Menu Utama

Kesan Positif Perlaksanaan Gaji Minima

Sedikit masa lagi kerajaan akan melaksanakan dasar yang akan mengundang kontroversi iaitu gaji minima (minimum wages) untuk buruh buruh dalam negara.

Untuk pemahaman dasar gaji minima ini tumpuannya adalah untuk lower bracket group dan bukannya golongan profesional dan kumpulan menengah. Ini kita kena beri perhatian dan pemahaman.

Saya ada pendapat peribadi dan secara tidak langsung menyokong dasar ini.

Berikut adalah beberapa kesan positif perlaksanaan dasar ini untuk rakyat dan negara

MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN DAN JURANG MISKIN KAYA

– pertambahan upah yang diterima akan menambah pendapatan isi rumah. Secara tidak langsung ahli keluarga juga akan mendapat manfaat seperti anak anak dan isteri.

– majoriti buruh dalam negara yang termasuk dalam bracket low wages ini adalah wanita dan generasi muda terutama lepasan sekolah. Ini akan membantu mereka.

– pertambahan pendapatan mereka akan menyebabkan mereka kurang bergantung kepada bantuan kerajaan seperti perubatan, subsidi dan sebagainya. Kesan dari itu kerajaan akan dapat menjimatkan wang pembayar cukai.

– disamping itu ia dapat mengurangkan eksploitasi terhadap tenaga buruh.

KESAN EKONOMI

– kenaikan upah yang diterima mereka akan kembali ke dalam kitaran ekonomi. Perbelanjaan untuk makanan, penjagaan anak anak, perbelanjaan isi rumah yang lain akan meningkat seiring dengan pertambahan upah mereka.

– ini secara langsung meningkat kegiatan ekonomi disekitar mereka local busines seperti kedai kedai makan, peruncitan (sebagai contoh) dan sekaligus meningkatkan hasil cukai.

– ini juga membantu small medium industries SME kerana kuasa beli sebahagian pengguna meningkat.

INFLASI

– para penentang dasar ini menggunakan alasan pelaksanaan gaji minimum ini akan mengakibatkan inflasi.

– sebenarnya gaji minimum membantu pekerja pekerja low bracket ini menghadapi ancaman inflasi.

– inflasi berlaku sepanjang masa samada upah tinggi mahupun rendah seperti keadaan dalam negara ini. Ini kerana ada faktor luar lain yang mempengaruhi kadar inflasi seperti spekulasi.

KADAR PENGANGGURAN DAN PRODUKTIVITI

– pekerja akan setia, produktiviti pekerja akan meningkat, kurang ponteng, mengurangkan kos untuk melatih semula pekerja (pekerja bekerja tetap), kerja kosong berkurangan, kurang kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

– apabila pekerja meninggalkan syarikat, ini mengurangkan produktiviti, terpaksa mencari tenaga kerja baru, latihan semula. Ini membabitkan kos.

– apabila mereka lebih berminat untuk bekerja, ini akan mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan.

Untuk kesimpulannya, gaji minima ini adalah gaji yang ditetapkan undang undang yang perlu dipatuhi oleh para majikan. Harus diingat dalam sesuatu organisasi bukan 100% kakitangannya adalah low bracket earner, maknanya tidak melibatkan semua kakitangan.

Semangat dasar ini adalah untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang kekayaan. Ini dituntut oleh Islam.






Leave a Reply