Menu Utama

Provokasi Mahasiswa Kantoi !! Stail Anwar dalam Demo Bersih!! Stail Mat Sabu jatuh Motor!!

Oleh rmf

Mahasiswa yang buat rusuhan kat UPSI sekalai lagi kantoi , dan telah berbohong dengan menyatakan bahawa pasukan Polis telah melakukan kekasaran terhadap mereka. Perangai suka membuat provokasi ini adalah berkat tunjuk ajar anwar semasa Demo Bersih yang mengatakan polis telah membelasah beliau.

Oii Mahasiswa.. semua taktik korang tu kitaorang dah masak sangat sangat. tak payah la..

Norhidayah Harun Setiausaha MPP UPSI Menyangkal Tuduhan Polis Kejam

 

Norhidayah Binti Harun S/U MPP di UPSI menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka. Menurut Norhidayah di laman facebooknya amaran telah diberikan oleh pihak polis. Sebaliknya kumpulan ‘mahasewel’ ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.

 
Keadaan pintu klinik Syifa selepas dirempuh perusuh

Perusuh-perusuh yang ditahan polis dipercayai bertindak memecahkan pintu kaca klinik Syifa disebabkan itu mereka tercedera terkena serpihan kaca. Malah Norhidayah juga membalas hujah-hujah seorang pengguna facebook yang menyebarkan fitnah semalam kononnya polis bertindak memukul dengan kejam perusuh-perusuh tersebut.

 

Pihak polis telah memberikan masa yang cukup untuk kumpulan SMM berucap serta menjalankan upacara ‘talkin AUKU’ sebagaimana diminta mereka.

Lanjut boleh lihat di wall Norhidayah yang menggunakan nama profile Cahaya Hidayah

http://rmf7.wordpress.com/2012/01/01/provokasi-mahasiswa-kantoi-stail-anwar-dalam-demo-bersih-stail-mat-sabu-jatuh-motor/






Satu Komen to Provokasi Mahasiswa Kantoi !! Stail Anwar dalam Demo Bersih!! Stail Mat Sabu jatuh Motor!!

  1. Mohd says:

    Lain kali jika ada apa2 demo, pihak polis janganlah terlibat langsung.
    Biarkan saja mereka berdemo.
    Pihak polis tak perlu susah2 nak mengawal.
    Biarkan saja majoriti rakyat yg akan mengambil tindakan terhadap mereka yg merusuh.
    Kita nak tengok apa akan jadi?

Leave a Reply