Menu Utama

Khalid Nak Upah Peguam London Untuk Selesaikan Kes Air Selangor…

Tidak mahu mengaku bodoh dan tidak tahu mentadbir sebuah negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ‘tak reti sikat rambut’ mengumumkan bahawa kerajaan pimpinannya akan mendapatkan khidmat guaman dari sebuah syarikat perundangan dari London untuk mengatasi kemelut konsesi bekalan air di Selangor.

Menurut kenyataan Khalid kepada media, Kerajaan Negeri Selangor sudah buntu dan tak tahu nak buat macamana lagi berkenaan isu air setelah gagal mendapatkan hak mengendalikan bekalan air di negeri itu melalui pelbagai cara selama ini.

Dia fikir, dengan mendapatkan khidmat nasihat dari syarikat guaman bertaraf antarabangsa di London itu maka kerajaan bonekanya itu akan berjaya mengendalikan khidmat bekalan air sendiri?

Apa yang firma guaman dari London itu boleh lakukan sekiranya segala terma dan perjanjian bekalan air tidak memihak kepadanya?

Tindakan Khalid mengupah firma guaman tersebut jelas merupakan satu tindakan yang bodoh kerana sudah tentu ia membabitkan kos yang tinggi untuk dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Itu boleh diklasifikasikan sebagai salah satu cara membazirkan wang rakyat Selangor. Perlukah rakyat Selangor membenarkan wang mereka digunakan sewenang-wenang sebegitu rupa oleh Khalid.

Selain itu, tindakan Khalid itu juga menimbulkan persoalan sama ada benarkah upah tersebut adalah “genuine” untuk kos guaman menangani kes bekalan air Selangor atau salah satu cara Pakatan Haram Selangor ‘mecari dana untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13)’ nanti?

Siapa boleh jamin?

Sebagaimana maklum, Selangor dijangka menghadapi krisis bekalan air bersih yang kritikal pada tahun 2014. Sepatutnya, Khalid perlu memberikan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menangani hal ini.

Khalid cari gaduh dengan Kerajaan Persekutuan dengan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Benarkah tuduhan tersebut?

Khalid tak faham bahasa, kah? Kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa dalam ini cerita. Tapi, Kerajaan Pusat yang baik hati dan memikirkan tentang kebajikan rakyat Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak berbilion ringgit untuk projek pembinaan loji di Hulu Langat.

Tapi, kenapa Kerajaan Negeri tak mahu luluskan pula pembinaan loji tersebut? Kenapa Khalid sanggup sabotaj pembinaan loji air yang perlu dibina demi kepentingan rakyat Selangor? Nampaknya Khalid cuba menyusahkan rakyat…

Dengan meluluskan pembinaan loji tersebut, ia dijangka dapat mengurangkan kos penyelenggaraan bekalan air bersih di Selangor. Namun tindakan Khalid itu nyata tidak profesional dan memburukkan lagi keadaan.

Akibatnya, mungkin nanti rakyat Selangor terpaksa bergantung harap pada bekalan air bersih dari Pahang dan harga bekalan dari negeri jiran itu pula mungkin perlu dibayar dengan harga yang tinggi, bersesuaian dengan kos yang dilaburkan.

Dan ketika itu mungkin rakyat Selangor terpaksa dibebankan dengan kenaikan tarif air yang tinggi pula. Siapa yang rugi? Khalid dan konco-konconya sudah tentu kaya dan mampu untuk membayarnya, tapi bagaimana pula dengan rakyat marhain seperti kami?

Salah satu kebodohan Khalid ialah memberikan subsidi air sebanyak 20 meter padu air secara percuma di mana Kerajaan Negeri perlu membayar ratusan juta kepada Syabas begitu saja. Kononnya dia mahu rakyat menikmati air percuma dan membuktikan kerajaan pimpinannya ‘prihatin’.

Kepala hotak dia! Skim tersebut hanya berfungsi untuk jangkamasa pendek saja selama mana Kerajaan Negeri dan KDEB memiliki dana yang mewah.

Tapi, dengan cara Khalid ‘merompak’ wang Kerajaan Negeri, KDEB yang berhutang ratusan juta tanpa sebarang keuntungan dan kos penyelengaraan bekalan air bersih yang menelan kos berbilion ringgit, mampukah kewangan negeri bertahan? Boleh jadi muflis laaaa..!!!

Inilah sikap bodoh sombong pemimpin Pakatan Haram. “Kecil-kecil tak nak mampus, dah besar nak menyusahkan orang”! Bila mantan MB Selangor, Dr. Khir beri nasihat di sini, Khalid tak mahu dengar. Sekarang kalut nak upah firma guaman dari London. Bawa la lawyer dari mana sekali pun, kalau Allah tak izin, takkan selesai jugak…!






44 Komen to Khalid Nak Upah Peguam London Untuk Selesaikan Kes Air Selangor…

  1. tengkudin says:

    tu semua nak mintak negara asing masuk campur hal dalam negara la tu..

    bagi air pree pun bukan semua dapat pun..yang untung dia jugak sebab rumah dia dapat air pree..yang miskin cam rumah flat tetap kene bayar jugak..

  2. umnototok says:

    Kena fahamlah siapa ‘punaisehat’ ekonomi Selangor…dah tentu akan merujuk kepada konco2nya diluar negara.
    Orang Malaysia mana ada klas bagi mereka!!!???
    Memang ‘penghianat’ betul!!!

  3. Mooohyideen says:

    kalau kes ni jalan buntu…ia mesti diselesaikan..aku pun akan ambik lawyer dari London. Nak selamatkan hak rakyat.

    Terinagt kes Mat taib, ambik Queen Council dari London nak selamatkan kes bwk duit tunai tu.. Nak selamatkan diri. Ada umno pertikai????

  4. Manbelon says:

    Bar Council tak marah ke ambil firma luar negara?

  5. layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA freemalaysiakini2

  6. tony gunawan says:

    isu air di selangor senang difahami,kalau BN tadbir semula selangor harga air akan meningkat,kalau PR subsidi air sebanyak 20 meter padu air secara percuma akan diteruskan!

    • selamber says:

      lepas tu samapai satu tahap syabas dah tak mampu nak tampung bekalan air..masa tu la baru anak tringtkan BN..

    • sungai_siput says:

      takde kalau2 lagi dah BN tadbir selangor tony

      confirm BN tadbir selanor PRU13 nanti

      abih kau nak jadi macam singapore ka, zaman dah berubah, tapi harga air singapore taknak ubah…

      memang sah lah mentor korang singapore ajar

    • yon76er says:

      Bagi Free 20ltr..mcm blh selesai ker masaalah air diSel. kalau bagi pon x sama rata nak buat apa…Kebajikan Tahi Kucing namanya……Tony kat Indon dpt Air free tak???

  7. tony gunawan says:

    BN = barang naik

  8. Mooohyideen says:

    UMNO + APCo = menyebabkan potensi pendedahan maklumat sulit negara. Kita tdk tahu apa maklumat yg APCO dah dapat.

    begitu jugak bila deal latan pertahanan yg bukan G-to-G. ada third party sbg perantara, ini jugak membolehkan potensi perkara ini berlaku…

  9. Mooohyideen says:

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32954#1071925

    UMNO buat konsert kat Kuala Krai- atas lori

    Komen: Dah budaya lara ni tetap dgn buadaya lara…

  10. Bulan Empat says:

    Kita berharap sangat untuk tengok orang Selangor keluar dari kepompong bebal mereka dengan kadar segera. Kalau dulu kita faham kenapa mereka semua itu hilang kewajaran kerana terlalu marahkan Khir Toyo.

    Tapi sekarang mereka sedar Khalid is even worst dari Khir. Malah the baddest man on earth, sepatah kata Tyson.

    Orang Selangor harus ingat kerja tukar bukan hal senang. Merana badan.

    Aku tanya sedara aku di shah alam apa elok sangat goven baru. Dia jawap so far so good pasal kita orang diberi rebate air RM20.00

    Look!.. dengan bayar RM20 ringgit itu jatuh papa ke kau dan dengan diberi rebate sebanyak itu kaya raya ke kau. It does not make sense.

    Yang kaya raya ialah merampok pasir, dua tiga orang yang memang penyamun.

    Mereka tahu mereka duduk situ hanya se-penggal, lepas ini dah habis, jadi lets make hay while the sun shines.

    • Moooohyideen says:

      To bulan Empat

      itu RM20.00 sebulan tau…kalau setahun RM240.00, lima tahun RM1,200.00, ada negeri lain yga mampu bag, kebas duit ada…

      Skg ko kutuk Khir Toyo pulak…sebelum korang julan2 si Toyo ni…

      Kes pasir ni dalam siasatan oleh MACC, siapa yg salah tindakan akan di ambik. Kjaan Sgor dah open its dorr untuk siasatan…

      • Shah says:

        Balak & tanah & pasir
        Rakyat makan pasir
        Kerajaan Selangor curi pasir
        Siang korek pasir
        Malam hantar pasir
        Makan duit pasir
        Selangor akan jadi lubang bekas pasir

        • Moooohyideen says:

          Kepada Shah:

          Selangior dah Welcome untuk MACC masuk dan jalankan siasatan. Semenjak bila ejen BN ni takut kat kjaan PR????

          Apa negeri lain tak ad tebang balak??? Ada berani mACC siasat??

          Bila kat selangor jadi padang jarak padang terkukur akibat perlombongan pasir???

          Bila kami makan pasir???

          Tu la byk sangat tengok TV3 dan RTM…

          • selamber says:

            ..kalid dah takut..hehe

          • sungai_siput says:

            itu gebang kau je mooh

            macc da masuk pun, khalid dengan kroni tengah kecut perut…

            pasal tu ronnie liue dgn teressa senyap sunyi tak dengar2 cerita

            pegang telur khalid…

  11. Moooohyideen says:

    Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?
    Posted on Monday, March 19 @ 10:00:00 PDT
    Dilulus untuk paparan oleh teori

    Komentar Sumber MC

    Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini? Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

    Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

    Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

    Di dalam bidang politik pula, kenapa pula timbul beberapa parti politik Melayu yang bukan Umno sedangkan Umno sering mendakwa diri mereka pembela Melayu yang tulen? Jadi, adakah Umno ini benar-benar jaguh Melayu dan sejauh manakah keberkesanan Umno ini sebagai jaguh Melayu seperti yang didakwanya selama ini?

    Skandal dan penyelewengan yang merugikan

    Kita telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu. Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri. Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya.

    Di sini kita paparkan beberapa jenis skandal dan penyelewengan yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini:

    1)Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,

    2)Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,

    3)Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,

    4)Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,

    5)Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,

    6)Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,

    7)Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,

    8)Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,

    9)Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,

    10)Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),

    11)Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),

    12)Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,

    13)Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,

    14)Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),

    15)Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,

    16)Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.

    Dan jika dijumlahkan kerugian-kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan di senarai ini, bukan sahaja berbilion Ringgit, malah, jumlah yang bilangan angka yang lebih daripada berbilion Ringgit.

    Jika sekiranya jumlah wang tersebut digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut akan mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial.

    Kontrak bumiputra dimonopoli Umno

    Mengikut polisi-polisi yang ditetapkan di dalam DEB, kontrak-kontrak kerajaan hendaklah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputra yang berkebolehan dan berkelayakan mengikut kelas-kelas yang akan ditetapkan.

    Akan tetapi, orang-orang Melayu biasa selama ini tidak pernah diberikan kontrak-kontrak sepertimana yang ditawarkan mengikut perlaksanaan DEB, kerana hampir kesemua jenis kontrak yang ditawarkan telah dan sedang dimonopoli oleh kroni-kroni Umno yang kebanyakan terdiri daripada kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno.

    Oleh itu, adakah orang-orang Melayu biasa dapat menerima kontrak-kontrak kerajaan yang selama ini dimonopoli secara terus oleh para pemimpin Umno ini? Sudah tentunya tidak. Dan jikalau mereka-mereka ini inginkan kontrak daripada kerajaan, mereka dikehendaki mengisi borang untuk menjadi ahli Umno terlebih dahulu, dan kemudiannya bertanding merebut jawatan dalam parti. Kalau menang boleh mendapat habuan, tetapi kalau kalah, apa pun tak dapat.

    Sementara di kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno ini menjadi kaya raya, maka gelaran “bumiputra” digunakan dalam umum yang kononnya ada banyak orang-orang Melayu yang telah berjaya di dalam bidang ekonomi tetapi sebenarnya hanya kroni-kroni Umno sahaja yang berjaya menjadi kaya-raya sementara orang-orang Melayu biasa masih miskin, tidak maju dan terpinggir.

    Siapakah meminggirkan siapa?

    Persoalan yang masih hangat didengar pada hari ini, adalah menurut Umno dan Perkasa, orang-orang Melayu sering dipinggirkan, terutamanya di negeri Pulau Pinang yang dahulunya diperintah oleh Parti Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), di mana bekas ketua menteri Dr Koh Tsu Koon seringkali dituduh meminggirkan masyarakat Melayu, dan apabila Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP mula memerintah Pulau Pinang, ketua menteri sekarang, Lim Guan Eng pula dituduh meminggirkan masyarakat Melayu dengan pemerintahan “kejam”nya.

    Kerajaan negeri Pulau Pinang dilabel oleh Umno dan Perkasa sebagai kerajaan Cina Pulau Pinang, sementara kerajaan negeri Perak (sebelum Februari 2009) dilabelkan sebagai kerajaan boneka Cina Perak, manakala kerajaan negeri Selangor sering dicapkan sebagai kerajaan pengkhianat bangsa Melayu dan bermacam-macam lagi gelaran yang berunsurkan perkauman.

    Soalannya adalah siapakah yang sebenarnya meminggirkan masyarakat Melayu selama ini? Parti Gerakan yang telah memerintah Pulau Pinang bersama dengan Umno sejak dari 1969 sehingga 2008, orang-orang Melayu masih terpinggir, Umno yang memerintah negeri Perak dan Selangor sejak dari tahun 1957 hinggalah 2008, masyarakat Melayu juga masih terpinggir, Umno yang telah menjadi tunggak utama di dalam kerajaan persekutuan BN sejak daripada 1957 sehingga sekarang dan punyai kuasa yang amat meluas untuk melaksanakan pelbagai jenis pembangunan didokong penuh pula dengan DEB, tetapi orang-orang Melayu masih dipinggirkan menurut Umno dan Perkasa.

    Siapakah yang memerintah negara ini dan beberapa buah negeri selama ini, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat? PKR dan DAP yang baru sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahan beberapa buah negeri pada tahun 2008 telahpun dituduh mengkhianati dan meminggirkan orang-orang Melayu, Umno telah memerintah lebih daripada 54 tahun, lebih lama daripada mana-mana parti di negara ini dan masyarakat Melayu masih juga terpinggir, hidup dalam keadaan daif, tercirir dalam arus pendidikan dan pembangunan.

    Ya, yang telah menjadi kaya-raya, mendapat jumlah wang dan harta yang banyak hanyalah orang-orang Umno sahaja, bukannya orang-orang Melayu. Orang-orang Umnolah yang selama ini telah meminggir dan merosakkan kredibiliti masyarakat Melayu pada keseluruhannya.
    Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?

    • DALAM ISU YANG ANDA NYATAKAN, KITA PASTI TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG KERANA PEPATAH MELAYU ADA MENYATAKAN, RAMBUT SAMA HITAM. HATI LAIN-LAIN. DALAM ISU MEMAJUKAN ORANG MELAYU, UMNO TELAH BANYAK BERJASA DENGAN LEBIH DARI 70% MASYARAKAT MELAYU TELAH BERJAYA DIKELUARKAN DARI KEPOMPONG KEMISKINAN. INI ADALAH SATU KEJAYAAN BESAR SELAMA 56 TAHUN UMNO MEMERINTAH NEGARA. ISU AIR DI SELANGOR & KELANTAN PULA MELIBATKAN KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN. SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, SYABAS ADALAH SYARIKAT YANG DIASASKAN OLEH BN & BEKALAN AIR DI KELANTAN DIURUSKAN OLEH SYARIKAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN. IBARAT AIR DENGAN MINYAK, DUA PIHAK INI PASTI TIDAK AKAN MEMBERI KATA SEPAKAT WALAUPUN DEMI KEPENTINGAN AWAM. RENUNG-RENUNGKANLAH…………

      • tasyahud says:

        Termasuklah si Moo yang sekarang ini pakar dalam cut and paste. Seperti kata pepatah “melepaskan anjing yang tersepit” tak pernah anjing berterima kasih, digigitnya lagi ada.
        Dengan kata lain, penyokong pembangkang ini ibarat “kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak”. Bukan tak nampak, tetapi buat2 tak nampak hanya selepas dihempap baru tersedar.

      • selamber says:

        Itu lah yg berlaku di negara kita bro..Pembangkang lebih sekadar PEMBANGANG..tiada yg boleh mendatangkan manfaat kpd negara akan tetapi lebih kpd penentangan kpd kerajaan bukan nak membantu memajukan negara tp lebih kpd utk menjahanamkan negara..kononnya atas nama hak asasi manusia tp sehingga menggadaikan bangsa & menepikan Aqidah..kononnya nak membela bangsa & agama..tp kalau diperhalusi sebenarnya merekalah yg membunuh bangsa sendiri & menolak agama sendiri..konon bercakap atas paksi demokrasi tp sebenarnya mereka lah mengamalkan antidemokrasi..yg diorg amalkan ialah BERDEMO..& bermacam2 lg kebatilan yg diorng amalkan..jd sebagai rakyat yg berfikiran positif..adakah amalan pemerintahan yg sedemikian dikatakan baik..berjaya & berkesan?..jawapannya sudah tentu TIDAK..

        Cukup lah dengan apa yg telah diorang lakukan..jangan rakyat dijadikan alat untuk menjaga hatiperut diorang (pakatan haram)..cukup2 la rakyat sedar la yg mungkin selama ini dibuai keindahan dengan kemanisan kata2 mereka (pakatan haram)..berubahlah pada PRU13 akan dtg ini..meskipun UMNO bukannya sebuah parti yg sempurna tp UMNO (BN) adalah yang terbaik..demi AGAMA, BANGSA & NEGARA..kita mampu merubah..!!

        • Moooohyideen says:

          Tak pa hang kata macam tu..nanti PR pegang kjaan, time tu BN jadi pembangang ikut teori hang. time tu hang boleh umno pulak sengkek sbb tiada kuasa dan tiada duit. Tapi kami akan manage duit rakyat sebaik mungkin. Inshaaalah.

          • selamber says:

            ooo…nak mengurus duit je la ye..patut la jahanam..kalau macamtu niat pakatan haram..jd terang-terangan pakatan haram memang wajib ditolak & ditentang!!…HIDUP UMNO (BN)..!!

          • sungai_siput says:

            mooohh…inshaaalah

            insyallah kau memushkil kan aku lah…

            imaginasi kau je mooh nak pegang kerajaan

          • Shah says:

            Anwar sebagai PM. Macam mana hang boleh mendewa kaki bontot PM. Duit boleh cari, maruah diri mana nak letak. Mana ada dalam dunia seorang pemimpin kaki bontot.

          • StinGray says:

            lain macam jea ‘Insya Allah’ hang ni mooo…hang baru convert dari mana ke mana ni?????

            apa pandainye Pakatan Haram ni nk manage duit rakyat mooo..kalau manage rumah urut tu aku percaya la..yg tu puak hang memang expert…betoi tak mooo…

  12. Ikhlas Menjawab says:

    Ambik satu 2 kertas A4, 1 tulis BUDI PKR DAP DAN PAS dan satu lagi BUDI UMNO & BARISAN NASIONAL. Sejak dari Tuan2 lahir hinggalah dah berjaya dalam hidup sekarang ni!
    Tarik nafas dalam2 dan isikan kertas A4 tu dengan ikhlas.
    Jangan marah dan benci x tentu hala… Kemudian buat keputusan nak sokong siapa.
    Semoga anda gembira dengan pilihan masing2. Ini adalah untuk anak cucu kita nanti.

  13. tenno says:

    bang non…pening psl Air,
    bang khalid…geram psl Air,
    ust bad….kantol psl Air,
    kak wan…kurus x cukup Air,
    azmin…meroyan kongsi Air,
    chegu bard…otak beku tak berAir,

    mmg PKR ni parti masalah air ker?

  14. neutron says:

    Mamak ada tengok itu Pendekar Bujang Lapok semalam…. itu Sudin ada cakap Alif Mim Nun tendang Wau (AMNO) maknanya sarkas…kah..kah… MELAYU AMNO= MELAYU SARKAS kah…kah… suka buat lawak kelentong worang…. kah..kah… zaman P.Ramlee lagi ini worang seni sudah tau pemimpin AMNO badut sarkas… kah…kah…

  15. adano says:

    musim hujan pun takder air? adduh sebenarnya engineer syabas sendiri yang tutup air arahan dan duit dari persekutuan moga pemerintahan selangor kacau bilau….
    kenapa masa bn perintah takder problem air ni pun?
    masa pembangkang perintah diorang robohkan takunan air ke sampai stok air tak cukup? adduh tak logik langsung ni semua taktik nak menang undi tapi rakyat jadi mangsa permainan

Leave a Reply