Menu Utama

Najib “Anak Derhaka” Atau Shuhaimi Yang Derhaka Pada Tanah Melayu?

Seorang pemimpin PKR ‘muka baru’ hari ini membuat kenyataan menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘anak derhaka’ dan kononnya anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak itu mengkhianati perjuangan bapanya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

‘Muka baru’ PKR yang bernama Shuhaimi Said itu mendakwa Najib tidak menitik beratkan soal kebajikan para peneroka dan ‘merampas titik peluh’ warga Felda dengan menjadikannya modal penyenaraian FGVH. Itu intipati sidang media yang dibuat ‘balaci’ PKR itu di Bangi sebentar tadi.

Benarkah Najib boleh disifatkan sebagai ‘anak derhaka’ dalam hal Felda ini? Benarkah Najib tidak mempedulikan soal kebajikan para peneroka di seluruh negara? Dan benarkah penyenaraian FGVH itu menzalimi hasil titik peluh para peneroka? Mari kita kupas satu persatu…

Sebagaimana kita tahu, Allahyarham Tun Abdul Razak ialah ‘bapa Felda’ dan kini anaknya mengambil alih perjuangan arwah bapanya itu. Saya ingin bertanya, sejak April 2009, siapakah yang bertanggungjawab memberikan segala keistimewaan yang dilihat sangat mewah kepada warga peneroka Felda?

Sejak mengambil alih jawatan PM dari Tun Lah, Najib telah beberapa kali membuat pusingan lengkap keluar masuk ke tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Di dalam setiap lawatannya ke tanah-tanah rancangan Felda itu, beliau tidak pernah lupa membawa “oleh-oleh” untuk para peneroka. Bukan infrastuktur berharga seringgit dua, Najib umumkan ratusan juta peruntukan kerajaan untuk prasarana dan kemudahan bagi memastikan keselesaan hidup para peneroka.

Saya ulang, RATUSAN JUTA RM ditabur untuk prasarana seperti dewan, padang, rumah, tanah, jalanraya, air dan elektrik, sekolah, bangunan-bangunan, kedai-kedai dan sebagainya, hanya untuk warga di Felda.

Bagaimanapula dengan habuan wang tunai yang diberikan menerusi bonus tahunan, wang saguhati, bantuan kewangan, pinjaman tanpa faedah sebanyak RM40,000, duit raya dan sebagainya? Najib begitu pemurah terhadap para peneroka Felda berbanding PM-PM sebelum ini.

 Nak dibandingkan dengan “dewa PKR” Anwar Ibrahim, apa sumbangannya kepada rakyat khususnya warga Felda? Ada dia usaha memajukan Felda? Dia burukkan Malaysia dan Felda, malah Anwar buat huru-hara dan hadiahkan ‘China Dolls – Omega’ pula..!

Begitu besar sumbangan Najib kepada ‘anak-anak buah bapanya’ di tanah-tanah rancangan Felda, itu pun masih lagi dikatakan ‘anak derhaka’? Apa Shuhaimi “buta kayu” atau apa? Atau Shuhaimi memang nak merasa “kayu” dan dihalau keluar dari Felda seperti Mazlan Aliman? Jangan main-main dengan warga Felda…

Najib kuat berfikir demi masa depan para peneroka Felda. Dari generasi pertama dan hinggalah kini sudah lebih dari generasi ke-empat Felda, semuanya bertumpu kepada penanaman kelapa sawit. Persoalannya, sampai bila warga Felda hanya akan berpuas hati dengan sumber pertanian sahaja?

Takkan sampai bila-bila pun nak biarkan anak, cucu hingga ke cicit para peneroka jadi peladang? Mereka juga berhak untuk mengembangkan sumber pendapatan mereka!

Seperkara yang perlu Shuhaimi tahu, warga Felda di seluruh negara sekarang ini berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang. Bayangkan berapa ramai lagi jumlah warga Felda pada 50 tahun akan datang? Ke mana hala tuju mereka selepas ini?

Nak suruh mereka usahakan tanah di Malaysia lagi? Berapa luas sangatlah Tanah Melayu ini untuk dibahagi-bahagikan kepada jutaan warga Felda? Nak suruh Felda tambak laut macam Lim Guan Eng buat di Pulau Pinang tu? Sesuai ke nak tanam kelapa sawit tepi sumber air masin? Gila ke apa?

Apa yang Najib lakukan sekarang ialah satu transformasi ke arah memajukan lagi Felda ke peringkat global. Lepas ni, Shuhaimi jangan terkejut kalau warga Felda jadi pemilik ladang di Afrika, Eropah atau sekurang-kurangnya di Asia Tenggara. Felda perlu jadi “global player”…

Tapi kalau Shuhaimi nak jadi “katak bawah tempurung” jugak, maka dipersilakan. FGVH tetap akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Derhaka atau tidak, Najiblah adalah jaguh terbilang bagi masyarakat peneroka Felda. Nak bandingkan dengan Anwar, boss Shuhaimi tu apalah sangat…






47 Komen to Najib “Anak Derhaka” Atau Shuhaimi Yang Derhaka Pada Tanah Melayu?

  1. tony gunawan says:

    satu hari nanti felda kena lelong!

    • randomsee says:

      yang melelong felda nanti adalah Pakatan Rakus(PR)

      • StinGray says:

        mcm puak haram jadah hangpa nak lelong putrajaya dulu ke???…tonyXgunaseduitpun…

        • sungai_siput says:

          checkmate untuk geng PR

          tak boleh buat apa dah…

          kepada para pengundi kalau nak tau PR ni

          anti melayu/anti islam/ anti kemajuan orang melayu islam/anti pembangunan orang melayu islam/ anti orang islam hidup senang/ anti orng melayu islam jadi kaya/ anti orang melayu islam kukuh kan ekonomi

          najib anak derhaka????

          suluh lah muka sendiri, tu yg nuar ibrahim bwak zizah kawin lari dulu tu tak ke ajar bini dia jadi anak derhaka???

      • pandipory says:

        yang haramjadah kat felda biasanya penganut ajaran sesat belaci pok nik jer.. puak budu nie bukan saja di felda..kat mana2 pon mmg tak boley pakai..

    • bangKano says:

      Cuma puak puak musibat dari PAS & PKR jerr yang akan sanggup melelong FELDA seperti ura ura mendiang pemimpin PAS nak lelong Putrajaya kalo depa dapat kuasa di sana… poraaahhhh cakap tak seropa bikin maa…!!!

  2. zumazore says:

    kalau tanya depa apa itu “penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia”…? yang penting pada mereka apa yang kerajaan buat utk kebaikkan mereka akan membantah sebab mereka ialah PEMBANGKANG!!
    yang bodo ialah pengikut PR yang tak ada otak!!

  3. OrangPekan says:

    Pakatan Rakyat buta perut.

  4. baba says:

    yg derhaka kepada felda adalah kepimpinan pakatan rakyat yg tidak senang melihat kejayaan bn memeimpiun felda ke tahap global.adakah peneroka felda tidak nampak kejayaan felda setakat kini? org2 felda perlu bangun dan menentang habis2an melayu derhaka dr pakatan ini .

  5. tengkudin says:

    betul tu..sebab PR takut melayu bangkit..

  6. Tubir says:

    Kalaupuji pemimpin jangan tinggi melangit…dan kalau tak suka pemimpin jangan benci sesangat dan buat fitnah….
    Yang jadi isunya tanah felda plantation nak disenaraikan ……..FELDA tipu kerajaan negeri dan rayaat Malaysia yang miskin …..Jangan ambil hak orang dan jangan makan hasil yang bukan milik kita .Kepada peneroka FELDA kena sedar FELDA plantation sepatutnya diserah kepada peneroka baru ……itu matalamat TUN Abdul Razak bapak najib…..Jika penyenaraian ini berjaya selama itulah peneroka makan hasil bukan hak kita …..maka seudara saudara fikirkanlah…FELDA sepatutnya menjadi pengurus ladang ladang peneroka dan mengurus hal jual beli hasil ladang .Ladang peneroka itu adalah ladang felda……diuruskan secara kumpulan yang besar.
    Tapi apa yang terjadi sekarang ini adalah FELDA memiliki ladang nya sendiri tampa peneroka didalam nya .Ini yang dikatakan penipu dan putar alam …..Najib tak tau apa apa ,najib mendengar suara gaib………Beranikah najib menolak suara ini?

    • penyokongketuanan says:

      Felda yang punya hasil sendiri, dan diurus atas nama Felda Plantations, berjaya untuk membela nasib peneroka yang mengusahakan tanah sendiri. Diberikan tanah, rumah, modal, pinjaman, dan bermacam-macam lagi kemudahan yang diberikan. Mamat Indon yang bekerja memotong sawit orang Felda bukan main kagum atas kejayaan Felda. Duduk ngeteh pagi sampai petang pun gaji tak kurang 3 ribu. Di Indon mati hidup balik pun tak dapat mewah macam tu. Aku pun jeles jugak. Mazlan Aliman nak agihkan lagi tanah Felda pada generasi kedua. Tak cukup lagi kah? Ni kerajaan nak kembangkan lagi perniagaan Felda ke peringkat antarabangsa, bukan main bangkang lagi kerana tamakkan tanah yang akan disenaraikan, kata tergadailah, apalah. Walhal kerajaan nak bagi saham free, tak payah beli pun, tau-tau untung je. Kalau rugi pun bukan peneroka yang kena tanggung. Perniagaan tak boleh rugi, fuyoo, aku pun hendak! Tapi tak layak, hanya warga Felda aje yang dapat. Punyalah aku jeles kat diaorang ni, tapi yang bebal tetap bangkang jugak.

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • Tubir says:

        Anda tidak faham isu ….sebab anda bukan orang FELDA.Soalnya tanah tersebut (FELDA Plantations)Tu semestinya diserahkan kepada peneroka baru ,tidak semestinya genarasi kedua saja Faham ini mengikut akta GSA 1960 perjanjian kerajaan negeri dengan FELDA .Jangan nak ubah tajuk kita faham undang undang .Banyak pihak yang terlibat ni ………ia merupakan bom besar kepada kerajaan BN …lebih dari isu NFC.

      • penyokongketuanan says:

        Pengurusan Felda bukan boleh buat dengan air liur aje. Gaji Pengurus, akauntan, penyelidik, kakitangan, pengkeranian semua nak bayar pakai apa? Selama ini adakah Felda memotong pendapatan peneroka untuk bayar semua tu? Tak ada kan? Pengurusan Felda bukan sahaja mengekalkan tanah yang ada, malah mengembangkan lagi perniagaan ke tahap yang dibanggakan. Felda bukan sahaja menanam sawit, malah punya kilang memproses sawit sendiri yang bukan sahaja membeli produk dari peneroka, malah boleh menampung produk sawit kawasan sekeliling dari orang kampung. Dulu hanya orang Cina yang mampu buat kilang, sekarang bukan sahaja memproses buah sawit, malahan hingga ke proses menjadikan minyak masak, pembungkusan,malah syarikat eksport sendiri. Tak cukup lagi dengan itu, sektor hartanah, catering dan banyak lagi. Modal dari mana? Bukan duit kerajaan, duit dari tanah-tanah Felda lah yang diuruskan dengan cemerlang. Sekarang nak kongsi keuntungan dengan peneroka, kenapa nak bangkang? Bukan sahaja peneroka, malah orang lain pun boleh beli saham. Kami kena beli, tapi peneroka dapat free aja. Pun nak bangkang jugak?

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejehatan mereka yang zalim

        • selamber says:

          betul tu bro..banyak faedahnya untuk rakyat & negara tp apa maslah yg diorang nak bangkang je?..ketepikan la isu2 remeh..kene la ada perancangan unutk melangkah maju takkan dok di takuk tu je..agaknya sempit fikiran diorang nih asik nak membangkang je

  7. nagaman says:

    Tuan , saya seorang yang telah buat penyelidikan rapi mengenai perjuangan Tun Razak untuk orang Melayu dan Felda. Tun bukan saja ambil berat mengenai melayu tak bertanah tak bertempat di bumi sendiri, allahyarham sentiasa ambil berat melayu di kampung yang miskin dan tak ada kerja, melayu yang tak ada peluang pendidikan dan melayu di kawasan bandar yang terisisih dan terletak dikawasan miskin.

    Tidak pula dia ajar melayu melayu miskin ini untuk benci bukan melayu, atau suruh cemburu kekayaan bukan melayu walaupun selama 100 tahun bukan melayu mendahului Melayu.Kerana melayu di pisahkan dari aktiviti ekonomi pusat oleh Inggeris dan rakan niaga mereka yang kebanyakan cina dan india dari Ceylon, sekarang sri lanka.

    Hari ini wajah dan gambar gambar kemiskinan tegar dikebanyakan kawasan melayu yang berlatarkan traktor dan pembajak sawah padi, hanya kenangan . Kemiskinan hari ini dari segi adap dan rasa hormat dan perubahan sosial yang meranapkan. Dan dihantui tamak yang hodoh

    Cuba cari ,amat susah nak jumpa melayu felda dan kampung miskin seperti dulu. Bukan saja rumah besar, dan kawasan luas, lebih cantik dari bandar. Mereka bermotor, muka manis tidak lagi comot. Anak anak bersekolah.

    Mereka sendiri kata seronok, untuk tanam semula mereka dapat sagu hati tinggi dari kerajaan. Bagi wanita, kerajaan pastikan nama tanah atas nama suami dan isteri bukan saja nama suami. Kerana melayu bila dah senang ,idaman nya tetap untuk menikmait isteri kedua dan ketiga. Ya la tentu ada golongan yang fikir bukan untuk meningkat nilai kemuliaan hidup dan pendidikan anak anak. Bak kata seorang peneroka felda. Apa yang tak ada? Yang perlu azam dan keringat untuk kerja kuat saja.

    Tapis generasi felda sekarang dah jadi malas dah tamak. Beri nak lagi beri nak lagi. Henti berikan kesenangan pada yang muda . Biar mereka kerja. sebab nak kekayaan cepat ramai dah jadi melayu yang gila duit tanpa kerja kuat.

    Anak anak pun ikut sikap bapak, kurang ajar tak ada adap, ada yang lengkap dengan menyelar maki hamun ibu bapa kalau tak dapat duit beli motor atau talipon bimbit!

    Pergi la ke felda hari ini, jasa kerajaan,Perdana Menteri Najib dan dan yang dulu dulu , jasa mereka tetap terpancar di kampung kampung ini. Gambar dulu dulu walaupun dah pudar ,beri orang felda ingat beza dan pembangunan yang dah berjalan. Orang luar apa tau.Jangan biar yang sikit buat hasut rakyat benci perdana menteri.

    Jasa perdana menteri ini dan perdana menteri lain negara ini akan tetap di kenang. Terlalu banyak sampai tak nampak dah. Bagi yang tak kenal, masuk lah felda dan tinjau tinjau lah,ramai dah senang lenang. Yang marah dan tak senang adalah yang boros, yang kawin baru ,dapat kat bini muda sampai keluarga bercelaru bersilat pasal harta. Lepas tu nak lagi dan tuduh kerajaan kejam.

    Sebab anak generasi pemalas ni tak nak susah susah , tak nak usaha guna otak sebab rasa, kesenangan hak dia sampai suruh maka bapak jual tanah!

    Ayuh PM teruskan perjuangan mu, bak kata tok kami, jasa dah terbenam dalam hati akan tetap kami kenang.Jasa mu di bumi tercinta ini terlalu jelas , tidak akan hilang.

    HATI MELAYU KAMPUNG

  8. Bulan Empat says:

    Sudah puas diperjelaskan bahawa penyelaraian ini akan hanya memberi kebaikan kepada peneroka tanpa sebarang walau sekelumit keburukan, malangnya mereka masih mahu bergaut pada fakta yang buka fakta tapi tohmahan lapok yang tidak bijak itu.

    Dasar pembangkang otak lembab lagi bangang.

    Terlalu mustahil bagi kerajaan dan PM khasnya mahu menjahanamkan hidup rakyat dalam satu lembaga yang diispirasikan oleh ayahandanya sendiri lebih 5o tahun lalu.

    Mereka semua jenis kecik kecik tak hendak mampos sudah besar menyusahkan orang.

  9. Tubir says:

    Permodalan FELDA mempunyai banyak anak syrikat yang membuat keuntungan .Diantara anak syrikat tersebut adalah FGVH.FGVH inilah yang nak disenaraikan dibursa saham .Apa yang FGVH ada untuk membolehkanya disenaraikan?.Semua harta dan syrikat adalah milik FELDA holding Bhd.Sebab semua harta tersebut adalah milik PKF dan dimiliki oleh peneroka felda .Segala kilang dan pelaburan felda akan dilaburkan ini bermakna Peneroka akan kehilangan hak terhadap kawalan aset aset tersebut secara mutlak .Untuk membolehkan FGVH disenaraikan dibursa saham PKF dikehendki melupuskan pegangan nya kepada FGVH.Ini bermakna peneroka akan kehilangan aset seperti kilang dan sebagainya ,dan yang tingal hanyalah tanah kebun yang tidak seberapa nilainya .Disini sudah jelas felda menipu peneroka .Memang betul kata datuk mazlan felda tidak ambil tanah peneroka ,tetapi FELDA rompak harta peneroka secara tipu musilihat perniagaan .Siapakah perancang utama disebalik semua ini?Siapa dibelakang najib …….yang terlibat didalam perniagaan kewangan dan pasaran modal ?
    Kita akan melihat siapakah yang masuk longkang jika penyenaraian ini gagal dilaksanakan didalam tempoh yang ditentukan .oleh yang demikian penyenaraian ini mesti dilaksanakan walaupun terpaksa membelakangi atau tampa persetujuan PKF.Apa semua ini….kenapa sampai ketahap ini ? terdesak sangat kah FELDA?Ataupun ada orang tertentu yang terdesak sangat untuk mendapatkan wang .Kami akan tentang dimahkamah bila tiba masanya nanti .

    • penyokongketuanan says:

      Selama ini Felda menipu peneroka ke? Atau sememangnya kerajaan bukan sahaja memberikan tapak rumah dan tanah pertanian sebanyak 10 ekar, tetapi juga berjanji kepada peneroka pegangan hak mutlak kepada saham FGVH? Apakah peneroka menganggap bahawa tanah yang diusahakan oleh Felda Plantations itu milik mutlak mereka melalui pegangan saham PKF? Adakah begitu buruk prasangka peneroka kepada pengurusan Felda yang telah menolong mereka selama berdekad-dekad? Dan satu persoalan, kenapa hanya minoriti yang membangkang?

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • selamber says:

        aik..selama ni peneroka kene bayar setiap inci tanah yg diorang dapat ke?..sehingga kilang2 pemprosesan sawit pun jadi hak mutlak peneroka ke?..kalau dah semuanya bantuan atau percuma apa lg yg persoalkan takkan kerajaan yg mentadbirurus tak boleh nak buat sesuatu untuk kepentingan & kemajuan diorang jugak..tak bersyukur ke korang?..

  10. Tubir says:

    FELDA plantation itu hak orang miskin dan tidak bertanah yang dinafikan oleh FELDA.tanah 10ekar dan kos pembangunan peneroka telah bayar mengikut perjanjian ,semunya ok tak ada masalah.Walaupun felda ada menipu selama ini .Ini terbukti dengan kes mahkamah !!!!bukan cerita rekaaan atau prasangka buruk tapi memang dah terbukti buruk perangai .Tak pa la masing masing ada pendapat ,kita tengoklah nanti….

    • penyokongketuanan says:

      Ok aku terima pernah ada penipuan, walaupun sebenarnya tak tahu, takkan nak menipu kes mahkamah.

      Ada berapa ribu orang dalam pengurusan Felda, takkanlah hanya seorang dua yang menipu, maka semua yang lain menjadi hitam? Habis semua budi yang ditaburkan, bila masuk generasi baru, tanah yang diistimewakan hanya kepada segelintir mereka yang dalam kesusahan pada waktu itu, kini dikatakan menjadi hak mutlak. Golongan peneroka adalah anak emas kerajaan, sangat istimewa. Banyak dapat kelebihan berbanding yang bukan peneroka. Kami rakyat juga, tapi kami tak memekik menyalahkan kerajaan hanya kerana ada sedikit pegangan yang tidak diagihkan, lalu diurus sendiri oleh badan lantikan kerajaan hingga berjaya. Sekiranya kami hendakkan tanah, terpaksa berhempas pulas menceroboh tanah hutan, berhadapan ancaman gajah dan binatang liar lain. Kalau ditakdirkan dihalau keluar oleh Pejabat Tanah setelah 2 – 3 tahun, pun tidak memekik menyalahkan kerajaan. Usaha lagi lah. Kalau nasib baik dapat geran, tapi pun taklah dapat 10 ekar macam peneroka, dan tak ada pertolongan dari mana-mana badan kerajaan, semua sendiri aja. Jangan buruk sangka, peneroka golongan yang sangat ditatang oleh kerajaan.

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • selamber says:

        ..macam tak bersyukur la pulak diorang ni bro..punya lah susah rakyat bukan peneroka untuk mendapatkan tanah sekangkang kera pun..sudahnya nak ditentangnya balik kerajaan..memang tak bersyukur la diorang nih..sebahagian kecilnya la..

  11. raplahjingaa says:

    hmmm…tengok muka mamat tu pun, nampak sangat PKR material….ntah ngapa puak-puak ni tengok muka depa jer, aku dah boleh kenal !

  12. Tubir says:

    Siapa suruh kau orang ceroboh tanah kerajaan …..Kalau nak mintak jangan ceroboh ……Itu lah yang saya cakap tadi tanah felda plantation tu sewajarnya dibahagikan kepada yang berhak…..Susah sangat ke nak faham …….
    Memang kumpulan peneroka adalah kumpulan anak emas kerajaan ……yang selama ini menyokong kerajaan …dan akan terus menyokong kerjaan .Bantahan kami peneroka tidak bermakna kami tidak menyokong kerajaan …Sebab kami membantah adalah kerana hak kami nak dirompak .Najib pernah berkata “kamu tolong saya ,Saya tolong kamu “Win win ok .
    Janganlah berfikiran sempit dengan berangapan bila ada orang menegor kerajaan maka orang itu diangap pengkhianat .Kita boleh melihat sabuah kerajaan yang telah lama memerintah ,Ahirnya tumbang kerana kerakusan .Penyokong parti politik jangan jadi bodoh mempertahan seorang dua pemimpin yang ternyata rakus .sebagai rayaat kita mesti menegur …..kalau tidak mahu mendengar teguran kita wajib jatuhkan melaluai undi pilihan raya …….Nasihat ini khas untuk parti parti politik tidak kiralah PKR atau UMNO .

    • penyokongketuanan says:

      Disini aku ingin bertanya, siapakah yang menentukan siapa yang layak untuk dapat tanah Felda Plantation? Peneroka sendiri atau parti pembangkang? Atas dasar apa golongan yang sedikit hendak diberikan hakmilik tanah yang telah membuahkan hasil yang lumayan? Atas dasar kemiskinan? Apakah kamu mengatakan bahawa kerajaan mesti memberikan tanah kepada setiap rakyat? Ini tanah Felda, macamana pulak reserve yang lain? Semua nak beri ke? Apakah menjadi hak setiap warganegara untuk diberikan tanah oleh kerajaan?

      Tentang ceroboh pula, bila ceroboh dan mahu mengusahakan tanah, kerajaan dapat memastikan hanya mereka yang layak dan berusaha keras dapat hakmilik. Bukan hanya nak menuntut tanah yang telah siap ditanam sawit. Peneroka asal memang tebang sendiri, dan tanam sendiri, lalu diberikan hakmilik oleh kerajaan. Peneroka sekarang hanya modal air liur, menuntut diberikan tanah yang telah siap ditanam sawit, tinggal makan hasil aje, tak payah usaha apa-apa. Kemudian buat tuduhan liar, kata kerajaan dan Felda menipu peneroka. Pentingkan diri semata, orang lain macamana?

      Kalau tanah tak diagih kepada “orang-orang pilihan”, semua rakyat dapat sama-sama menikmati kemakmuran, hasil usaha pengurusan Felda, melalui saham-saham FGVH yang dibeli, samada secara terus atau melalui saham amanah. Yang paling banyak dapat, orang Felda jugak. Itu pun tak boleh faham ke?

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.

      • Tubir says:

        Salah tu FELDA Plantation tu bukan milek peneroka felda yang ada sekarang ni …..awak kena faham tu ……..jangan jadi gelap mata keerana wang …….dan jangan makan harta yang bukan milik kita …..awak kena bersekolah lagi sebab awak tak faham isu …..

      • penyokongketuanan says:

        Cuba beritahu apakah tuntutan Mazlan Aliman. Adakah dia menuntut tanah Felda dipulangkan kepada kerajaan-kerajaan negeri, atau dia menuntut supaya tanah Felda diagihkan?

        Ok saya beri contoh, Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor diberikan tanah seluar 1000 ekar oleh kerajaan Johor untuk penanaman sawit. Ahli-ahli koperasi menikmati keuntungan dari saham koperasi yang mereka beli. Begitu juga Felda Plantation, cuma bezanya peneroka tak payah beli, tapi dapat saham. Apakah yang menjadi salah hinggakan begitu lantang menentang? Apakah isunya peneroka “hilang kuasa mutlak”? Atau tanah peneroka akan dirampas? Atau tanah Felda nak diagihkan kepada generasi kedua? Kalau ikhlas membangkang kerana kebenaran, kenapa buat injunksi mahkamah halang mesyuarat agung? Ungkitlah dalam mesyuarat agung dan buat undi tak percaya. Bila heret ke mahkamah ini bukan lagi isu dalaman Felda, ini dah jadi isu nasional. Nampak sangat ada agenda politik.

        Ya Allah peliharalah kami dari kejahatan mereka yang zalim

        • Tubir says:

          Adakah anda tidak percaya pada proses mahkamah ?Kan saya cakap tadi anda tidak faham isu ……..pegi sekolah lagi …kaji akta GSA dan pindaan pindaan yang dibiuat untuk membolehkan FGVH disenaraikan …..bukan kah itu proses undang undang……..jadi tidak salahlah peneroka membuat injunksi mahkamah .Saya nak tanya salahke buat injunksi …….?

        • penyokongketuanan says:

          Tak salah, tapi menunjukkan bahawa orang yang membangkang tak mahu diajak berbincang secara mesyuarat, dan tak mahu menerima keputusan ramai dalam mesyuarat. Sekiranya mereka di pihak yang benar, tentulah pendapat mereka diterima oleh semua atau majoriti masyarakat peneroka. Kalau mesyuarat pun dibangkang, maknanya memang pembangkanglah tu.

          Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

          • Tubir says:

            Kenapa najib perlu pangil hakim mahkamah untuk membuat penerangan isu felda …..?kenapa najib perlu mencampuri urusan hakim?Biar hakim buat keputusan ……Kenapa najib takut menerima kenyataan .Suruhlah isa samad yang terangkan kepada hakim hakim tu semua ….Isa samad adalah proksi perosak ….kenapa yuof nor ditamatkan kontrek sebagai pengerusi FELDA ?dan dimasukan isa samad celaka ni .Tau tak apa yang isa samad buat kepada peneroka felda sendayan dan LBJ kat n9 masa dia MB dulu ?.Apa ushanya untuk membantu untuk selesaikan masalah?Tak ada apa pun ,cakap ja …….isa tu orang siapa didalam umno?orang najib kah? atau orang TUN Mahatir?Siapa tangkap isa merasuah didalam pemilihan umno ?zaman siapa tu? nak bagi tau masa tu zaman tun abdullah ,sebab tulah mahatir benci sangat kat tun dol ni .Kalau tanya orang FELDA dia orang suka ke isa jadi pengerusi ?kami tak suka jawapnya .Kami benci isa penipu …

          • penyokongketuanan says:

            Akhirnya keluar isi hati. Rupanya tak suka Isa Samad. Buat petisyen beramai-ramai buat bantahan pada Dato’ Najib. Siapa nak peduli kalau cuma tandatangan 20 orang, tapi kalau 20,000 orang, kepimpinan tentu akan bertindak pada luahan hati peneroka. Jangan kerana marah Isa Samad, semua pergi lari belakang Mazlan Aliman, seolah macam menikam orang yang beri kamakmuran pada kita. Jangan jadi orang yang tak mengenang budi.

            Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  13. melayu_islam says:

    pendapat yg pling bernas aku dgr stkt ni dlm mykemu nih…syabas tubir…berkata kerana benar..jgn kerana sokong..kite membutakan mata bile hak2 kite dirampas segelintir penyangak…x kire dr parti mne…

    • selamber says:

      iye la..sbb memihak kpd bangkangan korang yg saja memang membangkang setiap usaha kerajaan kan..

      • StinGray says:

        hang bila pulak nk bersikap berkata kerana benar…jgn dok menempil kalau nawaitu bersimpang siur…melayu islam apakejadahnya…

      • melayu_islam says:

        x dak aih..klau bwa manfaat sokong juga…x da bangkang semua…siapa kata bangkang semua…

  14. syah says:

    tubir ni juak2 ambiga anwarinas ni.dgr sini.simple nk fhmkn ttg peneraian ke bursa saham.persoalan utk tubir. mengapa byk syarikat besar berbangga bila syarikat mereka berada dlm bursa saham lagi2 papan utama?cth petronas.adakah mereka rugi dan tergadai aset mereka?tidak bkn.jadi mengapa felda harus disenaraikn?kerana inilah namanya transformasi ekonomi,maksud transformasi adalah perubahan atau berubah tanpa mengubah perkara asas.tanah peneroka tidak akn terusik,malah mereka akan mendapat lebih manfaat.biasalah mainan pembangkang.letakkan pengerusi anak yg juga ahli pkr utk hasut peneroka dgn takut2kan fgvh.mereka hanya nk buat nampak bn nk mkn harta rakyat.cth dulu mereka bkn main bw cerita kapal selam xleh myelam.skrg dh tbukti boleh myelam.auta lebih mcm anwar gak

  15. Tubir says:

    Dengar ucapan najib semalam yang disiarkan menerusi berita Tv3 najib secara terang terang memperlekehkan penerima B1M dari puak pembangkang…….Apa najib ingat wang B1M tu milik BN? wang tersebut adalah wang negara ….dan sewajarnya semua rayaat yang berhak menerimanya .Najib terlalu bongkak serta suka mengungkit .Begitu juga dengan duit yang dikatakan durian runtuh kepada peneroka FELDA nanti najib berkata *Kita tengoklah nanti 8 orang yang saman felda ni nanti akan beratur menerima wang tersebut ” Kepada najib ingat sikit yang lapan orang tu adalah peneroka Felda ….bukan orang luar tau.
    Belum pernah dalam sejarah seingat saya yang hidup dari zaman perdana menteri pertama sehinga sekarang yang memberi wang secara terus kepada rayaat dan kemudianya mengungkit kembali .Tun Mahathir yang banyak membuat pembangunan tidak pernah mengungkit .23 tahun tun memerintah tidak pernah memberi wang tunai secara terbuka .Najib tertindak bodah damakanmembawa akibat buruk .
    Ayuh anak anak muda dan rayaat Malaysia yang belum berdaftar sebagai pengundi daftarlah sekarang ……kita buang orang yang kita tidak suka ……bukan buang parti politek ingat tu.

    • penyokongketuanan says:

      Belum pulak aku dengar penerima BR1M memulangkan duit kerana malu. Kerajaan selama ni pun memng beri kepada mereka yang layak melalui JKM. Juga memberi kepada semua termasuk juga golongan kaya melalui pemberian subsidi barangan keperluan, subsidi pertanian, pemberian alatan IKS, dan banyak lagi.

      Dan pilihanraya di Malaysia bukan pemilihan Presiden Negara. Jangan menolak parti yang memperjuangkan IMR, jika Pakatan Rakyat memerintah, bukan Melayu yang dominan. Hak Melayu akan terhakis, malah Islam pun akan terancam. Mereka yang Islam dalam Pakatan tak mampu untuk mempertahankan Agama dari diperkotak-katikkan oleh Kristian. Jangan perjudikan nasib Agama Islam dan bangsa Melayu.

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      • Tubir says:

        Hak orang dan tanah rizab melayu pun dia orang bursa sahamkan apa yang lu cerita ni beb ………Cuba cerita tanah FELDA plantation tu berstatus apa ?

      • penyokongketuanan says:

        Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyifatkan seminar di Johor bertajuk ‘……Ancaman Kristianisasi terhadap Umat Islam……’ sebagai politik menjijikkan dan menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat. Pakatan Rakyat sokong Kristian ke? Penyokong macamana?

        Hadiah…..

        http://www.youtube.com/watch?v=sMzNSkBhM-8&feature=player_embedded

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  16. kono says:

    oi oi dah tak ada lagi ka , bahasa berhemah ,dan dah habis ka ,kasih sayang ,atau dunia dah sampai ke hujung ,macam yang tinggal hanya sampah dan sarap cuma …….

  17. Lang Buana says:

    Kalau tak tahu cerita …jangan dok canang…buat dosa aje…baik diam dan lihat…komen yang membina bukannya membina-sakan…

Leave a Reply