Menu Utama

Mungkinkah Bob Lokman Akan Kafirkan Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik?

Hari ini agak menarik dari hari-hari biasa. Mengapa? Sebenarnya, saya ada ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengahari tadi. Rupa-rupanya Naib Juara Maharaja Lawak, kumpulan Boboi turut berada di lokasi yang sama.

Mulanya, saya fikir mereka ada perbincangan nak buat show lawak jenaka untuk majlis UMNO. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset. Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik mengesahkan bahawa mereka menyertai UMNO hari ini!

Mendengar berita itu, saya bergegas mendapatkan mereka berdua ketika ditemuramah wartawan. Nak tahu mengapa sertai UMNO?

Menurut Afdlin, dia memang sudah lama menyokong UMNO, sejak dia daftar diri sebagai pengundi lagi. Namun, dia ketika itu kurang serius dalam mengikuti perkembangan politik dan menumpukan diri terhadap bidang pelajaran (architechture) dan kemudiaanya, industri hiburan.

Namun, setelah berumur 40 pada tahun ini, Afdlin mengambil keputusan untuk mendedahkan sokong politiknya. Dia nampak excited sangat ketika nak beritahu sebab dia masuk UMNO…

Katanya, dia masuk UMNO kerana percaya kepada perubahan atau kesungguhan Datuk Seri Najib melalukan transformasi di dalam pentadbiran kerajaan. Dia percaya dan gembira dengan kesungguhan itu.

Dia juga percaya bahawa UMNO dan BN mampu mentadbir negara dengan cemerlang berdasarkan track record dirinya yang asalnya dari keluarga yang sangat dhaif, mampu mengubah taraf hidup kepada lebih baik setelah mendapat pelbagai bantuan dari kerajaan. Dia mahu anak cucunya juga merasa jasa-jasa UMNO itu…

Seterusnya, ketika disoal mengenai sahabat baiknya, Bob Lokman, dia menjelaskan dia menghormati Bob Lokman sebagai sahabatnya dan tidak kisah dengan perbezaan fahaman politik mereka. Dalam hati saya, baguslah begitu. Namun saya khuatir dengan Bob yang kini diangkat taraf menjadi ulama PAS dan suka mengkafir serta memunafikkan orang UMNO di sana sini! Nanti Afdlin pula dikafirkannya..

Selain itu, Afdlin berkata, dia tidak punya sebarang kepentingan di dalam UMNO. Dia hanya nak tunjukkan sokongan kepada UMNO saja. Benar. Tak rugi pun jika dia tidak declare masuk UMNO secara rasmi, namun kerana komitmen dan kesedaran, dia pilih UMNO dan dia percaya kepada parti itu. Tentu menyirap darah Bob Lokman!

Afdlin kata, beliau mahu menyampaikan mesej-mesej kepada rakyat, khususnya golongan muda bahawa untuk menjadi seorang warganegara yang baik, mereka perlu menyokong pihak yang tidak menghuru-harakan kestabilan negara, tidak berbohong kepada rakyat, tidak terlibat dengan skandal tak elok dan menyayangi keamanan negara.

Itu kata “boboyyyot”.

Harun Salim Bachik yang juga Presiden Seniman berkata, beliau tidak teragak-agak langsung untuk menyertai UMNO kerana dia juga sama seperti sahabatnya, sudah lama menyokong UMNO. Dari dulu dia undi UMNO dan sentiasa menyokong aspirasi kerajaan.

Harun kata, dia memang terfikir nak sertai UMNO dulu lagi. Namun tak berkesempatan dan mengambil sikap lepas tangan sedikit sebab sebok juga seperti Afdlin. Lagipun, dia kata tak ada orang approuch dia untuk masuk jadi ahli UMNO pun. Kebetulan Afdlin nak masuk UMNO, dia sokong dan setuju untuk masuk sama!

Mungkin ada orang yang pandang sinis dengan penyertaan Boboi ke dalam UMNO. Tapi, dia perlu ingat. Penyertaan Boboi menjanjikan impak besar kepada peminat-peminat mereka. Dan sudah tentu akan menyedarkan ramai bahawa UMNO sememangnya sering menjadi pilihan mereka yang berakal dan tahu berfikir.

Bukan seperti “mamat” tu. Dia di dalam ceramahnya memberitahu bahawa dia masuk UMNO semata-mata kerana “NAK CARI MAKAN”! Katanya dia bayar sewa rumah RM4,500, bayar kereta RM3,800, sebab tu dia masuk UMNO! Cuba tengok ceramahnya di Youtube! Dia yang mengaku begitu! Memang muka tak malu betul “mamat” tu…

Nasib baik dia dah keluar UMNO sekarang. UMNO memang tak suka ahli yang bersikap begitu! Kalau ada lagi yang bersikap macam “mamat” tu, lebih baik keluar UMNO cepat-cepat. Mana tahu akan dilantik jadi “ulama segera” macam “mamat” tu..!

Tahniah kepada Afdlin dan Harun kerana berani menunjukkan sokongan secara terang-terangan kepada UMNO. Khabarnya, di UMNO Bahagian Bukit Bintang saja, lebih 40 artis terkenal sertai dan menyokong UMNO…

Tapi, itu belum lagi dikira dengan jumlah ustaz-ustaz yang memang sokong dan jadi ahli UMNO. Beribu-ribu ramainya! Jadi, tak payah lah nak “spin” isu kata hanya artis saja yang sokong UMNO. Ulama-ulama dan ustaz-ustaz pun dah ramai dah masuk dan sokong UMNO..!!! Syabas..!!!






Leave a Reply

Threesome