Menu Utama

Kelantan Bangkit, Nik Aziz Tergolek

Sebelum pecah cerita kronisme anak menantu & kecohnya isu haji sponsor RM65,000, secara umumnya Kelantan dianggap akan kekal sebagai kubu Pas selagi Nik Aziz masih bernafsu besar untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar.

Sebahagian rakyat Kelantan tika itu khususnya dari kalangan totok Pas tetap berpegang teguh pada fahaman bahawa Nik Aziz adalah ulamak  sekalipun peel perangai Nik Aziz jauh bumi dari langit kalau nak dibandingkan dengan sifat & sikap ulamak yang sebenar.

Sekalipun selama sudah berpuluh tahun Nik Aziz mengepalai Pas mentakbir Kelantan dengan catatan rekod lebih banyak tokong Buddha di dirikan berbanding hanya sebijik masjid yang di bina, namun rata-rata penyokong & ahli Pas masih istiqamah menganggap Nik Aziz & Pas sebagai contoh kepimpinan yang mengutamakan Islam.

Situasi sekarang tidak lagi menunjukkan Nik Aziz masih kuat & berpengaruh seperti dulu. Ceramah politik anjuran Pas mahupun yang dihadiri oleh Nik Aziz tidak lagi mampu mengumpul lebih 10,000 hadirin, sebaliknya majlis ceramah Hasan Ali pula yang mendapat perhatian rakyat Kelantan.

Pada 29 Februari lepas, Hasan Ali telah disambut hangat oleh ramai penyokong Pas sewaktu datang menyampaikan ceramah di Pintu Geng, Kota Bharu.

Dianggarkan hampir 20,000 rakyat Kelantan berasak di majlis Hasan Ali untuk mendengar sendiri buah butir pendapatnya walaupun beberapa hari sebelum itu, jentera propaganda Pas bertungkus lumus memprojekkan imej buruk terhadap Hasan Ali selain mengaitkan majlis ceramah Hasan Ali itu sebagai ceramah anjuran UMNO.

(Photo: Kredit kepada Blog Terompah Besi & FB Hasan Ali)

Jarang sekali sambutan hangat diterima oleh pemimpin dari luar Kelantan apatah lagi jika statusnya hanya sebagai bekas pemimpin Pas yang diketahui sudah berpatah arang dengan arah tuju perjuangan parti Pas.

Orang Pas bukan mudah untuk di bawa menyertai majlis ceramah yang diketahui tidak secocok dengan keputusan atau dasar Pas, apatah lagi bila sesatu majlis itu diterajui oleh pemimpin politik yang dikaitkan sebagai agen UMNO. Ia seakan adalah taboo bagi sebahagian besar penyokong & ahli Pas, itulah hakikatnya.

Namun kehadiran Hasan Ali ke Kelantan bukan sahaja telah merobohkan taboo tersebut, malah kubu yang menjadi benteng melindungi Nik Aziz dan Pas hampir pasti sudah retak menanti belah.

Jika momentum sokongan untuk Hasan Ali terus meningkat, tak salah untuk penulis mengandaikan ia boleh dimanfaatkan untuk merintis kebangkitan besar-besaran penentangan rakyat Kelantan terhadap Pas dan tak mustahil akan ada yang jatuh tergolek jika kena gayanya.

PRU 13 kelak hampir pasti Pas akan melalui liku-liku berduri.






23 Komen to Kelantan Bangkit, Nik Aziz Tergolek

  1. Orang kampung says:

    Alhamdulillah demi Islam,Melayu dan Raja2 (IMR) semua harus bersatu.

  2. Cfu says:

    Rakyat Kelantan sudah mulai tersedar daripada mimpi-mimpi indah di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun.

  3. Bulan Empat says:

    Mereka sedar selama ini mereka berjalan tempang kerana dihadapan mereka ada pemimpin yang tempang jalan nya. Sejak sekian lama.

    Tetapi, adat orang Melayu jika berguru, guru adalah segala galanya. Tidak boleh kurang ajar dengan guru, jauh sekali menderhaka dengan guru.

    Ini adalah apa yang berlaku di Kelantan. Kerana Kelantan terdiri dari orang melayu yang terkenal dengan ketaatan berpantang menderhaka dengan guru. Baik sekali jika Hasan Ali boleh digelar saviour yang telah menyedarkan sebahagian dari mereka (walau tidak semua sekaligus) Jika scenerio ini bakal merobah sesuatu, maka kita bakal mempunyai sesuatu yang boleh kita raikan nanti.

  4. tony gunawan says:

    biarlah hasan ali jadi president umno!

  5. pangkah lagi says:

    Ayuh bangkit rakyat kelantan.Bukakan mata,hati dan minda kalian.Jangan terus menjadi momokan pemimpin pas sekarang.Kalian harus bijak dan gunakan kuasa yg ada di tangan kalian pada PRU nanti.Jadilah rakyat yg bijak dan ajar pemimpin yg merosakan akidah dan menggadai kesucian islam

  6. anakmelayu says:

    aku tak kesah Dato Hasan Ali ni bagi ceramah selagi isunya Melayu Islam dan Raja Melayu…aku kagum dengan pendiriannya walau telah dipecat oleh PAS sendiri..bagi aku PAS sudah tersalah orang nak pecat..haha

  7. raplahjingaa says:

    Makin lama makin orang tak pakai cakap tok ajis kita ni….puak-puak bahlul PAS pun banyak yang dah terpengaruh dengan anwar…glamour la sikit kalau kem anwar…

    • syaa says:

      Tak undi pas berdosa?undi umno lak berdosa?undi lim kit siang,lim guan eng,karpal dan dap,pkr lagi la berdosa…tapi pas cakap ok lak.nampak sangat menipunya ulamakk pas nie..mereka ni ulamak politikjer..bukan ulamak agama.tak wajib didengar pendapat mereka.banyak menipu dan sesat.sebab itu bila hasan ali memperjuangkan akidah umat islam pas pecat dia.hasan ali tak sesat macam ulamak politik pas.tuhan keluarkan hasan ali dari pas untuk selamatkan dia dari terus terpesong dari kebenaran.kenapa tuhan tarik hasan ali keluar dari pas?inilah caranya untuk hancurkan pas.inilah jalannya untuk membuka dan mendedahkan segala penipuan,pembohongan dan busuk pas pada rakyat yang telah tertipu dan terpedaya dengan dakyah pas.mudah-madahan kebenaran akan menang mengatasi kebatilan.aminnnn.TAKBIR..

  8. Anti Ungrateful Immigrants says:

    Tak ramai pun…der la 200 orang…Nik Najis mughallazah tak turun dengar ceramah Hassan Ali gak ke? Nik Najis ni umpama adik-beradik dicaci, dihina, dimaki walaupun adik-beradik menghulur tangan ukhwah (UMNO) tapi Babi di hutan (DAP) dipeluk cium, & samseng murtad (PKR – Anwar) dijaga, dibela hingga sanggup mati kerana mereka….

  9. Mooohyideen says:

    Poster gambar tu kata “MB bukan cari kekayaan”….MB Negri mana yg tak kaya??? Dari PR jer… kalau yg kaya pun mereka dah kaya sebelum jadi MB… boleh buat audit.

    • raplahjingaa says:

      Betul tu moooo…kalau dah tiap-tiap tahun pergi umrah dapat sponsor….mana tak kaya..? tu umrah…tak kira yang lain lagi.

      Birthday pun dah tak main pulut kuning kari ayam….kek 3 tingkat bro !

  10. konceng says:

    moooo..oh..moooo
    yg sdang dperkatakan bkan psal MB kaya..
    MB merapu..MB itu..MB..ini wahai mooooo!
    BERKENAAN….
    AGAMA ISLAM…BANGSA MELAYU…NEGARA!!!

  11. bujuk says:

    PAS tak perlu risau, UMNO jangan khayal. Hasan Ali tak bertanding d K’tan. D S’gor pun dia tak berani.
    Jelas d sini rakyat K’tan boleh turun ramai2 asal bukan UMNO(ABU).
    Kalau UMNO nak dapat 500 orang pun susah. DHA ni pun tengok la… kalau 2nd time dan 3rd time sambutan camni. Aku tabik la…

    • StinGray says:

      hang citer ape bujuk…kalu semacam jea…sini tidak..sana pun tidak….hang period ke????

      • bujuk says:

        Asal bukan UMNO…. takda hal.

        • StinGray says:

          walaupun buat fitnah yea…alim sungguh khawarij sekoq ni…pecah jugak tembelang hang…asal bukan umno takda hal yea….baguih2 bujuk….betul la anggapan semua kat sini hang ni citer pasai agama cuma topeng syaitan jea…munafik sungguh…

        • Anti Ungrateful Immigrants says:

          Biar kafir harbi mughallazah pun takpe, yahudi zionis pun takpe, musuh Allah & Islam pun takpe, ASALKAN BUKAN UMNO…kan bujuk?

  12. syaa says:

    memang bujuk puak munafik.hati hitam gelap takde cahaya.

  13. bujuk says:

    Buat masa sekarang, TGNA TEGUH UMNO RUNTUH.

Leave a Reply