Menu Utama

myKMU.Net dapat anugerah Laporan Blog Politik Terbaik

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Akhbar Utusan Malaysia meraih empat anugerah pada Majlis Anugerah Media Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan meraih Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011 manakala Pengarang Berita Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar memenangi tempat kedua kategori Rencana Terbaik menerusi tulisan bertajuk Memahami perbezaan erti ahli UMNO dan orang UMNO.

Akhbar ini juga meraih tempat ketiga kategori Laporan Berita Terbaik menerusi tulisan bertajuk Jadi orang UMNO, bukan sekadar ahli UMNO-Najib.

Utusan Malaysia turut meraih tempat ketiga kategori Fotografi Terbaik menerusi Aswad Yahya.

Kategori Laporan Berita Terbaik Bahasa Melayu dimenangi Berita Harian menerusi berita bertajuk UMNO tiada galang ganti-TPM manakala Rencana Terbaik dimenangi Meor Kamarul Shahid juga dari Berita Harian menerusi rencana bertajuk Selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Laporan Berita Terbaik (Lain-lain Bahasa) pula dimenangi Bernama menerusi tulisan bertajuk UMNO may field many new faces in next election-Najib manakala tulisan Mohamad Bakri Darus juga dari Bernama bertajuk Winnable candidate and loyalty, widely talked about meraih tempat pertama kategori Rencana Terbaik (Lain-lain Bahasa).

Video Berita Terbaik pula dimenangi TV3 menerusi berita Jurubahasa sidang UMNO dan Fotografi Terbaik dimenangi akhbar The Star.

Anugerah Laporan Blog Politik Terbaik pula dimenangi myKMU.net diikuti novandri.blogspot.com dan pisau.net.

Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011 disampaikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lain-lain anugerah termasuk Rencana Terbaik, Laporan Berita Terbaik, dan Fotografi Terbaik disampaikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir ketua pengarang akhbar-akhbar serta pengarah jabatan-jabatan kerajaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive






14 Komen to myKMU.Net dapat anugerah Laporan Blog Politik Terbaik

  1. yeop says:

    tahniah mykmu.net…sentiasa menyokong kalian…

  2. tengkudin says:

    TAHNIAH!!

    MYKMU.NET tetap dihatiku…dah lebih 10 tahun mykmu.net masih kuat!

  3. jebat says:

    tahniah…mykmu.net senjata pemusnah puak pakatan haram..

  4. Mooohyideen says:

    Yg award pun UMNO…

  5. Mooohyideen says:

    Nampak sgt UMNO/Org UMNo ni syok sendiri……..

  6. jebon says:

    weh lembu tengok la majlis nama apa *Majlis Anugerah Media Perhimpunan Agung UMNO 2011* otak letak kepala butuh sampai tua kena jadi lembu cina

  7. tengkudin says:

    tak pasai si mooo lembu kene lembu dengan jebon…sarang tebuan jangan dijolok…kan dah kene si moo lembu ni..hehehe

  8. Duta Jam Omega says:

    Alhamdulillah, UMNO merdeka drpd jajahan peliwat, pendusta, pemusnah & Anwar Free-mason!! Sama-sama kita bakar bendera mata dajjal ini.. Allahuakhbar!!!

  9. naruto shipuden says:

    Tahniah,syabas bro jebon dan admin kmu.

    PRU 13 kita kasi pukul abis puak kencing rakyat.

  10. Adamyan says:

    aku tumpang bangga..heheheheehe..semalam negeri menang, mykmu pun menang..hahahahaahahaha

Leave a Reply