Menu Utama

Khalid Kasut: Di Mana Adab Sopan Mu?

“Orang panggil saya Hasan Akidah, Ok, tapi orang panggil dia Khalid Gereja”!… Petikan kata-kata tersebut diungkapkan oleh Dr Hasan Ali, di salah satu ceramahnya di Selangor sekitar dua tiga hari lepas.

Kita semua dah maklum, gelaran Hasan Akidah cukup popular dikalangan penganut Pas Parasit, manakala gelaran Khalid Gereja pula agak top hingga menjadi sebutan ramai orang termasuklah ada tikanya turut menjadi bahan senda gurau penyokong Pas sendiri.

Bagaimana pula dengan Khalid Kasut? Mungkinkah suatu masa kelak gelaran Khalid Kasut bakal membayangi liku-liku hayat politik Khalid Ibrahim gara-gara sikapnya  yang segan untuk berenggang dengan kasut kesayangan?

Sehari dua lepas beberapa blog telah memaparkan gambar Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang duduk bersila sambil memakai kasut semasa menziarahi sebuah keluarga Melayu Islam.

Amat jarang orang Melayu Islam yang masuk ke dalam rumah tanpa menanggalkan kasut apatah lagi duduk bersila di atas tikar & karpet dengan kasut masih lekat di kaki.

Malah tidak kira di dalam rumah atau di dalam surau mahupun masjid, suka atau tidak, kita di ajar supaya menanggalkan kasut atau sandal sebelum memijak ruang dalam kerana jika gagal mengikutinya nampak sangat mak ayah kita kurang memberi tunjuk ajar atau dalam bahasa mudah – kurang ajar dan takde adab.

Begitu juga kiranya kita menziarahi keluarga fakir yang mungkin rumahnya hanya ada satu ruang saja, di situlah tempat makan, tidur dan berehat mereka sekeluarga ataupun di pusat pemindahan banjir/bencana yang menyediakan satu ruang untuk satu keluarga tinggal sementara di dewan, lagilah teramat kurang ajar dan tak beradabnya bila kaki kita yang masih berkasut memijak-mijak tikar atau karpet yang menjadi tempat mereka tidur, duduk dan berehat.

Soal mahal atau murah kasut kita, busuk atau wangi bau cagu kaki, tetap kasut wajib ditanggalkan sekalipun mungkin stokin yang di pakai berbau semerbak menusuk rongga hidung dek kerana seminggu tidak di basuh.

Berbalik semula pada Khalid Kasut yang barangkali dia dah terlebih ajar dengan gaya korporat western life dan agaknya dah terbiasa makan minum dan tidur di dalam rumah tanpa sesaat kasutnya ditanggalkan. Maklumlah bekas korporat maybe gaya hidup kena follow cara keparat barulah melambangkan taraf & darjat. Gitukah?

Tapi kot manapun, alang-alang sekarang dah memegang portfolio agama Islam takkanlah tak reti-reti walau sedikitpun soal adat dan adab serta perihal kebersihan yang dianjurkan oleh Islam. Entah-entah tahi khinzirun mana yang kita terpijak dan terlekat di tapak kasut alih-alih terpalit pula di atas tikar tempat berehat dan tidur, haru biru jadinya.

Tak tahulah samada kebetulan atau agaknya sudah takdir Illahi sejak azali untuk dijadikan renungan kepada kita semua barangkali, masalah memakai kasut tak kena tempatnya ni agak sinonim sungguh dengan gaya kepimpinan Pakatan Rakyat.

Dulupun dah pernah berlaku kes yang lebih kurang sama di Perak bilamana pemimpin DAP, Nga Kor Ming pun begitu gemar dengan kasutnya hingga sayang sekali untuk ditinggalkan di luar pintu rumah.

Selain itu, baru saja seminggu dua lepas di Kuala Lumpur, Nurul Izzah telah membawa ramai wartawan Cina pro PR untuk merakamkan aktiviti lawatan propagandanya, terjadi juga kejadian sebegini bezanya kali ini ia berlaku di Rumah Allah (Surau di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai).

* Untuk pengetahuan balaci Pas, Nurul Izzah adalah YB Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Di masa yang sama, Presiden PKR ialah ibu kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Anwar. Saja nak bagitahu, PKR ni parti family & kroni only 🙂

Entah di manalah agaknya dakwah Islamiah yang kerap balaci Pas gebang kononnya dah berjaya melembutkan hati non muslim pro PR kepada Islam.

Yang nampak sangat sejak dulu hingga kini ialah disebabkan dakyah sesat dan sikap jahil murakkab pemimpin Pas yang terbukti gagal menunjuk ajar perkara yang betul pada DAP, hasilnya macam yang kita sedang lihat sekarang inilah.

Maruah orang Melayu Islam semacam hanya dipandang sebelah mata hanya layak setaraf debu kotor yang melekat di kasut saja.

Surau pula dah jadi tempat lepak tanpa aurat di tutup.

Dahlah madrasah di Kedah hendak di robohkan dan tanah wakafnya nak di ambil demi kepentingan membangunkan supermarket, di surau Kampung Kerinchi pula kasut amoi pro PR mengotori ruang solat dan peha putih menodai kesucian Rumah Allah. Parah sungguh.

Sia-sia Pas melaungkan Islam sambil mengepau duit rakyat mengisi tabung dan dana itu ini, tapi dakwah sesama PR sendiri pun gagal dilaksanakan. Sekarang, tak pasal-pasal, Khalid Kasut pun turut sama jadi kurang ajar dan tak beradab selepas terikut dengan tabiat buruk pemimpin DAP.

Kasut letaknya di kaki, takdir kaki pula fungsinya untuk berdiri dan memijak. Penulis menyerulah pada sekalian orang Melayu Islam, cuba-cubalah renungkan petunjuk yang Allah s.w.t dah zahirkan ini.

Kalau sekarang ini taraf rakyat hanya di celah tapak kasut pemimpin PR, jangan duk peliklah jika mereka menang PRU 13 kelak mungkin ada antara kita yang makan nasi berlaukkan kulit kasut ataupun entah-entah ada kaki yang bakal memijak kepala. Tak ke haru dibuatnya.






29 Komen to Khalid Kasut: Di Mana Adab Sopan Mu?

  1. penyokongketuanan says:

    Mereka anggap diri dah jadi Sultan kot?

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejehatan mereka yang zalim

  2. bujuk says:

    Yang salah tetap salah walau yg. melakukan adalah Tok Guru, ulama, MB atau PM. Adab satu hal, adat satu hal yg. lain manakala ibadat satu perkara yg. lain pula. Jika kita mencari-cari kesalahan orang, maka kita akan jumpa kesalahan atau kekurangan itu. Tapi Allah tegah kita mencari-cari kesalahan orang. Malah adalah satu dosa kita mengintip orang melakukan maksiat walaubagaimanapun kita wajib mencegah maksiat yg. terang2. Kita akui salah buka Aurat d masjid/surau seperti dalam gambar tersebut, tapi sedarkah kita berapa ramai umat islam buka aurat d masjid/surau? waima Isteri PM pun tidak tutup aurat sepenuhnya dalam majlis khatam Quran contohnya. Itu belum cerita buka aurat di luar masjid. Tuan boleh tunggu d surau R&R pusat beli belah, lebuhraya dan sebagainya pasti tuan akan lihat kelibat wanita berbaju ketat, tidak bertudung, pakai skirt, baju separuh lengan, rambut warna-warni pegi masjid/surau. Ini pemandangan biasa, siapa yg. mampu mengubah/menegur mereka jika pemimpin dan isteri pemimpin berkeadaan yg. sama. Teguran dan nasihat adalah satu yg. d tuntut, tapi menyebar aib dan keburukan orang adalah di larang apatah lagi ia bukanlah satu dosa dan kesalahan agama.
    Berbalik pada gelaran Hassan Akidah dan Khalid Gereja. Tuan2 boleh fikir siapa yg. bagi gelaran tersebut? Ahli PAS bagi gelaran yg. baik pada Hasan Ali walaupun beliau d luar PAS, tapi ahli UMNO bagi gelaran yg. buruk pada Orang yg. d luar UMNO.

    • Yop Tulin says:

      Orang ceriter pasal kasut masuk rumah, kafir masuk masjid tak tutup aurat, kamu merapu bawak ceriter lain.Soalnya, mana pegi slogan nak mendekatkan bukan Islam pada Islam yg korang laung2kan selama ni? Apa kesannya? Kalau benda asas mcm aurat pun tak boleh ajar, tak usahlah ceriter banyak..

      • bujuk says:

        Awatnya… pemimpin UMNO dan isteri yg. mengaku melayuislam semua tutup aurat ka? kenapa nak besarkan isu kafir tak tutup aurat kalau anak isteri kita pun tak mampu d tarbiyah. Dulu TGNA pernah lancar kempen tutup aurat, malah orang kafir pun kena beradab pakai skirt bawah lutut. Apa orang UMNO balas..? korang kata sia-sia, langgar hak asasi manusia dan berbagai sindiran. Ini ka Islam UMNO?

        • indiecrew says:

          bujuk, usaha ke arah Islam ini kena berterusan, baru hati ini dekat dgn Islam. bujuk, kalau dulu hang kata UMNO kata melanggar hak asasi manusia, xkn abad ni hang nk jadi mcm tu lak. menghalalkan segalanya walaupun tau salah. Bujuk, UMNO tidak pernah mengatakan ia parti Islam, tetapi UMNO hanya sebuah parti yang memperjuangkan Hak-Hak Raja dan Melayu serta bumiputra, Mendaulatkan Islam, menjunjung Rukun Negara tanpa mengabaikan tanggungjawabnya untuk membantu kaum-kaum lain. Kalau dulu UMNO dikatakan “Kafir”, tidak selama-lamanya ia akan “kafir” kerana pemimpinnya berubah-ubah. insyallah, satu hari nnt UMNO akan dipimpin oleh mereka yg sayangkan Islam. dan pada ketika itu berlaku, adakah PAS akn berkerjasama dgn UMNO??

          • bujuk says:

            tapi hang tulis mendaulatkan Islam… itukah caranya daulatkan Islam, bila ada kumpulan perjuangkan Islam korang sinis dan bantah?
            Aku memang harapkan UMNO d pimpin oleh orang yg. sayangkan Islam tapi rasanya lepas Pak Lah tak tau sapa lagi yg. boleh d harap?

          • ex-umno says:

            maka nerakalah bagi puak2 yang mencerca sunnah nabi saw..Pastinya bukan PAS !!
            maka nerakalah bagi puak2 yang halang hukum Allah….Pastinya bukan PAS !!
            maka nerakalah bagi puak2 yang hina hukum Allah…Pastinya bukan PAS !!
            maka nerakalah bagi puak2 yang lulus lesen judi….Pastinya bukan PAS !!
            maka nerakalah bagi puak2 yang amal rasuah….Pastinya bukan PAS !!

    • mustaqim says:

      tq bujuk…u make my day…..hari nie aku mood teruk…tapi skang dah mula ketawa ngn komen ko…….

      Jika kita mencari-cari kesalahan orang, maka kita akan jumpa kesalahan atau kekurangan itu. —> Allah tegah kita mencari-cari kesalahan orang.>>>Malah adalah satu dosa kita mengintip orang melakukan maksiat walaubagaimanapun kita wajib mencegah maksiat yg. terang2.<<>>>waima Isteri PM pun tidak tutup aurat sepenuhnya dalam majlis khatam Quran contohnya. Itu belum cerita buka aurat di luar masjid. Tuan boleh tunggu d surau R&R pusat beli belah, lebuhraya dan sebagainya pasti tuan akan lihat kelibat wanita berbaju ketat, tidak bertudung, pakai skirt, baju separuh lengan, rambut warna-warni pegi masjid/surau. Ini pemandangan biasa, siapa yg. mampu mengubah/menegur mereka jika pemimpin dan isteri pemimpin berkeadaan yg. sama. Teguran dan nasihat adalah satu yg. d tuntut, tapi menyebar aib dan keburukan orang adalah di larang apatah lagi ia bukanlah satu dosa dan kesalahan agama.

      itu aku belum buka pasal cincin, puaka, altantuya, anwar al jubori, beg rosmah, mahafiraun, hasmah, rambut, pandykutty, hindu, pecah perut, celaka, rasuah, seks, anak najib, anak mahathi, anak luar nikah yg sume nya dicari pada kalangan umno oleh orang pas….tapi okalau nik aziz yg cari kesalahan orang lain ALLAH TAK TEGAH…SBB INI AGAMA MAK BAPAK NIK AZIZ PUNYA….

      im being liberal….50-50 side bn and pr…bukan suka2 bro…tapi idup kena ada pegangan laa…kalau dah dalam satu petikan sama pun dah lalang…payah laaaaa………..

      knowing u bujuk…..aku pun slalu puji komen2 ko dulu esp nfc, rosmah..ko boleh check balik…tapi ini d worst comment from u bro….anywhow…kita sama2 belaja la ye…aku pun tak perfect…..ko pun sama…begitu juga pemimpin kita bn atau pr…nobody perfect

      • raplahjingaa says:

        hehe…

      • selamber says:

        hmmmm..komen2 dia takde pun yg boleh dipuji kalau setiap maksud komennya pun asik nak mengeji org lain.

      • bujuk says:

        tq… maksud aku tak perlu mencari2 kesalahan orang, tak kira puak/parti mana atau individu. Apa pun kita manusia biasa tak lepas dari kesalahan, bila salah tu pandai la mintak maaf kan.

        • StinGray says:

          Tahniah bujuk kerana memberi hujah dengan nilai yg sangat tinggi dalam konteks definisi mengenali sifat “ menghalalkan cara” seseorang..hujah2 hang juga penuh dengan contoh sifat2 munafik dan khawarij seseorang…

          inilah rukun IMAN agama PAS yg hang cuba sebarkan kepada orang2 Islam yang memilih jalan singkat untuk ke syurga.

      • penyokongketuanan says:

        bujuk sis lah, bukan bro. pukul 1.12 pm hari Jumaat masih depan laptop.

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

  3. Moooohyideen says:

    Mana Hassang Ali nak perjuang..Zul Noordin??

  4. Moooohyideen says:

    By Shazwan Mustafa Kamal

    SHAH ALAM, March 30 — An over-dominant Umno in Selangor will cost Barisan Nasional (BN) crucial voter support in the next general election as it will push non-Malays towards Pakatan Rakyat (PR), Dr Mohd Khir Toyo has said.

    The former Selangor mentri besar said Selangor’s problem was that BN component parties were not “unified” — the MCA, MIC and Gerakan have failed to play their part in attracting new, young voters which left Umno no choice but to solidify its own support base in preparations for the upcoming polls.

    “When Umno becomes more dominant, they are going to push away the non-Malay votes. That’s another problem. One of reason why (during) my term Chinese did not vote for BN because Umno is too dominant in Selangor. Locally we are too dominant.

    “Now we (might be) losing Selangor if this trend continues… it is a bit difficult to win. Our problem is getting urban votes,” he told The Malaysian Insider in an exclusive interview.

    The Sungai Panjang assemblyman’s term as Selangor MB ended when BN lost to PR in the 2008 general election. PR won 36 of the 56 state seats, and PKR’s Tan Sri Khalid Ibrahim replaced Khir as MB.

    Khir (picture) stressed that an “almost” balanced voter demographic between Malays and non-Malays in the state made it difficult for BN to gain full electoral support as only Malay votes were currently with BN.

    “Can BN take over Selangor with Umno? We go back to percentage of voters, 52 per cent if I am not mistaken are non-Malays.

    “(But) the problem is that some of the seats which we (Umno) won in 2008 were below 500 votes… but Umno feels all seats are winnable because they only get feedback from Malays,” he lamented.

    Khir said that while Umno had been diligently engaging with the Malay community in Selangor and getting positive feedback, component parties like the MCA and MIC have yet to do the same.

    “We need to get the report from the non-Malays… Umno does it, but component parties should do it for Chinese and Indians.

    “The point is if Umno is too dominant, the dominance makes non-Malays uncomfortable. They then vote for PR in default even though PR has not done anything,” he added.

    The solution, said Khir, was for BN to “empower” MCA, MIC, and Gerakan party leaders by allowing them to announce allocations and projects for their own communities instead of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak doing so.

    The Umno leader said that non-Malays had lost “respect” for BN component party leaders as they were seen as not being able to do anything to help their own communities.

    “That is why now we have to give more power to MCA, MIC. Make sure their party presidents announce school allocations to their own communities. If we hope for the PM and deputy prime minister to do this, Umno will be seen as too dominant, and the Chinese will lose respect for their own leaders.

    “That’s the problem now I always say, that now we need to enhance opportunities to other party leaders to make their own decisions and we give them allocations,” he stressed.

    Khir praised Tun Dr Mahathir Mohamad for empowering component party leaders during his tenure as PM, and that that was why past leaders like Datuk Seri S. Samy Vellu and Tun Dr Ling Liong Sik were respected.

    “Umno’s strength alone cannot pull non-Malays like we have done with Malays. Selangor BN needs to move as BN, not Umno. We’re on the last lap before elections

    “That’s why Samy Vellu was like the king for his race. Because he announced the allocations, not Dr Mahathir. Last time component leaders were very strong and respected because they went down to the ground and gave things… Current ministers have no ‘oomph’ factor. Look at (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) and (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”

    Khir said it was still not too late to turn the tide to BN’s favour, but that changes must be made immediately to turn non-Malay voter support towards BN.

    “PR has not fulfilled their election promises even though they say they have a lot of reserves.

    “I’m very worried about Selangor,” Khir said bluntly.

    But Najib said yesterday that BN was ready to win the next general election as well as take back Selangor, and that public feedback has been encouraging.

    He said people have been telling him BN has regained public support since the 2008 polls.

    The PM has said BN must win back Selangor, a key state due to its industrial and natural resources “at all costs.”

  5. randomsee says:

    khalid kasut gagap…..panjangnya nama gelarannya skg….

  6. raplahjingaa says:

    Kalau biar kat depa ni semua….maka akan lingkup lah adat kesopanan orang melayu !
    tu belum cakap pasal Islam lagi tu….

    Kesian kat kakak tu…tentu menyapu sakan satu rumah, ialah dah MB nak datang….tiba-tiba MB masuk dengan kasut, buat muka bodoh…

    alahai…

  7. baba says:

    sebenarnya khalid tu tak nak masuk pergi rumah org kampung mcm tu, tapi kena paksa masuk maka jadinya sampai lupa buka kasut. tak ikhlas la tu. atau mungkin dia rasa kasut dia tu suci sgt atau rumah rakyat yg dia kunjung tu kotor sgt utk kotorkan stokin dia. memang celaka la pemimpin mcm ni.

  8. Anak_Nogori says:

    Mak pak Khalid tak pernah ajar kalau masuk rumah orang tanggalkan kasut tanda hormat tuan rumah.

    Memang kurang ajar punya MB.

  9. tony gunawan says:

    u nak kata adat,bagaimana dengan adat anak nazri aziz!

  10. Gullit says:

    Khalid gagap semakin kusut

  11. johan says:

    baling je kasut2 kat kepala bahalul2 pemimpin pkr tu. budak kecik pun tahu buka kasut masuk rumah.

  12. Bulan Empat says:

    Khalid asalnya orang yang berhemah tinggi dan sopan santun pun boleh tahan. Ini dapat kita lihat dizaman khalid menerajui PNB dan lepas itu Guthrie. Khalid kecewa semasa dalam Guthrie disaat melepaskan jawatan nya.

    Orang kecewa akan memberontak. Bila berontak khalid disambar PKR. Bila sudah join PKR almaklum yang putih jadi hitam, yang bersih jadi kotor, yang sopan jadi kurang ajar.

    Maklum nya chief nya siapa. Amalan chief nya sky is the limit, habis semua benda dia tibai, depan belakang. Bini kawan baik pun ditibai.

    Mana ada had, dimana limit bagi seorang manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Manusia ini jenis laknatullah yang paling durjana.

    Hancur dunia jika manusia semacam ini dilepas bebas, lepas lidah, lepas tutur kata. Kojol semua dibuatnya

Leave a Reply