Menu Utama

Pilih “Bulan Purnama” Bererti Merobohkan Kepentingan Islam..!!!

Kemelut dan kezaliman Kerajaan PAS Negeri Kedah semakin panas sehingga melarat ke peringkat nasional. Tindakan Kerajaan PAS pimpinan Azizan Razak itu jelas menggangu emosi dan sensitiviti umat Islam di seluruh negara apabila ramai yang bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah Kanchut dari dirobohkan.

Mungkin kerana tidak dipolitikkan, madrasah yang berusia lebih 100 tahun itu mampu dilihat sebagai tanda-tanda besar kejatuhan PAS di wilayah utara semenanjung. Rakyat bangkit kali ini menentang sikap tidak serupa bikin parti yang kononnya “memperjuangkan kepentingan Islam”…

Terbaru, Ustaz Fathul Bari tampil merayu kepada DYMM Yang Dipertuan Agong untuk campur tangan bagi menyelesaikan kemelut umat Islam di Kedah. Beliau pasti, kebijaksanaan dan pengalaman luas DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muazzam Shah mampu mempertahankan antara simbol tertua Islam di Kedah itu.

Selain itu, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah juga telah membuat laporan kepada SPRM bagi menyiasat kes berkenaan ekoran disyaki terdapat unsur-unsur rasuah atau salah guna kuasa oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Persoalannya, di mana SUHAKAM, SUARAM dan Majlis Peguam di dalam permasalahan ini? Mengapa mereka tidak bersuara?

Apakah SUHAKAM tidak mengiktiraf hak-hak umat Islam anak kariah Kanchut? Mengapa SUHAKAM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong anak kariah mempertahankan hak mereka di bumi sendiri?

Bagaimana pula dengan SUARAM? Apakah suara anak kariah Kanchut itu tidak laku di mata mereka? Apakah SUARAM sengaja memekakkan telinga dan memberikan sokong berpilih yang melibatkan pihak tertentu sahaja?

Majlis Peguam? Jangan haraplah mereka nak membantu. Selagi tidak ada kepentingan terhadap mereka atau Ambiga, jangan haraplah untuk mereka mempertahankan kepentingan umat Islam!

Mujurlah umat Islam bersatu hati dan bertindak sedaya mungkin untuk mempertahankan madrasah itu. Perjuangan itu saya kira sangat murni dan dipandang tinggi oleh Allah SWT.

Insiden ini begitu tepat disifatkan bagai mengharapkan pagar, pagar makan padi. Diharapkan PAS menjaga kepentingan Islam, dirobohkan pula kepentingan Islam itu. Malah lebih menyakitkan, Pemuda PAS Kedah sanggup buat laporan polis menghalang solat hajat umat Islam mempertahankan madrasah tersebut. Ada ke patut?

Justeru itu, saya fikir umat Islam di Kedah wajar membuka mata tentang apa yang berlaku. Ambillah iktibar. PRU yang akan datang, pastikan jari jemari itu tidak tersalah pangkah. Jika pilih bulan purnama, ia bermakna merobohkan kepentingan Islam. Jika pilih dacing, insyaAllah..Islam akan terus diimarahkan di negeri itu. Allahu Akbar..!!!






8 Komen to Pilih “Bulan Purnama” Bererti Merobohkan Kepentingan Islam..!!!

  1. tukul says:

    pasti hancur kerna bejuang utk peliwat tegar

  2. takbai says:

    PAS hanya memperjuangkan ideologi DAP. Islam dan Hudud hanyalah sejarah politik.

  3. c5 says:

    hujah2 yg merapu langsun takda ilmiah utk di bahaskan….

  4. StinGray says:

    1. Berapakah kelebihan menjadi ahli PAS = 0

    2. Berapakah keburukan menjadi ahli PAS = 1000000.0000

    3. Golongan apakah yang berminat menjadi ahli PAS = Golongan binggai.

    4. Siapakah makhluk ghaib yang menjadi ahli PAS = Syaitan, iblis dan jin kapir.

  5. P164 says:

    Ayuh semua orang melayu di Malaysia, kembalilah kepada UMNO pada pru akan datang. Jangan bagi peluang pada Pakatan lagi. Semua nak dirobohkan…

  6. pasdaplaknat says:

    Isu Madrasah Salihiah di Alor Setar menyebabkan saya menolak terus secara TOTAL PAS dan Pakatan Haram.

    Isu ini adalah BENCHMARK (tanda aras) penting kelakuan PAS sebenar terhadap umat Islam dan isu2 umat bila diletakkan anatra DUIT dan kepentingan KAFIR HARBI.

    JIKA DS Najib konon dibuktikan ada rasuah 20 billion..hatta RM100 billion pun saya tidak akan sama sekali jadi bodoh untuk menyokong PAS juga, isu perobohan ini adalah MUDHARAT BESAR berbanding isu rasuah!

    DS Rosmah tak pakai tudung, berbanding MB Kedah bini pakai tudung.. tapi sikap MB perangai macam ‘HARAM’. Tiada EMPATI, tiada TOLERANSI, sikap PANAS BARAN, KERAS HATI yang amat jauh dari akhlak Islam..yg beliau bising2kan selama ini..
    Islam letak prioriti jelas..jika DOSA bab menutup aurat itu dosa kesalahan individu itu dgn Allah.. selesaikanlah dgn Allah Ta’ala.. jika bertaubat individu itu pd Allah maka selesailah.

    Tapi dosa dgn kepincangan agama, menyeleweng hukum, melibatkan FITNAh dan KEROSAKAN pd Islam di mata orgIslam dan KFIR. Melibatkan isu umat yang menjadi HAK BERSAMA.

    Belum dikira dgn hati2 yg terguris.. Allah tidak akan ampunkan dosa itu selagi org yang terlibat tidak maafkan dan maruah Islam tidak dikembalikan.

    Isu Qowa’id Fiqhiyyah yang meletakkan ADAT boleh menjadi HUKUM, HUKUM tertakluk pada suasana diketepikan sama sekali oleh REGIM PAS dan MB KEDAH yang KERAS HATI itu. Keangkuhan dan kesombongan mengatasi segala2 dan hujah2 bodoh dilapik untuk menghalalkan matlamat.

    KITA WAJIB MENOLAK PAS dan PARTI2 YANG BERSEKUTU DENGANNYA PADA KETIKA INI. TELAH JELAS DARURAT BESAR PADA ISLAM BILA PUAK2 LAKNATULLAH INI MEMERINTAH.

    WAJIB KITA MENOLAK. LAWAN HUKUM WAJIB IALAH HARAM KITA MENYOKONG PUAK YANG MENCEMAR DAN MENJATUHKAN KETINGGIAN ISLAM DENGAN HANYA SEBUAH SHOPPING COMPLEX YANG LAZIM NYA BAKAL MENEMPATKAN SEGALA JENIS MAKSIAT dan KEHINAAN PADA PUSAT IBADAH ISLAM.

    Kalau tuan2 rasa ingin tambah dosa dengan amalan yang sedia ada pun kita tidak tahu Allah terima atau tidak.. siallah undi dan sokong PAS dan Pakatan Syaitan mereka..

    kalau tuan2 rasa takut dgn ALLAH.. tolaklah parti PAS dan sekutu HARAMnya dgn niat supaya pengajaran kepada sesiapa tidak kita UMNO/PAS atau sesiapa shj yg bermain2dgn ISLAM pasti akan dihukum!!

    PAS Laknatullah.. kerosakan dalaman pun sedang rancak skrg ini..semoga hancurlah parti laknat ini selama mana ia menipu tentang ISLAM..AMINN!!

  7. PAS juga alat Dajjal Lanatullah. Sila teliti sejarah penubuhan PAS… PAS menguna Islam untuk memecah Umat Islam Malaysia. Dajjal telah melihat perkara ini, dan inilah jalannya untuk memecahkan Umat Islam Melayu. Mereka telah merangcang sejak dulu lagi, sebelum memerdekakan Tanah Malayu.Sebab itu gelaran Ulama dan Ustaz amat mudah digunakan dalam PAS, mengiktiraf tampa perlu diselidik latar belakang manusia yg diberi gelaran tersebut. Dengan keadaan ini, musuh musuh Islam mudah meyeludup masuk dalam PAS dengan hanya tahu sedikit sebanyak tentang Islam.Melalui cara ini agen agen dajjal memusnahkan Islam sesama Islam.Wallahualam

  8. Duta Jam Omega says:

    PAS=
    Parti Ajaran Sesat
    Parti Angkatan Setan
    Pejuang Amerika Syarikat
    Pencacai Anwar Selamanya
    Pelanggan Anwar Seks
    Pemimpin Anda Syirik

Leave a Reply

Threesome