Menu Utama

Mansuhkan PTPTN: Apa Agenda Pakatan?

Sekumpulan pelajar yang dihasut oleh Pakatan Rakyat mahu mengadakan demontrasi minta dihapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pakatan Rakyat sedang mencanangkan untuk menghapuskan PTPTN jika mereka berkuasa.

Memang menghapuskan PTPTN adalah satu kerja mudah dan paling senang. Mana-mana kerajaan dan parti politik pun boleh melaksanakannya.

Malahan Barisan Nasional sendiri pun dengan sekelip mata boleh menghapuskan PTPTN. Tapi apakah natijah dan kesannya kepada keadaan ekonomi dan pendidikan rakyat selepas pemansuhan PTPTN ini?

Sehingga kini hampir RM 40 bilion dikeluarkan oleh PTPTN untuk memberi pinjaman kepada hampir dua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Tanpa PTPTN dianggar puluhan ribu pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa dan pinjaman lain tidak dapat meneruskan cita-cita mereka melanjutkan pelajaran.

Ini juga bermakna puluhan Universiti dan Kolej Swasta akan terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar. Rentetan itu juga ribuan orang dari pensyarah, pentadbir dan pekerja am di IPTS akan kehilangan kerja mereka. Inilah kesan secara langsung jika PTPTN hendak ditutup.

Dalam jangkamasa panjang keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia akan kembali ke belakang. Jumlah pemegang  ijazah, diploma dan sijil kemahiran akan menurun kerana kerajaan tidak mungkin mampu menampung semua pelajar melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Maka kita akan kembali ke zaman 60-an, 70-an dan 80-an di mana kebanyakan belia dan remaja menjadi pekerja kilang.

Hak mendapat pelajaran tinggi juga akan kembali menjadi hak eksklusif mereka yang benar-benar bijak dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Kumpulan ini akan mendapat biasiswa dan pinjaman mudah kerajaan. Selebihnya, pengajian di peringkat kemahiran, diploma dan ijazah tinggi akan menjadi hak eksklusif kumpulan elit dan menengah yang mampu menyediakan pembiayaan pendidikan sendiri melalui tabungan atau pinjaman bank.

Memang benar terdapat beban-beban tertentu dalam pinjaman PTPTN, namun apakah ada perkara mudah dalam dunia ini? Kita percaya dari semasa ke semasa PTPTN perlukan penambahbaikan. Namun cadangan menghapuskan tabung yang telah memberi khidmat besar kepada jutaan belia di negara ini untuk melanjutkan pelajaran adalah tidak masuk akal.

Jika kita boleh meminjam puluhan ribu untuk membeli kereta, mengubahsuai rumah; memperuntukan gaji untuk bayaran Astro, Unifi dan makan di Restoran makanan segera, apakah kita tidak boleh memperuntukkan sedikit untuk membayar pinjaman PTPTN yang telah membuka ruang kepada kita mendapat pelajaran dan kemudiannya peluang pekerjaan yang lebih baik?

Memang ramai yang marah dengan PTPTN kerana menyebabkan mereka berhutang puluhan ribu ringgit apabila tamat pelajar. Tapi jika ditanya mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan, bila-bila masa sahaja mereka bersedia berbuat apa sahaja untuk mendapatkan pinjaman PTPTN.

Tanya juga kepada mereka yang telah bekerja dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Betapa bersyukurnya mereka mempunyai PTPTN yang memberi pinjaman mudah dan murah kepada mereka. Jika tidak mereka terpaksa mengumpul wang bertahun-tahun sebelum mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Sebahagian pula terpaksa bergantung kepada pinjaman bank untuk melanjutkan pelajaran. Itu pun belum tentu diluluskan. Jika diluluskan pun jumlah kadar faedahnya jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh PTPTN.

Justeru, kepada mereka yang telah melepasi ranjau pengajian tinggi dengan pinjaman PTPTN, janganlah membakarnya hingga menjejaskan harapan dan masa depan adik-adik kita. Jangan kerana kita mahu lari daripada tanggungjawab membayar pinjaman maka adik-adik kita akan menjadi mangsa nanti.

Janganlah bakar institusi yang pernah memberi peluang kepada kita mengecapi pengajian tinggi dan pekerjaan yang lebih baik.

Jika tiada PTPTN, siapa yang akan lebih banyak mendapat peluang belajar di IPTS dan Kolej lain dengan kewangan sendiri? Ada otak lu fikirlah sendiri!

 

 






77 Komen to Mansuhkan PTPTN: Apa Agenda Pakatan?

  1. umnototok says:

    Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya….
    ‘Mereka’ sangat berharap agar orang Melayu terus miskin; maka mereka hentam habis2 NFC , FGVH, DEB, FELCRA dan lain2 yang berkepentingan Melayu dan Bumiputra.
    Mereka majukan hartanah dan bina rumah/bangunan dengan harga yang melambung2 tinggi agar orang2 Melayu & Bumiputra tak berkemampuan membeli, melainkan orang2 mereka yang sedia kaya dan juga mereka sengaja sediakan rumah/bangunan untuk orang2 Singapura.
    Begitu juga jika PTPTN dimansuhkan, maka yang memang sasarannya untuk rakyat yang tak berkemampuan ‘KHUSUSNYA’ Melayu dan Bumiputra, maka akan terjadi nanti anak2 orang kaya sahaja yang berpeluang menuntut ke IPTA/IPTS, ini bermakna anak2 mereka sahaja yang akan maju dalam bidang pendidikan dan berjaya ketahap menjadi Pegawai2 Pengurusan ke atas samada dalam Kerajaan apatah lagi Swasta.
    Celeklah orang2 Melayu dan Bumiputra!!!

    • fara says:

      ko xpk plak yg najib abiskan duit rakyat??tu tak rugi??lagi menyusahkan rakyat!!!DUIT TU BLE TANGGUNG STUDENT!! DAH NAK BAIK NGAN ORG KELING NGAN CINE!!LAGI LA BODOH!! TERLAKNAT LAH KORANG OLEH ALLAH!!!!!

  2. Moooohyideen says:

    PTPTN overcharging borrowers. Considering with the low paid of new fresh graduate is getting today and the escalating cost of living, it will put pressure on them to pay.

    Let say in 1995, fresh grad are being paid RM1,600 while normal car at that time Saga cost about RM26K. And now the same class of Persona cost about RM55k while most fresh graduate are getting circa RM2k to RM2.5 K, not double.

    • kembangsemangkuk says:

      PTPTN overcharging dengan 1% interes? Try la pi pinjam kat PKR tengok. Jangan cakap banyaklah moohyideen, kalau PTPTN dihapuskan sumber mana nak biayai pendidikan tinggi anak-anak ni? Kerajaan bayar semua? Jadi bajet kerajaan tak payah buat lainlah, bayar yuran pendidikan tinggi saja.

    • heh….. nak compare dengan kerete… kerete tu kalau ade kemampuan boleh la beli… ni kalau kemampuan tak ckup pegi gatal beli sape suruh?… macam kat Malaysia ni xde jual moto….

      to personal pnye money management la…

      tapi lebih baik dari die langsung x dapat sambung belajar sebab xcukup duit..pastu duk kg keje kilang gaji 600… lgi beban…

      komplen kne gune otak….

      PR hanya pandai ckap nak lupuskan, tapi die xde ckap option lain yang setimpal untuk gantikan PTPTN tu sendiri supaya rakyat masih mampu untuk meneruskan pengajian…

  3. C5 says:

    TAK ADA APA AJENDA PUN ….

    CUMA NAK BAGI EDUCATION FREE KAT RAKYAT ….

    • selamber says:

      nak free konon..piiraaahh!!..kerajaan kekalkan harga minyak pun tak setuju dah tu nak pulak yang free..apa punya cakap mcmni..BANGANG

    • so maksudnye PR nak bgi rakyat masuk U free of charge la… macam tu?…

      bagus, idea yg baik… tapi mane nak dapat sumber kewangan tu?… bukan sikit2 tu..

      janji nak bgi duit kat ibu tunggal kat selangor pon tak terbagi..lgi nak bgi “edication free”….

      hidup kne dalam realiti…jgn badan je kat realiti, tpi otak dalam mimpi…

    • Des says:

      Free????? Besok Pakatan ambil alih, hangpa tak payah terima gaji la! Kerja pun free! Bengong, semua nak free!

    • pandipory says:

      bini free lu mau ka..hikhikhik..

  4. dacing says:

    Pendidikan percuma utk rakyat?

    Berapa byk IPTA Awam dlm Malaysia ni? Kalau tiada PTPTN, kurang bumiputera memasuki kolej kolej swasta seperti UNIKL kerana kurang kemampuan kewangan, mcmana UNIKL hendak teruskan operasi?

    Last last yg kaya sahaja dpt meneruskan pengajian, yg miskin gigit jari tengok.

    Education free? Knp tidak dimulakan di peringkat pra sekolah di negeri negeri dibwh pentadbiran Pakatan Rakyat?

    Tadika PASTI pun kene bayar! !!!!!!!!!!!!!!

    Pembangkang kuat membohong!

  5. bujuk says:

    Aku sokong PTPTN d hapuskan, patut ke pinjaman belajar pun k’jaan nak makan riba? Ni bukan pinjaman along atau bank, bukan beli rumah atau kereta. Ni nak belajar dan kemudian bila habis belajar nak khidmat pada negara. Senang cerita seorang ayah yg. kaya-raya suruh anak dia belajar tinggi2. Dia sanggup bayar yuran dan perbelanjaan tapi kena bayar semula dan bayar lebih(riba) untuk anak dia bila keluar u nanti dan dapat kerja kena bagi bulan2 lagi pada dia. Adil ka…?
    M’sia bukan negara miskin, kalau miskin PR tak janji yg. bukan2. Kita tau m’sia kaya, kalau tidak takkan duit bela lembu boleh beli kondo juta2. Berapa banyak ketirisan dalam setiap jabatan dan kementerian? Berapa pulak habis bagi subsidi pada IPP dan sykt2 kaya? Kalau sykt. yg. kaya boleh bagi subsidi kenapa pada rakyat sendiri untuk kepentingan negara tak boleh?
    PTPTN kena balik semula skim biasiswa bersyarat seperti tahun 70’an hingga 90’an. Dimana pembayaran semula mengikut kecermelangan pelajar. CGPA 4 tak payah bayar. cgpa 3.5 ke atas 20%, cgpa 3 ke atas 50% dan seterusnya tapi tak lebih dari 100%. Dalam erti kata lain, k’jaan tak ambil kesempatan kaut untung untuk bantu rakyat belajar.
    Kenapa negara kita makin kaya tapi k’jaan makin tekan rakyat? Apakah segala hasil bumi m’sia hanya untuk d bolot sebahagian orang berkepentingan? Apakah bila berkuasa, semua harta negara milik mereka?

    • kembangsemangkuk says:

      1. rakyat mana yang tertekan, aku tengok makin ramai yang mewah. Yang kata tertekan pun hari-hari main internet belasah kerajaan.

      • Moooohyideen says:

        Rakyat mewah kata ko??? Genrally household income to GDP for Malaysia is 76%.

        Rakyat Malaysia byk berhutang kerana tidak mampu. Sampai beli kereta pun bayar sampai 9 tahun.

        Kat Europe/US bayar 3/4 tahun jer…

        • raplahjingaa says:

          Apa punya komen !! kalau hang ada duit hang nak buat hutang kereta 1 tahun pun boleh mooo oiii.

          Dalam Islam mooo, kita di ajar untuk bersederhana…bila kita buat hutang maknanya kita yang nak berhutang…tak ada siapa paksa pun !

          mooo…moooo

      • tengkudin says:

        yang beli handphone canggih manggih guna duit PTPTN!! elok sangat PTPTN diteruskan..untuk masa depan generasi akan datang..termasuk anak aku nanti..

      • StinGray says:

        Bujuk… boleh tak sekali sekala hang toksah fikir guna kepala lutut….susah la hang ni, nak kata pandai hang bodoh, nak kata bodoh hang memang biul….

        Kalau hang nk semua free, pi suruh pok nik hang tu transfer cepat2 hang kat syurga…kat situ semua free of charge..

        Hang tau tak setiap pengurusan mesti ada KOS…hang terfikir tak kos yang perlu ditanggung oleh PTPTN..sapa nak bayar kos2 ni:-
        1 – Pembayaran gaji, bonus, EPF, SOCSO, medical, overtime pekerja2 PTPTN sapa nak bayar???…BAAPAAK hang sponsor ke??..

        2 – Peralatan pejabat seperti komputer, perisian, perabot, alat tulis, carpet, penyaman udara, company car dll sapa nak bayar????….MAK hang ke??

        3 – Sewa pejabat, bill elektrik, air, telefon, internet, insurance sapa nak bayar???…ATOK hang ke???

        4 – Kos pengiklanan di media cetak, elektronik, banners, bunting, signboard booth sapa nak bayar???…BINI hang ke???…

        Kalau hebat sangat pi la pinjam education loan kat bank2…tercirit hang nk bayar balik…dah la tak bersyukur sombong bangang plak tu….IQ hang ni lebih rendah dari semua jenis binatang kat muka bumi ni…hang tau tak bujuk….

        lebih baik hang mintak kerajaan bg free kereta, rumah, komputer, pakaian kat hang….nak lagi best mintak kerajaan bagi bini free kat hangpa semua…bodoh….

        • bujuk says:

          memang la semua kena bayar, aku tak sasau lagi. Apa guna duit pembayar cukai dan segala macam hasil bumi yg. Allah bagi pada m’sia? kalau k’jaan boleh bagi subsidi pada IPP yg. semua pengusahanya JUTAWAN dan bilout jutaan ringgit pada sykt.2 kroni, apa masalah keluarkan sedikit wang untuk anak2 m’sia menuntut Ilmu yg. jadi fardhu kifayah pada kita. Mereka ni nanti akan berkhidmat pada negara dan negara dapat banyak faedah dari rakyat yg. berilmu. Ko ada masalah ke hantar/bayar anak ko nak belajar? Ibu/bapa dulu sanggup bergolok bergadai hantar anak ke universiti untuk cari ilmu, malah wang zakat boleh d gunakan untuk tujuan menuntut ilmu. Adakah ibu/bapa yg. berkira untuk hantar anak menuntut ilmu ko kata bijak?

          • StinGray says:

            hang kata “Mereka ni nanti akan berkhidmat pada negara dan negara dapat banyak faedah dari rakyat yg. berilmu”….semua ke berkhidmat dan setia pada negara, cthnya mcm hang ni, menjahanamkan negara adalah??..

            hang cuba nak sama kan tanggungjawab ibubapa dengan kerajaan….tapi kalau hang betul2 berperinsip mcm tu, kenapa hang tak jemu2 menentang kerajaan yg hang sama kan mcm ibu dan bapa hang tu???…patut kah hang menghina pemimpin kerajaan seperti najib tu, yang hang umpamakan seperti ibu dan bapa hang….

            Bila nak duit free, contoh mcm ibubapa la… bila tak bagi duit mcm pembunuh, sesat, tak islam, rasuah, kejam laa…manusia jenis apa hang ni bujuk…yg ni hang kata bijak…

          • bujuk says:

            bagi ilmu pada siapapun baik, tak kiralah dia sumbang semula pada kita atau pada orang lain. Hati kena iklas bro…
            Bukan hina bro, tapi kalau buat slah kenalah tegur. Ini perintah Allah yg. suruh ‘amal makruf nahi mungkar’. Kalau mak/bapak aku buat salah pun aku tegur.
            Macam ni la bro.. kalau k’jaan sekarang tak boleh bagi, aku tak kesah sebab k’jaan PR yg. janjikan benda ni. Dan memang aku nak k’jaan sekarang tolak permintaan anak2 muda ini supaya undi mereka beralih ke PR.
            Tapi kalau BN boleh bagi… why not. Demi kebajikan rakyat.

          • StinGray says:

            Hati hang ikhlas ke???…ada ke hang tegur makbapak hang buat salah mcm hang tegur kerajaan??….lain kali jgn buat perbandingan ikut logik akai mat jenin hang jea…

            Kebajikan bukan bermaksud semuanya PERCUMA bujuk..memberi kemudahan pinjaman juga dipanggil kebajikan..memberi keselamatan juga digelar kebajikan…cukup2 la kemudahan yg kerajaan dah bg pada sekelian rakyat…takkan semua nak free…meminta2 pun tak elok dalam agama dan adat…

            Aku tak setuju dgn apa yg hang setuju bkn pasal nk menggalakan org berhutang, tapi setiap permintaan kena la ada munasabahnya…kalau puak hangpa jadi pemerintah pun aku yakin 100% benda ni tak akan menjadi…cakap dgn buat tak sama bro..

            Di selangor ni..Hadiah masuk universiti bkn semua dapat pun…air percuma bkn semua merasa..sampai sekarang pun, cukai2 yg nak dikurangkan pun sampai la ni sejuk dan kaku jea….

            Berkhayal memang seronok pasal bkn kena bayar, tapi realitinya hidup ni adalah matematik…

          • bujuk says:

            takpalah kalau BN tak mampu bagi, ni adalah janji PR, BN tak perlu susah hati. BN boleh terus jual keamanan dan pembangunan pada rakyat masa PRU nanti, rakyat yg. rasa aman dan membangun bolh undi BN, tapi kalau yg. merasa d rompak, d pukul gengster, d pau anggota keselamatan dan rasa tak aman boleh pilih PR yg. janjikan penghapusan PTPTN serta buku jingga.

    • P164 says:

      Setiap hutang wajib dibayar. kalau x nk hutang, x yah ambik loan PTPTN. Itu kan pilihan, kalau dh berani ambik, bli phone baru, beli barang2 mahal, kenalh bayar. tiada paksaan pinjamaan ptptn. PR memang menjanjikan bulan, bintang dan roket. Habuk pn x da… Undilah kerajaan BN. Pendidikan awal dh percuma dari pre sekolah…

      • bujuk says:

        yg. berhutang memang perlu bayar kecuali mereka yg. k’jaan bilout… walupun jutaan ringgit duit rakyat mereka lesapkan.
        Tapi alangkah baiknya jika k’jaan PR bilout wang PTPTN bila menang PRU13. Tentu ramai pengundi muda suka…. ABU.

    • pandipory says:

      baik lu cakap sama LGE dan nik aziz .. itu 2 olang banyak sokong lu punya otak kalat.. wa ingat lu punya kawan sulah kasi lu makan babi lor..

  6. Wong Pin Ter says:

    Janganlah buat perbandingan tahun 1960an hingga 1980an. Pada masa itu berapa banyak IPTA/IPTS yang wujud di negara ini dan berapa banyak pula jumlah mahasiswa yang mengikuti pengajian tinggi berbanding dengan hari ini. Berapa pula kos pengajian di dalam tempoh pengajian 1960an dan 1980an berbanding hari ini. Ini belum lagi dana untuk subsidi minyak supaya harga minyak turun dan kekal pada harga RM1.00 seliter apabila PR jadi kerajaan. Belum lagi janji-janji yang lain. Agaknya PR ini begitu yakin kesemua janji-janji pilihan raya mereka akan dapat ditunaikan seandainya PR menang pilihan raya dan Anwar Ibrahim jadi PM kerana pendapatan negara akan bertambah berkali-kali ganda kerana kemasukan ramai pelabur asing Yahudi dari seluruh pelusuk dunia melabur di negara ini asalkan Anwar akan memenuhi tuntutan berikut (antaranya):

    1. Penghapusan Islam sebagai agama rasmi negara.
    2. Menghapuskan sistem demokrasi berperlembagaan dan menukarkannya kepada sistem demokrasi republik.
    3. Menghapuskan sepenuhnya hak-hak orang Melayu dan Islam sebagaimana dinyatakan di dalam perlembagaan negara ketika ini.
    4. Membenarkan kerjasama politik,ekonomi, sosial,kebudayaan,sukan,ketenteraan antara Malaysia dan Israel.
    5. Menarik balik sokongan atau membiarkan sahaja perjungan rakyat Palestin yang mahu tanah mereka yang dirampas Israel dikembalikan semula kepada mereka…

    Dan lain-lain lagi

    • Moooohyideen says:

      Jangan buat perbandingan pulak??? Bila time harga minyak pandai pulak korang banding dgn Singapore???

      Tak paham aku…

      • selamber says:

        Aku lagi tak faham pencacai pakatan haram ni..ada ke patut kerajaan kekalkan harga minyak dalam keadaan semasa yg tinggi seperti negara2 jiran yg susah hati menentang kenaikan harga minyak tapi korang pulak berasa tertekan bila kerajaan kekalkan harga minyak..kan ke BODOH namanya..

      • raplahjingaa says:

        Alaaa moooo, kan kerajaan tak naikkan harga minyak…hang patut gembira, ni idak hang marah kerajaan pulak !!

        Apasal mooo ? frust kot sebab tak boleh buat huru-hara tengah jalan bantah kenaikan minyak ke ?

      • StinGray says:

        Biasa la mooo…semua benda hang tak paham pun….kalau hang paham malaysia ni dah lama aman dari fitnah…

  7. plast3r says:

    Taktik keji.. PR tahu ramai antara pengundi yg masih berhutang dgn PTPTN.. Jadi dgn menaburkan janji hancing utk menghapuskan PTPTN, kononnye mereka akan dpt menarik pengundi. Setuju dgn bro P164, kalo dah berhutang kene la bayar.. kesian pada generasi baru yg nak belajar tapi tak mampu.

    • bujuk says:

      bukan keji… tapi bijak. Kalau keji, apa bezanya BR1M, KR1M, bantuan pelajar rm100, baucer siswa. Siapa lagi keji..?

  8. baba says:

    agenda dia nak undi saja. mansuh ptptn la, mansuh tol la, mansuh itu la, turunkan harga minyak la…….nak tanya pakatan, dari mana datang wang yg nak cover tu semua? rakyat jgn terpedaya dgn janji tipu pakatan. kalau pun mereka dpt lakukan semua tu, maka tak lama la malaysia akan bankrap dan lepas tu rakyat akan merana sampai bila2 kerana pada masa tu akan masuk segala syaitan yg menaja anwar utk menguasai ekonomi kita.

    • tengkudin says:

      yang janji nak hapuskan cukai pintu kat selangor pun tak tertunai..ada hati nak hapuskan ptptn..hehehe…

    • bujuk says:

      TunM pernah kata apa yg. dia tahu M’sia ada banyak wang. Tapi kalau betul takda wang kenapa k’jaan bagi BR1M, KR1M, baucer SISWA, wang sekolah rm100?
      Boleh pulak k’jaan tutup beberapa TOL dan kekalkan harga minyak… sedang dulu k’jaan kata negara akan bankrup kalau terus bagi subsidi.

      • StinGray says:

        Dah bg tu bersyukur jea la…jgnla dah bg betis hang nk peha plak….hang ni depan hang nk, belakang pun hang nk..semua hang nak…mcm dia jugak la hang ni…

        • bujuk says:

          Kalau dah hak kita, semua kita nak bukan betis, peha jee…
          Kalau ko kawin dengan sorang pompuan, apa ko nak betis dengan peha je? aku nak semua yg. Allah halalkan pada aku.

        • StinGray says:

          Adakah kos perbelanjaran pelajar di peringkat universiti / kolej WAJIB ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan…adakah itu hak mutlak rakyat, sepertimana contoh yg hang bg.. hak mutlak seorang suami terhadap isteri yg Allah halalkan…

          Bagi tau aku Nas dan hadith mana yg Allah menghalalkan tuntutan korang tu…seperti mana Allah halalkan hak seseorang suami terhadap isterinya…jgn tafsir hukum ikut selera politik la ngok…

          Bujuk, jgn sesuka hati gunakan nama Allah utk menghalakan cara hangpa….khawarij sungguh hang ni…

          • bujuk says:

            Kalau k’jaan mampu bagi pelajaran percuma kenapa perlu bayar, kalau hutang tajudin ramli yg. berjuta boleh selesai luar mahkamah kenapa ptptn tak boleh?
            Aku nak jawab macam ni…
            BN boleh tawarkan apa yg. BN suka, begitu juga PR nak janji apa yg. PR mampu buat. Kalau BN boleh tawar BR1M kenapa PR tak boleh janji hapus PTPTN?

  9. randomsee says:

    aku tgk meraban merapu komen puak pembangang….dimana2 sahaja…asal komen mesti bangang dan copy paste berita mengarut…

    cerita pasal ptptn…deme cerita celah kangkang….

    ada rakan menyarankan supaya yuran di unisel, kuin dan kuis dihapuskan dan pihak pentadbiran cara akai bagaiamana nak sara bebudak itu tanpa bantuan ptptn…kalau berjaya…ramai nak undi Pakatan rogol minda rakyat….

    tapi aku pastilah jawapan mereka nanti…berilah kami peluang memerintah pusat…kakakakakakakakakaka…ksian tgk rakyat selangor…dapat bil percuma tapi sikit masa nanti akan diberi air lombong….hahahahahahaha najis khinzir lah jawabnya….

  10. tengkudin says:

    yang tak bayar hutang MARA sampai kene saman pun ada..cam bekas ADUN PAS K.Terengganu dulu..dah masuk court pun susah nak bayar hutang pelajaran MARA jugak!!

  11. raplahjingaa says:

    Laaaaa…kat harakah depa fitnah sampai macam tu ke moooo ?

    iskh ! iskh ! iskh !

  12. P164 says:

    Kes sharizat kn kes mahkamah Moo. Kalu suami dia bersalah, kenalah tindakan undang-undang. Kes Azmin kaya, ko x siasat ke Moo. g lah siasat…

    • Moooohyideen says:

      Ye ker..??? Selamat…tu pun setelah berhempas pulas jadi whistle blower. Alih2 Whistle Blower yg kena kutuk org umno, bukan penjenayah.

      Berani ka depa dakwa Kak Jat???

    • Moooohyideen says:

      Eh pesal kami nak siasat, hangpa panggil la MACC. Aik..tak nak siasat Menteri UMNO ka????

  13. selamber says:

    Ada..apa pulak takde..tp takkan setiap kali tanya kene bg tahu kat ko pulak?..ko siapa?..

  14. P164 says:

    Kes Penentang LYNAS, ko x tnya sumber kewangan mana dia dapt ke Moo.. Tanylah Moo… Ko kn suka bertanya… kt gay tu ko x tanya…

  15. Moooohyideen says:

    Hutang Pemimpin umno sampai berbillion, semua dilupuskan oleh kjaan BN.

    • siamang gagap says:

      Huuu..huuu, berbilion… Jgn nak temberang la moooo

    • StinGray says:

      Bukan dilupuskan mooo..depa dah abih bayar dah….hang ni..tak kan dah abih bayar pun kerajaan nk tuntut lagi…along pun tak kejam mcm tu…

      mooo…utang kereta camry hang dah abih bayar ke blum??…kalau belum pi la pujuk bank tu lupuskan hutang hang…mooo2

    • Wong Pin Ter says:

      Betul tu ! Ada seorang bekas pemimpin UMNO tu buat hutang dengan Hong Leong Bank RM450.00 juta guna nama orang lain pada 1997 atas alasan untuk membeli sebuah syarikat. Sebenarnya urusan jual beli syarikat itu pun sebenarnya tidak terlaksana manakala wang yang sudah dipinjam itu pula lepas entah ke mana. Masa pun berlalu dan kini orang yang namanya telah digunakan untuk membuat pinjaman itu pula telah disaman oleh Hong Leong Bank kerana tidak bayar hutang. Baru-baru ini semasa perbicaraan di mahkamah dia dipanggil untuk jadi saksi . Apabila sapina untuk dia hadir di mahkamah hendak diserahkan kepadanya dia tidak mahu terima. Ketaq lutut agaknya takut. Namun apa nak kisah akan ramai peguam yang sanggup membelanya barang kali secara percuma atau secara “bayaran harga tangguh”. Lebih hebat para penyokong pemimpin ini akan sentiasa menggambarkannya sebagai seorang yang amat alim, suci bersih dan tidak mungkin akan buat salah guna kuasa, rasuah apatah lagi kronisme yang menjadi sesuatu yang amat tabu kepada dirinya. Kalau anda semua pandai cuba teka siapakah DIA bekas pemimpin UMNO ini?

  16. as expected… ape yg BN buat, x pernahnya disokong PR… sebab ape?.. sebab PR low quality parti… idea nak hapusan PTPTN mmg idea pemusnah…

    bru sekarang nak ckap Malaysia kaya… ketua PR keliling dunia buat cite bohong kate Malaysia nak bankrup.. hahahah…

    kalau PTPTN xde, ade ke care yang lgi senang rakyat nak buat pinjaman untuk belajar?… PR ade tak bgi sekali idea tu?… diorang tau ke tahap kemampuan ekonomi Malaysia kalau la contoh nak ikut idea C5?… hahaha…

    lepas ni ape akan jadi pada bumiputra yang miskin?…

    macam biase… PR hanya tau bgi janji yang sedap didengar… tapi bile memerintah besok, korang tengok la sendiri…..

    jangan gadai mase depan rakyat undi PR… baik p undi BN yang dah terbukti menjamin kestabilan negara…

  17. Anak_Nogori says:

    Memang nak memansuhkan apa saja memang cukup senang….apa kata Kerajaan Selangor mansuhkan cukai2 pintu dan tanah dulu..ini memang kerajaan Selangor ada kuasa utk dimansuhkan….bila dah terbukti dimansuhkan cukai2 pintu dan tanah tersebut, baru lah kalau nak mansuhkan PTPTN ni rakyat boleh percaya Pakatan Rakyat boleh mansuhkan.

    Apa cam?…ada berani?.

  18. tengkudin says:

    duit tabung memali??
    KOHILAL?? hehehe..

    • siamang gagap says:

      duit tabung memali dah jadi darah daging ore pas, agaknya kalau ibrahim libya hidup balik sekalipun puak pasIK ni tak mengaku mereka dah mentahkedarah duit tu.

  19. tony gunawan says:

    kalau BN TAK mampu buat biarlah pakatan rakyat yang buat!senang saja!

  20. Gullit says:

    Setuju hapuskan tp bersyarat pelajar perlu mendapat kelas pertama dlm ijazah mereka…

  21. siamang gagap says:

    Biasalah janji pilihanraya, rakyat semakin muak bila janji tinggal janji. Nak masuk pilihanraya ke 13, janji dulunpun tak dilunas lagi

  22. siamang gagap says:

    Duit sumbanga yahudi ka mooooooo

  23. Wong Pin Ter says:

    Saya rasa di dalam isu PTPTN ini cara penyelesaian yang paling munasabah ialah dengan menukarkannya kepada pinjaman secara bersyarat.
    – Lulus kelas pertama , CGPA = 3.85 – 4.00 automatik tukar kepada biasiswa tidak perlu bayar balik satu sen pun.
    – Lulus kelas dua atas , CGPA= 3.3-3.84 hanya perlu bayar 50% – 70% tanpa kadar faedah.
    -Lulus kelas dua bawah, CGPA=2.5 – 3.29 hanya perlu bayar 70% – 100% tanpa kadar faedah.
    -Lulus kelas tiga, CGPA=2.49 dan ke bawah kena bayar balik 100% beserta kadar faedah yang berpatutan.

    Jadi tidak timbul lagi soal berapa kouta bumiputera, berapa kouta bukan bumiputera untuk dapat biasiswa kerajaan. Siapa yang mahu pembiayaan percuma atau tidak mahu terlalu terbeban dengan pembayaran balik pinjaman pengajian tinggi mereka haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di dalam pengajian mereka.

    Soal kutipan balik bayaran pinjaman buat sahaja potongan mandatori sebagai mana potongan untuk caruman KWSP/Perkeso atau PCB LHDN. Jadi tidak timbul soal kena saman atau pasport kena tahan pasal tak bayar balik pinjaman PTPTN.

    Manakala mereka yang dapat ijazah kelas pertama dan pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa beri keutamaan kepada mereka untuk ditempatkan di dalam perkhidmatan kerajaan atau di dalam syarikat-syarikat GLC dan ikat mereka dengan syarat perkhidmatan 10-15 tahun supaya mereka dapat menyumbangkan kembali pengetahuan dan kepakaran mereka kepada pembangunan dan ekonomi negara di dalam jangka panjang.

    Ini barulah betul dikatakan ” PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan bukan hanya mengharapkan slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN” dengan memaksa kerajaan yang memerintah memberikan segala-galanya secara percuma kepada rakyat. Adakalanya yang percuma tidak dihargai pun malah mungkin memudarat rakyat dan negara di dalam jangka panjang. Lihat sahaja krisis kewangan di Greece dan beberapa negara Eropah ketika ini.

    • bujuk says:

      Maknanya hapuskan PTPTN dan buat skim pinjaman baru dengan nama yg. lain… ok, aku setuju.

      • bujuk says:

        tapi faedah @ riba tak boleh la bro.. tu haram. Takkan pinjaman k’jaan pun kena faedah. ko pinjamkan duit pada anak pun suruh dia bayar lebih ke?

        • StinGray says:

          kalau dah mengaku kerajaan tu bapak, toksah lah fitnah dan guling2 atas jalan lagi…tak takut jadi anak durhaka ke???…sembang2 munafik la hang ni bujuk…

          • bujuk says:

            Dah demokrasi, kita berhak pilih yg. terbaik dari yg. baik. kalau idak buat la k’jaan komunis ke atau diktator, tak pun suruh raja yg. perintah.

          • StinGray says:

            Demokarasi / komunis la pulak…kata kerajaan mcm bapak gan anak…

            yang hang tulis ni apa!!!! “Takkan pinjaman k’jaan pun kena faedah. ko pinjamkan duit pada anak pun suruh dia bayar lebih ke?”….

            susah btul hang nk sorok sifat munafik hang ni bujuk….hang nk kekal dgn sifat ni ke???…

          • bujuk says:

            sebagai k’jaan mereka perlu memerintah dan menjalankan amanah sebaik mungkin. Sebagai pengundi kita berhak memilih pemimpin terbaik yg. kita percaya mampu menjalankan amanah tersebut. K’jaan tiada pilihan dalam melaksanakan amanah kuasa untuk menjaga rakyat, tapi rakyat mempunyai hak untuk memilih k’jaan.
            Sedang dalam keluarga, kita tiada kuasa nak pilih siapa ibu/bapa kita… d sini bezanya.

  24. peoplefirst says:

    Seperti biasa pkr sentiasa mencari ruang dan peluang bagi membuat kenyataan popular. Kalau hapuskan hutang ptptn, gulung tikarlah 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing yg terdapat dinegara malaysia.

    Guangzhou, Guangdong, China

Leave a Reply