Menu Utama

Lynas: Kematian Anak Bekas Pekerja ARE Di Perak Atas Sebab Biasa

DUA media yang kita percaya diupah para pemonopoli pasaran nadir bumi di dunia ini untuk mennghalang pembinaan kilang Lynas yang boleh menjejaskan ekonomi pemonopoli tersebut nampaknya tidak habis-habis menyebarkan pembohongan dengan niat jahat untuk mensabotaj ekonomi negara.

Gagal mengemukakan apa-apa bukti saintifik sehingga kini yang boleh menyokong dakwaan bahawa kilang Lynas di Balok, Pahang itu mencemarkan alam sekitar, Malaysiakini dan Malaysian Insider dengan curang dan jahat cuba mengaitkan kematian anak kepada salah seorang bekas pekerja Asian Rare Earth (ARE) dengan pembinaan Lynas.

Hakikatnya, Lai Kwan, ibu kepada Cheah Kok Leong yang meninggal semalam adalah pekerja pembinaan kilang ARE, bukan pekerja ARE pun.  Kematian anaknya itu pula disebabkan oleh jangkitan bakteria yang serius, bukan kerana kesan sampingan sinaran radioaktif dan sebagainya.

Hanya kerana satu kematian atas sebab yang biasa ini, Malaysiakini dan Malaysia Insider cuba mengelirukan rakyat dengan meracun pemikiran mereka dengan cuba mengaitkannya dengan Lynas.  Tidakkah mereka pernah terfikir, bagaimana pula dengan beratus-ratus bekas pekerja ARE dan anak-anak serta cucu-cucu mereka yang jelas tidak terjejas dengan kilang tersebut?

Lai Kwan sendiri masih hidup sehingga sekarang!!!

Itu belum lagi disebutkan bahawa ARE sangat-sangat berbeza dengan Lynas atas sebab yang sudah banyak kali diterangkan sebelum ini.  Mengulang benda yang sama setiap kali hanya merendahkan minda rakyat Malaysia sahaja.

Berapa banyakkah agaknya wang dari dana luar yang diterima pihak-pihak berkepentingan di negara ini agaknya sehingga benda bohong pun cuba nak ditukar menjadi fakta.

Pelbagai bukti saintifik pakar dari dalam dan luar negara telah membuktikan bahawa Lynas tidak mendatangkan bahaya dari segi sinaran dan radioaktif, tapi si benak Malaysiakini dan Malaysian Insider ini masih lagi menyanyi lagu yang sama tanpa disokong dengan bukti saintifik yang kukuh.

Mempolitik kematian untuk kepentingan tertentu ini memang menjadi ciri-ciri pembangkang, ini bukan rahsia.  Kalau tidak ada yang mati pun depa cuba ‘cipta’ kematian tersebut agar boleh mencetus kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat.  Bukti itu boleh dilihat dalam demonstrasi Bersih 2.0 Julai tahun lepas, yang hidup dikatakan mati, yang mati sebab sakit jantung dikatakan lemas oleh gas pemedih mata.

Sedangkan tidak ada sebutir pun gas pemedih mata dilepaskan dalam kawasan KLCC dimana kematian tersebut berlaku.

Nampaknya pendekatan seperti ini berterusan sehingga sekarang dalam kes Lynas ini tanpa ada tindakan dari pihak berwajib.  Sampai bilakah agaknya perbuatan mensabotaj ekonomi negara ini akan berterusan?  Hari ini Lynas, besok lusa entah apa lagi.

Sampai satu tahap Malaysia kehabisan bahan berasaskan fosil untuk menjana tenaga dan terpaksa beralih kepada tenaga nuklear, entah apa pula bala yang nak datang.  Yang bukan nuklear macam Lynas ini pun seboleh-boleh nak dikaitkan dengan nuklear juga, yang betul-betul nuklear tak tahulah macam mana.

Keseluruhan episod ini amatlah memualkan penulis, serius.






59 Komen to Lynas: Kematian Anak Bekas Pekerja ARE Di Perak Atas Sebab Biasa

  1. tony gunawan says:

    adamyan ,u tak payahlah berbohong lagi!

    • sungai_siput says:

      yang kuat bohong u tony….

      u benci tengok orang melayu islam malaysia kuasai bidang2 baru…

      mengaku saje lah u benci dengan islam

      u pura2 saje dalam forum ni konon2 sebelah islam, tapi cuba memecah belah kan islam… apa u fikir orang melayu islam bodoh sangat kah????

      melayu yg ikut u tu segelintir sahaje tony

    • bajuk says:

      4 Frofesor yg pakar dalam bidang nuklear dan kejuruteraan kimia mengatakan lynas bukan logi nuklear,ia hanyalah kilang kimia biasa,terbaru baca komen dr profesor uni.Malaysia Pahang yg ada phd dlam kejuruteraan kimia dalam sinar harian hari ni,penggunaan nadir bumi byak diginakan dalam produk eletronik spt HS,camera dsbnya.Dua negara shj yg memonopoli pluaran nadir bumi iaitu China dan Australia.Autralia buka kilang Lynas di Gebeng kerana kos operasi di Malaysia murah dan digebeng industri sampingan pelengkap prodok lynas telah sedia ada.sebab tulah pahang dipilih.Nak pilih kelantan masalah,air tak cukup.

  2. Mohd Tasyahud says:

    Mengapa Pakatan tidak menyelar kenyataan YB Parlimen Hulu Langat dari PAS yang juga salah seorang pakar nuklear Malaysia yang dengan lantang dan terpaksa menggunakan TV3 untuk menyatakan bahawa projek Lynas tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.
    Malah beliau juga tidak mahu bersekongkol dengan Fuziah dalam hal ini dan beliau juga sanggup dikenakan tindakan disiplin.
    Hadi dalam muktamar PAS juga menyarankan ahli PAS agar merujuk kontroversi Lynas kepada beliau.

    • tengkudin says:

      mana berani depa nak selar..sebab takder point nak balas balik..
      kat PArlimen buat PSC pun depa takut sampai kuar dewan.sebab apa tu?? sebab KANTOI takder fakta sains..!! hehehehee

  3. Gullit says:

    Satu lg fitnah jahat fuckatan ….

  4. tengkudin says:

    Oleh Prof Dr. Ismail Bahari

    Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

    TERLALU banyak maklumat salah yang boleh ‘menyesatkan’ pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai ‘pakar nuklear’, seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan parti pembangkang baru-baru ini.

    Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran ‘pakar nuklear’ yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.

    * Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.

    Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.

    Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh ‘pakar nuklear’ berkenaan.

    * Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.

    Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh ‘pakar nuklear’ itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah.

    Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

    Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)

    * Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.

    Sedangkan, ‘bahan buangan’ tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.

    Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.

    * Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.

    Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ‘ ibarat langit dan bumi’.

    Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.

    U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.

    Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

    Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).
    Secara anologi, ‘pakar nuklear’ berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.

    * Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.

    Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.

    * Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.

    Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi ‘pakar nuklear’ tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.

    Ini bermakna dalam masa 56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)
    * Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.
    Sedangkan, ‘bahan buangan’ tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.
    Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.
    * Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.
    Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ‘ ibarat langit dan bumi’.
    Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.
    U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.
    Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

    Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).
    Secara anologi, ‘pakar nuklear’ berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.
    * Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.
    Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.
    * Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.
    Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi ‘pakar nuklear’ tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.
    Ini bermakna dalam masa 56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.
    Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.
    Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.
    Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.
    * Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.

    Sedangkan, sebagai ‘ pakar nuklear’, beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.
    Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).
    * “Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat”.
    Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh ‘pakar nuklear’ itu.
    Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.
    Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.
    Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.
    Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.
    Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. ‘Pakar nuklear’ tersebut pernah belajar dan memperolehi ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?
    Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?
    Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.

    • Wong Pin Ter says:

      Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah silap. Sepatutnya mereka kena bawa masuk pakar nuklear daripada Israel untuk membuat kajian dan penjelasan kepada rakyat. Mungkin Anwar Ibrahim boleh membantu di dalam soal ini.

  5. zumazore says:

    mereka ada faham ke… kalau kita menjerit kat telinga depa pun mereka takkan paham pun, yang mereka akan paham ialah bila NIK AJIS keluarkan fatwa yang nadir bumi tu najis yang boleh di basuh dengan air tanah ker!

    • StinGray says:

      memang diorang tak akan paham, sebab cita2 depa mengatasi realiti….fikiran depa dah dirasuk syaitan2 best friend pok nik…

    • pandipory says:

      gantung gambo niz ajis kat dinding umah taw ler deme…puuihhhtuh

      • raplahjingaa says:

        Pas tu malam jumaat perasap kemiyan kat gambar nik ajis…taruh buar orange 3/4 biji….kasi jin makan !!

        tu kawan baik jin tu.

  6. baba says:

    yg di penang tu apa cerita? tak bahaya ke? memang pakatan ni saja nak buat isu saja. bukan ada bukti apa pun.celakalah mereka yg merosakkan masa depan negara mereka sendiri.

  7. HackerXP says:

    he..he.. ada saja idea puak PR utk burukkan Lynas.

    Lynas ni, pengakhirnya akan jadi macam proton, klcc, F1 sepang, jambatan penang dan lain-lain projek yg pernah dikontroversikan oleh puak Anwar, dap dan pas dulu.

    gitu jugak la pasal Putrajaya, dulu dikecohkan macamlah projek putrajaya tu tak berfaedah last skali Anwar jugak yang berangan nak menguasai Putrajaya.

    hipokrit je lebih puak depa ni, politik kepartian mengatasi kewarasan.

  8. siamang gagap says:

    walau pakar dari bulan sekalipun datang utk jelaskan pekara sebenar, tapi jika otak sudah kelam dan bebal maka fitnah serta dakyah juga yg lebih dipercayai. Maklumlah hanya itu saja sisa2 dakyah yg boleh dikitar buat modal politik

  9. Mooohyideen says:

    Aku rasa byk lagi saintis Jepun yg lebih pandai mengatakan kilang nuclear Fukushima adalah selamat (dulu la…)

  10. Mooohyideen says:

    Apa kata kita buat Kilang ni kat putrajaya, sebelah rumah Pok Jib. amacam?? Setuju???

    • StinGray says:

      mooo…aku nk mintak maaf kat hang sebab slalu marah hang copy paste kat sini…lpas ni hang copy paste la apa saja kat sini, sebab kalau hang tulis ikut idea hang harimau dan buaya yg ganas tu pun ketawa terbaha-bahak mooo…tlg ye mooo jgn malukan rakyat malaysia…plzzzz…

      • raplahjingaa says:

        hehe…aku pun macam sting jugak, nak minta maaf kat hang mooo…selama ni aku kritik hang sebab hang suka copy paste..aku templak hang supaya guna idea sendiri bila berforum…

        tapi mooo…bila aku baca komen hang….lebih baik lah hang copy paste moo oiii, walaupun copy paste hang tak pernah aku baca pun…!!

        hehe

    • bajuk says:

      Pertanyaan yg bangang sekali,Putrajaya bukan kawasan industri.

  11. omega says:

    Nampak gayanya khalid samad dan anuwar akan mengetuai semahyang org mati la lepas nie

    • Mooohyideen says:

      Ya Betul…..tapi imaginasi org umno la..

      • siamang gagap says:

        Hee.hee, malu nak mengaku ka mooooo, acu try tengok kat dlm Malaysiakini, suara yahudi yg letak gambor anuwar mengetuai semahyang mayat TBH… jgn malu2 kalu dah sokong sokmo. takbir aje… tak gitu mooooooooo… ehhh miewwwwwwwwww

    • P164 says:

      Pakatan spin isu LYNAS untuk memperbodohkan rakyat malaysia untuk kepentingan satu kaum. Kalau ko x sedar jugak x tau Lah Moo.. Tolong fikr jauh ckt dan kuar dari kepompong otak ye.. Yakini BN, undilah BN..

  12. Wong Pin Ter says:

    Saya rasa isu Lynas ini bukan pasal isu alam sekitar atau isu keselamatan nuklear sangat pasal pakar-pakar nuklear yang bertauliah dan berwibawa di dalam dan di luar negara pun sudah menyatakan ia selamat. Sebenarnya ia adalah satu isu kecenderungan satu kaum tertentu di Malaysia ini yang mahu melindungi kepentingan sebuah negara Asia (yang merupakan negara asal kaum ini) yang menjadi pengeluar terbesar bahan nadir bumi ini supaya mereka boleh memonopoli pasaran bahan ini. Nilai pasaran bahan nadir bumi ini amat tinggi mungkin boleh mencecah kepada nilai beberapa Billion/Trillion USD kerana banyak digunakan untuk membuat pelbagai peralatan dan gajet moden seperti IPad, TV LED, bateri kereta hybrid dan lain-lain. Kalau kita perhatikan ada dua parti komponen BN yang mewakili kaum ini , yang satu ambil sikap berdiam diri dan yang satu lagi secara senyap-senyap turut menentang projek ini.Diberitakan jika projek Lynas ini beroperasi pada skala pengeluaran penuhnya maka penguasaan negara Asia ini terhadap pasaran dunia bahan nadir bumi ini akan berkurangan sebanyak 20%.Pada ketika ini negara Asia ini sedang mengurangkan pengeluaran bahan nadir bumi ini untuk push up harga pasaran dan langkah ini telah dibantah oleh negara pengguna utama bahan nadir bumi dunia seperti Jepun dan USA yang telah memfailkan bantahan dengan WTO.

    • Wong Pin Ter says:

      Ada pulak yang tertinggal….

      DAP tidak usah ceritalah pasal kita pun tahu kaum mana yang menguasainya. Tapi yang PKR dan PAS ini apa cerita turut sama menentang? Sebabnya adalah untuk keuntungan politik. Mereka cuba untuk memaksimumkan sokongan politik daripada kaum ini sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan projek Lynas ini.

      Namun begitu masyarakat pelabur antarabangsa mengikuti perkembangan isu Lynas ini dengan teliti. Jika sekiranya kerajaan membuat keputusan membatalkan projek Lynas ini ada tanda-tanda beberapa pelabur asing akan membatalkan beberapa projek pelaburan mereka di negara ini yang bernilai berbillion-billion RM dan memindahkannya ke negara destinasi pelaburan lain dan ini akan menyebabkan FDI yang masuk ke Malaysia akan berkurangan dan akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini akan memberikan imej negatif kepada kerajaan yang memerintah dan akan dijadikan isu pula oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu PKR dan sekutu-sekutu mereka.

      Maknanya sama ada projek Lynas ini dibatalkan atau diteruskan ia akan tetap memberikan keuntungan politik kepada Anwar Ibrahim bergantung kepada cara bagaimana isu ini dimainkan dan dieksploitasi. Inilah tugas yang diamanahkan kepada Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Lihatlah betapa bijaknya Anwar Ibrahim bermain politik. Saya fikir Dr. Mahathir malah Barack Obama pun tidak mampu untuk berbuat begini.

      • P164 says:

        kempen menentang LYNAS mendapat dana yang besar. Pihak pakatan bijak spin isu ini untuk kepentingan politik sempit mereka. Kerajaan tidak perlu tunduk kepada Fuziah pkr dan teruskan projek yang bermanfaat untuk rakyat malaysia. Undilah BN. Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan…

      • Wong Pin Ter says:

        Alamak ada lagi yang tertinggal…

        Pesanan saya…ABAI ABAI ABAI

        • siamang gagap says:

          sokong….sokong…sokong. Biarlah moooooo dengan anuwarnya, rakyat semaikn jelas siapa penipu besar, siapa biseksual dan siapa penyembah yahudi atas restu tua kutuk nick ajis dan pas.

  13. krngbl says:

    Pekerja Jual ikan kat Pasar mati lepas tu tak payah ada pasar ikan lagi…boleh gitu?

  14. tony gunawan says:

    wahai kunco-kunco umno tunggulah hukuman rakyat nanti di PRU-13!

    • StinGray says:

      Di PRK pun dah nampak rakyat hukum sapa toksah la melalut sgt pasal PRU tu…hang nampak tak tonyXgunalangsung???

    • raplahjingaa says:

      Hukuman rakyaat mana tu tonik ? Israel kot ?…hang ni berpijak lah di bumi yang nyata…aku tak sabar nak tengok rakyaat tunjukan jalan untuk pecacai-pecacai PAS, masuk bawah umah nik ajis !

  15. tony gunawan says:

    benda yang baik orang putih tak akan kongsi dengan rakyat malaysia!bodoh!
    kenapa australia tak bina kilang penapis petroleum di malaysia umtuk menapis minyak mereka ??????
    sampai hari ini umno pun belum beritahu di mana hendak simpan sisa-sisa radioaktif ini,di sungai lembing atau di rumah awak Wong Pin Ter ! hahahahhahahha

    • StinGray says:

      Betul ke org putih tak akan kongsi dgn rakyat malaysia??..tapi yg pelik boss jubur hang asik pi AS tu, dia kongsi apa???..pungkok ke??..ngok..

      • raplahjingaa says:

        tonik, komen hang makin lama…dah jadi macam komen c4 dah aku tengok…komen syok sendiri !!…tak pe la carry on.

  16. mustaqim says:

    sila ikuti 2 ulasan bab lynas kerana ia isu mudah dan 1 syarat saya…..

    1) isu teknologi…kita semua tahu teknologi memudahkan hidup kita…contoh kita g haji naik kapal terbang, balik kg naik keretapi/bas, g office naik rumah, naik tgkt 80 naik lif dsb…..

    tapi setiap teknologi ada risiko kebaikan dan keburukan….

    sbbnya kita tak penah dgr orang mati sbb dia langgar pokok semasa jalan kaki…tp kalau naik keta, kapal terbang…kompom out…..

    2) isu kedua adalah sokong atau tak…..mudah sbb kita ukur jer risiko dgn keperluan…..kita perlu pada plane, car, lif, komuter, handphone dsb…sama seperti kita perlu pada tenaga elektrik…..jadi bijaklah mengukur…

    masalah timbul apabila kerajaan dan lynas corp tidak mengambil serius dalam mencerahkan/menjelaskan pada rakyat shingga dgn mudah ia dipusing2kan…..

    kerajaan perlu jelaskan langkah keselematan esp kalau ada gempa bumi, klau ada security breach atau under attack, pastu kerajaan kena sediakan pelan tambahan ie insurans untuk penduduk pahang, hadiah khas bagi kecatatan, dan lain lain… sbbnya…..pusat menyimpan nuklear pun tidak berbahaya kalau di kendalikan dngan betul…tapi kalau tidak bagaimana???dan lain-lain….

    syarat saya untuk sokong lynas amat mudah….mudah kerana kerajaan termasuk pm dan mb pahang yakin dan jamin ia selamat untuk penduduk sekitar…oleh itu DUN PAHANG, KEDIAMAN RASMI MB, KEDIAMAN EXCO, KEDIAMAN KELUARGA DAN SANAK SAUDARA PM, PUSAT PENTADBIRAN PAHANG semuanya dipindahkan ke lynas……

    lead by exmaple..kalau betul selamat dan dijamin selamat buktikan melalui perbuatan..kalau ckap je orang jual barang 2 hinggit pun ckp elok…..

    siapa la aku untk didengari…tapi aku sokong pun x, xsokong pun aku tau keperluan kita…..tapi kerajaan harus pantas dalam memberikan jawapan yg jitu…bukan bagi peluang untuk rakyat dikelirukan..jenuh mykmu dll explain…tp lynas corp and fed gov gagal bg info yg jitu..sbb tue MCA pun against…lynas plantation bukan macam nak buat loji taik/pusat pelupusan sampah bro….wake up la kata nak menang pru…

    • bujuk says:

      Pada aku kalau kita proses sisa radioaktif atau nukler yg. diguna untuk keperluan rakyat dan negara, aku boleh terima. Tapi apa ke jadahnya proses sisa nuklier dan radioaktif negara lain d negara kita?

      • jebat says:

        tauke babi nak bercerita pasal halal..

        • bujuk says:

          lagi satu.. patut ke negara Islam m’sia jadi pengeluar/pengeksport babi?

          • raplahjingaa says:

            hehe…patut tak patut hang pi tanya imam hang la bujuk…dia lagi afdal !!

            bila cina DAP nak buat kandang babi hangpa la yang sokong tak masuk akal…bila dah jadi peneksport babi..hangpa buat-buat hairan pulak..

            anwarinas sungguh la hangpa ni.

          • bujuk says:

            malaysia eksport babi.. bukan selangor la. M’sia siapa perintah?

    • nazwan says:

      Saya setuju dengan en mustaqim, kerajaan & Lynas perlu perjelaskan sebaiknya kepada rakyat.
      Lynas melibatkan bahan yang berbahaya. Persepsi masyarakat terhadap perkara ini sgt negatif. Kalau ikutkan di gebeng tu, banyak plant2 yang bebahaya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Apa yang penting perkara ini perlu diuruskan dengan telus. Tiada unsur2 rasuah dalam Lynas ni. Jika tidak kita semua akan lihat satu bencana yang tak ingin kita semua hadapi.
      Dari pemahaman saya, perkara utama yang menjadi kegelisahan masyarakat adalah isu ketelusan sesuatu projek itu dilaksanakan. Diharap pihak berwajib pantau Lynas dengan telus. Jangan luaran nya nampak cantik, tetapi didalam sebaliknya.
      Anda tahu atau tidak plant2 yang sedia ada disana mengalami kemendapan tanah pada strukturnya. Diharap Lynas mengambil kira perkara ini dalam menyediakan bekas simpanan sisa radioaktif tersebut.

  17. mustaqim says:

    oh ye…minta maaf……..aku tak ulas pasal tajuk diatas…

    mmg anak cina tue bukan mati sbb ARE…

    tapi takda sapa boleh sangkal 100% dia lahir camtue bukan pasal ARE….

    yg bodoh nak mampus ARE dulu bagi pompuan mengandung keje buat apa…atau mungkin ada kebocoran masa tue tapi langkah yang tidak tepat tidak diambil shingga effect kandungan….

    inilah isunya…kerajaan dan lynas kena explain laa…kaalau jadi A buat camnie…jadi B buat camtu…jadi C…laporkan…kalau jadi jugak kerajaan dan lynas bantu lalui insurans…ada ke kerajaan explain camnie???stakat explain satu muka ingat rakyat paham ker?????

    kita mmg senang…..kalau anak kita yang lahir cacat camner bro….mampu kita tabah kita untuk besarkan dia camtue….huhuhuh….pk sebelum jawab…

    lagi sekali aku tekankan…aku sokong KALAU DUN PAHANG, KEDIAMAN RASMI MB, KEDIAMAN EXCO, KEDIAMAN KELUARGA DAN SANAK SAUDARA PM, PUSAT PENTADBIRAN PAHANG dan semua anak2 umno pahang dan PM disekolahkan semuanya dipindahkan kelynas…..

    org kata kalau kawasan ada VIP TNB SYABAS JKR pantas bekerja,…stakat tempat kuli nie…tunggu la jalan berlobang 10 tahun pun tak tentu lagi….

    • nazwan says:

      “lagi sekali aku tekankan…aku sokong KALAU DUN PAHANG, KEDIAMAN RASMI MB, KEDIAMAN EXCO, KEDIAMAN KELUARGA DAN SANAK SAUDARA PM, PUSAT PENTADBIRAN PAHANG dan semua anak2 umno pahang dan PM disekolahkan semuanya dipindahkan kelynas…..”
      Saya pun sokong, sebab gebeng ni tempat saya cari makan, dan setiap minggu akan melalui jalan bersebelahan dengan Lynas untuk balik berjumpa keluarga. Gerun juga memikirkan sekiranya nak melalui Lynas ni. Sebab saya memang mengetahui perjalanan industri ni yang penuh berisiko. Plant yang ada pun dah cukup berisiko, dan nak tambah pula lagi satu sesuatu yang sangat berisiko. Tak usah cakap la pasal safety yang akan dilaksanakan dalam Lynas ni. Petronas, Exxon, Basf, polyplastic, kaneka and etc. ni tempat saya cari makan. So buat elok2, jangan sampai nasi menjadi bubur.

  18. bujuk says:

    K’jaan dan UMNO/BN bersilat sakan menafikan kesan LYNAS pada rakyat. Tapi mereka tak dapat nafikan perkara yg. dah berlaku….
    Mungkin kita akan sedar bila musibah menimpa kepala dan keluarga kita. Waktu tu mungkin dah terlambat untuk menyesal dan menolak pembangunan KONONnya.

    • StinGray says:

      Tapi Tok Guru Hardy hang kata selamat…hang dah tak percaya dgn dia lagi ke???…

      • bujuk says:

        walaupun selamat, apa jadahnya bagi risiko pada rakyat sedang kabaikannya diperolehi negara lain?

        • StinGray says:

          awat hang meroyan….kalau dah selamat nak risiko apa lagi…..hang dah tak caye ckp tok garu hardy lg ke???…tuan guru tu bujuk….

          • raplahjingaa says:

            bujuk tu kurang cerdik sikit sting oiii…hang jangan dok balun dia sangat-sangat…aku kesian.

          • bujuk says:

            macam ni la, aku bagi hang faham.
            Makanan dalam tin yg. dah tamat tempoh dalam 2-3 hari. Doktor/pakar pemakanan sahkan makanan tersebut belum tercemar dan baik selepas 1 bulan dari tempohnya. Ko nak tak ambik risiko makan makanan tersebut sedangkan ko tak lapar pun.
            Betul pakar kata selamat, begitu juga loji nuklier d jepun. pakar kata selamat.. tapi bila berlaku perkara d luar jangkaan, apakah pakar mampu jamin keselamatan tersebut? keselamatan yg. pakar bagi adalah bersyarat, mampukah kilang, pengusaha dan mereka yg. bertanggungjawab pastikan tadbir urus dan prosedur diikut?
            Sama keadaan negara kita, pasti ada pakar yg. sahkan stadium d terengganu yg. roboh. begitu juga dengan makmal sains yg. runtuh, bangunan parlimen bocor, bangunan SPRM melaka berkulat, hospital alor star berkulat. Tapi apakah sekarang mereka bertanggungjawab terhadap kepakaran mereka? atau kita rakyat yang tanggong kerana tak boleh guna kemudahan tersebut?

Leave a Reply