Menu Utama

Friday, March 30th, 2012

 

Lynas: Kematian Anak Bekas Pekerja ARE Di Perak Atas Sebab Biasa

DUA media yang kita percaya diupah para pemonopoli pasaran nadir bumi di dunia ini untuk mennghalang pembinaan kilang Lynas yang boleh menjejaskan ekonomi pemonopoli tersebut nampaknya tidak habis-habis menyebarkan pembohongan dengan niat jahat untuk mensabotaj ekonomi negara. Gagal mengemukakan apa-apa bukti saintifik sehingga kini yang boleh menyokong dakwaan bahawa kilang Lynas di Balok, Pahang itu mencemarkan alam sekitar, Malaysiakini dan Malaysian Insider dengan curang dan jahat cuba mengaitkan kematian anak kepada salah seorang bekas pekerja Asian Rare Earth (ARE) dengan pembinaan Lynas. Hakikatnya, Lai Kwan, ibu kepada Cheah Kok LeongBaca Lagi


Najib “Anak Derhaka” Atau Shuhaimi Yang Derhaka Pada Tanah Melayu?

Seorang pemimpin PKR ‘muka baru’ hari ini membuat kenyataan menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘anak derhaka’ dan kononnya anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak itu mengkhianati perjuangan bapanya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. ‘Muka baru’ PKR yang bernama Shuhaimi Said itu mendakwa Najib tidak menitik beratkan soal kebajikan para peneroka dan ‘merampas titik peluh’ warga Felda dengan menjadikannya modal penyenaraian FGVH. Itu intipati sidang media yang dibuat ‘balaci’ PKR itu di Bangi sebentar tadi. Benarkah Najib boleh disifatkan sebagai ‘anak derhaka’Baca Lagi


Mansuhkan PTPTN: Apa Agenda Pakatan?

Sekumpulan pelajar yang dihasut oleh Pakatan Rakyat mahu mengadakan demontrasi minta dihapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pakatan Rakyat sedang mencanangkan untuk menghapuskan PTPTN jika mereka berkuasa. Memang menghapuskan PTPTN adalah satu kerja mudah dan paling senang. Mana-mana kerajaan dan parti politik pun boleh melaksanakannya. Malahan Barisan Nasional sendiri pun dengan sekelip mata boleh menghapuskan PTPTN. Tapi apakah natijah dan kesannya kepada keadaan ekonomi dan pendidikan rakyat selepas pemansuhan PTPTN ini? Sehingga kini hampir RM 40 bilion dikeluarkan oleh PTPTN untuk memberi pinjaman kepada hampir dua pelajar di InstitusiBaca Lagi


Khalid Kasut: Di Mana Adab Sopan Mu?

“Orang panggil saya Hasan Akidah, Ok, tapi orang panggil dia Khalid Gereja”!… Petikan kata-kata tersebut diungkapkan oleh Dr Hasan Ali, di salah satu ceramahnya di Selangor sekitar dua tiga hari lepas. Kita semua dah maklum, gelaran Hasan Akidah cukup popular dikalangan penganut Pas Parasit, manakala gelaran Khalid Gereja pula agak top hingga menjadi sebutan ramai orang termasuklah ada tikanya turut menjadi bahan senda gurau penyokong Pas sendiri. Bagaimana pula dengan Khalid Kasut? Mungkinkah suatu masa kelak gelaran Khalid Kasut bakal membayangi liku-liku hayat politik Khalid Ibrahim gara-gara sikapnya  yang segan untuk berenggang dengan kasut kesayangan? SehariBaca Lagi