Menu Utama

Khalid Ibrahim MAHU TUTUP Dan JAHANAMKAN YBK – Zainal Sakom

 

KELANA JAYA, 9 Mac – Sempena 22 tahun penubuhan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pertubuhan tersebut akan melancarkan satu Program Transformasi 5 Tahun sebagai langkah untuk terus kekal relevan dalam memberi perkhidmatan membasmi kemiskinan di Selangor.

Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom berkata pelan transformasi itu dilakukan sebagai langkah dalam memastikan yayasan ini akan sentiasa relevan dan mampu memberi impak terhadap golongan sasaran.

Zainal turut memaklumkan program tansformasi ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Mac 2012, Selasa, jam 3.00 petang.

Ditanya pemberita mengapa kerajaan negeri Selangor tidak terbabit dalam menjayakan pelan transformasi ini, Zainal berkata yayasan itu tidak mendapat sebarang kerjasama yang diperlukan.

Pengerusi YBK itu turut berkata beliau terpaksa meminta bantuan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat bagi memastikan pelan transformasi ini dapat dilaksanakan.
Artikel selanjutnya, klik DENDAM KESUMAT KHALID IBRAHIM
Masih belum tamat dendam kesumat Khalid Ibrahim terhadap Zainal Sakom rupanya. Begitu menebal kebencian beliau terhadap Pengerusi YBK ini.

Bantuan dan kerjasama yang dipinta oleh YBK tidak dilayan dalam menjayakan pelan transformasi 5 tahun yayasan ini. Akhirnya, YBK terpaksa meminta belas ihsan dari kerajaan pusat.

Sebuah pertubuhan membasmi kemiskinan yang hanya mahu meminta kerjsama dari kerajaan negeri Selangor ditolak mentah-mentah?

Khalid Ibrahim boleh tukar slogan ‘Selangorku’ kepada ‘Selangor Bapak Aku Punya’! Jangan diharap kepada Parti Adat & Sosialis, langsung tak berguna.

Mintak tolong pun tak boleh ke?
Dendam tak sudah Khalid Ibrahim terhadap Zainal Sakom masih lagi membara setelah tuntutan beliau untuk dilantik sebagai bos baru YBK, ditentang oleh Zainal Sakom dan Lembaga Pengarah YBK.

Kesemuanya gara-gara YBK yang mahu membina kampus UiTM di Serendah, ditolak Khalid Samad selagi beliau tidak dilantik sebagai Pengerusi baru YBK.

Bukan sekadar tuntutan, surat rasmi berbentuk ugutan dikeluarkan oleh pejabat kerajaan negeri melalui pegawai kewangan negeri untuk mengarahkan YBK memberhentikan projek UiTM di Serendah.
Ali Rustam nampak ‘advantage’ pembatalan projek UiTM di Serendah. Pantas Ketua Menteri Melaka ini mengambil peluang apabila kampus UiTM itu telah dipindahkan ke Melaka.

Selangor rugi besar … ekonomi dan pendapatan setempat mati. Peluang berkembangnya perniagaan dan pekerjaan terus tertutup di Serendah. Melaka buat untung mecanak-canak. Bodoh benar Khalid Ibrahim ini.
Tahun 2011, sekali lagi kerajaan pimpinan PKR (a.k.a. Pakatan Rakyat) menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar atas alasan tidak efisien. Sedangkan IKYS adalah penempatan yang diwujudkan untuk pelajar Melayu yang gagal dalam SPM tetapi berminat dalam kursus teknikal.

Universiti Industri Selangor (Unisel)? … kini sedang mengalami kerugian dan semakin merosot dari menjadi pilihan pelajar.

Dalam tempoh tiga tahun, tiga pusat pendidikan bagi menampung pembelajaran golongan berpendapatan rendah dilanyak habis-habisan … Tiga pusat pendidikan anak Melayu dicabul kehormatan.

Pelik … kesemuanya melibatkan pusat pendidikan anak Melayu Selangor.

Mengapa Khalid Ibrahim begitu khianat kepada bangsanya sendiri …
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/03/khalid-ibrahim-mahu-tutup-dan.html





Leave a Reply