Menu Utama

ShamsuBaharin Pelakon Untuk Hidupkan Isu NFC

JANGAN hairan kalau tiba-tiba PKR menawarkan khidmat guaman percuma kepada Datuk Samsu ini yang asalnya dikaitkan dengan cubaan menipu Pengarah Eksekutif NFC yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat.

Jangan terkejut juga bila buat pertama kali Ketua Wanita PKR, Zuraidah Komododin, ‘difotokan’ julung-julung kalinya dalam wajah manusia setelah sekian lama kelihatan macam muka buaya apabila melawat Samsu yang sedang menerima rawatan di hospital.

Semua ini adalah usaha untuk menjayakan drama terbaru PKR berhubung NFC ini, kali ini dari angle cubaan merasuah polis untuk menutup kes NFC ini dengan menggunakan Datuk Samsu ini.

Ya, drama.

Dalam PKR, tidak ada satu pun yang ikhlas, melainkan yang berkenaan Anwar Ibrahim dan suku sakatnya sahaja.  Lain dari itu, semuanya berkenaan politik dan politik semata-mata.

Penulis sudah mengagak, bila Anwar terhimpit oleh sesuatu, maka sesuatu yang lain perlu dicari untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada terus menerus membuat penilaian ke atas Anwar.  Dalam hal ini, Anwar sedang terhimpit dengan kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk dari Palestin sendiri.

Selain dari menghidupkan semula isu NFC ini yang semakin reda sejak kenyataan Ketua Audit Negara (ambil masa 3 bulan) yang menafikan ada menyebut apa-apa mengenai ‘penyelewengan’, ‘kucar kacir’ dan segala lain yang menjadi zikir harian Rafizi Ramli dan Zuraidah sejak Oktober tahun lepas.

Maka itu Datuk Samsu ini diseret untuk menjayakan lakonan ini.  Daripada seorang yang digambarkan sebagai perasuah, Datuk Samsu diangkat sedikit martabatnya menjadi ‘kambing hitam’ dan yakinlah, selepas ini Datuk samsu akan diangkat menjadi hero pula (jika drama ini berjaya, kalau gagal, dia akan cepat dilupakan).

Babak pertama bermula petang semalam bila Datuk samsu ini membuat laporan polis kerana dijadikan kambing hitam oleh pengurusan NFC.

Itu adalah babak pertama.  Babak kedua dan seterusnya ialah mendedahkan SMS, E-Mail, BBM yang wujud antara Datuk Samsu dan Pengerusi Eksekutif NFC yang boleh dipusing dan diputar belitkan oleh penasihat undang-undang produksi drama ini, N. Surendran.

Diakhirnya nanti, isu NFC yang berakar umbi dari ‘penyelewengan’ yang kononnya terdapat dalam laporan Audit 2010 (sudah dinafikan Ketua Audit Negara), akan bertukar menjadi cubaan merasuah polis pula.

Tapi kenyataannya ialah, Datuk Samsu ini ditangkap kerana cuba merasuah polis disamping kaitan Datuk Samsu dengan beberapa kes lain yang semuanya membabitkan penipuan atau cubaan untuk menipu.

Itu yang pertama, kedua, seperti disebutkan di atas, Datuk Samsu ditangkap kerana cuba merasuah polis, menunjukkan polis di Malaysia ini tidak mudah dirasuah seperti mana yang sering dipropagandakan pembangkang.

Jadi, sejauh mana PKR akan berjaya dengan musim kedua drama NFC ini, sama-sama sajalah kita lihat.  Penulis jangka, plot ceritanya lebih kurang sama macam drama Tamil, maklum sajalah, tengok sajalah siapa pulak pengarahnya kan.

Eh, lupa pulak, Rafizi mana ya?






32 Komen to ShamsuBaharin Pelakon Untuk Hidupkan Isu NFC

  1. ADA SIAPA DARI KALANGAN ORANG ISLAM YANG MENGETAHUI BAHWA KESELURUHAN HIDUP INI ADALAH IBADAH ,BAHWA JALAN MENUJU KEPADA ALLAH ITU SEBANYAK NAFAS YANG KELUAR MASUK TUBUH BADAN MAKHLUQ ITU SENDIRI.wajib di fahami

  2. Zainol memali says:

    Puak Blogger penjilat PR kena berada dlm idle sekejap, tunggu plot seterusnya mengarah kemana, perlu cari sinopsis yang betul, yalah pengarah tamil ni kdg2 tak tentu hujung pangkal, nanti kantoi lagiii.

  3. Moooohyideen says:

    Laa…Plos bpun boleh bagi kerjasama….ish..ish…

  4. tengkudin says:

    nampaknya si samsul jadi kambing hitam la..hehehehe

    bukan main manja mak lampir zuraidah lampir duduk sebelah tu…nak menggoda la tu..hehehe

  5. m8 says:

    dia ni dapat datuk dari mana ye… kenapa tak di tarik balik, jatuh kelas lah datuk.

    dari datuk anak saudara je. :))

  6. tengkudin says:

    bukan apa..mak lampir zuraidah kan dah kene saman..jadi nak cover malu…nak cucuk jarum la tu..

  7. jebat says:

    mak lampir itu hidup kerana fitnah org je..

  8. Moooohyideen says:

    Eh waktu dia kena charge, kami dah lama tahu dia ni scapegoat untuk umno jer. Dia join com tu pun last Sep 2011.

    Tak payah salahkan org lain… keje umno tak payah boh taik ni kat orang…

  9. Cfu says:

    Aku tengok wajah DS Rosmah lebih berseri berbanding wajah Mak Lampir Zuraidah.

    • Moooohyideen says:

      Ya la korang suka yg tersembul dan cincin juta2..sebb korang memang sekular.

      Teringat zaman dulu2….
      penuh dgn poster2 “Kami Sayang Pak Lah”, cemerlang, gemilang..”, Islam Hadahari…

      skg, ada lagi ke..??

      • Cfu says:

        Mooo, Pak Lah dengan Islam Hadhari baguslah. Sebab PAS TOLAK ISLAM. Kalau PAS tolak Islam maknanya orang PAS semua dah kafir la kot.

      • selamber says:

        teringt dulu2 jugak…
        ‘PAS membangun bersama Islam..tp sekarang..negara kebajikan’

        …mana pegi Islamnya..dah kene kidnap?..

  10. neutron says:

    Ni mamak saja juga copy paste fakta fakta menarik untuk suma rakan rakan Ameno walau tak masuk tajuk atas.. buka minda bebal itu sikit dan terimalah kelemahan Melayu kito…

    “Adakah DAP itu sebuah parti rasis kerana meminta supaya tindakan diambil terhadap kes rasuah seperti permintaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet?

    “Adakah DAP itu rasis kerana menyerang Umno yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak menerima walau satu saham pun?

    “Adakah DAP itu rasis kerana mempersoalkan konsesi lebuh raya Banting-Taiping selama 60 tahun dan berjumlah RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd yang dimiliki seorang bukan Melayu?” soal beliau.

    Beliau menambah bahawa Utusan Malaysia sudah tidak relevan lagi apabila orang Melayu pun sudah tidak percaya dalam fitnahnya.

    Guan Eng juga membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin kerana menggelar DAP cauvinis sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

    Menurutnya Muhyiddin tidak berhak menuduh DAP kerana Timbalan Presiden Umno itu sendiri sudah mendabik dada mengumumkan bahawa beliau adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

    Katanya keengganan Muhyiddin untuk mengutuk Utusan Malaysia kerana menggambarkan tragedi rusuhan Mei 13 yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Malaysia sebagai “hari keramat” jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang bersikap cauvinis dan rasis.

    Ya..Melayu Ameno memang rasis

    • Zainol memali says:

      Sejak bila ko memutihkan kehitaman jiwa dan hati DAP? sejak PAS sertai Fuckatan? x payah nak tunjuk sebarang ‘kebaikan’ DAP. Orang melayu dan islam sejati tidak akan terima DAP seperti mana yang ko cuba nak terangkan. pegi mampos dgn ko dan DAP ko

  11. tony gunawan says:

    isu NFC:
    najib:muhidyin dan nor omar akan mengurus
    muhidyin:muka jadi hitam bila ditanya isu NFC
    nor omar :pergi tanya TPM
    ShamsuBaharin:entah mana datang punya mamat,tiba-tiba ditangkap dan didakwa menipu pengerusi NFC

  12. bujuk says:

    Disebabkan Adamyan bagi drama versi UMNO mari aku plot drama versi aku pulak. jangan kata fitnah pulak… ni drama ok.
    Samsu ni antara lembaga pengarah NFC, menurut samsu dia d arah Ketua pengarah untuk rasuah Polis. Disebabkan Adanyan kata suami Kak Ijat nafikan, maka aku cadangkan musuh Kak ijat untuk rampas kerusi BANGSAR. Bukan apa, RM1.7 juta ni bukan sikit…. tidak2 taraf menteri je yg. mampu bagi rasuah banyak tu. Paling penting tengok rekod harta Samsu… ada berapa juta. Orang ada 10 ribu tak berani bagi rasuah 2 ribu. Jadi kalau samsu ni ada lebih 10 juta, mungkin tindakan sendiri. kalau tidak kena siasat lagi, kak ijat baik awas kerana ni masa kawan nak jatuhkan kawan. Takkan kak ijat tak ingat macamana dia jatuhkan wanita besi m’sia. Ini budaya UMNO, mereka akan tekan kepala kawan yg. dah lemas…

    • StinGray says:

      oooo drama hang ok jgn kata fitnah…drama org lain fitnah…..hanyir la hang ni bujuk….kepala hang tu yang dah kena duduk dgn pungkok Aljuburi tu…

      bujuk…tak salah kalau hang mengaku salah, drpd hang terus salahkan org lain…hang dh transform diri hang dari parasit ke pelesit ke????…hang menyamar jd ape pun sama gak…sure hang kena balun dgn HA…mana mau lari haa bujuk…

      • pasdaplaknat says:

        puak hanyir PAS mcm bujuk ni bukan sedar rumah tangga sendiri dh nak roboh..
        kalau isu Rasuah ni diletakkan lebih besar dr isu Aqidah..
        itu maknanya puak2 PARASIT ni tlh berjaya mendoktrinkan pencacai PAS pluraliasi agama..

        dn RASUAH dn KEBEBASAN dijadikan modal.. bodoh lah diperbodohkan oleh musuh2 agama.

        Kalau benar sekalipun isu rasuah..itu tetaplah salah, dn isu itupn dlm siasatan. Kita tengoklah siapa yg kena.

        tp dh PR tu stail perjuangan org jahat, bukan hendak bermatlamatkan kebenaran. jd spin isu utk tegakkan org JAHAT mcm si PELIWAT tegar tu lah..

        • Zainol memali says:

          Ha betul tu… kalau hari-2 dok cakap pasal rasuah dan salah guna kuasa pihak k’jaan, org dah meluat nak dgr, x de perkara lain ke? dan adakah dia lebih utama drp masaalah akidah, masaalah moral Anwar, msaalah proksi Yahudi?
          puak PR ni ingat orang sepanjang masa org nak dgr mereka nak meratib soal rasuah tu saja, kalau dlm PRU 12 bleh la. x dak modal lain dah puak ni

  13. terbit fajar says:

    Mereka perlu terus menerus meneroka dan mencipta bangkai baru yang berbau busuk. Supaya kebusukan ciptaan mereka akan melata dibawak angin lalu terhindarkan sebentar hidung2 yang sentiasa menghidu atau terhidu bau busuk mereka.

    Kebusukan bau mereka memang jitu keaslian nya kerana amalan mereka tiada yang wangi malah semuanya hapak, hanyir dan meloyakan belaka.

    Apakan daya untuk menutup memang sudah tak tertutup. Mana bolih diselimutkan durian kerana baunya tetap keluar. Jika durian kita masih redha akan baunya. Tapi dalam hal mereka jauh sekali dari durian kerana bau2 an terhidu lebih hina dari bangkai. Meloyakan.

  14. bujuk says:

    Sekelipmata penasihat NFC dah jadi pembelot pulak. Check tengok dia dapat duit dari mana? kalau betul Polis nak siasat rasanya beberapa jam dah selesai. Aku tak pastilah tapi dua2 anak pak Mail, diorang ni adik-beradik ke? kalau tengok muka macam ya.
    Wakil PRK pergi jumpa samsu sebab dia kata ‘dikambing hitam kan’. Dah namanya keadilan kenalah siasat betul kambinghitam atau bukan… tak gitu?

Leave a Reply