Menu Utama

KR1M: Manfaat Untuk Rakyat, Bala Untuk PR

Beberapa bulan lepas pernah kecoh seketika kempen propaganda pembangkang khususnya DAP & PKR yang begitu bersungguh-sungguh menjatuhkan imej Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Bagaimanapun, langkah proaktif pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan & Kementerian Kesihatan segera memeriksa kesahihan kandungan & keselamatan setiap produk yang dijual di cawangan-cawangan KR1M ternyata berbaloi apabila keyakinan umum terhadap KR1M semakin meningkat.

Tambahan pula dengan ketegasan kerajaan melalui kementerian terbabit mengarahkan penarikan balik & menguji setiap produk yang di dakwa tidak menepati standard kualiti yang ditetapkan, mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menjamin keselamatan & menjaga hak pengguna untuk mendapat barangan yang berkualiti pada harga berpatutan.

KUALA LUMPUR – Lebih 200 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diarah melalui ujian pemeriksaan selan­jutnya bagi memastikan produk tersebut selamat dan mengikut standard yang sepa­tutnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Sumber: Sinar harian

Terbaru, laporan terkini hasil jualan KR1M merekodkan purata jualan sekitar RM310,000 sehari merangkumi semua 31 cawangan KR1M di seluruh negara ataupun secara puratanya setiap cawangan berjaya mencapai jualan harian mencecah angka RM10,000.

Jadi tidak pelik bila kehadiran KR1M yang walaupun cuma bersaiz mini market namun dilihat sebagai saingan yang membimbangkan bagi pasaraya lain yang bersaiz supermarket & hypermarket hinggakan ada yang menggunakan suara pembangkang untuk meranapkan imej KR1M.

PASIR PUTEH 1 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mahu mewujudkan 85 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara sehingga akhir tahun ini berikutan kemajuan yang dicapai.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini sebanyak 31 buah KR1M termasuk dua di Kelantan, mampu mencatat purata jualan harian sebanyak RM310,000.

Menurutnya, KR1M Pekan, Pahang adalah KR1M paling aktif dengan hasil jualan sebanyak RM28,000 sehari, diikuti KR1M Tok Bali dekat sini, yang baru beroperasi 21 Februari lalu dengan jualan sebanyak RM20,000 sehari.

Beliau berkata, penubuhan KR1M adalah sebahagian daripada pembelaan kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

Sumber: Utusan Malaysia

Perolehan jualan kasar purata RM10,000 sehari bagi sebuah mini market seperti KR1M bukannya satu angka kecil. Ia satu pencapaian yang membuktikan keyakinan umum terhadap produk & kualitinya.

Dengan perkembangan baik & sambutan hangat terhadap kedai rakyat, tidaklah sukar untuk menjangkakan perancangan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 5 buah cawangan KR1M setiap bulan sepanjang tahun ini di seluruh negara mudah untuk dicapai.

Malah tidak mustahil dengan kehadiran lebih banyak cawangan KR1M di seluruh negara kelak, sedikit sebanyak dapat mengekang kenaikan harga barangan runcit yang kerap berlaku sebelum ini terutama sekali tiap kali menjelang musim perayaan.

KR1M membuktikan ianya bukan sekadar menepati secara praktikal konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan malah lebih dari itu ia adalah manifestasi kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam membantu meringankan bebanan pengguna.

Ternyata rakyat khususnya pengguna melihat KR1M jelas memberi manfaat sekalipun ia dipandang sebagai mudarat & bencana oleh pakatan pembangkang PR.



« (Previous News)



21 Komen to KR1M: Manfaat Untuk Rakyat, Bala Untuk PR

  1. teka teki says:

    untuk mengurangkan gejala murtad ,dalam agama islam sangat istimewa ,satu perkataan yaitu buka kulit tampaklah isi ,jadi bila agama islam yang di ajarkan kepada masyarakat ,seperti ajaran yang sebenar /yang asal ,yaitu ,sebar luaskan ciri ciri ulama pewaris nabi,dalam masyarakat ,inilah cara istimewa mendidik masyarakat ,ciri ciri ulama pewaris nabi , 1 tidak mintak upah / bayaran di atas dakwah yang di buatnya . 2 guru / rujukanya ulama ini ,langsung kepada allah taala dan rasulnya serta kesepakatan alim ulama , dalam negara / luar negara. di dalam memutuskan hukum / uandang undang dalam hal ehwal agama islam ……..

    • StinGray says:

      hang bg teka teki ke ni???…laaaaa

      aku cuba jawab yea…jawaban nya, ciri2 ulama pewaris nabi tersebut TIADA DALAM PAS…yg ada cuma ULARmak perasan jadi nabi jea…

      • bangKano says:

        Sekali alagi aku dok kata kat malaysia ni tak dak sorang pun ustaz bertaraf ulama,kebanyakan nya depa banyak ulah ma !… Depa buat tipu daya & perguna kan ilmu agama yang sempit untuk menguntung kan diri sendiri…!!!

        • pasdaplaknat says:

          betul bro..susah nk jumpa manusia yg bertaraf Ulama’ dlm Malaysia..kita tidak tahu siapa sebenarnya Ulama’ disisi Allah..mungkin tersembunyi dr kalangan yang ada..
          yg didepan mata kita kebanyakkan adalah ‘zahir’ shj.. tp bile kita bergaul dan dekati mereka.. lebih kurang je perangai mereka dgn kita yg biasa2 ni..

          hmm 🙂

      • pasdaplaknat says:

        SETUJU 100% SinGray!

        ULARmak kuat nafsu je dlm PAS!

  2. P164 says:

    Mari lah kita beramai-ramai berbelanja di kedai rakyat 1 malaysia. Ajak lah semua ke situ. Berbaloi berbelanja disitu. Terima kasih kepada kerajaan..

    • pasdaplaknat says:

      Insya Allah…mmg diteruskan!
      skrg sy dan keluarga selain dr KR1M, kami cuba boikot sehabis mungkin produk2 non-Muslim Chinese.. ini ‘YAHUDI’ besar dlm negara..

      • StinGray says:

        aku pun macam tu jugak skrg ni bro..biar mahal sikit, biar jauh sikit asalkan kedai muslim…bukan sekadar barangan runcit tetapi apajua perkhdimatan yg lain2..seperti workshop kereta..agensi pelancungan…klinik…percetakan dll…

        • raplahjingaa says:

          kalau melayu tolong melayu dah lama dah kita berjaya….tapi masih ada melayu yang berperangai jibaon mengkianati bangsa sendiri…

          kita telah di sematkan secara physicology yang orang cina menguasai ekonomi negara…cuba bayangkan semua orang melayu membeli 80% keperluan mereka di kedai orang melayu…

          kebanyakan peniaga cina akan jatuh bankrap…!!

  3. sungai_siput says:

    penubuhan KR1M

    baru lah benar2 menjaga rakyat

    semuga Allah memberi rahmat kepada dato najib sekeluarga

    rakyat makin suka pada BN, syabas… jangan lupa diri sudah…

    • pasdaplaknat says:

      Insya Allah AMIN!
      Kita doakan Allah pelihara dan betulkan mana kelemahan pemimpin2 Negara Kita.
      Itulah yg terlebih baik dr kita mengutuk dan menumbangkan kerajaan yg telah ada jasa.. kemudian naik pemerintah yg jahat dan zalim.

      • StinGray says:

        betul tu bro…lebih baik kita kemaskini benda yg dah ada, dari kita menukar benda kepada sesuatu yg kita tidak pasti asal usul nya…sejarah pun sudah membuktikan kedamaian yg kita nikmati sekarang adalah hasil dari usaha2 mereka yg terdahulu…

  4. neutron says:

    Alhamdulillah.. ini kedai memang bagus.. ada murah… mamak mau sajes juga supaya kerajaan tengok mana lagi boleh kasi kurang kos supaya itu pekedai runcit lain juga bule jual murah… itu peruncit banyak tersepit sebab makin kurang pelanggan mau lawan TESKO, JAYAN supemaket dan sekarang KRIM… kalau iniKRIM boleh ofer sama suma pekedai untuk jadi ahli lagi cantik… buka itu satu kompeni saja… apa apa pun syabas kerajaan

    • neutron says:

      lagi satu… mamak bangga itu dalam gambar ada satu macha sunyum sunyum sana di kaunter… bangsa mamak juga..kah..kah… Melayu mudah lupa..kah..kah…

    • pangkah lagi says:

      Boleh terima pun kebaikan yg kerajaan BN buat.Walaupun pada awalanya telah di momokan oleh pemimpin2 pembangkang terutamanya kaum cina.Di harap KRIM mendapatkan bekalan barangan dari pembekal bumiputra supaya tidak terus bergantung kepada pembekal cina

    • raplahjingaa says:

      jenis hang….kat mana ada untung kat situ la ada hang…dosa pahala hang tak kira..janji untung..

  5. syaa says:

    kalau nak harapkan pas,pkr,dap bela nasib rakyat…sampai kiamat pun rakyat tak dapat pembelaan.di selangor dan pulau pinang,rakyat golongan miskin makin tersepit dan ditindas.sewa permis perniagaan naik,sewa rumah pkns naik,cukai pintu naik,tempat berniaga dirampas dan dimusnahkan.macam mana rakyat nak cari rezki..kebanyakan rakyat kelantan pula berkerja dan berniaga di negeri lain.mencari rezki di tempat orang.sebab tidak banyak pekerjaan di kelantan.memang pas,pkr,dap tidak boleh diharap untuk bela nasib rakyat.rakyat wajib singkir pakatan haram

Leave a Reply