Menu Utama

PKR dan Pakatan Haram Hancur Jika Anwar Dipenjara..!!!

Sudah tinggal beberapa hari saja lagi tarikh yang akan menentukan nasib hidup atau matinya karier Anwar Ibrahim. Dan dikhabarkan juga bahawa Anwar sudah menyusun road show untuk berpropaganda menghasut rakyat untuk menyelamatkan dia dari sel penjara di Sungai Buloh.

Rata-rata rakan-rakan PKR yang saya kenali menyatakan bahawa mereka tidak mahu ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, 9 Januari ini. Pada mereka, bersalah atau tidak, dipenjara atau tidak, itu tidak lagi peduli. Apa yang mereka peduli ialah mereka tak mahu lagi undi PKR pada PRU akan datang…

Menurut mereka, PKR sudah “mati”. Mungkin mereka masih ahli PKR di atas kertas. Namun, nak mengaku sebagai ahli PKR pun mereka sudah malu. Malu kerana berketuakan Anwar Ibrahim. Malu kerana berketuakan individu yang air maninya berada di dalam dubur Saiful Bukhari.

Salah seorang mereka berkata, dia sudah bosan ditipu hari-hari oleh kepimpinan PKR, terutamanya Anwar. Sama ada di ceramah, mahupun di blog atau portal Suara Keadilan, akal rakan saya itu tahu dan sedar dirinya ditipu tanpa dipengaruhi ssesiapa pun.

Hakikatnya, PKR akan hancur lebur sekiranya Anwar didapati bersalah pada kes liwat IInya ini.

Melihat kepimpinan yang tinggal, Azmin dan Nurul Izzah ternyata tidak sehaluan. Sebagaimana yang kita tahu, Kak Wan dan Izzah memang hangin satu badan pada Azmin. Persoalan tentang surat layang yang tiba-tiba tersiar di Malaysian Insider masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Surat itu dari Azmin untuk Izzah, kah? Mengapa senang sangat MI dapat surat itu?

Kembali di zaman Anwa di dalam penjara sebelum ini. Ketika itu, Ezam Md Nor masih bersama PKR. Dia rapat dengan Anwar, Kak Wan seisi keluarga. Anwar sayang Ezam sebab mamat tu bersikap macam lembu, menurut apa yang disuruh. Ezam disayangi Kak Wan dan anak-anaknya sebab Ezam memang loyal. Kak Wan sangat percaya pada Ezam.

Azmin? Masa tu Azmin hanya disayangi oleh Anwar. Anwar lebih sayang Azmin dari Ezam. Mungkin kerana Azmin lebih bergaya dan segak berbanding Ezam. Lagipun, Azmin ada “Shamsidar”! Tapi, Kak Wan dan anak-anak memang tak suka kat Azmin. Azmin datang rumah pun Kak Wan tak suka. Serios beb! Informer aku ada pertalian darah la dengan family diorang!

Jadi, sekiranya Anwar dipenjara. Sudah tentu PKR akan kucar kacir. Krisis kepimpinan. Kalau buat pemilihan kepimpinan, silap-silap mau hancur PKR dibuatnya. Sudah la “Ketua Umum Anugerah Tuhan” masuk penjara, Presiden dan Timbalan Presiden pula berperang diluar! Haru!

Sebab itulah saya kata PKR akan hancur jika Anwar dimasukkan ke penjara. Kepimpinan PKR berperang. Ahli-ahli dah malas dan menyampah pada parti sendiri. Bila PKR hancur, PAS dan DAP pun dah tak perlukan Anwar atau PKR lagi. Mungkin mereka juga akan “fed-up” pada kaki liwat ini.

Apa? Izzah jadi PM ganti Anwar? Mustahil sangat. Iya sangatlah DAP dan PAS nak biar budak tu jadi PM! PAS dan DAP dah lama berjuang, lebih lama dari umur Izzah, tiba-tiba nak kasi budak mentah tu jadi PM? Mati terjegil biji mata Hadi dan Karpal dibuatnya nanti..! Sedar la diri PKR oiii..! Jom masuk UMNO macam kumpulan Boboi! Heh!






5 Komen to PKR dan Pakatan Haram Hancur Jika Anwar Dipenjara..!!!

  1. tukul says:

    hanya penyokong tegar ,balaci,buta tuli,pikiran singkat saja yg sokong pkr.

  2. tony gunawan says:

    saudara-saudari marilah kita sama-sama tanpa mengira kaum dan agama berdoa setiap masa agar saudara anwar ibrahim dapat dibebaskan daripada segala pertuduhan jahat oleh mahkamah tinggi kuala lumpur pada 9 januari 2012.sekian terima kasih! hidup anwar!hidup anwar! hidup anwar!

  3. Gullit says:

    Fuckatan is dead

  4. WTF says:

    Nampak doa saudara bangKano LAGI MUSTAJAB dari doa Tony Gay

    Itu tandanya Allah SWT mendengar doa orang yg SENTIASA BERCAKAP BENAR!!!

Leave a Reply