Menu Utama

Perjuangan PAS sama taraf dengan Mujahidin di Palestin?

Cuba bayangkan.., betapa taksubnya puak-puak PAS apabila menyamakan perjuangan politik mereka setaraf dengan perjuangan Mujahidin di Palestin. Ini bukan cerita rekaan.., tetapi inilah wajah sebenar ketaksuban PAS terhadap parti yang mereka anuti didalam negara ini.

Didalam satu ucapan di program kuliah maghrib Dun Benut Pontian Johor, Pengelola Pusat Aduan Rakyat Zon Benut iaitu Ustaz Atan Gombang membuat kenyataan bahawa ahli gerakan Islam PAS yang berjuang untuk memartabatkan Islam di Malaysia dianggap sama nilainya dengan pejuang Mujahidin Palestin.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Simpang Renggam berkata, ”Semua gerak kerja, tidur serta makan, merupakan jihad dan akan mendapat pulangan pahala daripada Allah. Paling simple, hantar bantuan. Paling penting, rekodkan secara terperinci, adakah pengundi atau tidak.”

Malah, Ustaz PAS tersebut juga menyifatkan perjuangan aktiviti kebajikan PAS di Malaysia sama nilainya dengan darah syahid.

”Kita bagi bantuan (Aktiviti kebajikan). Itu berjuang sesuaikan dengan waqie (suasana) di Malaysia (pendekatan aman). Ia sama (nilai) dengan darah (mati syahid) seperti di Palestin.

”Ini (budi pekerti mulia) paling asas. Berorganisasi politik untuk memudahkan kerja. Allah lihat kerja itu akan beri pulangan. Para malaikat akan bersama memberi kemenangan. Kita beri satu, Allah balas beribu,” terang beliau lagi.

Lihatlah sendiri betapa taksubnya pengikut-pengikut PAS dengan politik kepartian mereka. Bagi ahli-ahli PAS seperti Ustaz Atan Gombang ini, tiada apa yang lebih mulia didalam negara ini melainkan parti PAS.

PAS dipuja-puja sebagai sebuah parti yang mampu membawa ke syurga. PAS juga dianggap mampu memberikan pahala kepada semua pengikutnya yang setia berbakti terhadap parti. Malah tidak keterlaluan dikatakan, menjadi ahli PAS telah mereka umpamakan sebagai satu kewajipan didalam Islam.

Sebab itulah ahli-ahli PAS di ajar supaya membenci Umno. Dan Nik Aziz sendiri selalu berkata bahawa Umno hanya membawa ahli-ahlinya ke neraka. Atas kenyataan Tok Guru PAS tersebut, Umno dianggap sebagai parti sekular yang menyeleweng dari syariat Islam. Ini yang diajar didalam PAS.

Semua ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS hanya kerana berkehendakkan kuasa politik didalam negara. Agama, syurga, neraka dan pahala dimanipulasi sewenang-wenangnya untuk meraih tujuan politik mereka.

Tak adil jika kita menyalahkan sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang bijak memutar belitkan agama seperti Atan Gombang di Pontian Johor tersebut. Ahli-ahli bawahan PAS sendiri juga patut disalahkan kerana tak tahu membezakan yang mana benar dan yang mana batil.

Buang masa saja ahli-ahli PAS berkopiah putih ke hulu kehilir.., tetapi hakikatnya mereka tak tahu satu apapun tentang kebenaran dalam ajaran Islam!






12 Komen to Perjuangan PAS sama taraf dengan Mujahidin di Palestin?

  1. raplahjingaa says:

    hmmm…tapi kalau orang palestine tengok perjuangan PAS kat Malaysiam ni…depa mesti sengeh-sengeh…hehe

  2. bluekang says:

    silap tu bang..diatas tu bukan Ustaz..itu Ostat..

  3. tony gunawan says:

    cerminlah diri dulu sebelum kata orang lain,pemimpin-pemimpin umno juga tamak kuasa,kuasa politik sedang dipegang dalam tangan sendiri sebaliknya menuduh orang lain tamak kuasa!hahahahahhaa apa sudah jadi kepada penulis double standardkah????perompak menuduh orang lain mencuri!

    • pasdaplaknat says:

      Tony, ko rase takut ke dgn kebenaran?
      kalau ko org kafir..better jgn cmpur hal ehwal umat Islam

      kalau ko orgh Islam..aku mntk ko banyak2 bertaubat dan mengucap atas kebiadapan ko komen yg menghina Islam

      Jika ko Islam, buangkan otak sekular Anu-war yg brmaharaja tu.. ko sekular tahap nk mampos.. so kalau ko komen buat org lain gelak dn nampak ko sgtlah bodoh..

      ye TONY.. kau tahu basuh kencing tak? air mutlak ade brape jenis TONY?

  4. tenno says:

    ustaz ni harus ikat bom pada badan sendiri dan terjun dlm air supaya nelayan malaysia dpt hasil lebih.

    • P164 says:

      cian tony ni… x faham konsep perjuangan… ko berjuanglah untuk pas ko tu.. exco agama islam pn pas x dapat kt selangor. x yah sembang…

  5. siverman says:

    Penceramah suka bercakap dan menarik perhatian pendengar sahaja. Itu yang dia suka buat. Cakap ..cakap .. cakap sahaja. Itu saja yang penceramah nih reti. Badan bertambah gemuk..

  6. fazli says:

    Heh…heh…heh….nak tau….penceramah Pas hanya layak berceramah kat pasar malam jee…..kesiannnn….

  7. gasing says:

    siTony ni otak pekong pasai dok balut kain kat kepala mcm beggali. UMNO kaya ka songlap ka asal tak jual agama,nama tuhan dan rasul sapa pun tat akan taksup. Tidak spt PAS dgn janggut saja satu m’sia depa nak tipu, punyalah munafik, fasik dan zindik depa ni !

  8. lah says:

    sepatutnya macam nie..
    pejuang palestin mencontohi pejuangan pas dengan menyertai israel

  9. pasdaplaknat says:

    jual ubat apapun xlaku dah PAS oii..
    hangpa dlm kehinaan Tuhan skrg ni!

    PAS Laknatullah..!!

Leave a Reply