Menu Utama

Liwat II: Mencari Keadilan Sebenar Menurut Perspektif Islam

Di saat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumpulkan puluhan ribu para penyokongnya untuk membanjiri perkarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, terkial-kial keseorangan mencari keadilan untuknya.

Dijangka, dengan sokongan moral dan gamat sorakan para penyokongnya, Anwar yang mendapat jolokan ‘pemimpin anugerah Tuhan’ itu tidak punya sebarang masalah untuk tampil mendabik dada pada jam 9 pagi esok bagi mendengar keputusan kes Liwat IInya itu.

Mungkin ketika Anwar sedang dihurung para penyokongnya esok, Saiful Bukhari pula terpaksa masuk ke mahkamah melalui pintu belakang dan secara senyap-senyap menyusup masuk bagi mengelak provokasi dari mereka-mereka yang membencinya.
Namun penulis percaya, di dalam hati anak muda itu tersimpan harapan menggunung agar keadilan sebenar akan muncul dari bibir Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah lebih tiga tahun menunggu penuh sabar.

Menjelang keputusan kes berprofil tinggi itu, rata-rata pemimpin parti politik pembangkang yang memberi sokongan berpihak kepada Anwar mahu kes tersebut dibicarakan secara adil.

Menurut Islam, adil membawa maksud ‘meletakkan sesuatu kena pada tempatnya’ dan berlawanan dengan zalim yang membawa maksud ‘tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya’.

Dalam ertikata lain, ‘kasut diletakkan di kaki’ mambawa maksud adil manakala ‘kasut diletakkan di kepala’ membawa maksud zalim.

Penulis tertanya-tanya, apakah tidak wujud keadilan di dalam kes perbicaraan tersebut?

Apakah keputusan hakim membebaskan Anwar boleh dianggap adil bagi Saiful Bukhari boleh dianggap adil dan menepati standard keadilan yang dimaksudkan para pemimpin pembangkang?

Penulis percaya sekiranya Anwar didapati bersalah, ramai di kalangan pemimpin dan penyokong pembangkang tidak akan dapat menerima hakikat itu serta mengata yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun sistem kehakiman negara.
Antara alasan yang sering digunakan pembangkang adalah ‘konspirasi’, campur tangan pihak kerajaan, dan sistem kehakiman ‘dibeli’.

Selain itu, untuk menghangatkan keadaan, pihak pembangkang akan menyelitkan slogan-slogan yang meminta rakyat bangkit menentang ‘kezaliman’ seperti ‘lawan tetap lawan!’ dan ‘hidup hidup..hidup rakyat..hidup hidup..hidup Anwar!’.

Sebaliknya, sekiranya Anwar dibebaskan dari sebarang kesalahan, maka sistem kehakiman akan dikatakan antara yang terbaik di dunia dan hakim ‘yang paling adil’, namun demi survival politik mereka, pembangkang akan tetap menyalahkan kerajaan atas dakwaan cuba memburuk-burukkan nama Ketua mereka.

Pada penulis, pertikaian politik yang meletus akibat keputusan hakim tersebut tidak mendatangkan sebarang keadilan langsung memandangkan ia merupakan perkara “secondary” dari kesan kes itu.

Namun, apa yang dilupakan ialah keadilan untuk Saiful Bukhari.

Bagaimana pula dengan keadilan untuk Saiful Bukhari?

Sekiranya para pembaca berada di tempat beliau, apakah perasaan kalian?

Apakah yang perkara yang terlintas difikiran para pembaca sekiranya diri sendiri benar-benar diliwat, bersumpah qasam di atas nama Allah dan kitabullah, terdapat DNA pelaku liwat yang dituduh di dalam salur rektum kalian, namun pelakunya terlepas dari mahkamah dunia?

Selama ini tiga tahun ini, ramai pihak yang begitu vokal memperkatakan ‘keadilan untuk Anwar Ibrahim’ dan sangat sedikit yang membicarakan tentang ‘keadilan untuk Saiful Bukhari’.

Ya, memang wujud kumpulan yang mengharapkan keadilan untuk Saiful Bukhari, namun sangat sedikit bilangannya sehingga memaksa bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk bermunajat di hadapan Kaabah merayu keadilan bagi pihaknya.

Apalagi yang diharapkan dari sokongan manusia yang sering terkhilaf dari membuat perhitungan sedangkan Allah SWT itu Maha Mengetahui tentang apa yang berlaku terhadap hambaNya.

Justeru, penulis berpendapat bahawa adalah tidak molek untuk kita memberi sokongan berpihak berhubung kes jenayah ini dan sewajarnya beiarlah kes jenayah ini diadili secara bebas oleh hakim di dunia sementara menunggu Hakim Yang Maha Adil di akhirat kelak.






26 Komen to Liwat II: Mencari Keadilan Sebenar Menurut Perspektif Islam

  1. tony gunawan says:

    hahahahah bukti clear? bukti apa yang clear?air mani dalam dubur? semua bukti boleh dicipta atau dihilangkan asalkan matlamat tercapai.tetapi ada satu bukti yang tidak akan berubah iaitu pemikiran manusia,mana logik seorang tua yang berusia >60 tahun ke atas mampu meliwat seorang pemuda yang berusia lebih kurang 20 tahun tanpa kerelaan,tambah pula badan tertuduh bukan bersaiz besar dan badan ‘mangsa’ pula bukan bersaiz kecil!harap-harap anda mampu menjelaskan!

    • randomsee says:

      itulah jadinya bila peguam anwar mintak perbicaraan tertutup sehingga penyokong peliwat tak jelas apa yang berlaku ketika peng ‘ANU’ kerahan berlaku….

      dalam masa 3 tahun perbicaraan bab mana yang tidak disentuh oleh penguambela anwar?…benda yang kau tanya tu dah disoal oleh karpal cuma dalam perbicaraan tertutup…

    • Bulan Empat says:

      Kepala hotak engkau

    • raplahjingaa says:

      hush !!…hang jelaskan laa macam mana sperm anwar boleh sampai kat situ…?

      bila seorang perogol yg bersaiz kecik merogol seorang yang bersaiz besar…ada hakim akan pertikaikan saiz ?…hakim akan tengok bukti-bukti yang sahih…

      hang pahamkan ?

    • Wong Pin Ter says:

      Usia tua tidak semestinya tenaga seksual juga menurun kalau tidak macam mana boleh ada ramai warga emas berumur 60, 70 malah 80 tahun boleh disabitkan atas kesalahan merogol, zina dan khalwat di mahkamah. Untuk menewaskan dan menguasai mangsa tidak semestinya dengan kekuatan fizikal semata-mata boleh juga dengan cara – cara lain seperti pengaruh personaliti, penguasan minda, pengaruh alkohol, dadah dan juga bahan-bahan perangsang seksual. Sebab itulah FBI telah memberikan definasi baru berkaitan jenayah di US baru-baru ini di mana mangsa sesuatu jenayah rogol tidak semestinya wanita malah lelaki juga boleh menjadi mangsa rogol sama ada rogol oleh sesama lelaki malah juga dirogol oleh wanita. Nampak macam tidak logik macam mana kaum wanita yang dianggap lemah boleh merogol seorang lelaki yang dianggap gagah. Ini kerana rogol bermaksud suatu paksaan sesuatu aksi seksual yang dilakukan oleh seseorang perogol ke atas mangsa tanpa kerelaan mangsa. Mungkin ada yang terfikir jika tiada ketegangan pada alat kelamin lelaki bagaimana sesuatu aksi seksual boleh berlaku di antara seorang perogol wanita ke atas mangsa rogol lelaki. Di dalam zaman moden ini ada pelbagai jenis bahan perangsang yang boleh diberikan secara rahsia kepada lelaki mangsa rogol di mana pada akhirnya lelaki ini diekploitasi secara seksual oleh perogol wanita ini. Malah wanita juga boleh meliwat lelaki dengan menggunakan alat kelamin lelaki palsu. Maaf jika perkataan dan ayat yang saya guna ini agak lucah dan kurang sopan. Saya hanya ingin menjelaskan bagaiamana sesuatu keadaan yang tidak logik untuk sesuatu kejadian serangan seksual berlaku sebenarnya memang boleh berlaku.

      • bujuk says:

        Logik la tuan, Saiful tu budak lembam ke? cacat fizikal ke?
        Memang ada lelaki kena rogol, tapi bukan dgn. sorang pumpuan sebaliknya sekumpulan pompuan. Ataupun dengan Srikandi@ gengster seperti Isteri2 ku gengster, tapi sah2 kena pukul dulu. Ni si saiful ni, sihat walafiat… teruna lagi, dapat anugerah Censelor lagi kena liwat apa hal?
        Apa kekurangan dan kelemahan Saiful dia kena liwat dengan orang tua?

  2. Jiwa dah gelap hitam mana nak terima kebenaran… Semoga kebenaran berpehak kepada yg benar benar .. BENAR..!3 tahun sudah cukup lama bagi kes LIWAT ini, sudah cukup adil kepada yg dituduh untuk membela diri.Apa yg istimewa sangat Nuar ni..?

    Pembebasan Bung Anuar B Ibrahim olih Pak Dol adalah satu hikmah Allah SWT untuk mencerahkan hati manusia manusia yg KEGELAPAN HATI kerana TAKSUB dan juga supaya Nuar sedar sertabertaubat, sebaliknya apa yg berlaku BUNG ANWAR B. IBRAHEM buka BERTAUBAT, tapi ia TERUSBUAT..!Terus buat perlakuan hina tu.Inilah KEADILAN supaya semua sedar..agar keraguan dan perasangka sebelum ini jelas KEBENARANYA!

    Manusia yg sakit seperti Bng Awr Bin Ibrhm perlu dan wajar di kurantin dan dikurung,utk mengelakan penyakitnya berjangkit dan juga memberi peluang padanya BERTAUBAT dalam kurungan atas sebab sebab dia tidak bolih mengawal dirinya sendiri lagi. Bukankah ianya satu KEADILAN kepada semua dan pada dirinya?Renungkan..!
    Wassalam…Wallahualam

  3. bujuk says:

    Dulu bila Anwar ke mahkamah tampa para penyokong, MyKmu alunkan lagu Anwar dan PKR akan berkubur, dah takda penyokong dan macam2 ajekan… tup2 bila rakyat nak bagi sokongan, gempar pula salahguna kebebasan, ugut mahkamah, perjuangan sia-sia. Apa sebenarnya yg. UMNO nak? Serba tak kena, sokong salah senyap pun salah.
    Ada pula kalangan forumer kata Anwar takut, tapi aku ada maklumkan sebenarnya yg. takut ialah PM. Aku jangkakan PM akan keluar negara… tup2 hari ni PM ada d Afrika Selatan sambut ulangtahun parti pemerintah Afrika Selatan. Pastilah macai2 kata tugas PM, tapi rakyat tahu PM lari dari tugas dalam negara…..
    Aku bukan tak kesian dakat Saiful, tapi hati aku kuat katakan Saiful tak diliwat dan sengaja nak kenakan Anwar. InsyaAllah malam ni aku akan Istiharah minta petunjuk Allah demi kebenaran dan keadilan kepada rakyat M’siaseluruhnya.

    • Bulan Empat says:

      Ini contoh jenis otak baghal yang sudah ditutup hati dan matanya.

      kalau benda lojik pun tak bolih fikir , elok jangan fikir benda lain yang lebih sukar untuk anda fahami.

      Tinggalkan bukti lain, anda jawap saja kenapa Nuar terlalu phobia dengan bersumpah lakanat.

      Kenapa hingga kehari ini Anwar tidak menyaman individu yang mengesah benarkan tentang kejijikan dia sedangkan kegemaran nya ialah menyaman selain dari meliwat.

      • bujuk says:

        Itu semua bukan bukti yg. Allah minta bila buat tuduhan Zina atau LIWAT. Bukti yg. Allah minta 4 orang saksi ADIL. Kalau tak dapat cari 4 saksi ADIL Allah kata tutup aib saudara kamu. Ikut hukum Allah, siapa yg. mengaku ZINA kena sebat tapi orang yg. tak mengaku zina , walaupun berzina tidak disebat. Ini rentetan kisah Nabi yg. minta pengadu yg. minta dihukum kerana zina sebaliknya Nabi arahkan dia balik dan difahamkan supaya dia bertaubat. Maknanya mereka yg.berzina perlu bertaubat, tapi mereka yg. ditangkap zina(iaitu cukup syarat 4 saksi adil) dihukum sebat atau rejam. Sebab itu dulu Ust. Asri tegur penguatkuasa agama mengintip orang berkhalwat. Tapi kita kena tegah, kalau terang2 tau mereka berkhalwat…

        • selamber says:

          bujuk..mlm ni ko sembahyang istikharah ye..buat tau..kalu bole sembahyang hajat sekali k..mitak Allah tunjukkn kebenaran dengan sejelas2nya kpd dri ko sdri serta rakyat Malaysia keseluruhannya ye..jgn tak buat k..

  4. tengkudin says:

    jangan esok tuhan tunjukkan kebenaran yang mat jubo tu meliwat..korang totok gay tak leh terima kenyataan pulak!! hehehe

    kes liwat 1 pun dah terbukti kejadian liwat tu berlaku…cuma tarikh je ada keliru je…

    tapi kali ni..dah sure fressh air kote dia dalam dubur..chinadoll pun dia boleh balun sampai 2 kali hingga kuar air kote dia..siap lap pakai tisu lagi tu..heheh

    • bujuk says:

      Cukuplah jaja fitnah kalau tak nampak dengan mata kepala sendiri. Malah yg. nampak dengan mata kepala sendiri tapi tak cukup 4 saksi Allah suruh tutup aib saudara dia atau disebat 80 rotan.

      • raplahjingaa says:

        hehe…hang bersyarah bagoih nampak !! kena kat batang hidung hangpa….terus tukar kulit tunjuk alim konon…

        PAS sungguh !!

        • bujuk says:

          Ini hukum Allah bukan hukum aku… jadi terpulang nak terima atau tidak, sekadar menyampaikan.
          Balasan Allah yg. bagi, itu pun jika masih beriman dengan Allah.

      • Azman Fi says:

        Beribu saksi bukan saja 4,malahan satu dunia menyaksikan keluar masuk koter anuWAR … satu dunia saksikan anuWAR melangan Cina yg kurap kegatalan
        Hehehe bujuk2 lagi nak tegakkan kotey yg lembik

      • selamber says:

        ..kesian bujuk..dah terdesak tu bro..dah kritikal..dah takde masa dah ni..

      • Brother_Borak says:

        Salam. Tetapi dalam hukum syariah ada clause yang mengatakan kaedah Qiranah ( bahan bukti ) boleh diguna pakai walaupun tiada saksi seperti kes Nabi Yusof. Qazaf hanya dikenakan keatas pihak ketiga yang menuduh tanpa saksi. Dalam kes ini mangsa sendiri yang membuat tuduhan. Tertuduh melalui wakilnya telah mengaku berlaku liwat. Nak kata apa lagi? Dah betullah tu anta buat istiharah.

        • bujuk says:

          Dalam kes Nabi Yusuf, wanita tersebut mengadu Yusuf ingin menceroboh dia. Maknanya Yusuf di fitnah sebab takda saksi mata…. malah dalam kes tersebut ada bukti baju Zulaika Koyak. Maknanya nak ceroboh@rogol mesti cedera atau setidak2nya pakaian koyak. Apakah pakaian saiful koyak? ada cedera? bontot Saiful pun tak pecah teruna lagi.
          Dalam kes ini, Saiful umpama Zulaika kerana dia yg. mengadu…

  5. Duta Jam Omega says:

    Kalau Anu-ar didapati bersalah jap lg, silap2 org PAS yg bunuh si Anu beramai-ramai.. Rest In Hell Anuar!!

  6. bangKano says:

    Begitu la kesan nya terhadap penghakiman terhadap orang yang ada pengaruh politik,ekonomi & elit semua nya akan di ambil kira oleh sistem peradilan. Kesan nya akan menjejas kan kestabilan politik,ekonomi & keamanan negara jika di banding kan ngan orang bawahan tak punya apa apa dan bukan siapa siapa seperti Saiful. Saiful jadi mangsa konspirasi & persepsi menggila la ni.Hendak tak hendak hakim terpaksa ikut trend perepsi puak puak tertentu punya pengaruh kuat terhadap politik & ekonomi kalo mau jaga kedudukan & keselamatan diri sendiri & keluarga….!!!

  7. neutron says:

    MasyaAllah… cacai Ameno masih tarak takut pada hukum Allah ka? kenapa suka masuk golongan atau suka dapat title FASIK???… syak wasangka sahaja tidak melayakkan sedara sedari menghukum Anwar dan hanya melayakkan cacai suma masuk dalam golongan ini… bertaubat lah…

    Lagi satu… semalam mamak ada tengok TV itu analisis dari oran TV sendli bahawa dari tinjauan hanya 1 dari 5 orang rakyat Mesia yang ada juga percaya Anwar bersalah… maknanya hanya 20% saja ( termasuk cacai cacai suma ) majoriti tarak percaya ini kes… ini TV arus perddana cakap haa…

    Dan kalau selepas ini Allah tunjukkan kebenaran dengan adanya saksi 4 muncul bahawa Anwar terbukti kaki bontot maka waktu itu baru kita boleh menghukum dia sebagai penzina atau peliwat… jika tidak… buat masa ini kita hanya termasuk orang orang yang membuat fitnah dan menghampiri gelaran FASIK…

Leave a Reply