Menu Utama

Nik Aziz, Azizan, Guan Eng dan Khalid Dicabar Umum Tarikh Pilihanraya Negeri Masing-Masing

Marah ada, gelihati pun ada. Rasa nak kutuk ada, rasa nak ketawa pun ada. Itulah yang saya rasa bila terbaca mengenai desakan-desakan para pemimpin pembangkang yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 lebih awal.

Sebelum ini Mahfuz Omar, PAS Wilayah Pesekutuan dan PAS Pahang ada “menyalak” mahu PM umumkan tarikh PRU-13 lebih awal. Terbaru, AJK Pas Pusat dari Kelantan, Nik Amar pula mengambil giliran menyalak.

Dia kononnya menuduh bahawa bukan saja Najin, malah PM-PM dari BN penakut kerana tidak pernah mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal. Betul ke semua PM-PM kita tu penakut macam Nik Amar kata?

Pada saya, kenyataan sebegini adalah permainan politik pembangkang yang akal dan otaknya terletak di kepala lutut!

Apakah dia tidak tahu bahawa mengumumkan tarikh PRU adalah hak prerogatif Perdana Menteri? Jadi terpulanglah bila PM mahu mengumumkan tarikh tersebut. Apa yang dipaksa-paksa? Ikut suka PM lah!

Persoalannya, mengapa pula Menteri Besar-Menteri Besar di Kerajaan PAS Negeri Kelantan, Kerajaan PAS Negeri Kedah, Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan “Gagap” Negeri Selangor tidak pula didesak mereka untuk mengumumkan Pilihanraya Negeri lebih awal?

Sepatutnya, Nik Amar, Mahfuz dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain perlu mendesak Nik Aziz, Azizan Razak, “Khalifah” Guan Eng dan Khalid “Gagap” untuk mengumumkan tarikh pilihanraya bagi negeri-negeri di bawah jajahan pembangkang!

Bukankah selama ini Pakatan Haram begitu kerap “menyalak” bahawa mereka akan mengadakan pilihanraya di peringkat negeri secara berasingan dengan PRU-13?

Katanya, biarpun Najib mengumumkan pembubaran Parlimen dan Kabinet Kerajaan, Pakatan Haram tidak akan membubarkan DUN-DUN di negeri di bawah jajahan mereka. Malah mereka bertekad mahu mengadakan pilihanraya negeri secara berasingan dari peringkat Pusat.

Jadi, sewajarnya mereka mendedahkan tarikh pilihanraya negeri di negeri-negeri jajahan mereka sekarang. Saya cabar! Sebutkan tarikh pilihanraya di negeri masing-masing memandangkan MB-MB itu berkuasa untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN dan tarikh pilihanraya di negeri masing-masing!

Jika mereka tidak dedahkan tarikh tersebut, maka mereka boleh dianggap penakut, pengecut, bacul, poyo dan hina! Malah mereka yang mendesak PM selama ini seperti Mahfuz, Nik Amar dan lain-lain lebih hina dari MB-MB Pakatan Haram tersebut.

Justeru, tak payahlah “menyalak” sesuatu yang Pakatan Haram sendiri tidak berani buat. Tindakan itu hanya akan memperlihatkan Pakatan Haram sebagai satu pakatan yang tidak serupa bikin dan hanya menabur omongan kosong! Memang itu sifat Pakatan Haram, bukan?

Saya pasti, PM akan umumkan tarikh PRU-13 pada masa yang sesuai dalam masa yang terdekat. Beliau bijak kerana tidak tunduk pada ‘salakan-salakan’ pembangkang yang menunjukkan kebodohan mereka itu. Syabas kepada Najib kerana beliau benar-benar buat pembangkang marah. Kerana setan memang suka pada orang yang marah-marah ni…kan?






19 Komen to Nik Aziz, Azizan, Guan Eng dan Khalid Dicabar Umum Tarikh Pilihanraya Negeri Masing-Masing

  1. Mooohyideen says:

    La………….Bila Pok Jib nak bubar Parlimen ni…?????? tak kan PR boleh buabar DUN tanpa bubar parlimen???

    Tanya Pok Jib dulu. ada berani????

    • Jeffry says:

      AGAK2 KHALID GAGAP DH SEDIA KLU POK JIB KATA BULAN DEPAN PARLIMEN BUBAR??..JGN DIA MINTAK TANGGUH MCM KES ANUWAR SUDAA. MAKLUM LERR BYK JANJI PRU LPAS TAK TERTUNAI KEHKEHKEHKEH

      • Mooohyideen says:

        Khalid dah kata last year in November 2011, he need at least 6 month to implement the Budget and program

        Pls check balik…

        • Azman Fi says:

          Marah ada, gelihati pun ada. Rasa nak kutuk ada, rasa nak ketawa pun ada… Janji sebelum PRU12 lagi dah dijanjikan Bulan dan bintang,kemenangan tak disangka Th 2008 tak dilaksana,janji pula selepas budget Nov 2011,itu pun selepas 6 bulan baru nak implement.Tapi yg mangkuk hayun penyokongnya boleh pulak bangga dan setuju apa saja walaupun jelas ianya satu helah dan wayang kulit Pktn Pmbkg ..

          • StinGray says:

            Program rumah urut ke mooo…yg tu aku nampak memang dia dah implement..sukses betul…

        • pandipory says:

          kalau lama sangat..pok nik @ nabi nik pun leh tumpo agaknya..azizan pon leh sewel.. khalid gagap semakin keto gagapnya..yang untung LGE mungkin sempat jual habis tanah negeri pada singapork..huhuhu

  2. Azman Fi says:

    Teka Teki
    Ini lah yg dikatakan BN/UMNO berkuasa, ini juga satu kesedaran kepada Pktn Pmbkg bahawa kamu ni jangan lah Gebang sangat dan perasan yg kamu ni kuat,hingga berlagak seperti yg menang walau pun beberapa Negeri saja.Ini pun kemenangan yg Pktn Harami sendiri pun tidak sedar dan tak sangka boleh menang.Ternyata liur mu basi… Biarkan mereka panas,biarkan mereka gelisah. Ini juga tandanya Gebang Pktn Pmbkg yg sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 bila2 masa saja hanya lah ingauan. Dakwaan yg dibuat menyatakan Rakyat tidak sabar untuk menukar kerajaan hanya lah hayalan untuk menghibur lara yg resah gelisah. memang benar bagai apa yg di kata “Marah ada, gelihati pun ada. Rasa nak kutuk ada, rasa nak ketawa pun ada. Tetapi aku lebih rela memilih untuk ketawa.kerana gelihati pun ada. Hahahahahahahahaaaaaaa Heheheheeheheheheeeee …..

  3. umnototok says:

    Tumpang tawa..hi..hi..hi..hiiiiii…..

  4. arizmaya says:

    YDP Agung atas nasihat PM cuma berkuasa bubar parlimen tetapi tak ada kuasa bubar DUN. Pembubaran DUN adalah kuasa mutlak Sultan/YDP negeri atas nasihat MB/KM negeri tersebut.
    Sebab itu ada negeri dibawah pentadbiran PR berkata mereka mungkin tidak akan membubarkan DUN serentak dgn pembubaran Parlimen.
    Betul kata penulis… anjing2 PR yang menyalak suruh PM umum awal tarikh pilihanraya mungkin terlalu dungu utk mengetahui bahawa MB2/KM PR juga ada hak dan kuasa mengumumkan tarikh pembubaran DUN mereka lebih awal.. Mereka tidak terikat langsung dgn pembubaran parlimen. ya lah..sekurang2nya sebagai contoh utk diikuti oleh PM.
    Ada berani???

  5. Darth Anwar says:

    Aku tak tahu bila Najib nak umumkan PRU13. Lambat atau cepat itu bukan bukti dia takut atau berani.

    Cuma satu yang aku tahu: Najib akan melompat GEMBIRA kalau negeri PR memilih utk bubar DUN pada tarikh berasingan.

    Silakan buat pilihanraya negeri berasingan kalau berani.

    • Mooohyideen says:

      Semenjak bila UMNO berani. UMNO kalau tak ada main media (ejen untuk spin), dah lama bungkus.

      Ko Tanya NajiB announce PRU…

      • raplahjingaa says:

        bungkus apa tu mooo ?….kat 60 tahun dah mooo…tu jer yang ada pembangkang…and tu jer yang ada kerajaan.

        hang tak puas hati ? nak buat lagu mana mooo…hang tu minoriti !

        • StinGray says:

          Media pun media laa…asal jgn main guling2 atas jalan sudah le…purak2 mampus…

          mooo..kerana umno berani la hang beranak kat hospital…kalau umno tak berani tah2 hang beranak kat tepi longkang jea mooo…

  6. Shah says:

    Anwar mengelak untuk hadir dan takut ke mahkamah untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta. Mungkin kes ini akan membahawa cerita Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank dan sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar. Ini lah Anwar sebenar Mother of All Corruption

    • Bulan Empat says:

      Ingat setan ingat Anwar. Ingat najis ingat Anwar. Orang ini bolih buat apa yang setan buat. Jadi kita tak heran.

      • mustaqim says:

        menariksnya…..pada anwar pula….INGAT NAJIS ingat Nik Ajis…..sbb apa….sbb anwar gelar nik aziz wali terompah…dan org melayu pakai terompah ke tempat najis…..bukan saya kata…anwar yg kata…

  7. Bulan Empat says:

    Pihak pembangkang serta puak pencacai mereka yang hina dina itu tidak seharusnya merasa teralu gusar tentang umum atau tidak nya pilihan raya dalam masa terdekat.

    Yang pasti tarikh yang hanya menjadi prerogative seorang PM bolih diumum dan diadakan 12 bulan lagi dari sekarang. Untuk negeri mereka masing masing mereka bolih buat apa yang mereka suka. Mereka bolih rombak, pecat, halau atau cerai dan bergadoh baling kerusi macam selalu sesama mereka sendiri, tak akan ada orang nak kacau.

  8. tony gunawan says:

    eloklah PR(KECUALI KELANTAN) mengadakan pilihanraya negeri berasingan dengan PRU-13 !

  9. Orang kampung says:

    nak gelak pun ada tenguk komen pengokong pr,sebuk benor suruh tanye dato najib bila nak bubar parlimen tetapi hak deme ade kuasa deme pakat diam je,tak ada salahnya pun kalao deme nak bubar dun dulu tanpa tunggu pm umum bubar parlimen.
    itu lah agaknya standard penyokong pr suka2 tepuk air di dulang,patutnya tanya le pemimpin deme tu suruh beri tarik bubar dun kalao takat sebut nov siapa pun boleh bila tiba bulan tu bersilat la menepis kenyataan terdahulu.siannye

Leave a Reply