Menu Utama

Isu Felda: Tak Sangka Saifudin Nasution Sangat Bengap

SAIFUDIN Nasution, Setiausaha Agung PKR yang gagal ini sangka bila dia memperolehi minit mesyuarat Felda di bangunan Parlimen yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, PKR dan Pakatan harami akan beroleh keuntungan dengan pendedahan minit tersebut.

Sebaliknya yang berlaku, kelihatannya Saifudin terpaksa memutar belitkan maksud disebalik beberapa perenggan dalam minit mesyuarat tersebut untuk menunjukkan seolahnya Perdana Menteri campur tangan dalam kes Felda.

Antara perenggan dalam minit mesyuarat tersebut yang dikatakan Perdana Menteri campur tangan dalam isu Felda ini berbunyi:-

“Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.
“Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya.”

Bodohnya Saifudin ialah, dari segi mana ayat tersebut yang boleh ditakrifkan Perdana Menteri sebagai campur tangan?  Felda adalah agensi yang berada dibawah Jabatan Perdana Menteri, sudah tentulah Perdana Menteri mahu lihat Felda menang dalam kes di Mahkamah.

Dan apa pulak masalahnya Perdana Menteri minta peguam dan hakim difahamkan sepenuhnya tentang isu Felda ini?  Kaedahnya, Felda akan fahamkan peguam, peguam akan fahamkan Hakim semasa perbicaraan di mahkamah nanti.  Apa yang campurtangan?

Lainlah kalau Perdana Menteri mengarahkan hakim memberi kemenangan kepada Felda, itu baru boleh dikatakan campur tangan.  Atau pun terdedah di dalam minit mesyuarat tersebut Perdana Menteri menelefon Hakim atau Ketua Hakim Negara membincangkan isu Felda ini, itu juga boleh dikatakan PM campur tangan.

Sedangkan yang ini Perdana Menteri minta peguam dan  hakim difahamkan (oleh peguam semasa perbicaraan di mahkamah), dimana unsur campur tangannya tu?

Ini seterusnya membuktikan bahawa Saifudin adalah seorang yang bengap tahap tertinggi, disebalik dakwaan bahawa dia adalah terpelajar dan layak untuk menduduki jawatan Setiausaha Agung PKR.

Dalam hal ini, penulis rasa PKR patutlah pecat Saifudin.  Tak pasal imej UMNO dalam soal tidak campur tangan dengan sistem kehakiman meningkat kerana pendedahan ini membuktikan bahawa UMNO dan Perdana Menteri tidak campur tangan dalam isu Felda ini walaupun ia ada nilai politik yang tidak boleh diketepikan parti tersebut.

Sudahlah tempoh hari Anwar dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari tuduhan meliwat (alasan teknikal, bukan tak buat) walaupun sudah puas dicanang di seluruh negara bahawa Anwar akan didapati bersalah kerana UMNO masuk campur!!

Jelasnya UMNO dan Perdana Menteri tidak sama sekali masuk campur dalam urusan kehakiman, sebaliknya Perdana Menteri membiarkan proses itu berjalan dengan sendirinya dan sepatutnya.

Terima kasihlah Saifudin sebab menaikkan imej Perdana Menteri dalam soal kebebasan kehakiman ini, walaupun secara tak langsung.  Yang penting tu bukan langsung tak langsung, tapi apa sahaja kenyataan memuji Perdana Menteri yang keluar dari mulut taksub pembangkang, amatlah kita hargai.






Satu Komen to Isu Felda: Tak Sangka Saifudin Nasution Sangat Bengap

  1. sungai_siput says:

    adamyan

    betul ke aku dengar saifuddin ni risik2 nak join UMNO…..?????

    you cuba cari info buleh tak???

Leave a Reply