kacau bilau.

Sudah la pentadbiran Azizan tidak disenangi puak-puak PKR dan DAP, puak-puak PAS sendiri mahu menggulingkan kepimpinan MB Kedah itu. Teruk Azizan dibalun siang dan malam hingga terjejas kesihatannya yang memang sedia terjejas pun sebelum ini. Nak kasi Azizan mati cepat ke?

Selamatkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Insiden kampung Buah Pala masih segar dalam ingatan kaum India di Pulau Pinang. Sebut nama Guan Eng di depan kaum India di negeri jiran, Perak, memang meludahlah mereka. Bayangkan pula reaksi kaum India di Pulau Pinang. “Kalau boleh, nak angkat parang”, kata mereka.

Melayu Pulau Pinang sudah dihambat keluar dari kawasan pulau di Pulau Pinang. Di pulau hanya untuk orang-orang Cina DAP sahaja. Guan Eng buat rumah-rumah dan kondo-kondo mewah yang mahal harganya dan tidak mampu dimiliki oleh bangsa bumiputera, khususnya Melayu.

Kaum Cina MCA dan Gerakan pun turut dihalau dan disekat ekonomi mereka. Perniagaan mereka diganggu dan mereka mengalami kerugian besar. Tapi, memandangkan kaum Cina ini mementingkan ekonomi dari masa depan, mereka terpaksa berlakon menyokong DAP untuk meneruskan urusan ekonomi mereka…

Perak? Itu kena tanya Nizar Jamaluddin. Khabarnya, DYMM Sultan Perak memang tak berkenan langsung dengan Nizar. Entah kenapa DYMM Sultan Perak tak suka pada Nizar. Sengaja, kot? Ngeh dan Nga? Itu boss Nizar. ‘A’ kata Ngeh dan Nga, maka ‘A’lah yang perlu Nizar sebut. Kalau ‘B’, maka ‘B’ lah. Puppet itu memang taat pada tuannya…

Selangor pula memang tengah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau nak diukur MB Selangor yang tak tahu sikat rambut, dah tentu Selangor bungkus! Mujurlah Ronnie Liu dan konco-konconya begitu bagus merancakkan ekonomi Selangor dengan rumah-rumah urut, pusat-pusat hiburan dan pub-pub maksiat yang tumbuh bagai cendawan.

Dengan kemakmuran ‘maksiat’ di Selangor, rakyat Selangor secara majoritinya gembira dengan perubahan tersebut dan akan ‘memilih’ Pakatan Haram lagi pada PRU ke-13. Apatah lagi mereka sudah berjaya menggulingkan Hasan Ali, maka tiada siapa lagi yang akan melarang mereka menghancurkan Selangor!

Dengan senario ‘strategi menyerang negeri-negeri selatan’ dan keadaan terkini di Kedah, Pulaun Pinang, Perak dan Selangor, apakah yang kita boleh jangkakan pada PRU ke-13 nanti? Silap-silap, Kelantan pun melayang dari tangan PAS…!






89 Komen to Pakatan Haram Berani Letak Lim Kit Siang Jadi Calon Parlimen PAGOH?

  1. KUKUKAMBING says:

    sebenar nya ura ura untuk menghantar Salahudin Ayub atau panggilan manja nya Din pudu sentral ni ke Johor boleh di umpamakan menghantar lembu ke rumah sembelihan .Ini disebabkan si Din ni ramai yang maklum antara beberapa batang pemimoin PAS yang punya rekod moral yang tak berapa cantik
    so cara yang paling cantik ialah dengan menghantar si Din ni ke Johor untuk di korban kan

    • bujuk says:

      Logik la bro… buat apa hantar Salehuddin ke Kelantan dua musim dulu kalau sekadar nak sembelih dia? PAS ada strategi.. kita hantar Kepten untuk kembali sebagai JENERAL. Masa d hantar ke kelantan Salehudin bukan pesuruhjaya Johor, tapi bila balik Insyaallah dia akan jadi Pesuruhjaya dan MB Johor. Maknanya dia akan lebih kuat dan hebat.
      Bukan seperti UMNO nak jatuhkan Muhyiden dulu bawa dia ke federal maka kekuatan dia berkurang, terpaksa mula semula dari MT sedangkan waktu tu dia dah Naib presiden. Apa kementerian yg. Muhyiden sandang? dari MB jadi Menteri Sukan… maknanya turun taraf, kemudian menteri pertanian, sekarang baru naik balik jadi menteri Pelajaran, pun sebab dah jadi TPM. Malah ikut hiraki dia masih d belakang Hishamudin sebab hisham dah jadi menteri pelajaran dan pengajian tinggi, sekarang men. dalam Negeri yg. mana lebih kanan dari menteri Pelajaran.

      • raplahjingaa says:

        ooooo…macam tu, hehe…analisa hang ni bujuk…letak Pak Lah sebagai PM pun hangpa tak boleh rampas putrajaya……

        teruskan beranalisa….portfolio agama kat selangor pun hangpa tak boleh nak maintain..hehe

  2. Bulan Empat says:

    kalau dengan meletak LKS di Pagoh kelihatan macam agenda bunuh diri kejam, LKS boleh test power dengan Datuk Shahril di JB dulu.

    Ternyata incident ‘flash in the pan ‘ 4 tahun lepas membuatkan mereka ini menderita oleh penyakit hydrocaphlous. Penyakit (selalu nya kanak2) yang membuat kepala jadi besar dan berisi air.

    Dalam kes mereka ini wabak ini membuat kepala mereka menjadi terlalu besar melebihi kemampuan badan mereka untuk menampung berat kepala itu.

    Semoga outcome PRU13 menyedarkan kaum ini dan akan sembuh dari derita sakit kepala besar yang mereka deritai.

  3. tony gunawan says:

    Salahuddin Ayub,MB johor baru!

  4. Mooohyideen says:

    Dokumen seleweng telah dibakar – Imam baling kasut
    Posted on Saturday, March 10 @ 04:00:00 PST
    Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

    Artikel Blog SharpShooter

    Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa Imam sampai marah hingga membaling kasut kepada hakim. Isu sebenar tentang penyelewengan duit masjid yang beliau bawa sejak tahun 1999 tetapi malangnya hingga kini tidak selesai.

    Mahkamah Persekutuan menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib.

    “Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua,” kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

    Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.

    “Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

    “Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara,” katanya dalam laporan polisnya.

    Ikuti luahan Imam Hoslan dalam video dibawah.

    Sementara itu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.

    Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.

    Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

    Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan (gambar).

    DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.

    Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.

    “Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.

    “DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau,” katanya.

    Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan Hussin, imam yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim.

    Manakala Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada seorang imam, Hoslan Hussain sebagai keterlaluan dan zalim.

    Semalam, mahkamah persekutuan menjatuhkan penjara setahun ke atas Hoslan kerana menghina mahkamah, berikutan tindakannya membaling selipar ke arah panel hakim, bulan lalu.

    “Hukuman tersebut tidak wajar dan bersifat zalim.

    “Kes ini sewajarnya ditangani dengan prinsip belas kasihan, namun Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya,” ujar Surendran dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, Hoslan mempunyai tanggungan 7 orang anak dan melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosinya, ekoran kesnya itu telah tertangguh sejak 1999.

    Surendran yang juga seorang peguam berkata, mahkamah sepatutnya mempertimbangkan keputusan itu secara adil memandangkan Hoslan juga tidak diwakili peguam dan dinafikan hak membela diri.

    “Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda,” katanya.

    Menurut Surendran, badan kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik dan membuat keputusan berteraskan moral dan bukan dengan hukuman memenjarakan rakyat.

    Justeru beliau menggesa pihak kehakiman merenung kembali kelemahan mereka kerana keyakinan rakyat terhadap institusi itu kini semakin berkurangan.

    “Rakyat menganggap pihak kehakiman tidak bebas dan gagal melindungi hak asasi mereka. Kurangnya keyakinan ini bakal mengundang peristiwa sama seumpama insiden melontar kasut baru-baru ini,” ujarnya.

    Kalau Takut Dipukul Badai…Usah Berumah Di Tepi Pantai…
    Amizudin Ahmat (Din Binjai)
    http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

    • jebat says:

      Blog SharpShooter..telah disaman oleh rais yatim..dan..rais yatim menang.. kesian SharpShooter lepas ni muflis..mooo percaya bulat2.. elok la tu sekor penyamun sekor lagi penyangak..

    • fabregaz says:

      makin ramai la lps ni penyokong pembangang yg akan baling selipar kat hakim asal tak puas hati..masuk jel pun anak bini ada org sponsor pa da hal..

  5. Mooohyideen says:

    Kami berani, Tapi pada masa yg sama, umno kena berani jugak letak Najib kat Parlimen Batu KL.

  6. tony gunawan says:

    betul ,suruh juga chua soi lek tanding di marang!

  7. Mooohyideen says:

    Bila Tun M kata Hukum Hudud tiada dalam al-Quran, ada ulamak UMNo yg beranai bersuara menegur??? ada org UMNO dalam Mykemut ni tegur??? Semua mempertahankan kebejatan..bersekongkol dgn org memutar belitkan Hukum Allah.

    • armandulA says:

      Sudahlah tu moooo…oiii asyik merepek-repek jo ikau ni. Memang benar Tun M kata tiada hudud dalam Alqruan,maksudnya hudud tu bukan bermaksud zina & curi yang mesti diberi keutamaan dalam pemerentahan negara. Dalam Alquran dikatakan terdapat 6000 ayat bercerita tentang kosmos & cara hidup manusia di bumi sebagai khalifah. Ese maksudkan bukannya Khalifah Lim Guan Eng tu hah tapi manusia menadbirkan bumi sebaik-baik mungkin untuk keselesaan di dunia maupun di akhirat. Alquran bercerita bukan setakat solat,naik haji,puasa dan amalan fardu yang lain. Ia juga mengajar umatnya menjaga persekitaran,berbuat baik kepada semua makhluk dan apa yang penting supaya kita memanfaatkan ilmu demi kesejahteraan sesama insan.Umat bukan bermakna muslim tetapi semua penganut agama & ideologi.

    • jebat says:

      apa nak heran mooo..halal atau haram skrg bergantung kpd parti..ust PKR khalwat ada pas bersuara? pemimpin pas bersalam dgn penjual daging babi boleh pulak? yg tu pun ko halalkan ke?

      • Mooohyideen says:

        Ada buat siasatan??

        • jebat says:

          masalahnya ko taksub dgn teori konsipirasi.. sampai taknak percaya langsung realiti..masa ni ko suruh siasat pastu dah siasat ko tak percaya pulak..bersalah atau tidak ko tanya selera ko je..mana boleh bro..

          • Mooohyideen says:

            Masalhnya ko ingat ini tahun 1980an/1970 an… Ini 2012 la… ko jer yg bodoh…

          • raplahjingaa says:

            Tahun 2012 ni mooo….memang tak sama dengan tahun 70an…Malaysia di bawah BN dah makin maju…

            yang tak maju dan yang macam tahun 70an…pembangkang jer mooo. Maka tak hairan lah pembangkang Malaysia di anggap sebagai pembangkang yang paling tepu di dunia…

            celik mata jer…nak membangkang..apa yang hangpa bangkang pun hangpa pun tak tau ! tak kesian ke moo ?

      • bujuk says:

        Alooo… khalwat memang salah tak kira sapa buat. masalahnya betul ke berlaku khalwat?
        Bab salam dengan punjual babi.. aku nak tanya ada mana2 ayat quran atau hadis yg.halang kita bersalam dengan orang yg. berdosa atau zalim ? tapi ada ayat quran dan hadis haramkan kita bersalam dengan perempuan bukan mahram, yg. ni korang tak berani tegur pemimpin korang buat… kenapa?

        • raplahjingaa says:

          Masaalahnya ? mana ada masaalah bujuk….cuma adalah sikit-sikit manusia yang tak boleh terima kenyataan….adalah sikit-sikit manusia yang asyik tertipu dengan janggut sejemput dan lebai sebesar kuali…

          sikit jer masaalahnya bujuk….hehe

        • fabregaz says:

          lepas ni p la bersalam dgn penjual arak penjual pompuan penjual chinadoll penzina peliwat..klu nak dakwah tu takpe la jgk ni sbb nak undi piirahh..hg ada tegur anwar salam pompuan bukan mahram?

  8. Mooohyideen says:

    Kisah org BN salah guna kuasa lagi…:

    Bersih says deportation shows Taib fears high voter turnout
    The Malaysian InsiderThe Malaysian Insider – 8 hours ago

    Email
    Print

    Related Content

    Bersih says deportation shows Taib fears high voter turnoutEnlarge Photo

    Bersih says deportation shows Taib fears high voter turnout

    By Shannon Teoh

    KUALA LUMPUR, March 10 — Bersih accused Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud of fearing a high turnout in the coming general election after its steering committee member Maria Chin Abdullah was denied entry by the state this morning.

    The electoral reform group said in a statement this afternoon that Maria flew to Kuching to launch the Jom100 campaign aimed at achieving 100 per cent turnout to avoid electoral fraud.

    “Taib’s act clearly shows that he is terrified by high turnout of Sarawakians in the coming general election,” it said.

    She is the fourth Bersih leader to be stopped from entering the state.

    Bersih chief Datuk Ambiga Sreenevasan was refused entry during the state polls last April and the High Court ruled against her in August when she tried to challenge the state government’s decision.

    Sarawak and Sabah are allowed to deny entry, even to Malaysians, under the agreement to form Malaysia in 1963 with Malaya and Singapore, but must give a reason for doing so.

    Bersih said today Taib had abused the immigration control power given to the state as it was only meant to “prevent economic transmigration and not political and social interaction between east and west Malaysians.”

    It said that section 67 of the Immigration Act clearly protects the right of “a citizen entering the East Malaysian State for the sole purpose of engaging in legitimate political activity.”

    Ambiga was stopped at Kuching International Airport on April 15, but no reasons were given as to why she was barred from entering the hornbill state where she was to monitor the polling process the next day.

    The former Malaysian Bar president was travelling with two other Bersih 2.0 committee members — Subramaniam Pillay, a member of Aliran,

    and Arul Prakash, a programme officer of Komas — and Ivy Josiah, executive director of the Women’s Aid Organisation.

    The trio were allowed in.

    Maria joins a list of activists who also include Haris Ibrahim, Steven Ng, Cynthia Gabriel, Wong Chin Huat, Johan Tan and PKR’s Subang MP Sivarasa Rasiah, who were denied entry to the state in the days leading up to the state election where the ruling Barisan Nasional (BN) easily obtained a majority.

    Long-serving Chief Minister Taib has not responded to criticisms about denying entry to Malaysian activists while Putrajaya has also remained silent over a citizen’s right to free movement within the federation.

    • raplahjingaa says:

      Lagi cerita rakyaat Selangor di tipu PR…hehe

      Berikut terjemahan Malaysia Today bagi tajuk RPK Dedahkan Rasuah, Salahguna Kuasa Di Selangor :

      Kerajaan Selangor mahukan saya tampil dan kemukakan bukti konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku pentadbiran negeri. Saya akan buat. Pada masa yang sama, saya akan kumpulkan bukti bagi kerajaan negeri tersebut melihat hingga ke dasar, namun wajar mereka melihat dua hal ini dulu.

      Kes pertama melibatkan ipar Azmin Ali, Johan Taharin. Johan menemui seorang pemaju yang menghadapi masalah kelulusan sejak Pakatan Rakyat menguasai empat tahun lalu.

      Saya mengenali pemaju ini beberapa tahun. Dulu dia adalah pengundi MCA. Pertama kali pada tahun 2008, dia mengundi Pakatan Rakyat. Dia pernah memberi peluang untuk saya berucap kepada jiran-jiran, sahabat handai dan keluarganya di rumahnya sendiri supaya undi akan diberi kepada Pakatan Rakyat. Hasilnya, ada sahabat handainya yang pulang dari Australia, Kanada dan Amerika Syarikat semata-mata untuk mengundi Pakatan Rakyat.

      Pemaju ini mengadu si Johan datang ke syarikatnya setelah mengetahui dia menghadapi masalah dalam mendapatkan kelulusan untuk membantu, dengan bayaran tertentu.

      Pemaju ini bertanya kepada Johan apakah kepastian kelulusan diperoleh selepas dia membayar kepada Johan? Adakah boleh dia membayar selepas kelulusan diperoleh, daripada membayar sebelum kelulusan? Ini kerana urusan projek tersebut ini melibatkan jutaan ringgit.

      Johan menyebut dia hanya mewakili Azmin Ali dan jika mahu Azmin boleh didatangkan untuk kepastian lanjut.Para pemaju ini hanya menyebut mereka akan fikirkan tentang itu. Pemaju tersebut menelefon saya memaki hamun saya. “kamu undi PR sebab kamu. Sebelum ni kami penyokong MCA. Sebab kamulah pertama kali kami sokong PR.”

      Apa bezanya PR dan BN kalau mereka juga mintak rasuah?”. Pemaju itu kemudian bertanyakan saya apa yang patut di lakukan. Perlukan mereka membayar permintaan itu. “Adakah saya dijamin mendapat kelulusan selepas membayarnya?”. Saya memberitahu si pemaju itu, kita undi Pakatan Rakyat untuk menamatkan rasuah. Tapi jika kini kita perlu membayar suapan bawah meja kepada Pakatan Rakyat, mengapa susah-payah kita perlu menendang BN? Kan lebih baik kekalkan sahaja BN?

      Si pemaju tidak membayar rasuah tersebut dan sudah tentu kini projeknya tersangkut. Dia bersumpah akan berkempen menentang Pakatan Rakyat dalam PRU mendatang.

      Kes selanjutnya ialah berhubung kerja-kerja guaman yang disalur keluar dari jabatan perundangan MBPJ kepada kumpulan peguam yang telah menjadi barisan pemimpin PKR.

      Sejumlah besar kerja berkait undang-undang yang serah kepada pemimpin-pemimpin ini mencetus rasa tidak puas hati dikalangan ahli majlis bandaraya yang terdiri dari wakil Pakatan Rakyat sendiri. Mereka berdiam diri demi kepentingan penyatuan parti. Mereka berpendapat jika mereka menceritakan hal ini, ia akan membahayakan peluang PR untuk pertahankan Selangor pada PRU mendatang.

      Peguan-peguam ini ialah Derrick Fernandez dan Lateefa Koya, yang juga ahli majlis MBPJ dan pemimpin PKR, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Timbalan Presiden PKR yang baru, N. Surendran. Lateefa juga bekerja dengan Daim & Gamany, syarikat guaman Sivarasa.

      Kerja-kerja penting berkait guaman di MBPJ telah dialihkan tugasnya ke firma Sivarasa, Surendran dan Derrick atas pengaruh Lateefa Koya dan Derrick. MBPJ sepertinya hak PKR. Jika ini bukan korupsi, apakah sekurang-kurangnya konflik kepentingan?

      Anwar tahu akan hal ini tapi membiarkan. Anwar tak perlulah menyuruh saya sediakan angka-angka pula lepas ni sebab semuanya boleh diperoleh dari MBPJ.

      MBPJ perlulah telus mendedahkan jumlah sebenar kerja guaman yang diberi kepada tiga buah firma ini dan semua yuran guaman yang dibayar kepada mereka sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

      Daim dan Gamany berpindah dari pejabat selekehnya sekitar masjid India ke pejabat yang bagus berhampiran menara MBPJ. Surendran pula bukan lagi peguam miskin. Selalunya menaiki Proton Saga buruk mencari kerja. Sekarang dah ada pemandu dengan kereta kontinental. Kekayaan sekelip mata.

      Firma Surendran bernama Edwin Lim Suren & Soh dan firma Derrick pula ialah Derrick Fernandez & Co. Sivarasa juga dalam senarai ahli lembaga pengarah Kumpulan Perangsang Selangor dan menikmati elaun pengarah berbelas ribu sebulan selain kerja-kerja guaman MBPJ.

      OK, seperti saya sebutkan, marilah kita mulakan dengan dua kes ini sementara saya mendapatkan bukti-bukti untuk kes lain.

      • selamber says:

        waduh2 macam ini yg dikatakan memperjuangkan hak rakyat..padahal rakyat yg asik kene tipu..hmmmm..pandai menagata UMNO korup tp..PKR (pakatan haramjadah) lebih buruk perangai lg..

        AYOOHH SEKIAN RAKYAT MALAYSIA..SINGKIRKAN PAKATAN HARAM INI..!!

  9. melayu_islam says:

    yelah…setakat ni x da sorang lg yg jawab soalan aku…bebelas kali aku tnya pasai apa mader kta x da hudud dlm quran..dikata plak rekaan ahli feqah…cacai semua ni tuduh org sesat…nk tau jgk pasai apa jd bisu semua bila sebut pasai mader…sbb takut dgn mader kah???..pasai apa x tegur org tua tu..x kesian kt dia ka..smoga umo dia pnjang lg..sempat la betaubat..

    • Mooohyideen says:

      Ini kes berat ni….. Tak pa dalam umno kalau nak hina Al Quran tak pa…jgn hina/lawan Pemimpin UMNO cukup…

      • raplahjingaa says:

        Hudud PAS mana ada berat moooo…cuma jenaka ringan jer..haji adi pun dah tak layan…hangpa pecacai-pecacai bawahan no class jer dok guna modal tahun 70 an…wake up moooo !! l

    • bujuk says:

      Ulamak politik UMNO memang takkan tegur kesalahan pemimpin dia secara umum(terang) jaga peribadi/maruah pemimpin katanya, tapi yg. pemimpin dah sesatkan ramai pengikut dia sebab buat kenyataan umum diorang tak kira pulak.

      • raplahjingaa says:

        Cerita pasal hudud ! macam la hangpa ahli agama…minta maaf banyak-banyak…ulamak hangpa pun kata hudud tak mendesak….tu hudud PAS…hangpa yang low level ni lebih-lebih pulak….minta maaf noo, hanpa pi round up bebudak taska PASTI hangpa pi kelentong depa…kot-kot depa percaya..hehe

        kat sini….hmmmm, hangpa ni macam langau jer…hang paham kan ?

        • bujuk says:

          beza bro.. tak mendesak dengan takdak sebut dalam Quran.
          Tak mendesak maknanya tak perlu d segerakan, tapi mesti ada niat nak laksanakan. Macam solat zohor jam 1.30pm, tak mendesak maknanya pukul 2.00 nanti kita solat la, sebab dah lapar sangat. Berbeza dengan kata dalam Quran tak sebut suruh solat zohor.
          Harap ko nampak contoh aku buat… wallahualam.

          • raplahjingaa says:

            aku tak nampak contoh yang hang buat….minta maaf nooo…

            yang nampak aku rasa-rasa karpal sink dan sekutu-sekutunya…tapi dia dah kasi warning !

            senyap ruyup !! pejuang konon…pejuang taik minyak !

          • bujuk says:

            ikut ko la… Allah bagi akal pada ko kan. Jangan sampai niat permainkan Islam sudah, buruk padahnya…

    • raplahjingaa says:

      hang silap tu…Tun kata tak ada hudud PAs dalam kitab…aku pun kata tak ada hudud PAS dalam kitab !!

      lagi pun kan aji adi dah kata…hudud tu hanya 0.001% jer drp Islam…

      sek 14, enekmen jenayah PAS ! hahahahah….isteri dibolehkan di liwat suami !!

      hangpa ni bab-bab macam tu…hangpa minat..hangpa buat undang-undang sendiri !!

      hangpa tak takut hukuman Allah swt ke ?…opps ! hangpa ada voucher ke syooorga…ia tak ia jugak…lupa pulak aku !

      • bujuk says:

        celaka lah orang yg. merendah2kan hukum Allah dengan menambah2 perkataan yg. tiada, dengan niat mereka boleh terlepas dari hukum Allah. Sesungguh Allah mengetahui apa yg. ada d sebalik hati kamu, janganlah kamu sangka Allah tidak mengetahui. Dan ingatlah azab Allah itu amat pedih.

        • raplahjingaa says:

          Alhamdulillah hang sedar jugak akhirnya….

          celako ! celako ! celako ! opps !…tapi sek 14 enekmen tu…hangpa tak pedih pulak , malu la sikit bujuk oiii..

          orang yang macam hangpa la yang membuatkan penganut agama lain memandang serong kat Islam…

          cheh PAS ! haram seduit pun tak guna.

          • StinGray says:

            semoga bujuk kembali kepangkal jalan, sebelum kembali ke dalam sana…kalau ada tiket lbih, bwk mai sikit….pi la tanya pok nik sat…ada tak lg….aku tunggu ni bujuk…

          • bujuk says:

            Allahlah yg. lebih mengetahui apa yg. ada d sebalik hati2 orang munafik dan Allahlah pemberi balasan yg. adil.
            Aku pernah tanya banyak kali…
            Tolong jawap aku.. APA HUKUMAN MELIWAT ISTERI? HUKUM HUDUD, QISAS ATAU TAKZIR?
            Tolong jawap… kalau tak tau p tanya Ustaz2 UMNO.

          • melayu_islam says:

            depa x brani jawab..dah tau ilmu x ada dlm agama..nk ikut ckp ustaz meke…tgk prangai la cmne…main kutuk je x tau hujung pangkal..org mcm ni dah la jahil bodoh sombong plak…pendek akai sungguh…

          • raplahjingaa says:

            laaa..apasal hang nak tanya pulak..?? hang pi baca tengok apa termaktub dalam sek 14 enekmen jenayah PAS….hang pi baca nooo..

  10. penyokongketuanan says:

    Walau apa pun, pada benak saya, kesilapan yang paling besar adalah bagi Pas untuk bersekutu dengan LKS yang terang anti Melayu dan condong pada komunis. Ramai ahli Umno yang tikam parti sendiri dengan memangkah Pas pada pilihanraya yang lalu. Peti undi di tempat saya Pas menang walau dalam kubu kuat Umno. Tapi apa Pas buat sekarang? Kutuk nasionalis, kutuk DEB, kutuk pejuang bangsa, tidur sebantal dengan komunis, nak bagi bukan Melayu sebagai timbalan, sahabat baik dengan pejuang LGBT, dan yang paling besar sekali, orang tak bermoral dan menyokong Israel nak diangkat jadi PM. Dah gila ke apa? Kalau beginilah bentuk pemikiran parti yang kononnya berteras Melayu, nak minta sokong ke? Dah tikam bangsa, dah tikam agama di Selangor, dah tikam Sultan di Perak, dah tikam Melayu di Pulau Pinang, dah tikam pemimpin sendiri di Kedah, nak minta sokong lagi? 80% kempen berbentuk negatif.
    Kutuk sana sini, dan pada yang sama jilat juga kemakmuran yang khas untuk Melayu yang telah diperjuang oleh Umno. Bell rumah harga Melayu, beli saham khas untuk Melayu, sekolahkan anak di sekolah khas untuk Melayu. Tapi Khalid Ibrahim nak buka juga Uitm pada bukan Melayu. Orang Melayu tak boleh marah ke?
    HARAM JADAH PEMIMPIN MELAYU PAKATAN TIKAM BANGSA SENDIRI!

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.

    • Mooohyideen says:

      Kepada Penyokong Ktuanan:

      Bila DAP tu komunis??? Ini propaganda pemimpin umno untuk menakut nakutkan kaum melayu. Bila DAP hina Islam??? MCA beberapa kali menghina Islam, apa tindakan UMNO???

      Kita kutuk kerana DEB sampai sekarang tak capai matlamat dia. ko tahu ke apa matlamat DEB?
      i. Capai 30% share of wealth by Bumi
      ii. reduce wealth gap betwen races

      since 1970 pesal tak capai??? Pesal melayu yg kaya mostly hanya pemimpin2 umno dan keluarga mereka??? Skg tak silap aku melayu kedua terkaya ialah tidak laiin dari anak Tun (no 14) tak silap aku…apa sumbangan mamat ni kepada bgsa dan agama?? Selain darimeriah dalam Malaysia Tatler dan dgn Bugatti Veyron serta Pagani Zondanya???

      Bila kami menghina pejuang bangsa??? Siapa pejuang bangsa yg ko maksud kan??? Tun M ka?? mamat sekular yg merosakkan struktur negara Malaysia ni maksud ko??? Kalu Aziz Deaman, Mat Kilau, abd Rahman Limbung dsb itu kami sanjung

      Bila DSAI sokong Israel. Itu propaganda umno and a statement yg org umno tak dapat paham. So Kalau umno bagi projek kat APCO (publicist dar Israel) dgn nilai kontrak RM76 juta tak per??? Itu pun setelah ditegur..kalau tak lagi byk kontrak umno kasi.

      Kalau shama tu siapa yg jual??? Tak kan tak boleh buat siasatan??? Saham yg being allocated kepada bumi lebih RM50 billion, tapi sekarang tinggal RM2 billion. ini statemen pemimpin2 umno sendiri. Mana pi??? Aku tahu some portion goes to LUTH for eg, tapi tkk kan tak boleh buat account??? Pemimpin umno tak nak…sbbb nanti akan jelas lah kelihatan masuk poket mereka dan famili2 mereka.

      UITM bila kita bukak kepada bukan melayu pun aku tak nafi kana ada pro dan cons nya. Dgn memasukkan sedikit, kita dapat menghasilkan satu persaingan yg sihat. Realiti dalam sektor swasta, kita kena bersaing. Aku tengok byk local grad ni contohnya dari segi penguasaan bahasa ingeris, amat lemah. ini menyukarkan peluan mereka sendiri,

    • bujuk says:

      Ini semua propaganda UMNO. Kenyataannya rakyat lebih mengetahui siapa d pihak yg. BENAR. Sekarang bukan tahun 80’an.. maklumat d hujung jari dan pelbagai, jadi boleh cari dan timbang sendiri yg. mana benar. Terima kasih K’jaan kerana sekolahkan kami….

  11. Mooohyideen says:

    Nanti bila anak aku nak kahwin esok, aku akan buat kat Hotel KLCC Konvensyen Centre, panggil 2,000 org, semua deduct akaun gomen, boleh ka???

  12. bujuk says:

    hehe.. duke nak ganti ketua PR suka2 letak calon PR ikut selera dia. Bro.. sebelum atur calon PR aturkan dulu calon BN boleh?
    Untuk permulaan letak Najib d KUANTAN yg. ada LYNAS yg. bagi peluang pekerjaan pada ratusan penduduk d Kuantan… kalau boleh la.

  13. penyokongketuanan says:

    Cuba tanya Kit Siang, apa dasar parti Dap? Bukan sosialis ke? Bukan ke Kit Siang pernah perjuangkan Chin Peng balik ke Malaysia? Bukan condong komunis ke? Apa dalam fahaman komunis sosialis ada tempat untuk istilah Bumiputera?
    Siapa cerita Dap hina Islam? Siapa pegang portfolio Agama Islam di Selangor selepas Hassan Ali? Siapa penasihat Agama di Selangor? Kenapa bukan Pas? Kenapa biarkan orang Cina guna “surah Aura” dan orang mabuk petik hadis? Itu bukan penghinaan kepada orang Islam ke?
    Bukan penghinaan ke apa yang dikatakan oleh Mat Sabu? Pemimpin sendiri angkat komunis jadi hero, bila orang kata sokong komunis, marah pula.
    Apa anak beranak awak tak ada saham dalam ASB? Adakah bangsa lain boleh beli ke? Aku tak faham allocation saham ke, apa ke, aku orang kampung, tak pernah belajar universiti. Apa yang aku nampak ramai kontraktor kelas F yang kaya raya. Ramai juga Melayu naik taraf ke kelas A, kemudian sorok duit dalam Tabung Haji. Ini aku nampak sendiri dalam mahkamah, ada yang simpan tunai berjuta dalam akaun Tabung Haji. Dasar DEB juga. Tapi takkan nak laung-laung Melayu dah kaya pada bukan Melayu?

    Nanti sambung lagi. ada kerja.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  14. Mooohyideen says:

    Cuba tanya Kit Siang, apa dasar parti Dap? Bukan sosialis ke? Bukan ke Kit Siang pernah perjuangkan Chin Peng balik ke Malaysia? Bukan condong komunis ke? Apa dalam fahaman komunis sosialis ada tempat untuk istilah Bumiputera?

    Komen: siapa kata DAp Parti sosialis, itu propaganda org umno untuk menakut-nakut kan melayu. Kalau ada komunisme, KDN kan ada. Apa masalah. Kalau lah pernah jahat, Bekas Pemimpin UMNO bukan kah pernah sendiri mencemuh umno (Pak Lah), tapi dilantik jadi pemimpin no Wahid umno.

    Siapa cerita Dap hina Islam?

    Komen: Kat mana DAP hina Islam skg??

    Siapa pegang portfolio Agama Islam di Selangor selepas Hassan Ali? Siapa penasihat Agama di Selangor? Kenapa bukan Pas?

    Komen: Islam hak milik semua. kalau ko nak HA , ko ambik. Bila Tun M memutar belit hukum hudud baru2 inio, mana dia pejuang2 Islam spt HA, dan datuk Z Noordin untuk mempertahankan Islam?? kalau mereka benar2 memperjuangkan islam ler…. Parti umno yg kita tahu tak defend langsung pun…. Bagu jat Jamil Khir pun apa komen dia bila Tun M kata macam tu??? Siap guna duit zakat bayar lawyer fee lagi….

    Kenapa biarkan orang Cina guna “surah Aura” dan orang mabuk petik hadis? Itu bukan penghinaan kepada orang Islam ke?

    Komen : apa salah kah kalau org bukan islam memetik hadith dan ayat al quran-selagi tidak menghina. Chua zoi leks terang2 menghina, apa komen umno??? No komen???

    Bukan penghinaan ke apa yang dikatakan oleh Mat Sabu? Pemimpin sendiri angkat komunis jadi hero, bila orang kata sokong komunis, marah pula.
    Apa anak beranak awak tak ada saham dalam ASB? Adakah bangsa lain boleh beli ke? Aku tak faham allocation saham ke, apa ke, aku orang kampung, tak pernah belajar universiti. Apa yang aku nampak ramai kontraktor kelas F yang kaya raya. Ramai juga Melayu naik taraf ke kelas A, kemudian sorok duit dalam Tabung Haji. Ini aku nampak sendiri dalam mahkamah, ada yang simpan tunai berjuta dalam akaun Tabung Haji. Dasar DEB juga. Tapi takkan nak laung-laung Melayu dah kaya pada bukan Melayu?

    komen:c Apa yg ko melalut ni labu….. Kontraktor kelas F le… Ramai yg taraf kelas A sbb depa ni kroni umno. Contoh, Si Hasfarizam dan Bini Tun Zaki, dapat RM2.2 billion. Mereka tdk ada pengalaman dalam pembinaan, ada kontraktor Kelas F dapat RM2.2 billion project?? Nanti mereka akan bagi kontrak ini kepada org lain, dan sah2 akan meningkat kan kos projek yg akhirnya akan ditanggung rakyat kelak. Ko ni org kg. Tapi maslahnya ko tak berfikir dan tak menimba ilmu serta tak pergi kelas2/majlis2 ilmu. Itu salah ko!

    Nanti sambung lagi. ada kerja.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

    • Cfu says:

      Moo, hang masih buta nak bezakan niat sebenar DAP. DAP ni sebelum dapat kuasa, dia cuma berlakon bekerjasama dengan PAS. Bila dah dapat kuasa, DAP akan jadikan M’sia ni macam S’pore. Waktu tu barulah hang nak menyesal. Tengok contoh di Penang, dah tak boleh berkumandang bacaan Al-Quran melalui pembesar suara masjid & surau. Semasa di bawah Tsu Koon(Gerakan) tak berlaku macam ni pun. Ini baru 1 contoh. Banyak lagi yang tak payah aku nyatakan di sini.

      • bujuk says:

        benda bukan wajib dan sunnah tak perlu pertikaikan bro…
        nak tanya la… ko diri sendiri baca tak quran sebelum solat? Allah suruh baca quran, tapi bukan suruh baca kuat2. Kalau semua orang suka buat la.. tapi kalau orang tak suka tak perlu pertikaikan. Betui bagus untuk ajak orang datang JEMAAH d MASJID. Tapi hang sendiri p solat jemaah ke…?

        • Cfu says:

          Bujuk, kalau hang nak tau aku solat jemaah , hang tengok la komen-komen aku pukul berapa. Cuba perhati betul-betul, komen-komen aku yang dah lepas hingga hari ini jam berapa. Maknanya sebelum tu aku berjemaah di masjid la. Takkan la solat jemaahpun nak bagi tau hang. Bacaan Quran tak payah la nak bagi tau hang. Sebab aku setiap hari mengajar mengaji Quran untuk kelas kanak-kanak dan dewasa. Bukan aku bangga, tapi hang tanya aku jawab la.

        • StinGray says:

          bujuk…hang jaga solat hang dgn anak bini hang sudah la…toksah nk tunjuk alim persoalkan solat org lain…kalau hang solat pun, tp perangai mcm setan, hang pikir sendiri laa…

          • bujuk says:

            Awatnya… ko kata ko Islam, Jadi umat Islam adalah saudara dan tidak sempurna Islam seseorang selagi tidak mencintai saudaranya seperti mencintai diri sendiri.

  15. penyokongketuanan says:

    Yang aku faham la, tak ada istilah bumiputera dalam buku jingga, tak ada hudud. Fahaman Dap hak samarata semua kaum. Dasar Pkr “apa orang Melayu ingat Malaysia ni dia punya?”. Nak letak harapan pada Pas, dia tak boleh tegakkan Islam dalam Pakatan di negeri yang diperintah Pkr.

    Dan yang penting sekali, doa orang Mukminin….

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

    • penyokongketuanan says:

      Kenapa marah sangat bila Melayu dapat projek billion-billion? Orang Pas di Kedah marah juga bila kontrak dapat pada yang bukan ahli parti. Kenapa agenda mengkayakan Melayu dibantah? Kalau rasuah ke, salahguna ke, ambil tindakan ikut saluran sedia ada. Kenapa nak bantah hanya kerana Melayu yang dapat? Kenapa marah sangat bila orang Melayu kaya? Atau memang menyokong hak samarata semua kaum?

      jangan lupa doa….

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • bujuk says:

        bukan marah atau jeles… bagus lah kalau org. melayu dapat projek juta2, maslahnya sekarang dapat cara betul atau salah. Sama juga buat apa marah anak kita dapat duit, tapi kena tau cara dia dapat duit tu halal ke haram? ko marah tak kalau anak ko dapat duit hasil judi, rompak, jual dadah? tentu marah kalau ko orang islam yg. baik kan..

        • selamber says:

          koner ke mana tu bujuk

        • penyokongketuanan says:

          Sebenarnya dasar memberikan keistimewaan hanya kepada Melayu itu sendiri pun tak adil. Ramai bukan Melayu yang lebih layak dapat projek-projek besar. Tapi itulah DEB, mengagihkan kekayaan negara pada Melayu, supaya dapat bersaing dengan bukan Melayu. Sampai bila pun matlamat DEB tak boleh dicapai kalau semua projek kerajaan yang diberi kepada Melayu dibantah dan dipertikaikan oleh Melayu sendiri. Itu agenda Dap yang tak mahu Melayu sama kaya dengan Cina.

          Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

          • selamber says:

            itu lah keBODOHan sebahagian kecil melayu islam yg tak faham konsep DEB itu sebenarnya..sebaliknya mereka menanam semangat negatif pulak pada dasar kerajaan tersebut…mmg tak dinafikan & mmg BODOH sebhgian kecil melayu2 ini yg bersekongkol dgn DAP..

          • bujuk says:

            Apakah tuan maksudkan orang melayu takda daya saing? berapa ramai pelajar melayu d MRSM dan Universiti berbanding cina dan India? masalahnya bukan tak mampu, tapi pilih bulu, pilih kroni dan keluarga walaupun takda kemampuan. Bersepah melayu yg. hebat, tapi tidak d beri peluang. Yg. d beri hanya yg. rapat dengan pemimpin dan Parti UMNO. P check kerabat menteri dan ketua UMNO… sebilangan besar dapat tender dan kontrak k’jaan walaupun tiada kepakaran. Inilah sebab melayu tak maju2 walaupun dah lebih 30 tahun DEB.

          • penyokongketuanan says:

            pemilihan pelajar di institusi-institusi yang diasaskan oleh Umno sepert IKM, MRSM,UiTM dan lain-lain tak pilih kroni, cuma pilih bangsa. Anak Nizar pun belajar di MRSM, dia orang Pas, satu Malaysia tahu. Dua lawyer yang join Dap juga bekas UiTm. Tak pilih bulu.
            Pemberian projek kerajaan memang kepada kroni Umno. Ini masalah kepercayaan. Ahli Umno pun tak akan berdiam diri kalau Pimpinan tak beri projek kepada ahli sendiri. Para pemimpin Umno takkan dibiarkan miskin, kerana kos berpolitik amat tinggi. Pas pun serupa juga, phahrolrazi marah pada Azizan sebab projek juga. Khalid Ibrahim tarik balik kontrak Alam Flora dan beri pada kroni juga. Nga Kor Meng beri pada isteri dia lagi. Guan Eng beri pada Ivory projek billion juga. Semua pemimpin tak kira apa parti akan beri pada orang yang rapat dengan dia. Projek Umno takkan beri pada Dap, Projek Pas takkan beri pada Umno. Cuma bila Umno beri pada Melayu, bisingnya macam pemimpin bunuh orang. Takkan semua projek Mega nak beri pada Korea dan Jepun?
            Kalau tak diberi projek, sampai bila pun tak jadi pakar. Tanyalah pada jurutera yang memakai ir di depan nama mereka. Title tu bukan dapat di universiti.
            Kalau nak kaya, rapatlah dengan pemimpin Umno, insya Allah ada bahagian. Berapa ramai yang dah dapat. Atau tubuh koperasi dan minta tanah projek pertanian macam KPMNJ. Kayalah, ada pemimpin koperasi yang dapat Dato’ lagi, walau cuma pencen polis. Bukan aktif berparti pun.

            Ya Allah, selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

          • bujuk says:

            jadi betullah UMNO utamakan kroni walaupun takda kualiti… sebab tu banyak rasuah, sebab tu bagunan runtuh, berkulat, retak, bocor dan sebagainya. Biarlah tak kaya daripada hidup menipu rakyat dan membaham harta negara cara haram. Ini yg. ko kata cara betul… harap ramai orang yg. baca artikel penyokongketuanan dan fikirlah secara bijaksana. Apakah patut orang yg. melabur wang negara secara salah untuk kroni dan parti masih d sokong?

          • penyokongketuanan says:

            Pas pun kroni juga, Pkr dan Dap lagi teruk. Kalau Dap sorilah Melayu dapat projek. Tapi Melayu bodoh tetap sokong,walaupun tahu bangsa sendiri takkan dapat projek kalau dia pegang kerajaan. Walau bangsa sendiri tak dapat beli rumah yang dibina kerajaan Dap (dinaikkan harga hingga Melayu tak mampu beli). sokong tetap sokong. Pro Komunis perintah negeri pun tak apa. Bangsa sendiri tak dapat projek, mampuslah, bukan puak aku. Bangsa sendiri kena hina dengan Dap, buat buta aje. Apa peduli! Asal dapat ke Putrajaya, naik keretapi LGBT, kata Hassan Ali.

            Ya Allah selamatkan kami dari kejahatan mereka yang zalim

          • bujuk says:

            kalau UMNO buat salah ko jangan fikir parti lain pun buat salah yg. sama macam UMNO. P tanya persatuan kontraktor melayu p.pinang diorang dapat projek k’jaan negeri tak? D kedah hingga Exco bantah sebab MB bagi projek pada pimimpin UMNO. D selangor pun sama, semua dapat tak kira parti. Kalau tak dapat projek selama 4 tahun patut2 kontrator melayu UMNO dah bankrup…
            Tak payah buat cerita bukan2 la..

          • penyokongketuanan says:

            Eh rupanya projek pasir kat Selangor tu dapat pada orang Umno. Projek balak kat Kelantan pun orang Umno jugak. Entah-entah projek bayan baru tu pun orang Umno yang dapat. Kat Kedah tu tak sempat, tak apalah, bukan rezeki. Azizan bila nak turun? Kena marah sampai dapat driver baru lagi, tak malu ke? Orang dapat driver kereta, awak dapat driver jawatan.

            Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • Cfu says:

        Sebenarnya Moo tak suka orang Melayu kaya. Sedangkan pada zaman nabi saw, telah ada jutawan Islam iaitu Abdul Rahman b Auf. Abdul Rahman b Auf dalam perang Tabuk telah menderma lebih RM25 juta(200 dinar, 500 kuda & 1,500 unta). Berlainan dengan PAS bila ada ceramah politik, kutip derma masuk poket pemimpin mereka. Moo , hang ni memang suka tengok Melayu mundur macam Kelantan.

        • melayu_islam says:

          x nmpak apa kaitan contoh ko dengan x suka org melayu kaya…

          • selamber says:

            melayu islam yg busuk hati dgn melayu islam lain..mcmni la

          • melayu_islam says:

            busuk ati apa…x dengki langsung dgn duit ntah dpt cara halal ke x jota2 tu…Abdul Rahman Auf pon nk msuk syurga susah..duit byk sgt..setiap sen dikira..sbb tu bila dia byk derma/guna pd jln Allah..bila beliau nk meninggal dia waksiatkan harta dia spye disedekahkan kpd org lain..x byk pon ditinggalkan kpd keluarga…compare dgn pemimpin amno…apa korang mau kata?????

        • bujuk says:

          Abdul Rahman Auf tak mintak projek dari Nabi, dia usaha sendiri. Tak mintak 250 juta untuk ternak Lembu. Tak mintak billout perniagaan dia macam kroni UMNO yg. bankrup. Dia bantu dan berkorban demi agama dan negara madinah dan bukan mintak negara berkorban untuk kekayaan dia.

Leave a Reply