Menu Utama

Temubual Akhbar Cina, Sahihlah Sudah Hudud Tidak Akan Dilaksanakan

HALAMAN 3 akhbar Nanyang Siang Pau hari ini menjadi medan Anwar melepaskan geramnya kepada banyak pihak termasuk UMNO dan Raja Petra Kamarudin (RPK) – dipercayai antara interview eksklusif terakhir sebelum Anwar kembali menjadi warga Sungai Buloh.

Penulis sebenarnya tidak sampai hati nak menyatakan satu persatu apa yang dikatakan Anwar tapi percayalah, dia banyak merapu daripada memberikan fakta. Tapi yang nyata Anwar memberikan keyakinan kepada akhbar tersebut akan beberapa perkara, antaranya yang dia sudah bersedia masuk penjara dan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia walaupun Pakatan memerintah.

Penulis ‘reserved’ keyakinan Anwar yang pertama sehingga 9 Januari nanti dan menumpukan kepada ‘keyakinan’ yang kedua iaitu hudud dalam coretan kedua hari ini.

Tentunya pengakuan Anwar ini bakal mematahkan lagi hajat PAS untuk memanjangkan soal hudud ini sehingga menjadi undang-undang di Kelantan mahupun Malaysia.  Sudah banyak digebang 2 ke 3 bulan kebelakangan ini yang PAS akan tetap melaksanakan hudud di Kelantan jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya (mintak jauh).

Rakyat yang mendapat tahu tentang temubual eksklusif Anwar ini sudah tentu akan tertanya-tanya, mana satu yang betul?  Anwar punya atau Nik Aziz punya (cakap)?  Yang penting ada di antara 2 ekor ini  yang menipu, cuma nak ditentukan yang mana satu.

Mungkin Anwar ingat tidak ada orang Melayu yang membaca akhbar cina tapi disitulah Anwar silap.  Generasi hari ini bukan tersekat oleh satu bahasa sahaja malah banyak bahasa juga.  Bahkan sudah ada pepatah mengatakan “kalau nak tahu Anwar cakap betul tentang Melayu dan Islam dibawah Pakatan, bacalah akhbar cina”.

Kembali semula kepada temubual eksklusif tadi.

Penulis tidak langsung menipu ataupun berniat menipu pembaca.  Dapatkanlah naskah NanYang Siang Pau hari ini daripada sesiapa yang diketahui ada membelinya dan selak sendiri laman 3 itu untuk memastikan kebenaran yang penulis katakan.

Kesimpulan penulis, Anwar tanpa sedar sebenarnya sedang ‘membunuh’ PAS dari dalam dengan tidak langsung membantu retorik politik mengenai hudud yang sedang hebat berlangsung sekarang.

Sejak ditentang oleh pihak dalamannya sendiri kerana menukar konsep negara Islam kepada negara Kebajikan, PAS cuba menipu pengikutnya dengan memberi harapan palsu yang hudud akan dilaksanakan (tapi di Kelantan sahaja) bila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Sepatutnya Anwar menyokong pembohongan ini tapi malangnya Anwar ada keutamaannya sendiri iaitu DAP.  Justeru, tidak mungkin Anwar akan turut serta dalam isu mengenai hudud ini walaupun tahu ia hanya taktik PAS untuk membohongkan penganutnya sehingga pilihanraya umum akan datang selesai.






79 Komen to Temubual Akhbar Cina, Sahihlah Sudah Hudud Tidak Akan Dilaksanakan

  1. bujuk says:

    Betullah tu, HUDUD bukan nak dilaksanakan pada orang cina, sebaliknya pada orang ISLAM. TGHA dan TGNA pun kata yg. sama, jadi orang bukan ISLAM tak perlu takut pada HUDUD kerana ia akan dilaksanakan pada orang ISLAM dan orang bukan ISLAM yg. hendakkan hukuman tersebut.
    Penulis tak perlu pusing cerita…
    Orang cina dan India yg. bukan Islam tau perkara ni, sebab tu mereka sokong dan undi PAS.

    • selamber says:

      ostat bujuk..mcmna nak dilaksanakan Hudud kalau belum ape2 lg dah menampakkan ketidakadilan..Hudud Islam adalah menyeluruh bukan pada org Islam sahaja..sape la yg ajor agama mcmni..??..bangsa lain takleh terima hudud sbb dirang tak diberi penjelasan & kekeliruan..bila kata takleh dilaksanakan kata menolak hudud pulak…hmmm

      • bujuk says:

        Kalau macam tu boleh bagitau siapa pulak ajo ko HUDUD tak wajib dilaksanakan sebab masyarakat MAJMUK seperti kata Presiden UMNO?
        Betul HUDUD untuk semua, tapi UMNO sejak dulu telah takutkan cina dan india tentang hudud, bila sebub hudud UMNO jaja cerita potong tangan, rejam dan pancung kepala. UMNO tak ajar sebab dan kebaikan hudud pada orang kafir d m’sia. Hari ni bila nak laksanakan pada org. Islam saja korang jaja cerita tak adil pulak. Bro… satu dari hukum HUDUD ialah sebat 40 rotan pada orang minum arak, sedang org. kafir tak haram minum arak… adil ke tidak sebat mereka 40 rotan?
        PAS berpandangan… laksanakan dulu pada umat Islam, kami yakin orang kafir akan menuruti hukuman ini dengan sukarela bila nampak kebaikan dan keamanan yg. diperolehi dari hukuman Allah tersebut.

        • BEBULU says:

          Haji hadi pun dah mengatakan hudud tak perlu lagi sekarang ni negara islam pun tak payah dah… takut kat DAP punya pasai semua pun sanggup tukaq…

          • takbai says:

            sebab DAP, beer pun PAS dah fatwakan tak haram.

          • bujuk says:

            TGHA tak kata camtu, tapi TGHA kata bukan keutamaan. Maknanya perlu selesaikan masalah kenegaraan dulu, masalah ekonomi dan sosial dulu, kena bagi penerangan atau pelajaran dulu. sebab tu tahun akhir PAS perintah T’ganu baru luluskan HUDUD.
            Untuk pengetahuan korang, Negara Islam adalah negara Berkebajikan. Kita tukar nama supaya orang kafir tak gerun dengar nama Islam. Dulu orang kafir takut nama Islam kerana UMNO momokkan Islam jumud, zalim, miskin, kotor dan sebagainya.

          • selamber says:

            hekeleh bujuk..besnya bg alasan ye..negara kebajikan konon nak jg hati kaum lain la tu..hehe..tu le kalau dah jenis manusia yg taknak terima kata org sumenya tak betul..tp apa yg korg kata sume ada pd korang jugak..jgn fikir org lain tak bole berfikir bro..hampehh

          • PUTERI UMNO says:

            habis bujuk tu pasti sangat ke ‘madu’2 pas akan benarkan PAS jalankan HUDUD kalu depa memerintah? ni la umat islam… kelemahan sebenarnya dan dipergunakan. pembagkang tau ramai umat islam kat malaysia ni mmg sensetip bab agama. so dorang gunakan ‘hudud’ ‘ceramah agama’ utk tarik umat islam… dan kita yang mmg tak boleh dengar pasal agama terus bagi sokongn penuh dan sanjung walaupun pembangkang tu bukan islam pun… termasuk le PAS yang turut termakan janji dan politik DAP PKR neh..konon dorang ni boleh dibuat kawan utk islam.. halooo… ditakdirkan la kerajaan skng ni bertukar tangan… masa tu tau la mana letak nya ISLAM tu kat malaysia ni… tunggu masa jer.. lepas tu baru la akan keluar ayat ‘kalu la aku tahu pilih dot dot dot jadi mcam ni.. mesti aku tak pilih…”
            sama2 la kita belajar bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. sekurang2 nya kita masih mampu solat jumaat kat masjid dengan tenang tak perlu nak menyorok saner sini dari lari dari bom ke aper.. tak payah bawak budaya orang barat tunjuk perasaan saner sini.. budaya luar semua tu.. mahluk mana la yang mengajor sampai ke malaysia neh..?

        • StinGray says:

          tergelincir dh bujuk ni….jawab isu agama ikut logik pala hotak dia jea……

          • bujuk says:

            Bawak mai la Quran dan Hadis yg. bertentangan dengan ulasan aku. Bawakan sekali pandangan ulamak2 yg. berbeza dalam penafsiran ke duanya. Aku tak kata pandangan yg. korang sebut salah, tapi ada pandangan yg. lebih mudah untuk kita laksanakan. Jadi pilahlah yg. kita boleh/mampu buat daripada kita mencari alasan untuk tak nak buat.

          • StinGray says:

            terlajak sungguh dh hang ni….saja nk tau hang ni pegang Syiah ke khawarij?…atau dua2 hang balun….saja nk tau….

            hang ni duk kat mane bujuk…afgan ke malaysia….menolak dgn memperinci sama ke bujuk??…hukum Allah sesuai utk bila dan dimana tetapi perlu diperhalusi dimana dan ketika…cth paling mudah…org islam di eropah sambut AidilFitri samakah dgn org malaysia sambut diwaktu dan ketikanya….tapi kedua-dua benua tetap menyambut AidilFitri…

            Berbalik kepada Hukum Hudud…hukum Hudud utk keadilan semua penduduk yg mana negara tersebut mengamalkannya…tiada diskriminasi dlm Hukum Hudud….ianya perlu diselaraskan dgn seadil-adilnya kepada setiap penduduk yg tinggal didlm negara tersebut…puak2 hangpa bercakap soal Islam seolah-olah dlm negara ni cuma ada org melayu/islam saja….hangpa x pernah pikir ke ada bangsa2 lain dlm negara ni yg perlu juga dirangkumi dlm hukum Hudud tersebut….

            puak hangpa berckp soal hudud semata-mata nk tarik pengundi dari org2 islam memilih parti hangpa, bukan utk menegakkan kebesaran hukum Allah…hang ingat hukum Allah ni bleh test2 dulu ke???…jgn tipu org kampung lagi la…depa pun ngaji jugak…puak hangpa sendiri pun x tau mcm mana nk pratikkan hukum ni dimalaysia, lpas tu pi bubuh UMNO yg tolak….hang jgn gunakan hukum Allah utk modal politik jalangan puak2 hangpa…dari hujahan hang tentang soal agama dh jelas yg hang ni belajar agama masa pi ceramah politik parti hangpa jea…tu sebab dok confused memanjang diantara hukum Allah dan agenda parti hang…..parti hangpa tak tertulis pun dlm Alquran dan Hadis…yg luluskan parti hang tu pun nama dia Sir Nadarajan ( keling Kapiaq )…PAS hanya ada dlm kitab Harakah jea…jgn dok perasan islamik lebih2 la bro…org lain pun belajaq agama jugak, mungkin jauh lagi tinggi dri hang….cuma kami tak buat modal politik dan bisnes jea…

          • bujuk says:

            Tak guna tulis panjang2, sekarang nyatakan UMNO nak laksanakan HUDUD atau tidak? Aku tak tanya mampu atau tidak, tapi ada niat tak nak laksanakan?
            Dalam Islam kita di ajar jika berlaku suatu maksiat maka tegur dengan tangan, tak mampu tegur dengan mulut, tak mampu juga tegur dengan hati. Jika UMNO pegang kuasa, sepatutnya UMNO mampu tegur dengan tangan atau undang2. Tapi kalau hati pun setuju maksiat, tu namanya dah tertanggal IMAN dia.
            Yg. pasti Najib (Presiden UMNO) dah tolak untuk laksanakan HUDUD d M’sia bila MCA ugut keluar BN.

          • selamber says:

            takyah la menyalahkan Umno pulak..& jgn la meletakkan kesalahan pada Umno jugak..semua org faham tektik & teknik korang tu..endiri mau ingt la bro..

          • StinGray says:

            tulis pjg hang tak paham…tulis pendek lagi la hang tak paham….yg aku paham hang ni MUNAFIK…

          • bujuk says:

            Apasal selamba… UMNO bukan islam ke hingga tak boleh letakkan kesalahan pada UMNO bila Islam tak terlaksana.
            Stingray… jawap la, nak laksana hudud atau tidak. Tak susah ya/tidak.

          • StinGray says:

            hukum hudud PAS ke bujuk…..yg tu kena tolak mentah2….hukum tu utk org yg dah plan nk jadi murtad…….

          • bujuk says:

            Aku tak sebut hudud PAS, nampak tak cara korang balas hujah. Bila taknak korang tambah PAS dihujung.
            Aku tanya sekali lagi Korang nak laksanakan HUDUD ke tidak?

          • StinGray says:

            hudud mana yg bleh tibai pungkok bini???

          • bujuk says:

            Dengan jawapan hang, rasanya aku tak perlu berhujah pasal hudud dengan Hang. Aku dah terangkan HUDUD dan bukannya HUDUD PAS. Dan hang masih mencari2 alasan…. teruskanlah dengan alasan hang sampai jumpa Allah nanti.

          • selamber says:

            iye Allah Maha Mengetahui..taknak takbir ke bujuk..hehe..

    • takbai says:

      PAS takut kat Ronnie Liu. terkucil PAS di buat nya.

    • zaidsaif says:

      Kepala hotak kau.Tak pandai ugama nak bercakap ttg ugama.Hudud adalah kanun jenayah. Ada hal didalam hukuman hudud yg juga mesti dikenakan kpd bukan Islam spt mencuri.

      • politikar says:

        dol …. hang minum holi water kaaa ???
        dah bodo sombong pulak …. kahkahkah
        hang sembang bab hudud arab …. kalau pemerintah (raja) atau orang kaya buat salah tak apa …orang biasa saja yang kena …. itu hudu arab atau hudud melayu … hang baca balik Sirah Amirul Mukminin Saidina Umar hukum anak dia sendiri Saidina Abdullah …

      • bujuk says:

        Kalau macam tu, terangkan kepada semua hukum HUDUD. Tentang kabaikan dan pencegahan yg. mampu mengamankan negara. Atau UMNO tak percaya HUDUD mampu menjaga keamanan negara?
        UMNO takut pada siapa, tak laksanakan hudud setelah memerintah lebih 50 tahun?

        • Yop Tulin says:

          “Untuk pengetahuan korang, Negara Islam adalah negara Berkebajikan. Kita tukar nama supaya orang kafir tak gerun dengar nama Islam.” – Bujuk, bab mula2 awak berhujah, saya boleh terima tapi sampai bab ayat atas , saya dah mula hilang respek, bukan pada awak tapi pada PAS, kalau betullah PAS berpendirian begitu.
          Rasulullah SAW dulu berjuang tak pernah ubah2 imej, rebranding utk ambik hati kafir.Saya tak nafikan UMNO pun pernah terkena sindrom begini malah sampai sekarang pun.
          Fikir2 balik apa nak diherankan, kedua2 parti sedang bertungkus lumus mengambil hati kafir , khas nya cina.
          Tapi kita kena tengok UMNO nak bagi SAMPAI TAHAP MANA , manakala PAS nak bagi SAMPAI BANYAK MANA?
          Apa pun saya rasa, taktik “memikat” ini patutnya diberhentikan terus, kita kena pakai approach yg lebih tegas dan tidak bagi muka lagi, sebab bila banyak taktik memujuk dan menggoda, lagi kita bagi lagi diorang mintak.Puak2 ni mana ada diajar konsep bersyukur dalam agama diorang.Penyudahnya apa bantuan kerajaan, subsidi, sekolah cina, semua diorang kebas, tapi undi pegi pada DAP.Last – last, duit dapat, kuasa pun dapat..

          • bujuk says:

            Ko ingat dak, ada satu perjanjian Rasulullah tulis Muhammadurrasullah, tapi dibantah dan Rasulullah padamkan perkataan rasulullah.

    • politikar says:

      kahkahkah ….. hang nak suquh puak melayu ketuanan zionis apco ni terima hudud kaa bujuk ???
      aku qasa hampir mustahil … kalau suquh buat sarkas boleh lah …kahkahkah
      aku dah keluaq umno … babai umno

      • bujuk says:

        Aku tak mintak melayu terima HUDUD, tapi siapa yg. mengaku ISLAM wajib terima HUDUD, sebab datang dari Allah. Kalau tak terima hukum Allah buat apa jadi MUSLIM?

  2. bujuk says:

    Keluar tajuk sekejap… takda ke moderator yg. nak cerita pasal countdown di dataran Shah Alam yg. dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus(UAI) dan Azizan(raja lawak)serta lebih 70000. Nampaknya Selagor telah cuba sesuatu yg. baru untuk kebaikan UMMAH. Bila negeri2 UMNO nak ikut?

  3. takbai says:

    PAS kena sergah dengan DAP pasal kes beer kat Shah Alam pun Nik Aziz dah kecut teloq. tu bukan ikut hukum Islam tapi jadikan Islam sebagai hamba DAP. ….takebeer…..takebeer…..takebeer..

    • bujuk says:

      PAS berani jugak keluarkan beer dari 7E, UMNO ada berani ke?
      Kalau Allah tanya nanti, PAS boleh sebut kami dah usaha tapi tidak berkuasa kerana undang2 yg. UMNO buat membenarkan beer di jual d 7E. Apa pulak UMNO nak jawab?

      • StinGray says:

        hang sembang apa bujuk…lari tajuk smpai ke sudah….susah btul hang nk displinkan dri hang….puak2 PAS mang mcm ni ke?????

      • fabao says:

        tu bukan berani..tu acah2 je..sbb dah tau lps tu nak kena masukkan balik..lps tu syok sendiri

        • bujuk says:

          UMNO acah pun tak berani, cerita apa. PAS dah cuba…malah d k’tan dah dilaksanakan. UMNO bila, berapa negeri UMNO perintah?

          • selamber says:

            elok la..apa salahnya tunjukkan la contoh yg baik pd org lain..tp jangan la takbur dalam berbuat baik pulak..

          • bujuk says:

            Masalahnya UMNO putarbelit hingga kebaikan jadi keburukan. Tapi diri sendiri salah tak sedar.
            Kenapa awal pihak berkuasa tarik kebenaran jual arak tempat terbuka tak masuk Utusan, tapi bila Ronnie Lieu bantah masuk berita muka depan siap dengan bantahan dan ulasan pemuka UMNO?

          • selamber says:

            Abis tu dah ronnie lieu sdri yg bantah..komponen pakatan korang jugak yg bantah kan..ape yg putar belitnya?..korang yg putar2..kan

          • bujuk says:

            Takpalah… ko tak faham maksud aku.

          • StinGray says:

            aku rasa ko sendiri pun tak paham apa yg ko tulis….hehehe

      • takbai says:

        hakikatnya PAS memang takut dengan DAP. tak perlu nak salahkan UMNO. siapa dia kerajaan Selangor tu. Bujuk bodoh, kau pegi tanya Hasan Ali tapi yang akan jawab si Khalid Gereja.

        • bujuk says:

          Kalau UMNO tak takut pada MCA dan MIC kenapa sampai sekarang tak laksanakan HUDUD, setidak2 di negeri majoriti Islam yg. UMNO perintah seperti T’ganu?

        • bujuk says:

          PAS bukan takut, tapi dalam kerjasama perlukan masa untuk mereka memahami Islam dan kebaikannya. UMNO ajar MCA/MIC sampai sekarang pun tak mampu laksanakan Islam sepenuhnya.

          • selamber says:

            hmm..sama je

          • StinGray says:

            69 96 la hang ni juk????

          • bujuk says:

            Apa yg. sama…. PAS masih terus dengan tujuan untuk laksanakan HUDUD d K’tan walaupun DAP tak setuju. Sebab bangsa dan agama lain tak terima kesan dengan perlaksanaan HUDUD pada orang islam. Mereka bebas nak guna undang2 sediaada atau HUDUD.

          • selamber says:

            aik senangnya..pandainya..bole pulak pilih bulu hudud ni ye..kalau mcmtu apa adilnya hudud ni kalau cuma terlaksana pada org Islam je..hmmm ckp tak serupa bikin

    • C4 says:

      apa lah jenis bangang dan bodoh tahap raban sungguh puak2 UMNO….

      beer kat shah alam tu isu khalid ibrahim lah…. apa kena dengan nik ziz kat kelantan tu….

      patut lah kau orang ni menyokong UMNo, sebab masih bodoh lagi tentang politik….

  4. C4 says:

    kau pun adamyan pun seronok juga lah …

    kerana syaariat allah tidak dapat dilakukan …..????

    bagus lah kerana ada orang islam macam kau ni…

    sepatutnya kau sebagai orang islam bersedih …

    kerana hudud tidak dapat dilaksankan ……

    nampak nya kau sama juga macam org kafir ….

    yang suka hudud tidak dilaksanakan…..

  5. baba says:

    hukum hudud bukan hanya perlu dilaksanakan kepada org islam sahaja.ia perlu dilaksanakan kepada semua. ini hudud mana pas pakai hanya utk org islam? kalau islam zina dgn kafir, kafir terlepas hukuman, yg islam saja kena hukum??????? adilkah hudud mcm ni? ni dinamakan hudud alagaPas.

    • bujuk says:

      Tuan boleh p belajar bab HUDUD dulu sebelum tulis semborono…

      • fabao says:

        apa masalah kalau hudud dilaksanakan kpd bukan islam juga?adakah hukum islam akan jadi tidak adil kepada mereka jika dilaksanakan..tujuan hudud bukan untuk mencegah jenayah dikalangan org islam shj..tp semua rakyat di dalam negara islam itu

        • bujuk says:

          Kenapa sampai sekarang UMNO yg. jadi pihak berkuasa asyik bagi alasan masyarakat majmuk, tak adil pada bangsa lain dan sebagainya. Aku setuju kalau k’jaan mampu laksanakan HUDUD menyeluruh, itu adalah sebaik2nya. Tapi kalau tak mampu, laksana lah dulu pada orang muslim.

      • selamber says:

        kita kata Hudud untuk org Islam sahaja & bukan Islam tak dikenekan hudud..kan bujuk..& kita tak bole kata Negara Islam kita kene tukar kpd Negara Kebajikan kan bujuk…takpe korang punye SEMBRONO tak salah kan bujuk..takpe lain kali bole tukar2 ye..sbb korang tak sembrono kan..hehe

        • bujuk says:

          Allah yg. jadikan dunia ni, kita yakin Allah maha mengetahui apa yg. diperlukan oleh makhluknya. Jadi kita percaya HUDUD mampu menjaga ketenteraman, tak kira bangsa dan ugama. Masalahnya siapa yg. momokkan m’sia negara majmuk tak sesuai laksanakan HUDUD? Sedangkan HUDUD pernah dilaksanakan zaman kesultanan melayu melaka dulu. Kita di siarkan kisah mahsuri yg. laksanakan hukuman HUDUD, menunjukkan terlaksannya hukum Zina pada masa dulu. Siapa yg. ubah hukum tersebut?

          • selamber says:

            aik..korang sesama sendiri pun berbelah bagi tentang Hudud kan..

          • bujuk says:

            Aku tak pertikaikan puak kafir tak kira nama dia DAP, MCA atau MIC… masalahnya kenapa UMNO pun sama naik dengan orang kafir, taknak laksanakan Hudud?

          • selamber says:

            Bujuk..bujuk..ko sendiri pun fhm pertikaian kalau tetiba kita laksanakan hudud ni kan..bukan ke kerajaan sedikit demi sedikit telah menerapkan nilai2 keIslaman dlm setiap sudut..tak kan itu pun tak leh nak baca..

          • bujuk says:

            Habis kenapa hentam PAS kata takut dan ikut telunjuk DAP?
            Aku tak minta k’jaan buat tergesa2, tapi mesti ada perancangannya. Mungkin ada bab hudud dalam mata pelejaran Agama atau pengajian Am di Sekolah sebagai permulaan. Benarkan K’jaan K’tan laksanakan HUDUD dan bagi bantuan. Banyakkan wawancara dan perbincangan tengtang hudud supaya rakyat dapat menilai kebaikan dan kewajipan.

          • selamber says:

            Itu la silapnya kalau menggunakan nama Islam pada parti..namanya sahaja Islam tetapi banyak kepincangan sehinggakan terpalit kepada seluruh umat Islam..hentam PAS supaya tidak keterlaluan..kerajaan menerapkan nilai2 Islam bukan tergesa2 pun..sedikit demi sedikit bak kata org “umpama menarik rambut di dlm tepung”..tp korang yg tak sabo2..iye la sbb nak dapatkan sokongan undi..tu je

          • bujuk says:

            Tuan 50 tahun bukan beransur2…
            50 tahun, manusia dah jdi datuk dah. Anda sentiasa mencari alasan, sedang tiada sebarang tindakan dari k’jaan untuk mengetengahkan HUDUD.

  6. c5 says:

    alahai umno …debat olok2 dengan pas pun tak boleh lawan hujah.cakap kat tv sorang2 bolehla ,saya ada simpan lg tape tu…

  7. Anak_Nogori says:

    Saya muak dah dengar PAS nak laksanakan Hukum Hudud ni..dah berpuluh2 tahun saya dengar dah…tapi tak jugak dilaksanakan walaupun PAS dah perintah Kelantan, Terengganu, Kedah dan bersama PR diSelangor dan Penang..semuanya retorik PAS je.

    Kalau betul PAS nak laksanakan hudud diMalaysia ni…saya nak tengok PAS masukkan hukum hudud didalam Menifesto PRU13 mereka..itu kalau mereka ada telur dan betul2 ikhlas nak laksanakan hukum hudud diNegara ini..kalau tidak..sahlah semua tu retorik PAS dan PAS sanggup lacurkan agama.

  8. bujuk says:

    Kenapa dalam masa PAS berusaha mencari jalan nak laksanakan HUDUD, UMNO mencari jalan untuk menggagalkan HUDUD. Jadi sendiri fikir….

  9. RAJA KONGKIAK says:

    HAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHA…tak paaaa apa yang cha ya nun alif dari parti cap roket nih kataaa adalah ibarat suara PAS laaa..Lagi pun Nik ajis kata DAP dah kenai benar dengan ISLAM..jadi apa-apa komen yang menghentam islam dan angan-angan pas selama ini adalah boleh diterima sebab depa dah FAHAM dengan islam…puak pkr/pas pun dok anggok dahhhh

  10. mustaqim says:

    bujuk pas dan hudud…hmmm…..ada kalanya org pas marah artis komen pasal hudud…xcukup ilmu agama jgn komen kata mereka…tp bila orang pas komen waima kaki botol sekalipun sume ok…

    aku mmg tak pandai agama cam bujuk…cuma aku rajin baca paper dan ada kemusykilan ttg hudud utk islam sahaja yg mahu dilaksanakan PAS dimalaysia…….aku harap bujuk boleh tolong jelaskan…

    sekiranya hudud dilaksanakan dimalaysia(hudud yg sebenar-aminnnnn) iaitu hudud yg sudah disesuaikan dan hanya untuk orang islam sahaja….apa akan jadi sekiranya si polan yang dijatuhkan hukuman rejam, potong tangan dan lain2 hudud mengisytiharkan keluar islam dan mendakwa mereka sudah murtad sejak belasan tahun….

    peasalah islam ini mmg tergamak mengaku mereka beragama buddha kerana takut dan tidak mahu dihukum sebat, potong tangan dll….contoh mudah pwngikut ayah pin seorang ustazan yg isytihar keluar islam agar mahkamah syariah tidak boleh bicarakn kes dia…

    jadi bujuk….jika ada seorang islam yng dihukum potong tangan mengaku pada mahkamah dan pakiam dia dah peluk agama christian sejak kecil lagi…..maka gugurlah islamnya….jadi hudud tidak boleh dilaksanakan kepada beliau…TETAPI hudud juga memperuntukaan hukuman bunuh bagi mana2 orang islam yang murtad(alhamdulillah)….

    soalnya…adakah buddha hindu dan kristian akan biarkan saudara baru mereka….atau penganut “bidan terjun” mereka dihukum potong tangan oleh agama ISLAM….?????bukankah jika hudud dilaksanakn hanya untuk orang ISLAM di malaysia akan mengundang masalah sebegini yang menjurus kepada perang agama???????

    sesungguhnya agama ALLAH adalah sempurna….hudud hanya untuk orang islam di malaysia yang mahkamah sivil memberi hak kpd rakyat berumur 18 tahun keatas memilih agama…tetapi tidak syariah….masalahnya…sivil dan syariah sama tinggi….biasanya sivil lebih tinggi bila babit murtad nie…

    abih2 penat bercerita untuk naikkan syariah lebih tinggi dari kuasa mahkamah sivil..ia perlu dilaksanakan melalui undi 2/3 kerusi 222 parlimen atau 144….

    aku dah kira….gabungan ahli MP islam melalui perkongsian kuasa PR dan BN hanya ada 100-110 sahaja….namun..cahaya dan harapan melaksanakan hudud tegar mahupun hudud yg telah disetujui olej ijtimak ulama PAS hanya mungkin jika UMNO dan PAS bergabung…..tetapi orang yang paling membantah perpaduan dua parti keahlian 100% ISLAM ini ialah NIK AZIZ…..

    atau bujuk boleh bagi idea lbih baik macamana UMNO nak laksanakan hudud sedangkan MP Islam PAS, UMNO, PKR, Sabah Sarawak dll hanya ada 100-110 sahaja maksimum….melalui kerangka kerjasama UMNO dalam BN dan PAS dalam PR???macamana?????

    • mustaqim says:

      aku spt orang islam lain mengimpikan hudud..kami juga baca ALQURAN yang sama ALLAH kata hududullah….hududullah….

      SIAPA XNAK.????tapi aku cuba jadi realistik dan cuba sedaya upaya untuk push pemimpin islam(kira parti mana) laksanakan hudud……

      aku penah hantar surat/email pada harakah, utusan, umno, pas pendapat aku tentang hudud 8 tahun lepas(2004) dan dalam utusan (2009)boleh google nama aku……jadi harapan kita orang islam harus terus membara melaksanakan hudud…

      hudud adlaah hukum yg sempurna dari ALLAH…orang islam semua tahu samada najib mahathir nik aziz anwar dll….sungguh PAS UMNO boleh bergabung, kita ttp perlukan kempen berterusan bagi bukan islam menerimanya…pas melalui harakah selalu capture satu cina yg setuju…satu tak bermakna 0.00000000001% dari orang bukan islam pun…lagipun fakta ttg orang islam yg mahu memeluk agama buddha akan dihukum bunuh disembunyikan…

      justeru…ia perlu kerjasama semua orang islam untuk bagi bukan islam paham….

      aku juga memmberi cadangan rentetan dari satu peristiwa pada 2004 dimana seorang perogol islam yang baru seminggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan merogol yg ntah keberapa kali…merogol seorang pelajar cina dibawah jambatan dikajang..

      sebenarnya walaupun kita tak boleh dapat 2/3 parlimen meluluskan hudud kerana MP islam hanya ada 100 MP sahaja…

      kita boleh meyakinkan mereka yg hudud akan dilaksanakan kepada semua orang islam termasuk bukan islam jika si penjenayah A(islam atau bukan islam) disabitkan kesalahan yang sama untuk kali KETIGA..kali pertama rogol…penjara 10 tahun…kali kedua penjara 10 tahun sebat…kali ketiga taksedar2 jugak…kita pakai hukum hudud rejam atau potong KOTE dia…..aku rasa bukan ISLAM pun akan setuju kerana jenayah yg kedua tidak mungkin terjadi oleh pelaku yang sama kerana dia takut…

      lama2 kelamaan lepas 10 tahun dilaksanakan jika berkesan.,..aku perrcaya 222 MP islam dan bukan islam akan menyokong hudud sepenuhnya….durian tatau sedap selagi kita tak kopek dan makan bro….bila dah confirm sedap barulah orang terima….

      ingatlah saudaraku…hudud wajib di perjuangkan olh semua orang islam…tapi bukan melalui cara PAS bujuk…itu tak ikhlas langsung….sbbnya mudah…MP ISLAM ada 110 sahaja….

      • zul says:

        aku setuju kata ko mus!!Bujuk sedarlah..jgn ingt org yg sokong kerajaan hanya ikut telunjuk dan xtau aper2 psl selok belok agama..

      • bujuk says:

        Tuan… setuju pandangan tuan. Kita semua umat islam bertanggungjawab menyokong dan melaksanakan semua perintah Allah termasuk HUDUD. Yg. menjadi persoalan saya apa tindakan K’jaan dalam mendidik rakyat M’sia menerima HUDUD. Kenapa kita boleh terima COMMON LAW tampa persoalan tapi tidak HUDUD? K’jaan kata PAS ketengahkan HUDUD yg. salah atau berbeza. Apa yg. salah boleh dibetulkan dan diperbaiki, bukan dihentam sebagai zalim dan sebagainya. Kita manusia, ada banyak kesilapan dan kesalahan. Sebagai saudara seagama tugas yg. tahu ajar dan tugas yg. jahil belajar dan terima tunjukajar.
        Melepaskan tanggungjawab laksanakan HUDUD dengan alasan masyarakat MAJMUK seperti yg. di dendangkan sesetengah pemimpin bukan jawapan. Masalah sebenar ialah bila kita tidak yakin HUDUD mampu menyelesaikan masalah jenayah. Jadi bagaimana kita nak meyakinkan orang kafir?

        • selamber says:

          Senangnya berckp ye..draf hudud pun baru dibuat..baru la skrg diwujudkn ajk..bis tu siapa yg buat kajian terperinci..kalau asik nak berckp hudud je memang le senang..tp bab kajian mula la nak tuding jari pada kerajaan & bila ditangguhkan mula la kata kerjaan yg menentang hudud..ala bujuk..hudud ni tak lain cuma alat politik je tuk menyalahkan kerajaan (Umno)..jgn la nak tunujk pandai

          • bujuk says:

            dah diluluskan d DUN K’tandan T’ganu ko kata baru draf? lambat la ko ni.
            Tuan… yg. kena laksanakan HUDUD ni pihak BERKUASA. Dalam hal ni K’jaan PUSAT sebab ada semua kemudahan, Polis, mahkamah, Penjara dan keuwangan. Kecualilah UMNO kata mereka bukan ISLAM.

        • mustaqim says:

          terima kasih tuan bujuk…semoga kita terus berdoa hukum ALLAH tertegak dan ikhlas kerana ALLAH….

          pasal kerajaan xjalankan tanggungjawab mendidik hudud itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan…keengganan mereka telah diajar oleh orang ISLAM termasuk saya pada PRU 12…..cuma kini serangan dari luar terutana kristianisasi amat hebat…jadi adalah perlu orang ISLAM yang bertuhankan ALLAH yang SATU dan Rasul yang SATU perlu berSATU…amin…

    • bujuk says:

      Apa yg. tuan bincangkan memang baik, tapi persoalan yg. tinggi dan luas tentang HUDUD perlu dijelaskan orang yg. bertanggungjawab dan ilmu yg. luas pula. Saya membincangkan sekadar persoalan orang awam yg. perlu yakin dan terima HUDUD datang dari Allah untuk manusia.
      Untuk mendalami perlulah tuan berguru dan belajar bab Usuludin yg. pastinya lebih banyak lagi persoalannya.

  11. […] Temubual Akhbar Cina, Sahihlah Sudah Hudud Tidak Akan Dilaksanakan […]

Leave a Reply

Threesome