Menu Utama

4 Tahun Selangor Di Bawah Pakatan Haram…

Tidak dapat dinafikan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang lebih dikenali sebagai “Khalid gagap” atau “Khalid tak sikat rambut” tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali, yang juga dikatakan “madu” Anwar Ibrahim. Itu bukan rahsia yang mengejutkan.

Dikatakan juga bahawa perselisihan faham di antara kedua pemimpin PKR ini menyebabkan Kerajaan Pakatan Haram pimpinan Khalid terpaksa bergantung harap kepada Exco-Exco dari DAP untuk terus “hidup”. Meskipun terpaksa menjadi “balaci” kafir harbi, Khalid terpaksa akur demi periuk nasinya.

Mungkin kerana itulah maka setiap kali Kerajaan Negeri Selangor diserang para pemimpin BN, maka Khalid terkontang-kanting seorang diri cuba menutup bau busuk ‘bangkai’ yang terdapat di dalam kepimpinannya. Paling kuat pun, dia terpaksa menghimpun para Exco negeri dari kalangan DAP untuk membantu. Dia terpaksa…

Azmin pula merupakan ADUN Bukit Antarabangsa hanya melihat dari luar. Dipercayai, dia menunggu saat paling strategik untuk memusnahkan kreadibiliti Khalid di mata rakyat Selangor. Dan itu juga bukan rahsia apabila banyak kelemahan dan penyelewengan Kerajaan pimpinan Khalid terlepas ke tangan BN. Siapa lagi orang dalam yang bocorkan rahsia Kerajaan Khalid dan DAP?

Memandangkan Azmin tidak punya sebarang kuasa dalam menentukan “ekonomi” Selangor terus masuk ke kantungnya, dia dikatakan telah memujuk Anwar untuk memaksa Khalid melantik Ketua Umum PKR itu sebagai “penasihat ekonomi” Selangor. Gaji RM1 hanyalah gimik memandangkan akaun sebenarnya dipercayai masuk kepada Azmin melalui kroni-kroninya.

Sebagai contoh, memandangkan Khalid melantik abangnya, Abdul Rahman sebagai “boss KKSB” yang paling berkuasa terhadap pasaran pasir di Selangor, maka Azmin dengan kuasa Anwar telah meletakkan kroninya di KKSB sebagai salah seorang Lembaga Pengarah bagi memastikan Khalid ‘tak makan seorang diri”.

Mungkin marah dan tidak sebulu lagi dengan Azmin, maka tidak hairanlah jika Khalid dikatakan tidak pernah menghadirkan diri ke mesyuarat-mesyuarat PKR Selangor. Khabarnya dia hanya menghantar wakilnya sahaja dengan memberi alasan “sibuk sebagai MB Selangor”.

Dikatakan juga bahawa Khalid telah menyekat seberapa banyak dana dari negeri Selangor dari masuk ke tangan Azmin. Untuk merealisasikan tujuan itu, Khalid dikatakan lebih rela memberikan kontrak-kontrak kerajaan negeri kepada puak-puak DAP. Contohnya, kes melibatkan kematian mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan berpunca dari “tembelang sudah pecah” berhubung projek tender ‘terancang” yang melibatkan 4 orang pemimpin DAP Selangor.

Bertindak balas atas tindakan Khalid itu, Azmin telah meletakkan seorang kroninya, Amiruddin Shari bagi membantu Suhaimi “Raja Pasir” di KSSB bagi merompak hasil pasir. Kemelut pasir di Selangor meletus dipercayai disebabkan oleh pergaduhan di antara dua kem ini sehingga berjaya dihidu oleh pihak BN.

Itu hanya sedikit kisah pertelingkahan kepimpinan Pakatan Haram Selangor yang kini bukan lagi rahsia apabila ia didedahkan oleh penulis blog upahan mereka sendiri, Raja Petra Kamaruddin.

Persoalannya, sejak mentadbir negeri yang paling maju di negara ini bermula Mac 2008, kita mendengar pelbagai skandal melibatkan penyelewengan dan salahguna kuasa. Isu pasir, kontrak-kontrak ‘tender terancang’ untuk DAP, penyusutan teruk kewangan Yayasan Selangor, cubaan merompak wang zakat Selangor dan kehilangan tanah wakaf Islam.

Begitu juga dengan isu moral yang kian meruncing melihat rakyat Selangor kini dihidangkan dengan kebanjiran beribu-ribu rumah-rumah urut, pusat-pusat hiburan, pub-pub, disko-disko, pusat perjudian haram dan premis-premis penyundalan yang dipercayai dilindungi oleh Ronnie Liu dan DAP.

Manakala kilang arak yang dulunya dikomplen hebat oleh Pakatan Haram tetap megah berdiri di tepi Lebuhraya Persekutuan, tidak pula di”bom” atau di”bakar”. Arak pula dibiarkan dijual mengikut selera. Malah lebih peritnya, aqidah umat Islam yang dicabar oleh beberapa gereja di Selangor dipandang remeh oleh seluruh kepimpinan Pakatan Haram Selangor, termasuk Anwar.

Persoalannya, mahukah kita terus melihat Selangor terus dihancurkan  begini? Perlukah kita mengembalikan BN untuk mengetuai Kerajaan Negeri Selangor? Pada saya, persoalan itu tidak perlu dijawab dan rasanya minda yang rasional mampu berfikir secara waras mengatakan ‘YA’. Meskipun kita tahu BN itu ‘lama dan buruk’, namun seburuk-buruk BN, buruk dan busuk lagi Pakatan Haram.

Ketika BN memerintah dahulu, memang tidak ada SELCAT, tapi negeri itu berjaya muncul sebagai sebuah negeri terkaya dan termaju di Malaysia. Saya musykil. Adalah sangat mustahil untuk sesebuah negeri itu maju dan kaya sekiranya pentadbirannya mengamalkan rasuah yang berleluasa. Tapi, dengan adanya SELCAT, makin teruk pula ekonomi Selangor. Siapa yang rasuah sebenarnya?






14 Komen to 4 Tahun Selangor Di Bawah Pakatan Haram…

  1. Darth Anwar says:

    Saya minta MyKMU salin satu copy entry terbaru Zul Nordin ke sini. Padat, pedas dan bernas.

  2. INTIFADAH says:

    ASALAMUALAIKUM, KEPADA PEMBACA MELAYU SEMUA. KITA SOKONG-SOKONG JUGA. TAPI KALAU YANG TAK BETUL MEMANG WAJIB KITA BANGKANG. ISU PROJEK LEMBU HARAM TELAH SELESAI DENGAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAP DI BAWA KE MUKA PENGADILAN & DATOK SYAHRIZAT DITAMATKAN PERKHIDMATAN. TAPI ISU KILANG RADIOAKTIF LYNAS MASIH BELUM SELESAI. SETELAH SAYA BUAT KAJIAN MELALUI LAMAN-LAMAN WEB GLOBAL. SAYA DAPATI ADA BENARNYA TENTANG RISIKO TAHAP KESELAMATAN PENDUDUK DI GEBENG TERANCAM. INI KERANA JARAK ANTARA KILANG & PERUMAHAN ADALAH KURANG 35 KILOMETER DARI TAHAP MENIMA KESELAMATAN YANG DIAMALKAN OLEH LYNAS AUSTRALIA SENDIRI. SATU ISU LAGI, INDUSTRI INI AKAN MENGHASILKAN BERBILLION RINGGIT KEUNTUNGAN TETAPI KENAPA KERAJAAN MEMBERI PENGECUALIAN CUKAI KEPADA LYNAS? ALASAN DIBERI IALAH MENDAPAT PELUANG PEKERJAAN TETAPI HANYA 350 PEKERJAAN SAHAJA YANG ADA & IA TIDAKLAH MEMBERIKAN BANYAK KESAN EKONOMI KEPADA NEGARA. RENUNG-RENUNGKAN LAH. YANG MELULUSKAN PROJEK INI PERLU DI BAWA KE MUKA PENGADILAN KERANA KERAJAAN TIDAK MENDAPAT CUKAI DARI PROJEK INI & TAHAP KESELAMATAN RAKYAT JUGA TERANCAM.

    • Darth Anwar says:

      Kalau setakat baca dari internet anda belum lagi pakar untuk mengeluarkan fatwa Lynas bahaya atau tidak.

      Kenapa perlu bersusah payah cari dalam internet? Kita sudah ada pakar dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang (PAS) yang mengatakan ianya okey.

    • StinGray says:

      hello mr google…bila plak isu NFC tu dah selesai…baru didakwa hang kata dah selesai????…hang buat carian kat mane tu…awat lekeh sgt hang ni…

  3. INTIFADAH says:

    BAK PEPATAH MELAYU, JANGAN SAMPAI SOKONG MEMBAWA REBAH. AKHIRNYA KITA RAKYAT JELATA JUGA YANG MENERIMA RISIKO. YANG BETUL KITA PASTI SOKONG 100% TETAPI YANG TIDAK BETUL & MEMUDARATKAN WAJIP KITA BANGKANG 100% JUGA. ISU KEPENTINGAN BANGSA, AGAMA & KESELAMATAN RAKYAT WAJIP DIUTAMAKAN DAN TIADA KOMPROMI UNTUK SEMUA MASALAH INI. RENUNG-RENUNGKAN LAH.

    • StinGray says:

      kalau nk bangkang pun jgn sampai jadi bangang…tak abih2 nk pakai topeng RAKYAT…

      hang ingat hang sorang je ke yg takut risiko, kami pun takut jugak, tapi kalau pakar dah kata tak berisiko jgn la dok putaq alam lg…

      Dah renung dah pun…tapi hang pun jgn la sokong sampai membawa rebah jugak…

      • INTIFADAH says:

        MINTA MAAF JIKA ANDA SALAH FAHAM DENGAN KENYATAAN SAYA. MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT BUKAN SAHAJA DARI INDIVIDU TETAPI JUGA DARI KES-KES YANG TELAH BERLAKU DI NEGARA LAIN DI SELURUH DUNIA. LYNAS AUSTRALIA JUGA PERNAH BERLAKU KEBOCORAN INDUSTRINYA TETAPI MUJURLAH KILANG MEREKA ITU DIDIRIKAN LEBIH 36 KILOMETER DARI KEDIAMAN PENDUDUK. PENCEMARAN KIMIA BUKAN PEKARA MUDAH UNTUK DIURUSKAN, JADI SEBELUM NASI MENJADI BUBUR. LEBIH BAIK KITA PERTIMBANGKAN SEMULA TAHAP KESELAMATAN YANG WAJAR DIAMBIL.

  4. Razak orang Klang says:

    Betul, setuju dengan INTIFADAH.

    Sebab tu , dulu Selangor jatuh pada PR. Bekas2 MB s’gor teruk sgt mengaut kekayaan.

    Sebab tu BN tewas. Rakyat skrang ni da celik.

    Apa yg BN perlu skrang ialah melahirkan pemimpin2 yg berkualiti lagi amanah bagi mengantikan semua pemimpin2 BN korup yg ada skrang.

    Saya percaya jika ini berlaku, maka punahlah harapan PR untuk berkuasa.

  5. C5 says:

    “Kerajaan Pakatan Haram pimpinan Khalid terpaksa bergantung harap kepada Exco-Exco dari DAP untuk terus “hidup”. Meskipun terpaksa menjadi “balaci” kafir harbi,”………

    Jangan lupa UMNO pun terus hidup kerana undi dari China…..

  6. mqzan says:

    masa aku sekolah dulu..ada cikgu fizik bgtau aku..rumah yg dbuat dari batu bata n simen jg ada mengeluarkan kesan rediasi pd manusia..tp pd thp amat minimum..yg aku nk cerita lain sikit kat sini..sampah.. aku rasa hampir seluruh taman perumahan dh jd tempat sampah..taman sampah..taman aku sendiri dh 2minggu x dikutip..cukai pintu kutip tiap 6bulan..sampah n rumput x dikutip n dpotong..aku wase lagi 2-3 hari lg aku sewa lori angkat sampah campak kat umah MB S`gor..Negeri Berkebajikkan? yg rakyat bayar pun x terurus..x payah ckplah ..PR..is dead!!!

    • INTIFADAH says:

      radiasi dari tanah, batu & bata amat sedikit & tidak akan menjejaskan sedikit pun kesihatan manusia. Kita perlu lebih berpandangan jauh ke hadapan kerana Lynas Corp. adalah syarikat menghasilkan bahan berteknologi tinggi dari hasil nadir bumi. antara bahan mentah yang akan di hasilkan ialah bahan asas membuat bateri telefon, cecair tv & monitor skrin rata. Bahan-bahan ini bukanlah sesuatu yang mudah urai & akan lupus secara semula jadi. Saya punya pengalaman dalam industri elektronik & arif dengan bahan-bahan yang berkaitan. Kebanyakan kimia yang digunakan adalah berunsur racun kepada manusia. Inilah yang amat saya khuatiri jika kebocoran & jarak tahap keselamatan kilang tersebut adalah kurang dari 36kilomater dari kediaman penduduk.

  7. INTIFADAH says:

    PERSOALAN DI SINI BUKAN MASALAH POLITIK. SAYA BUKANNYA AHLI UMNO, PR JAUH SEKALI. SAYA ADALAH ANAK WATAN YANG TIDAK AKAN KOMPROMI DENGAN SESIAPAPUN JIKA TAHAP KESELAMATAN PENDUDUK TERANCAM. SAYA JUGA TIDAK DAPAT TERIMA JIKA INDUSTRI YANG BERISIKO TINGGI KEPADA NEGARA DIKECUALIKAN CUKAI. SEPATUTNYA, JIKA IA BERISIKO TINGGI, SEMAKIN TINGGILAH CUKAINYA. CUKAI YANG TINGGI ADALAH UNTUK MENJADI JAMINAN JIKA BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DINGINI. JIKA BERLAKU KEBOCORAN, PASTI PENCEMARAN TANAH & UDARA AKAN BERLAKU. KERAJAAN PASTI AKAN MENANGGUNG KOS YANG TINGGI UNTUK MEMULIHKAN KEADAAN PENCEMARAN YANG BERLAKU. SEDANGKAN PENCEMARAN ASAP DARI PEMBAKARAN TERBUKA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN KITA, INIKAN PULA PENCEMARAN KIMIA. RENUNG-RENUNGKAN LAH????????????

Leave a Reply