Menu Utama

Najib Merendah Diri, Anwar Tak Sedar Diri

Merendah diri adalah rahmat, meminta maaf adalah hikmah. Sikap tak sedar diri, itu namanya musibat. Mendukung pemimpin musibat digelar haprak.

Pepatah Melayu ada menyebut, “ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk, jangan ikut resam lalang, makin berisi makin meninggi”.

Dalam konteks politik Malaysia hari ini, resam padi itu jelas merujuk kepada Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sesuai dengan sikap beliau yang sentiasa merendah diri dan tidak pula lokek meminta maaf.

Resam lalang pula secocok dengan sifat Anwar Ibrahim yang suka meninggi diri, kemaruk mengejar kuasa & masih tak sedar-sedar diri sekalipun telah kerapkali mengguris hati nurani rakyat.

 

Putar Belit & Manipulasi

Beberapa hari lepas Pemuda Pas telah memperlekehkan kenyataan maaf oleh Datuk Seri Najib di Kedah & Selangor. Kata ketuanya, permohonan maaf Najib itu langsung tidak mencukupi malah Najib diminta mengembalikan ‘semua hak rakyat yang telah hilang’.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata siri permohonan maaf yang dilakukan perdana menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara.

Namun, kesilapan itu tidak boleh diselesaikan dengan meminta maaf sahaja, tetapi perlu diiringi dengan “mengembalikan hak rakyat,” kata Nasruddin.

“Macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita,” tegasnya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengemukakan analogi itu ketika menyenaraikan “hak rakyat” yang perlu dikembalikan perdana menteri, antaranya bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.
Nasruddin Tantawi, 05 Mac 2012

Kenyataan Ketua Dewan pemuda Pas itu terang & jelas memperlihatkan sikapnya yang bebal & cukup licik dalam bab memutarbelit & memanipulasikan isu, lain yang diperkatakan oleh PM, lain pula yang difahaminya.

Adalah lebih baik, kita imbas semula kenyataan PM untuk memudahkan pembaca memahami konteks kenyataan mohon maaf oleh Datuk Seri Najib supaya kita semua tidak termasuk dalam golongan penglipurlara murahan dan terkecuali daripada memilik sikap buruk sangka dan busuk hati.

“Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

“Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi,” katanya dipetik Bernamapada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.
(Datuk Seri Najib Tun Razak, 26 Februari 2012, Perlabuhan kelang, Selangor)

“Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

“Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf,” beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis turun padang di Baling oleh Bernama.

Bagaimanapun, agensi berita nasional itu melaporkan Najib sebagai berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

“Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.
(Datuk Seri Najib Tun Razak, 03 Mac 2012, Baling, Kedah)

Kedua-dua kenyataan maaf oleh PM di atas jelas merujuk kepada tsunami 2008 yang melanda negara semasa PRU 2008 terutama sekali melibatkan negeri Kedah & Selangor.

Datuk Seri Najib mengakui & redha ketentuan takdir bahawa kegagalan mengekalkan Kedah, Selangor serta prestasi merosot BN semasa PRU 2008 ada kaitan dengan kemungkinan wujudnya kelemahan & kesilapan di pihak BN & pemimpinnya.

Pengakuan yang tulus ikhlas & sikap berhikmah itu langsung tiada kaitan dengan isu propaganda royalti minyak Kelantan mahupun Terengganu sebagaimana cuba diputar belitkan oleh Pemuda Pas.

 

Kegagalan Propaganda

Isu royalti Terengganu hanya timbul pada awal tahun 2000, kerajaan Pas Terengganu pula dihumban oleh rakyat dari singgahsana pemerintahan negeri itu  dalam PRU 11 tahun 2004.

Keputusan PRU 2008 pula menunjukkan rakyat Terengganu teguh bersama BN.

Lainlah kalau dalam PRU 12 lepas, Terengganu jatuh semula ke tangan Pas, maka logiklah untuk mengatakan rakyat Terengganu bangkit menentang BN kerana tertindas dengan isu royalti minyak.

Hakikat yang berlaku sebaliknya, Pas Terengganu terus merempat dalam longkang.

Demikian juga dengan isu royalti minyak Kelantan. Isu royalti ini hanya menjadi popular seketika bermula Mac 2009, lebih setahun selepas PRU 2008.

Dari mana datang logiknya untuk dikaitkan permohonan maaf Najib dan kegagalan BN menguasai Kelantan pada PRU 2008 dengan isu royalti minyak Kelantan yang dipropagandakan oleh Pas? 

Semasa pilihanraya kecil (PRK) Manek Urai, Kelantan pada Julai 2009, isu royalti minyak tidak pun menyebabkan BN tewas besar sebaliknya Pas pula yang tercunggap-cunggap menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti hanya 65 undi.

Jika isu royalti yang didakwa oleh Pemuda Pas sebagai punca kejatuhan prestasi BN dalam PRU 2008, patutnya jumlah undian untuk Pas dalam pilihanraya kecil itu mencatat kenaikan mendadak, sebaliknya yang berlaku ialah Pas kehilangan 398 undi manakala BN pula merekodkan kenaikan 889 undi.

Malah dalam PRK Dun Galas, Gua Musang, Kelantan yang berlangsung pada akhir tahun 2010, BN terus mencatat prestasi membanggakan apabila menawan kembali kerusi tersebut dari tangan Pas dengan kelebihan majoriti 1190 jauh mengatasi majoriti kemenangan Pas sewaktu PRU 2008.

Bukankah itu bukti jelas propaganda Pas memainkan isu royalti minyak tidak mampu menawan hati rakyat Kelantan?

Jelas di sini pemahaman Pemuda Pas terlampau cetek hingga satu peringkat tidak segan silu memutar belit perkara sebenar.

Sikap rendah diri dan kemuliaan peribadi PM tidak diketengahkan sebaliknya dimanipulasi mengikut hawa nafsu politik kepartian. Bukankah memutar belit fakta dan menipu itu amalan syaitan?

Kenapa Pemuda pas yang gah mendabik dada mendakwa diri cukup Islamik begitu mudah terikut jejak langkah syaitan laknatullah? Tak malu ke serban besar atas kepala tapi di masa yang sama suka memutar belit & manipulasi isu mengikut hawa nafsu?

 

Sikap Mulia vs Sikap Munafik

Dalam pada Pemuda Pas sibuk memperlekehkan sikap rendah diri & memutarbelit kenyataan maaf oleh PM, boleh pula Pas sengaja buat-buat lupa isu keselamatan Israel yang diikrarkan oleh Anwar.

Bila Nasruddin & Pas nak desak & paksa Anwar Ibrahim untuk mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam berikutan kenyataannya dalam Wall Street journal (WSJ) yang beriktikad untuk mempertahankan keselamatan negara Israel?

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
Anwar Ibrahim, Wall Street Journal

Tentu sekali Pas sekarang ini hanya mampu sekadar berdiam diri, risau kalau memandai tunjuk tegas takut kehilangan perhatian Anwar tambah-tambah semenjak pengaruh Pas yang kian suram sejak 2 tahun lalu.

Gambar Hiasan: PistolNakal.Blogspot.Com

Sementelah lagi selepas pertemuan Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim tempohari hanya sekadar wayang untuk mengurangkan gelodak jiwa di kalangan penyokong Pas yang turut kena tempias kemarahan khalayak umum, lagilah Pas akan terus buat tak tahu saja isu kebobrokan mulut Anwar.

Sampai sekarang Anwar masih diusung ke sana ke mari oleh Pas sekalipun secuit kata-kata maaf tidak keluar dari mulut Anwar untuk mengakui kesilapannya mengikrarkan sokongan untuk melindungi keselamatan negara Yahudi Zionis laknatullah.

Lumrah & sudah tabie manusia, jarang orang yang tinggi diri & memiliki resam seperti lalang macam Anwar mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Dasar tak sedar diri.

Pas tidak segan silu mempersoalkan sikap rendah diri & kemuliaan hati Datuk Seri Najib tapi tindak tanduk Anwar yang bobrok & melukakan hati nurani umat dibiarkan saja.

Hanya dek kerana Anwar adalah rakan sebantal, maka Pas berhempas pulas mencari dalil untuk menghalalkan kenyataan Anwar yang terlanjur mengiktiraf keselamatan Israel perlu dilindungi.

Tiada kalangan pemimpin Pas yang berani menegur atau menyuruh Anwar supaya muhasabah diri. Lagi disokong & dipertahankan adalah.

Patut sangat pemuda Pas dan keseluruhan pimpinan Pas dipanggil haprak kerana masih istiqamah mendukung musibat yang tak sedar diri.






35 Komen to Najib Merendah Diri, Anwar Tak Sedar Diri

  1. penyokongketuanan says:

    Setakat berlagak alim dan warak, cina kafir pun boleh buat, letak aje nama ala-ala arab sikit dan pakaikan kopiah dan lebai. Tak ada rasa rendah diri, sombong dan bongkak dengan ilmu yang dikurniakan Allah. Memperlekehkan permohonan maaf orang lain. Itulah hati budi pemimpin Pas. Bawalah bertaubat dan guna akal dan ilmu yang Allah kurnia untuk kebaikan Ummah. Jangan gunakan untuk mengangkat penzina dan komunis sebagai pemimpin, nampak hodoh dan memalukan.

    Ya Allah selamatkan kami dari kejahatan mereka yang zalim

  2. Bulan Empat says:

    Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baik lah dia dan jika buruk daging itu maka buruklah manusia itu.

    Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah HATI.

    Ye, jika hati bersih , lapang tanpa dengki dan dendam kesumat maka baiklah tutur katanya, manislah bahasa dan senyumnya.

    Sebaliknya hati yang penuh dengan dendam kesumat yang membara buruklah tuturnya pahitlah wajahnya. Dalam memburu dan menginginkan sesuatu manusia hilang pedoman, lupa iman lupa taqwa. Sedangkan yang Enam itu perlu dipelihara kerana kesemua rukun yang ada didalamnya bersangkut rapat dengan hati.

    Jika manusia taksub dengan dengan qada’ dan kadar bagi memelihara iman, tak akan ada perpecahan tidak ada sengketa yang ketara.

    Wallahu alam.

  3. Bulan Empat says:

    Dari mana datangnya sains & teknoloji kalau tidak dari kita suci. Dari mana diajar sopan, kelembutan budi pekerti dan kehalusan bahasa kalau tidak dari alqur’an.

    Malangnya kita hanya membaca hingga ketahap menghafalnya. Tapi yang mengamal, yang mengembangkan nya siapa ? Pastinya bukan kita tapi orang lain.

    • bujuk says:

      MB Pahang berang dan ‘membodohkan’ wartawan cina isu ‘sisa LYNAS akan d buang ke Sg.lembing’.
      Dari mana diajar sopan, kelembutan budi pekerti dan kehalusan bahasa kalau tidak dari alqur’an.
      Apakah pemimpin UMNO belajar…?

      • penyokongketuanan says:

        Pemimpin Dap gelar wartawan media pro Bn pelacur, sangat baik budi pekerti. Orang kena tangkap khalwat pun gelar Maza dan Harussani dengan gelaran yang baik-baik juga, ikut Al Quran yang dia baca.

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.

  4. Jack says:

    Aku ingatkan Nasruddin ni boleh pakai juga sikit2, rupa- rupanya hampeh!!!!

  5. Mooohyideen says:

    Pemimpin UMNO memang pandai berlakon depan rakyat marhein dan org kg. Ya lah dekat pilihanraya ni Rosmah pun sanggup naik motor.

    tapi kalau nak tengok wajah mereka yg sebenar, tengok lah dalam majalah2 spt Malaysian tatler, Prestige..

    inilah mereka yg munafik…

    • sungai_siput says:

      mooh

      munafik ni dalam bahasa melayu yg betul nya pura2

      macam abu luk’luk pura2 islam, solat subuh belakang umar alkhatab, lepaih tu tikan umar 6 liang

      apa hang ingat rakyat marhain budus sangatkah nak dengar cerita kencing kau moooh ?????

      lim guan eng bila nak jadi imam solat subuh?????

      LGE kan pemimpin DAP yg diangkat oleh PAS setaraf dengan umar al khattab…

    • StinGray says:

      boss hang mooo depan vodeo camera lg pandai berlakon…hang tengok kan…

      • jebat says:

        PAKATAN HARAM lebih hebat lakonannya.. tengok mat sabu pecah tempurung lutut kene langgar, sekor mamat mati terlentang di atas jalan raya, anwar aljuburi disuntik racun..HEBAT TU..

  6. Mooohyideen says:

    Merendah diri sbbb nak songlap duit rakyat billion2….

    Dokumen yang membuktikan Najib guna wang Rakyat biaya Majlis Pertunangan Anaknya
    Posted on Friday, March 09 @ 09:46:28 PST
    Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

    Artikel Oleh: AnakSgDerhaka

    “Ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.“Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.

    “Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan.”

    Menurut Rafizi, majlis pertunangan anak Najib dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

    PERDANA MENTERI SELEWENG WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BELIAU?

    Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

    Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

    Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

    Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

    ~Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang = RM18,792

    ~Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang = RM309,975

    ~Kos pengendalian = RM81,000

    Jumlah = RM409,767

    Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

    Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

    KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

    Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

    Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

    Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

    MOHD RAFIZI RAMLI
    PENGARAH STRATEGI KEADILAN
    9 MAC 2012
    Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas

    • sungai_siput says:

      soalan kepada rafizi ramli

      apakah rafizi memandang rendah akan keupayaan rakyat malaysia berfikir????

      apakah rafizi berfikir hanya dia seorang sahaja yg buleh jadi top gunner dalam academic/berfikir dan rakyat malaysia yg lain tidak???

      jadi rakyat malaysia bodoh pada pandangan rafizi….

      apakah rafizi tak terfikir yg rakyat malaysia mampu berfikir apakah najib sengaja mencari masalah karier politik dengan sengaja menggunakan duit gomen untuk majlis pertunangan anak dia….???

      dalam erti analogy lain, apakah seorang askar sengaja memberi peluru kepada komunis yg ketiadaan peluru bagi membolehkan komunis tersebut melepaskan tembakan kepada askar itu????

      kalau begitu rafizi dah sama level dengan cina DAP, sebab fikir rakyat malaysia terutama orang melayu adalah bodoh dan tersangat bodoh…

      benarkah rakyat malaysia BODOH seperti yg di fikir kan dan di tulis oleh rafizi berkenaan bayaran wang pertunangan anak najib???

      AHMAD XXXXXX ZAKI XXXXXXXX
      XXXXXXX TEKNIKAL
      GEN XXXXX XXX CX.

      • sungai_siput says:

        “”dalam erti analogy lain, apakah seorang askar sengaja memberi peluru kepada komunis yg ketiadaan peluru bagi membolehkan komunis tersebut melepaskan tembakan kepada askar itu????”””

        tak mungkin askar nak bagi peluru pada komunis tu….

        akan tetapi hasrat memberi peluru kepada komunis itu boleh tercapai

        dengan pertolongan MAT SABU, heh heh

      • StinGray says:

        kalau si lahanat rafizi MF tu jd PM, berani ke dia buat mcm tu….bodoh btul sapa2 yg percaya…yg buat tuduhan tu dah lama bodoh pun..

    • jebat says:

      APA HUKUM FITNAH MOOO..

  7. penyokongketuanan says:

    Belum apa-apa lagi dah buat fitnah dan inuendo. Dapat pegang invoice dah mula jerit-jerit kata ada bukti. Ada cek kerajaan ke? Suka-suka tuduh. Itulah mentaliti pembangkang, negatif selamanya. Bila kena picit, spin tuduh orang lain lah, tak maksud gitulah, salah tafsirlah, haram jadah. Mana cek pembayaran untuk majlis tersebut? Cek kerajaan atau cek peribadi? Tak ada bukti pun suka-suka tuduh. Dulu anak perempuan yang dituduh shopping sakan di Australia. Bila terbukti budak tu tak pergi sana pun, ada orang Pakatan minta maaf? Diam aje walaupun dah rosakkan nama baik orang lain. Ikutlah ajaran penzina dan komunis tu. Jangan minta maaf, walaupun salah. Buatlah tuduhan tanpa bukti, asal nama baik orang tercemar. Buatlah kerja-kerja jahat macam ni, lepas tu mohon ampun pada Allah saja, dosa sesama manusia tolak kat belakang. Inilah akibat matlamat menghalalkan cara.

    Ya Allah selamatkan kami dari kejahatan mereka yang zalim

  8. umnototok says:

    Awal2 aku selalu dah kata…..mereka ini adalah gulungan2 MUNAFIK!!!!
    Tak payahlah kita nak sebut kelembutan budi, bersih hati, dan lain2 sifat2 mulia yang harus ada pada org2 Muslim, yg jelas, dari wajah mereka tampaklah isi hatinya yg ‘hitam’, dan dari ucapan2 mereka tahulah kita bahawa rasa, dendam kesumat, jelas masih terlekat dihati-sanubari mereka!!!
    Jelaslah juga tiada lain mengapa mereka bersifat begitu melainkan kerana dikuasai oleh nafsu dan belaian syaitan yg mendalangi roh dan jasad mereka!!!
    Na’uzubillahhuminzalik!!!!

  9. melayu_islam says:

    bagus merendah diri…kalo dh merendah diri..jgn kutuk org dlm ceramah..kang hilang rendah dirinya..mcm meninggi diri lah pulak..kan x betoi plak apa yg penulis ni kta….

  10. melayu_islam says:

    skrg ni..puak ko yg duk prasan bangga la pm rendah diri la konon..aku x pernah pon kta pas ni bangga diri or rendah diri…

    dah x mau org burukkan parti ko..nsihtkn menteri2 ko jgn buat benda2 yg buruk di mata rkyt…

    • StinGray says:

      tp boss2 hang dah pun buat benda2 buruk tu di mata rakyat..hang terlupa nk nasihat ke??..kat umah hang tak de cermin ke??…pi la beli kat mydin, murah jea..bkn apa, kalau hang ada masa, bleh jugak hang cermin2kan diri hang..nasihat jea..

  11. melayu_islam says:

    ala stingray..crita blm pasti lg betoi hang duk bising2..kopamg sana kompang sini dok kata betoi..cermin la diri ko tu dlu…tgk cmna rupa…kot2 ada tanduk..
    ni pun nasihat gak..

    • jebat says:

      kene batang hidung sendiri suruh di selididk dulu..cerita belum pasti.. cermin diri dulu bro..tgk cmna rupa…kot2 ada lidah bercabang ke ada tanduk..
      ni pun nasihat gak..

      • StinGray says:

        hehehe..org kanan ambiga naik angin…tu la aku dah ckp, PAS tu bukan agama yg hang pi anut tu apa pasai…kan dah terkantoi berlakon jadi melayu islam…kena usik sikit bertaboq serban….ishhh2

  12. Telescope says:

    Kalau resminya lalang, bagi satu dos round up / paraquat je jawab nya, supaya tak menyusahkan rakyat marhen.

  13. melayu_islam says:

    selidik apa kalau pak menteri korang yg bising soh mami ijat letak jwatan,pulng duit nfc pinjam..org suh beli lembu dia beli kondo..apaka jadah nya..cita x betoi apaka benda lg..
    skrg ni mahkamah xkata pon lg berslah..korang yg lebeih dulu jatuh hukum kt org tu bersalah..melebih2 dr pak hakim plak..last2 kuarang bukti..pasai apa kalu kes PR klau SPRM siasat kurang bukti jah..x siasat kah atau mmg x ada isu..

    • melayu_islam says:

      tunggu makhamah apa lg…duit mmg betoi dah kluar…cek la akaun NFC tu…kondow pon da ade..pi tgk kt singapore tu…ank dia sndir ngaku guna..nk tunggu mkhkamah apa lg…byr x bayar tu hal kedian..yg pasti mmg dia guna duit tu buat bli kondo…

  14. StinGray says:

    fuyooo..org yg paling melayu dan Islam kat sini dah naik angin 1 badan..sikit punya hangin hang ari ni…oooo bahasa mcm ni yg hang selalu advice org lain kena ckp yea…ok2

    ijat tu mahkamah dah kata bersalah ke???..tp hang dah jatuhkan hukum jugak..kalau berckp tu tengok2 la diri sendiri, tu pasai aku suruh hang beli cermin kat KR1M…tak cukup duit bg mai account no hang, nti aku bankin kan…RM10 cukup dak??

  15. takbai says:

    bila Anwar yang ada sejarah sakit tulang belakang “meredah” amoi cinadoll tu macai2 PR merasa bangga. siot….tu . PAS = ALL FOR SEX.

  16. bujuk says:

    Kalau kita ‘merendah diri, jangan kata orang lain tak sedar diri’. ko buat baik tak payah cerita pada orang, tak payah cerita aku baik, aku tolong orang, aku sedekah masjid, aku buat tu- buat ni. Itu namanya riak, buat sesuatu sebab nak tunjuk kita baik, kita hebat namanya ujub, riak, sombong. Buatlah kebaikan kerana Allah, baru Allah redha. Kalau tidak sekadar dapat redha manusia… cukup ke?

    • HackerXP says:

      Betullah tu Anwa tak sedar diri, sampai la nie tak reti-reti nak minta maaf pada seluruh umat Islam.

      Pandai pulak hang duk nasihat jangan cerita perkara baik yang kita buat, puak hang mempertikaikan sikap baik Najib tak pulak hang berani tegur, lagi hang jadik tukang tambah nasik ada la. tak gitu?

Leave a Reply